Suara


(toc) #title=(Listen To The Voice)


S(caps)uara, memaparkan kisah pergolakan seorang remaja introvert yang berhadapan dengan masalah Gender Dysphoria. Identiti itu sering menimbulkan rasa rendah diri hingga membentuk kecenderungan overthinking.

Meniti alam remaja, seperti rakan sebaya yang lain, dia turut disapa cinta. Namun tidak seperti kebanyakan remaja, cinta yang menyapanya bukan cinta biasa. Tidak mudah memendam perasaan terhadap seorang insan yang dipanggil cikgu apalagi bila insan yang telah mencuri hatinya itu menyimpan satu kisah yang panjang.

Dan kisah semakin panjang bila seseorang dihantar untuk mengajarnya tentang hidup dan menunjukkan dia nilai kasih sayang.


━━━━ ⓡⓕⓛ ━━━━ 

Bab Satu ~ Terusan Tasik Biru

M(caps)anusia cukup gemar melakukan itu—menilai sesuatu dari permukaan tanpa menilai personaliti inikan pula menitik beratkan individualiti. Kalau ramai yang suka dan selesa pakai topeng, pakailah. Tapi jangan sampai jadi Tuhan.. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua ~ Toreh 

"T(caps)idakkah itu membosankan?” Tak senang sang hati tengok sang otak selalu berusaha untuk memusatkan perhatian pada pembelajaran. Kalau boleh biar sampai otak tunduk kepada perintah hati yang selalu tak puas hati.
“Diam.” Tegas tapi tenang, otak cuba menghalau hasutan hati. Tapi hati terlalu bijak. Dia diam namun dalam diam, dia menyucuk jarum. Sang pemilik masih tenang, cuba untuk tak mengendahkan kedua mereka. Baik otak, baik hati.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

    ━━━━━ 〄 ━━━━━

    Bab Tiga ~ Ditangkap

L(caps)idah menjadi kelu sepantas waktu, lalu Andrey membuang pandang ke jalan. Sementara perkara terbaik yang dapat dilakukan hanyalah membenarkan cikgu Rina bercakap. Untuk menenangkan diri, sebatang rokok Andrey nyalakan. Perlahan-lahan asap dihembus ke atas, dengan harapan dapat memukau cikgu Rina untuk diam dan menghalaunya dari situ. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Empat ~ Hukuman

A(caps)bah dan mak bagi kebebasan penuh kepada kamu semua untuk memilih jalan mana yang kamu nak, agama apa kamu nak anut asalkan tak memudaratkan kamu dari segi mental, spiritual dan moral. Kalau kamu semua berminat pada sesuatu, belajar dulu sampai faham. Kaji dan teliti sebelum buat keputusan. Dalam soal memilih kepercayaan, mak dan abah bagi kebebasan penuh. This is a personal choice.”
Just don’t follow blindly. Itu paling penting.”(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Lima ~ Pengajaran

R(caps)asanya bagai medan magnet yang saling melawan, tapi salah satu darinya beransur-ansur memusingkan kutub untuk mendekat. Adakah fikiran ini dah dirangsang oleh kata-kata dan juga soalan-soalan yang dia ajukan? Emosi paling halus terasa disentuh oleh rangsangan itu.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Enam ~ Integriti

M(caps)asa dan pilihan. Kenyataan terbukti. Kenapa nak paksa diri? Betul, dia buat ni semua atas permintaan bapanya, tapi dia tak pernah disuruh apalagi dipaksa untuk mempelajari subjek ekonomi. Dia yang memandai-mandai pilih. Bapanya berkeras dengan keputusan, tapi tetap bagi kebebasan untuk dia buat pilihan dan dialah yang bertanggungjawab untuk memilih yang terbaik. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Tujuh ~ Antara Dua Dia

H(caps)ati yang ghairah memuja cikgu Sophia ditambah pula dengan kehadiran cikgu Rina di celah-celah kekacauan yang menyesak akal fikir telah menguatkan lagi perasaan seorang lelaki di dalam dirinya. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Lapan ~ Kawan Baru

“B(caps)agi akak, kau bukan satu dosa. Orang yang menghukum lebih berdosa. Tuhan tu adil. Akak percaya pada karma. Pakaian tak boleh tentukan hati seseorang, kan?” Tambah Kak Zu lagi. “Yang penting apa ada kat dalam ni.” Dia meletakkan tangannya ke dada Andrey. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Sembilan ~ Kantoi

C(caps)ita-cita, walau setinggi dan sebesar mana pun ia, tak akan jadi kenyataan jika tak ada usaha dan kesungguhan, jika takutkan kegagalan. Andrey tarik nafas. Kalau tak mencuba, kita tak tau. Kalau tak cuba, jawapannya akan sentiasa negatif.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Sepuluh ~ Penolakan

B(caps)ila tiada kebebasan dan hidup sekadar putaran siang dan malam, wajah dan kisah yang sama, fikiran dan pemikiran pula ditanam di atas batas tak berbaja, perbualan dan pendapat didiskusi dalam lingkaran yang serupa, apa bezanya engkau dengan dia? (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Sebelas ~ Pembebasan 

D(caps)ari dinding ke dinding dia melangkah, mengagumi karya-karya yang terbingkai di situ, termasuk karya yang pernah dia ilhamkan di atas kanvas untuk pameran tahun-tahun sebelumnya. Senyuman bangga terukir di bibir. Damai dan tenang dikelilingi seni, terasa jiwanya semakin hidup. Semakin pasti bahawa di sinilah dia mau berada. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Belas ~ Tuxedo

T(caps)uxedo itu dia beli buat menyambut majlis hari jadi Adrian, tahun lepas—harijadi mereka berdua, tapi parti itu khusus buat Adrian seorang sebab dia tak suka majlis-majlis macam tu. Lagipun siapalah yang dia ada untuk dijemput?  (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Tiga Belas ~ Antisipasi Tanpa Nama

K(caps)etika mulut melontar ketulusan hati, keajaiban satu perasaan telah dia saksikan. Menipu diri sendiri ternyata satu pengkhianatan. Benar, sepertimana yang pernah cikgu Rina katakan padanya dulu. Untuk kejujuran itu, pancaran sinar indah di seluruh wajah cikgu Rina tembus ke jiwanya.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Empat Belas ~ Abah

L(caps)ima tahun dulu, abah boleh diamkan. Tapi sekarang kamu dah makin dewasa. Kamu nak abah bertolak ansur dengan orientasi seksual kamu? Hari ini pakaian, esok lusa apa pulak? Girlfriend?” (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Lima Belas ~ Keliru

L(caps)if terbuka. Rina yang memang menyimpan kunci pendua terus membuka pintu apartmen. Dia cemas bila mendapati Sophia terbaring di lantai memeluk gambar Hans di dada. Tangan kirinya menggenggam sebiji botol.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Enam Belas ~ Masa

U(caps)ntuk cikgu Sophia, dia sanggup adakan masa yang tak ada. Tapi sayang, temujanji itu terpaksa dibatalkan makan malam itu atas sebab tertentu. Cikgu Sophia berjanji akan menggantikannya dengan tarikh lain. Tapi sayang sekali lagi, masih belum ada tarikh baru seperti yang dijanjikan. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Tujuh Belas ~ Bukan Sekadar Hijau Dan Biru

M(caps)asanya dah tiba apabila matahari bersedia untuk mengucapkan selamat malam dan senja perlahan-lahan mengambil giliran. Tiada siapa yang memiliki kuasa mengarahkan masa untuk menunggu. Masa juga bukan untuk dikejar. Masa untuk diciptakan. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Lapan Belas ~ Refleksi

F(caps)asa dihina seperti yang pernah dia terima dari Ziana juga dari sekolah Pekan Mutiara dah berakhir. Mungkinkah kerana tempat? Atau kerana masa? Atau memilih untuk tidak menopengkan diri itu menjadi cerminan peribadi yang layak dihormati? (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)


━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Sembilan Belas ~ Cerita Unggun Api

S(caps)tar light, star bright, first star I see tonight,
I wish I may, I wish I might catch a falling star tonight.
Try and catch a shooting star, and make a wish with all your heart
The stars shine brightly for you and may all your wishes come true.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh ~ Harapan

S(caps)uara yang bergema dari dalam, itulah suara sebenar yang berhak untuk didengarkan. Kerana hati. Di hati. Untuk hati.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Satu ~ Pengakuan

 

P(caps)uan Asha duduk di dalam bilik bacaan, menunggu suaminya menyertai. Psikoterapi yang Andrey jalani sudah hampir selesai dan pengambilan testosteron akan dimulakan sebaik selepas tamat peperiksaan akhir. Arman perlu tahu semua itu. Bukan sekadar tahu, dia mesti menerimanya.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Dua ~ Hilang

B(caps)eberapa saat berlalu dalam keheningan, dia mendapati dirinya berbaring di atas katil. Kepalanya tenggelam ke bantal yang menariknya lebih jauh, lebih dalam dari kekosongan yang tidak terlihat. Pandangan memudar. Dia merenung siling yang tiba-tiba kelihatan begitu jauh. Nafas kini menjadi cetek, seolah-olah dia sudah hanyut. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Tiga ~ Majlis Perpisahan

J(caps)elaslah, di sebalik air mata yang selalu ditumpahkan, ada satu nama. Andrey tak tau apa yang patut dia percaya.
“Am I just a curiosity?”
“No… Well, yes, I was confused but I do feel the connection.”
“Don’t confuse attraction with connection.” (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Empat ~ Transisi

Y(caps)our family is deeply committed to their faith. My beliefs and theirs differ. I can see why they might oppose it. I don’t want you to feel torn between me, your family, and your beliefs. But, if you’re sure of what you want and ready to make a decision, I won’t let that opportunity go to waste.”(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Lima ~ Mencari Jiwa

S(caps)ophia melihat Andrey berdiri di hadapannya. Hatinya berat dengan kata-kata tidak terucap. Mata itu menyimpan cahaya yang begitu murni, janji yang terlalu sempurna, dan itu cukup menyakit— bukan kerana dia tidak merasakannya, tetapi kerana dia takut. Cahayanya begitu terang, terlalu sempurna hingga menyilaukan mata.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Enam ~ Hadiah

T(caps)uan Arman menggeleng kepala. Dahinya berkerut. Dia merasa janggal melihat perubahan-perubahan fizikal anaknya yang semakin ketara menonjol. Hasil bantuan testosteron dan mini gym yang dia sendiri sediakan di rumah, Rina selalu cakap Andrey nampak segak. Malangnya, di mata abah, dia tetap hodoh. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)

━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Tujuh ~ Pasti 

S(caps)ekali lagi dia angkat kaki tapi kali ini terus ke bilik mengemas apa patut. Tak tau mana nak di tuju, dia ke tasik untuk menenangkan fikiran. Benak mencongak-congak, teragak-agak untuk hubungi Rina tapi akhirnya, dia minta Jacques segera ke tasik. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000) 
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Lapan ~ Lari

B(caps)erpinar-pinar kepala dia rasa. Tak pernah sekali dalam hidup abah buat macam ni. Kini sedarlah Andrey bahawa abah benar-benar marah dan kecewa. Tapi dia akan lebih kecewa jika terpaksa memalsukan diri demi kepentingan orang lain. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Dua Puluh Sembilan ~ Hidup Baru

Y(caps)ou are free now. Be an eagle. Be an owl. A phoenix. Be anything you want to be. Your life, your future, it’s all in your hand. Good or bad. But always keep in mind, dalam hidup ni kita mesti bijak buat pilhan. Dengan kontemplasi, bukan dengan kata hati.”(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

Bab Tiga Puluh ~ Secebis Aku Dalam Dia

A(caps)dakalanya hidup ini terlalu jujur bersikap kejam dan bila itu berlaku, percayalah bahawa setiap kejadian diciptakan untuk melengkapi kejadian yang lain.
(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!