(getCard) #type=(product) #title=(Hikayat Hantu Paku_ebook) #info=() #button=(Download) |
Hikayat Hantu Paku memaparkan percantuman antara dua dimensi. Antara dunia magis dan dunia biasa. Antara yang mungkin dan yang tidak mungkin. Antara yang logik dan yang tidak masuk akal. Antara misteri dan tahyul.
━━━━ ⓡⓕⓛ ━━━━
Bab Satu ~ Hikayat Hantu Paku
G(caps)igi jongang ni dah mengkhianati kejelitaanku,” keluh hati kecilnya. Akan tetapi, rintihannya mati di situ bila dari jauh kelihatan sebuah kapal yang cantik terapung-apung di permukaan air laut yang biru. Beberapa biduk kecil perlahan-lahan bergerak dari kapal menuju ke arah jeti. Paku Tekan melihat ramai manusia, tak kira jantan betina sibuk berkumpul ramai-ramai menunggu berlabuhnya kapal tersebut. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
P(caps)aku Tekan agak kehairanan mengapa semua mata tertumpu pada dia. Tak kira yang muda atau yang tua, yang berjalan bawak payung atau yang tengah sarat mengandung, mahupun yang sedang khayal isap candu. Untuk tidak kelihatan poyo, Paku Tekan sedekahkan mereka dengan senyuman dan senyuman itu dibalas dengan senyum simpul, senyum sinis, senyum senget, senyum manja, senyum mesra, senyum menggoda, senyum kambing, malah ada yang tersenyum dalam tangisan. Jauh di sudut hati, Paku Tekan tertawa melihat gelagat manusia yang pelik. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━
Bab Tiga ~ Perkenalan Dengan Katak Air
I(caps)ni dia katak air tu. Siapa dapat tangkap dia juara. Katak air ni beta import khas dari Kazakhstan utara.” Paku Tekan mendengar dengan penuh terliti. Dia tersenyum sinis bila melihat muka si katak air yang tak berdosa. Matanya bulat terkedip-kedip dengan bibir yang seakan-akan tersenyum. Kulitnya kelihatan bersinar kehijauan bagai lumut disinari cahaya bulan.“Macam la negara kita kekurangan katak air yang bagus-bagus. Kazakhstan gak yang kau nak import. Ni mesti banyak bazir duit rakyat beli katak bodoh tu. Confirm.”(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━
P(caps)erkahwinan tu memang tak beta tunggu,Beta ni stress tak siapa tauRasa macam nak lari rumah pun adaTapi kalau beta lari… beta nak pegi mana?Dahla pekan ni pekan koboiBoring nak mampos tak de hiburan, ingat beta enjoy?But sadly my parents mana ambik peduliThey all leka mengatur pilih beta punya laki.(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━
P(caps)“Aku nak huru-harakan majlis tersebut,” keras suara si bapa menegaskan niat jahatnya. Paku Tekan agak tersentap dengan pengakuan si bapa, dia tak rela Puteri Sanggul Terbalik diapa-apakan. Rasa risau mula menyelubungi hati Paku Tekan yang prihatin terhadap dilemma yang dihadapi si Puteri lawa.“Abah nak buat apa?”(getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━
T(caps)api kak, sebenarnya aku ada tengkorak dalam lemari…”“Tengkorak apa? Tengkorak biawak ke tengkorak tapir laut?”
“Tengkorak kuda belang… kalau aku cerita, kau jangan bagitau sesape tau. Janji?“
“Hmm macam-macam hal, tengkorak la, kuda belang la. Ha, crite la apa lagi, tak yah nak suruh aku berjanji-janji.”
“Kak, aku memang virgin lagi tapi sebenarnya aku penah tido dengan Cleopatra, anak Siamang Ghost. Ko kenalkan, awek bajet Paris Hilton tu… yang selalu berjalan bawak biawak iguana ke hulu ke hilir?”
“What??? Kau cat dinding dengan dengan anak Siamang Ghost?!!! Itu maksudmu? Oh My Lord... this is unbelievable.” (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━
H(caps)idup beta sunggu serabut. Pagi petang, siang malam rasanya bagai dilanda ribut. Majlis kawin dah tak lama lagi, beta tak hingin dia tu jadi laki.”“Kalau slow talk tak boleh ke tuanku? Takkan lah begitu kejam ayah dan ibu? Katakan pada mereka, tuanku belum bersedia, tunggu la lagi setahun dua.”“Dah beta terangkan beribu kali, tapi satu pon tak masuk ke akal meraka. Sekarang memang beta nekad nak lari sebab tak boleh nak durhaka perintah raja.”“Mana tuanku plan nak pegi? Dalam negeri ke overseas?" (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)
━━━━━ 〄 ━━━━━
M(caps)enurut Katika, kejadian berlaku sewaktu lakinya, Mankatak, pergi mencarik anai-anai kerana dia yang bunting masa tu mengidam nak makan anai-anai. Maka si laki pun dengan penuh kasih sayang, pergila ke pinggir kampung untuk mendapatkan anai-anai buat memenuhi napsu sang isteri tercinta. Kata penghulu katak, kat sana banyak anai-anai... tapi ada sikit bahaya sebab banyak jentera-jentera berat, jentolak, jengkaut, jenglot semua ada...begitulah ia terjadi... anai-anai ke mana, laki ke syurga, akhirnya kandungan terburai akibat terkejut. Mati semua berudu dan Katika telah masuk rehab selama dua bulan untuk menghindarkan dirinya dari meroyan. (getButton) #text=(Read Full Chapter) #icon=(link) #color=(#ff000)