PART 2: THE DUO Bab 8: El Faro de Santa MarÃa |
D(caps)itemani deru ombak yang berbisik mesra kepada malam dan cahaya bulan yang terpantul indah di permukaan laut, Hans duduk sendirian, cuba meredakan badai yang bergelora di dalam hatinya. Perasaan sayang semakin sukar dinafikan, namun di setiap sudutnya, terselit keraguan yang tidak pernah menemukan penghujung. Hembusan angin malam melayarkan fikirannya kepada Sophia— gadis yang selama ini menjadi sahabat sejati, hadir di sisi dalam setiap suka dan duka, seperti bintang yang setia menerangi langit yang kelam.
Hans tertanya-tanya, apa sebenarnya yang aku rasa ini? Adakah ini cinta? Dan kalau ini cinta, bolehkah ia diterima?
Tidak pernah dia merasai kasih yang sebegitu tulus dan menenangkan, namun sekaligus amat menakutkan. Bimbang perasaan akan membawa harapan yang menyakitkan, akhirnya dia memberanikan diri untuk berterus terang kepada Uncle Jose, Mama Maria dan Marsha. Hans tak terlalu risaukan tentang bapanya, kerana sejak awal lagi, orang tua itu telah merestui apa yang dia rasa. Segalanya.
Mama Maria dan Marsha saling berpandangan selepas semua isi hatinya dibawa keluar. Uncle Jose hanya tersenyum menghembus asap rokok. Mereka tahu, Hans jarang meluahkan perasaan, apalagi perkara yang sebegini penting. Bagi Marsha pula, itu bukan satu kejutan. Hans pernah menyatakan tentang kelainan dirinya, dan kemesraan sepupunya dengan Sophia jelas menunjukkan tanda-tanda cinta.
“Kenapa nak rasa malu, bersalah, sedangkan semua tu ikhlas dan suci? Cinta tak salah, bukan satu dosa pun.”
“Apa yang Marsha cakap tu betul. Cinta tak ada batasan— sesiapa je akan mengalaminya. Dalam agama kita, Cinta adalah Tuhan dan Tuhan adalah Cinta. Cuma… dalam hal kau ni, ada risiko yang perlu dipertimbangkan.” Sambut Mama Maria— memberi restu sekaligus membentangkan kemungkinan.
Suasana hening seketika, masing-masing merenung situasi yang sedang dihadapi Hans dan cuba meredakan gelisah di hatinya. Maria dan Jose memberi kebebasan sepenuhnya kepada Hans untuk menentukan hidup, namun, mereka bimbang kerana tahu keluarga Sophia tak akan merestui hubungan seperti ini.
“Saya tau, saya tak setaraf dengan dia. Tapi dia kenal saya dan dia terima saya apa adanya.”
“Mungkin soal taraf tu perkara terakhir yang perlu difikirkan, Hans. Uncle nampak problem yang lagi besar dari tu.” Jose menarik nafas, cuba memastikan penjelasannya kemas dan tak menakutkan Hans. “Orang Melayu, beragama Islam… Percintaan antara agama mungkin tak susah untuk diterima, tapi hubungan kau dengan Sophia melibatkan sesuatu yang dianggap taboo dalam agama mereka.”
Marsha memegang bahu Hans, mengerti kesedihan yang timbul di wajah sepupunya. Dia yang menyokong sepenuhnya turut menyedari realiti di luar sana.“I don’t see you as a sister but as a brother and you've always been someone I look up to but what papa said is true.… Islam rejects homosexuality. Their prophet even cursed homosexuals. Aku risau, kalau hal ni akan melukakan kau…”
Hans mengangguk, merasakan beban di hatinya semakin berat. Dia tak sanggup berpisah dengan Sophia, namun dia tahu, hidup dalam bayangan kemungkinan adalah sesuatu yang tidak mudah diatasi. “I'm feeling a bit lost right now. If Sophia's family isn't able to accept our situation, does that mean I have to let go of everything we've shared?”
Mama Maria meletakkan tangan di atas tangan Hans, menghulurkan kekuatan dan sokongan. “Keep holding on. This is a deeply emotional journey, one that touches the core of your being. You have to be prepared for this kind of love might mean making significant sacrifices.”
Hans termenung panjang. Perasaan kasihnya terhadap Sophia terasa makin kuat, selari dengan kekangan yang semakin jelas. Namun, dia tahu, biar apapun yang terjadi, dia mahu menjaga kasihnya terhadap Sophia dengan penuh penghormatan dan keikhlasan, walaupun dunia di sekeliling mereka menentang.
“Kami nak kau tau, Hans… Soal hati, perasaan dan kepercayaan, itu hak milik kau seorang dan kami tak akan berdiri di antara engkau dan Sophia.” Uncle Jose memberi kepastian. “Asalkan kau tau menjaga moral dan maruah— that’s all that matters.”
“Walaupun kita hidup serba kekurangan, tapi ingat Hans, kita ada kita. Cinta, kasih dan sayanglah kemewahan sebenar.” Mama Maria melengkapkan kata-kata suaminya. Mereka semua memegang tangan Hans, tanda sokongan.
“You and Sophia have to keep it low. I think… it’s best after O’Level next year, you two can start looking for a place to settle down. A place far away from here… That’s better.”
“Faraway from here, that sounds expensive, Marsha…”
“There must be ways.”
Uncle Jose, mengangguk setuju pada apa yang Marsha cadangkan. “That means, you need to perform exceptionally well on the exam to secure a scholarship, sponsorship, or something similar, which will allow you to begin a better life.” Semangat terus dihembuskan ke dalam dada anak saudaranya itu.
“And don’t forget to encourage your girl so you can tackle it together if that's what fate has in store.” Tambah Mama Maria pula.
“I dont know how to thank you all. Penerimaan ni besar sangat bagi saya.” Hans menghela nafas lega. Kemudian dia menyambung, “mungkin saya perlu lebih memahami keluarga Sophia dan belajar terima cabaran ni. Tapi satu perkara pasti— saya tak mahu kehilangan Sophia. Saya akan pertahankan kasih ini, walaupun dalam diam.”
Mereka semua memandang Hans dengan rasa bangga— mengerti bahawa Hans telah menemui erti kasih sayang yang sebenar, sesuatu yang jarang-jarang ditemui dalam hidup.
#
Malam demi malam, Hans duduk di tepi meja kayu kecilnya, dikelilingi oleh bahan-bahan yang dikumpul dari tepi pantai— cengkerang, daun kering, bunga-bunga liar. Setiap kad dan surat yang dibuat untuk Sophia bukan sekadar coretan kata-kata— ia adalah luahan hati yang disalurkan melalui seni, dengan setiap garis dan warna membawa makna tersirat. Kadangkala, dia menulis puisi yang disulamkan dengan rindu, menciptakan ungkapan yang hanya bisa dirasai oleh hati.
Kata-kata puitis, sentuhan perasaan dan kedalaman fikiran Hans membuat Sophia semakin terpaut, mendorong dia untuk membalas dengan cara yang sama. Isi hati diluahkan dalam kad-kad kecil yang dihiasi corak warna-warni, hasil kreativiti tersendiri yang menggambarkan kasih sayangnya. Setiap kali Hans menerima balasan daripada Sophia, hatinya menggetarkan rasa bahagia.
Di bawah cahaya lilin, ketika bulan penuh menerangi bilik kecilnya, Hans menulis sepucuk surat untuk Sophia.
Jika suatu hari nanti kita terpisah, aku janji akan simpan semua ini sampai aku mati. Setiap kad, setiap puisi, setiap cenderahati. Kerana bagi aku, ini adalah saksi kasih sayang kita yang tak terucap.
Dan keesokan malamnya, bawah malap cahaya lampu tidur, coretan Hans meresap ke dalam hati Sophia. Perasaannya bercampur-baur antara gembira dan terharu. Dalam hati, dia berjanji untuk menjaga dan menghargai setiap memori yang mereka cipta bersama. Maka, satu demi satu, dia menyusun semua kad dan surat Hans ke dalam sebuah jurnal istimewa yang dihias dengan sentuhan kasih sayang— menjadikannya sebuah kisah cinta yang dirakam dalam buku kenangan.
Semakin banyak surat dan kad yang mereka kongsikan, semakin kukuh jalinan perasaan antara kedua mereka. Hans dan Sophia tidak perlu mengungkapkan dengan kata-kata secara langsung; setiap karya yang mereka kongsikan sudah cukup melambangkan kasih murni dari dua jiwa yang suci.
#
Seperti yang telah dijanjikan, hujung minggu itu, mereka bertemu di tepi pantai, di mana angin laut bertiup lembut, membawa rasa nyaman yang mendamaikan. Sophia memandang Hans dengan senyuman. Walaupun hatinya sedikit berdebar, namun dia telah bersedia untuk menerokai sebahagian lagi daripada dunia Hans yang masih asing baginya.
“Kau pasti ke nak pergi situ?” Hans meminta kepastian lagi walaupun dah berkali-kali Sophia menunjukkan kesungguhan.
Lebar senyuman yang manis menjawab pertanyaan Hans. “Aku betul-betul nak faham. Nak experience sendiri. Kalau boleh, aku nak kongsi sama kehidupan spiritual kau.”
El Faro de Santa MarÃa, telah lama menjadi saksi bisu kepada kehidupan para nelayan — menyaksikan doa-doa yang dipanjatkan sebelum mereka berlayar dan tangisan syukur saat mereka kembali dengan selamat membawa hasil tangkapan.
Bangunan gereja itu tidak besar. Dindingnya dibina daripada batu-bata yang kasar, dengan warna putih yang sudah pudar dimamah masa dan hembusan angin laut yang garamnya melekat di sebahagian bucu bangunan. Atapnya rendah, diperbuat daripada genting tanah liat merah. Rekahan kecil jelas kelihatan namun tetap teguh melindungi isi di dalamnya. Di atas pintu masuk, sebuah salib kayu tua berdiri tegak, melambangkan harapan yang tak pernah padam, walaupun sering diuji oleh badai kehidupan.
Masuk ke dalam, suasana sunyi dan damai. Cahaya lilin di sisi-sisi dinding menerangi ruang. Lantai kayu yang berderak perlahan setiap kali dipijak, seolah-olah turut menyertai doa-doa yang dibisikkan. Altar di hujung ruang utama dihiasi dengan patung Virgin Mary, memakai jubah biru muda, merentangkan tangan tanda menyambut sesiapa sahaja yang datang mencari perlindungan. Di sebelah patung itu, terdapat sebuah lukisan Jesus memegang tangan seorang nelayan, simbolik kepada kehidupan komuniti yang bergantung sepenuhnya kepada laut.
Bangku-bangku kayu yang disusun rapi di sepanjang gereja tidak pernah kosong sepenuhnya. Pada setiap hari Ahad, suara puji-pujian memenuhi yang ruang kecil, bercampur dengan bau garam laut yang dibawa oleh angin menyusup masuk dari jendela-jendela yang sentiasa terbuka. Para nelayan dan keluarga mereka akan duduk bersama, berdoa bukan hanya untuk keselamatan di laut, tetapi juga untuk kekuatan menghadapi kehidupan yang tidak mudah.
Bagi penduduk kampung nelayan, El Faro de Santa MarÃa bukan sekadar tempat ibadat. Ia adalah rumah kekuatan, tugu perlindungan tempat mereka kembali selepas pelayaran yang panjang, dan ruang di mana mereka mengisi kekosongan dengan iman yang teguh. Setiap retak pada dinding, setiap calar pada bangku, membawa kisah tentang doa-doa yang pernah dipanjatkan— doa seorang isteri yang menunggu suaminya pulang dari laut, doa seorang anak yang mengharapkan kehidupan yang lebih baik, doa seorang nelayan yang mencari kekuatan untuk terus melawan badai, juga doa seorang suami yang kematian isteri.
Di malam-malam sunyi, loceng gereja akan berbunyi, mengingatkan semua yang mendengarnya bahawa meskipun dunia mereka dikelilingi oleh laut yang payah dijinakkan, ada satu tempat di mana mereka selalu boleh kembali— sebuah gereja kecil yang berdiri dengan sederhana, tetapi penuh dengan cinta.
Selesai bertafakur, Sophia berbisik kepada Hans, “I never imagined everything could be this lovely. It feels so peaceful here. There's a wonderful sense of equality.”
Nafas lega dihela. Hans mengangguk dengan wajah penuh pengertian. “Agama kami mengajar tentang meditasi, mencari damai dalam ketenangan, dalam doa. Dan kau, Sophia, walaupun berlainan agama, aku harap kau dapat rasakan apa yang aku rasa di sini.”
Sophia tersenyum sambil menyentuh mesra lengan Hans. “Sekarang aku makin faham kenapa kau suka bercakap tentang hal-hal spiritual.” Dia menatap mata Hans yang penuh ketulusan. “Aku yakin Tuhan tu sama, tak kira apa agama kita.”
Tersentak mendengar kata-kata Sophia, hati Hans berbunga rasa bahagia seolah-olah satu pintu baru dalam hidup mereka telah dibuka— pintu kepercayaan yang boleh ditembusi tanpa syarat.
Setelah upacara selesai, mereka melangkah keluar dari gereja. Angin pagi menyapa lembut seakan mahu mengiringi sebuah pengembaraan jiwa.
“Sophia…” Hans menyebut nama yang indah itu dengan sempurna. Ada pengakuan yang ingin dibuat.“Sebenarnya aku ke gereja bukan sebab aku percaya tempat tu lebih suci atau lebih dekat dengan Tuhan.”
“Maksud kau?”
“Aku cuma nak papa rasa kehadiran Tuhan, supaya dia jumpa kekuatan untuk tinggalkan tabiat buruk tu. Gereja, bagi aku, hanya sebuah tradisi… satu warisan budaya yang diikut turun-temurun.”
“Tapi kau suka ke gereja?”
Hans mengangguk. “Betul, aku suka keheningan di dalamnya. Tapi bagi aku, Tuhan lebih daripada apa yang boleh ditentukan tempat atau upacara. Dia adalah satu tenaga, satu kekuatan yang tak pernah mati, yang sentiasa ada."
Mereka berdua duduk di tepi pantai, di bawah langit pagi yang agak mendung. Gelombang ombak datang dan pergi menambah kedamaian yang selari dengan perbualan yang semakin matang.
Sophia mendengar dengan penuh minat. Dia terkesan dengan penjelasan yang diberi Hans. “Tenaga yang tak pernah mati…” ulangnya perlahan, seolah-olah menimbang-nimbang konsep tersebut. “Aku rasa aku faham apa yang kau maksudkan, tapi… kau buat aku tertanya-tanya tentang cara aku melihat Tuhan selama ini.”
Hans menoleh, matanya tajam menyampaikan rasa ingin tahu, memberi sepenuh perhatian kepada setiap patah kata yang lahir dari bibir Sophia. Dalam sesaat hening, dia cuba merenung jauh ke dalam fikiran Sophia, berusaha memahami sesuatu yang melangkaui batas kata-kata. Dia mahu menyelami inti pati dari setiap ungkapan. Intuisi membisikkan bahawa ada kebenaran yang ingin diraih, sesuatu yang lebih daripada sekadar bunyi dan intonasi yang didengarnya.
“Could you clarify? Aku selalu nak tahu… cara Muslim memahami Tuhan.” Pertanyaan itu tidak diucapkan tanpa penaakulan. Dalam hati, Hans tahu bahawa jawapan Sophia mungkin dapat membuka ruang baru dalam fikirannya, memberikan penjelasan yang selama ini tak berani ditanyakan.
Sophia menarik nafas dalam-dalam, memandang jauh ke lautan yang luas. “Dalam Islam, Tuhan itu Esa. Dia tidak beranak, dan tidak diperanakkan. Dia maha mencipta, maha mengetahui, dan maha berkuasa. Ada rukun-rukun yang mesti dipatuhi dan Muslim menjadikan Muhammad sebagai role model.”
“Dan Quran adalah panduan.”
“So it seems.”
Sophia kini kelihatan tenggelam dalam fikirannya sendiri. Hans dapat merasakan, hati Sophia tak sampai kepada ajaran agama yang diberikan kepadanya sebagai orang Melayu. Tidak memotong, tidak juga terburu-buru untuk memberi reaksi, dia membiarkan Sophia mengambil sedikit masa sebelum menzahirkan apa di fikiran.
“Dalam Islam, Hans… Tuhan akan menghakimi dan menghukum. Kalau kita tak ikut suruhannya, nerakalah tempat kita bila mati nanti. Dalam kubur, kita akan diseksa malaikat kalau kita ni pendosa…” Sophia berhenti disitu. Dia dapat merasakan hatinya bergelodak, memberontak. “Terus terang, aku tak suka konsep tu. Macam mana Tuhan yang selalu dipuji-puji sebagai Maha Pengampun dan Penyayang boleh bersikap macam tu—menghakimi, mengadili, menghukum, menyeksa… I think… Islamic God is bias and… insecure.” Sophia menunduk, tangan menggenggam erat di riba, seolah-olah cuba menahan sesuatu yang lebih berat daripada sekadar emosi. Dia berhenti lagi, melihat Hans, seakan-akan bimbang dengan reaksi yang bakal diterima.
Hans diam seketika, membiarkan kata-kata Sophia meresap ke dalam fikiran. Dia tahu, apa yang Sophia luahkan bukan sekadar kritikan, tetapi refleksi terhadap pergolakan spiritual yang sedang dia alami. “Beza betul dengan konsep agama aku… Tuhan tak menghakimi, tak menghukum. Sebaliknya kita diadili tindakan sendiri dan tindakan kita sendiri jugalah yang akan menghukum.”
“Cakap macam ni pun orang Melayu, orang Islam, akan anggap aku murtad, Hans.”Ada kejujuran yang begitu mentah dalam kata-katanya, tetapi terselit ketakutan terhadap penilaian dunia.
“Kau berani cakap benda yang ramai orang takut nak bincangkan. Mungkin… itu langkah pertama untuk kau faham apa sebenarnya yang kau cari.” Hans menggemakan bisikannya di tengah kesunyian.
“Our heart is a sacred territory in which God resides— the land God has promised us,” bisik Sophia. Matanya merenung laut— mencari kekuatan dalam luasnya angkasa.
“Aku percaya, Tuhan ada dekat dengan aku, lebih dekat dari nafas aku sendiri. Bukan rumah ibadat dan ritual atau buku-buku…”
Hans benar-benar tertarik dengan falsafah Sophia dalam menilai erti ketuhanan. Lalu dia cuba menyambung titik-titik persoalan yang menjadi tajuk perbualan mereka. “Kalau hati kita adalah tanah suci yang Dia janjikan, maka tugas kita adalah menjaganya.”
Kedalam fikiran Hans membuat Sophia tersenyum kagum. “Bagi aku, kepercayaan adalah cabang-cabang sungai yang mengalir ke lautan yang sama— mendekati satu Tenaga yang serupa.”
Hans memandang Sophia dengan pandangan yang penuh keikhlasan.“Itulah yang aku pegang selama ni bukan buku atau kitab. Dia bukan hanya satu konsep atau tenaga, tapi satu cinta yang bagi aku kekuatan.”
Suasana menjadi sunyi. Sophia menutup mata, menghirup udara segar dan melepaskannya pelan-pelan. Hanya suara ombak yang beralun-alun mengisi ruang antara mereka. Walaupun tidak semua persoalan terjawab, ada sesuatu yang menyentuh hatinya, satu pengertian yang tak memerlukan kata-kata panjang.
Dia sedar, antara dia dengan Hans, ada persamaan yang begitu halus dalam perbezaan yang selalu diperhatikan oleh mata kasar manusia. Mereka berkongsi satu impian— mencari makna dalam hidup dan telah menemukan Tuhan dalam hati.
#
Khabar tentang Sophia ke gereja telah menjadi buah mulut orang. Ada yang memuji ada yang mengeji. Apa yang pasti, cerita itu disedapkan dengan tokok tambah dan akhirnya sampai ke telinga Kamal. Sudah tentulah dia menentang dan perkara itu dia panjangkan ke pengetahuan orang tuanya. Puan Kamalia terkejut. Suaminya menggeleng, kesal. Kebebasan yang diberi nampaknya telah dipergunakan dengan cara yang salah.
Petang Ahad selepas beriadah dengan teman-teman, Sophia dipanggil duduk bersama keluarganya di ruang tamu. Mereka nampak mesra, tetapi pandangan tiga pasang mata cukup membuat Sophia rasa ditentang. Kamal duduk di sebelah bapanya, menopengkan wajah dengan senyum palsu, seolah-olah dia hanya sekadar peduli sebagai abang.
“Sophia,” Encik Suffiyan mula bersuara. Nadanya seperti tak ada apa yang serius ingin dibincangkan. “Papa panggil ni nak suruh kamu ikut kelas agama selepas sekolah. Bukan apa, papa rasa itu perlu demi memastikan kamu faham dan teguh dalam akidah.”
Nafas ditarik dalam-dalam, cuba menenangkan debar di dada. Sophia dapat menebak tujuan perbualan. “Phia tak nak. Agama— kat sekolah dah belajar. Lagi baik Phia buat aktiviti lain lepas sekolah. Lagipun banyak kelas tambahan sekarang ni. Bukan tu je, Phia nak bersukan, nak berseni… Nak pergi berkhemah…”
Puan Kamalia menggeleng. Dia yang tak suka dengan perbuatan Sophia ke gereja tak dapat menahan rasa kesal. “Kami semua risau. Orang cakap Phia dah pandai ikut Hans pergi gereja.”
Sophia mengerling Kamal. Dia tahu, Kamal lah yang menjadi batu api. “Memang betul tapi Phia sekadar nak tengok, nak rasa, nak alami, apa salahnya?” Sophia membalas pandangan ibunya dengan mata tajam yang sedih. “Tak ada kepercayaan sikit pun untuk Phia ke?”
“Adik, kami cuma nak yang terbaik untuk kau. Tak ada salahnya kau memperkukuh ilmu agama… sebelum kau terpesong jauh.”Kamal mengambil kesempatan untuk bersuara.
Merasakan tekanan semakin berat, Sophia didesak emosi untuk menentang. “Kamal, aku tahu apa yang kau cuba buat. Kau nak aku ikut kehendak kau, ikut cara kau. Aku tak suka!”
Kamal tersenyum sinis, tetapi masih berusaha memalsukan niat. “Nak suruh dalami agama pun tak suka? Kawan dengan kafir tu adik suka, sampai sanggup masuk gereja. Jangan salahkan kami kalau kami risau.”
“Ni bukan pasal belajar agama, ni semua tentang kau yang cuba mengawal setiap langkah aku!” Sophia tidak dapat menahan dirinya lagi.
Encik Suffiyan cuba menenangkan keadaan. “Sophia, jangan berbalah dengan abang. Betul apa dia cakap, ni untuk kebaikan. Kita ni orang Islam, wajib dalami agama untuk memperkukuhkan akidah.”
Sebuah keluhan berat terhela dari dada Sophia. “Papa, Phia nak hidup bebas dengan pendirian sendiri. Salah ke Phia nak luaskan pandangan, memahami dan menghormati agama orang lain? It's pretty much the same, isn't it? Just as we all honour their traditions and come together to enjoy their celebrations.”
“Betul, tapi janganlah sampai masuk gereja, sayang.” Puan Kamalia cuba memujuk hati anak gadisnya.
“Bukannya Phia terpesong sampai lupa Tuhan, mama… Phia cuma nak tengok-tengok…”
“I get it, and that's totally okay! But I agree with your dad and Kamal's suggestion. Attending religious classes could enrich your understanding, help you meet new friends, and offer you a unique experience.”
“Tapi cara Phia cari Tuhan tak sama dengan cara yang biasa.”
“Cara apa? Cari kat mana, dalam gereja?” Bentak Kamal. Dia menghampiri Sophia dan berdiri betul-betul di depan muka adiknya itu. “Cara apa, hah? Cari Tuhan dalam gereja, tepi laut, tepi sungai? Kau ingat aku tak tau semua tu?! Kau sedar tak apa kau cakap?”
Puan Kamalia merapatkan tangan ke bahu Sophia. “Dah tu Kamal… Phia, mama dah bagi kepercayaan dalam berkawan. Tapi mama tak suka Phia sampai masuk gereja. Itu kita kena betulkan. Kita Muslim. You know that, don’t you?”
“Hal ni dah jadi buah mulut orang. Orang cakap anak papa murtad, Phia ingat macam mana papa nak jawab semua tu?”
“Papa orang yang terpelajar, orang yang berpengaruh. Tak boleh ke papa buka mata masyarakat? Tak salah kita melawat tempat-tempat ibadat agama lain. Macam mana kita nak kenal agama sendiri kalau kita tak nak kaji agama orang? Anggap kita je betul, orang lain, salah? I’m sorry… I appreciate your perspective, but I have a different viewpoint on the idea.”
“Kau ni dah jauh terpesong!” Kamal membentak. Bontotnya dihenyak ke sofa, mencari sokongan bapa.
“Melawat memang tak salah, Phia. Tapi yang kita takutkan lama-lama kau akan terpengaruh.” Encik Suffiyan merendahkan suara, memikirkan kebenaran dalam sudut pandang yang Sophia berikan tadi. Dia sepatutnya bertanggung jawab memberi pencerahan kepada masyarakat, bukan membiarkan dirinya sendiri menghakimi perbuatan anaknya, sebagaimana yang dilakukan orang lain.
“Papa, jangan risau. Maruah, moral, faith and belief, selalu Phia jaga selama ni walaupun tanpa kelas agama.” Sophia merenung mereka, terperangkap antara cinta kepada keluarga dan keinginan untuk menjalani hidup tanpa batas tak berasas. Di hatinya, dia tahu Hans tak pernah menjejaskan akidahnya, malah banyak yang dia pelajari tentang erti hidup dan kasih sayang.
Kamal yang masih tak berpuas hati bersuara lagi, “kalau adik menghormati kami sebagai keluarga, tolong ikut apa yang kami cadangkan. Kami tak nak ada orang mempertikaikan cara hidup kita kerana kita gagal memimpin adik dengan betul.”
Sophia bangun dari tempat duduk dengan luka memedih di dada, menggenangkan air di mata. “Aku tak murtad, Kamal. Tuhan lihat hati, bukan pandangan orang.”
#
Kepulangan Kamarul pada hujung minggu selalu Sophia nantikan. Dalam keluarga, hanya Kamarul yang selalu mendengar suara hatinya. Selepas makan malam, Encik Suffiyan keluar ke masjid, memenuhi permintaan komuniti untuk bacaan doa selamat. Kamal mengikut. Tapi Kamarul lebih suka duduk di rumah bersama ibu dan adiknya.
Di balkoni tingkat dua, Kamarul duduk menemani Sophia, menikmati keindahan cahaya bulan dan suasana sepi desa. Dengan hati terbuka, Sophia mula bercerita tentang apa yang telah berlaku— lawatannya ke gereja yang memberi kebimbangan ibu bapa mereka sehingga Kamal mencadangkan kelas agama. Sophia turut meluahkan rasa tak puas hati dengan cara Kamal yang disifatkan keterlaluan dan suka mengawal hidupnya.
Mata Kamarul tidak berganjak daripada wajah adik tersayang yang sedang berbicara. Telinganya menangkap setiap butir perkataan. Kening yang sedikit berkerut memberi bayangan bahawa fikirannya sedang bekerja keras, mencerna setiap perkataan yang dilontarkan. Sesekali, dagunya bergerak sedikit, seolah-olah menahan diri daripada mencelah, sementara jari-jarinya mengetuk kecil permukaan meja, tanda dia benar-benar memikirkan apa yang sedang didengar.
“Phia bukan budak lagi, abang.”
“Abang faham apa adik rasa. Adik cuma nak kebebasan dan ruang untuk belajar tentang kehidupan dengan cara sendiri. Tapi abang pun faham kenapa mama, papa dan Kamal bimbang.”
“Tapi kenapa mesti sampai macam tu?” Sophia memandang Kamarul dengan mata berkaca.“Phia rasa macam mereka tak percayakan Phia. Kamal tu pulak, selalu melebih-lebih, cuba nak atur hidup Phia. I’m tired with all of these.”
Kamarul mengangguk. “Sometimes, good intentions can be misinterpreted. Kamal might be overly protective; while his heart is in the right place, his approach may not be the best.”
“Phia faham agama penting,” Sophia membalas dengan nada sayu. “Tapi kenapa mesti digunakan untuk mengawal?”
Di sebalik tutur kata yang lembut, Kamarul dapat merasakan kekuatan luar biasa dalam pendirian adiknya. Dia tersenyum. “That is why we need to learn to balance religious beliefs and lifestyles. Agama tak boleh dijadikan batu penghalang untuk bersahabat dan meluaskan pandangan tapi dalam masa yang sama, jangan abaikan asas yang kita dah ada.”
Kata-kata Kamarul lebih menenangkan berbanding cara Kamal yang sentiasa dirasakan seperti perintah. “Jadi, abang tak kisah Phia berkawan dengan Hans? Tak kisah, kalau adik pergi gereja atau kuil?”
Kamarul meletakkan tangan di bahu Sophia. “Abang tak kan halang kau berkawan. Siapa kawan kau, itu hak kau.”
“Terima kasih. Abang je lah yang betul-betul faham Phia, tak macam papa dan mama. Kamal? Hmm...”
Sambil mengusap rambut adiknya, Kamarul memberi keyakinan lagi, “I’m your guy, kan? I’ll always be there whenever you need me.”
Sophia mengangguk perlahan, wajahnya kembali bercahaya. “Thanks, abang. Phia tak boleh jadi orang lain hanya untuk memuaskan hati semua orang, betul tak? Kalau Phia tak berani jadi Sophia, siapa lagi?”
Kamarul hanya mampu menggeleng kecil, ketawa perlahan. “Adik memang jauh lebih kuat daripada apa yang abang sangka. Dan abang rasa… adik dah ajar abang sesuatu yang berharga.”
Ucapan selamat malam Kamarul itu memberi Sophia perspektif yang lebih seimbang antara tanggungjawab agama dan keinginan untuk menjalani kehidupan tanpa terlalu dikongkong.
#
Selepas bermain bola tampar di pantai pada suatu petang, Sophia mengajak Dahlia dan Lynn ke pantai berdekatan dengan taman, tempat mereka sering berkumpul untuk berkongsi cerita dan meluahkan perasaan. Ombak dan bayu laut seakan turut mendengar apa yang terbuku di hati Sophia. Mereka duduk bertiga, memandang jauh ke arah horizon yang membiru, sementara Sophia mengumpul keberanian untuk membuka mulut.
“Susah nak cakap sebenarnya. Aku tak rasa benda cam tu patut dipaksa.”
Dahlia, yang memang terkenal dengan sifatnya yang spontan, segera merespon,“mereka paksa kau ikut ke? Maksud aku… mungkin mereka cuma cadangkan?”
Lynn di sebelahnya hanya mengangkat kening, menunggu jawapan— jelas tertarik kepada topik yang dibincangkan. Matanya melirik ke arah Dahlia, memberi isyarat supaya tidak terlalu mendesak. “Could you provide a bit more detail?” Tambah Lynn, membetulkan pertanyaan sahabatnya tadi.
“Bunyi Kamal tu betul-betul tak bagi aku pilihan.”
Lynn menghela nafas panjang sebelum bersuara. “Agaknya dia ingat kau dah terlalu jauh… Yelah, maksud aku, kes kau pergi gereja tu… kan bercanggah dengan orang Muslim… hmm… mungkin keluarga kau nak kau ada asas yang kukuh supaya tak tersasar.”
Sophia merenung pasir di bawah kakinya. “Tapi, Lynn, aku rasa kalau kita benar-benar faham agama, kita tak patut memaksa dan mengawal orang lain, kan?”
Dahlia yang suka menentang apa saja yang dianggapnya keterlaluan, segera bersetuju. “Betul tu! Orang belajar dengan hati, bukan dengan paksaan. Bagi aku, Kamal tak patut campur tangan dan parents kau pun sepatutnya lebih memahami. Kau pergi gereja untuk mengalami bukan untuk mendalami.”
Sophia tersenyum sedikit mendengar sokongan Dahlia. Lynn memandang jauh ke laut sebelum menyambung, “Kadang-kadang niat boleh bawa kesan berbeza daripada apa yang kita cuba sampaikan— nak yang terbaik tapi cara tak kena.”
“Susah nak buat diaorang faham yang aku boleh jaga diri. Diorang tak nak dengar tapi suka meragui. Kenapa agama mesti dijadikan alasan untuk memisahkan aku dari diri aku sendiri? Diri aku yang suling?”
Dahlia mengangguk, wajahnya kelihatan serius. “Kau ada hak bersuara. Benda macam ni kena bincang hati ke hati. Diorang patut faham, kau jugak ada pendirian yang perlu dihormati tanpa perlu ditakut-takutkan atau dikejar-kejar dengan kelas agama.”
“Aku setuju. Tapi kadang-kadang kita perlu berkompromi. Kau boleh jelaskan pendirian kau, at the same time, make room to understand them, too.”
Nasihat dari Lynn dan Dahlia membuka mata tetapi di hati, dia masih memikirkan bagaimana caranya untuk membuatkan keluarga, terutama Kamal, faham bahawa ketulusan dan keyakinan diri tak datang dari peraturan-peraturan yang tak masuk akal.
Mereka bertiga terus duduk di pantai, menikmati pemandangan sambil bertukar-tukar idea dalam mencari identiti diri.
#
Pagi yang cerah dan langit membiru menyambut Sophia dan Hans di tepi sungai yang terlindung oleh rimbunan pokok-pokok besar. Suara alam— desiran air, dedaunan dan burung-burung yang berkicau menjadi suara latar pertemuan mereka. Sophia membawa bekal nasi lemak dan sedikit kuih-muih yang disediakan ibunya. Hans pula membawa peralatan memancing, lengkap dengan umpan.
Mereka duduk di atas tikar yang dibentang, di tebing sungai. Hans melemparkan tali pancing ke dalam air, sementara Sophia membuka bekal. Dia tak sabar untuk memulakan perbualan.
“Ada hal yang aku nak bincangkan dengan kau.”
Hans memandang Sophia, tersenyum manis dan mengangguk. “Apa saja, Sophia. Aku selalu ada untuk dengar.”
Sophia menarik nafas dan mula menceritakan segala yang berlaku di rumah. Dia menjelaskan bahawa dirinya merasa tidak adil diperlakukan begitu hanya kerana keluarganya tak memahami cara dia mendekati Tuhan, dan mengikut kelas agama yang seakan-akan satu paksaan. Hans mendengar dengan teliti. Jauh di sudut hati, dia simpati dengan konflik yang sedang Sophia hadapi. Setelah Sophia habis bercakap, Hans meletakkan pancingnya dan menatap Sophia dengan wajah serius.
“Tak mudah bila apa yang kita buat selalu dipersoalkan, lagi-lagi bila melibatkan tentang prinsip. Tapi keluarga, selalunya mereka bimbang sebab sayang dan aku faham, keluarga kau tak nak kau sesat dari jalan yang mereka anggap sebagai jalan yang benar.” Hans mengambil sehelai daun dan bermain-main dengannya seolah-olah merenung jauh, cuba menyusun kata-kata terbaik.
“Bagi aku, soal agama dan kepercayaan tak sepatutnya dipaksa. Kau tau aku, Sophia… aku tak pernah lihat agama sebagai sekatan dalam hidup, tapi lebih kepada petunjuk untuk mengenal diri sendiri dari dunia ni,” sambung Hans, suaranya cukup meyakinkan.
“Sebab tulah aku rasa… belajar agama dengan terpaksa takkan membawa aku ke mana-mana. Aku lebih suka belajar dengan ikhlas, nak cari makna tu sendiri, bukan sekadar ikut-ikutan.”
Hans mengangguk, merasakan keserasian pemikiran mereka. “Pendapat aku, elok kau bagitau keluarga apa sebenarnya yang kau percaya. Mungkin mereka tak faham sekarang, tapi suatu hari nanti, keluarga kau akan nampak— pegangan kau tak memisahkan kau dari Tuhan, malah lebih mendekatkan. Don’t let the sadness get the best of you. There are times in life when we have to give in, but that doesn't mean we give up.” Hans melagukan pengertian dan baris-baris yang disusun benar-benar menyentuh jiwa Sophia.
Terasa sebak, dia termenung sejenak, mengimbas kembali semua yang dibincangkan. “Aku takut, Hans... Aku tak nak hilang orang yang aku sayang, termasuk kau hanya kerana keluarga aku menolak untuk mengerti.”
Hans teringatkan kata-kata Uncle Jose dan Mama Maria. Dia faham ketakutan yang mengganggu Sophia. Kehilangan— perkataan yang boleh membunuh. Sambil menatap air sungai yang mengalir tenang, dia teringatkan bapanya. “That's the truth. Life is a long journey. We can't always make everyone understand, but we can still walk with respect and a sense of responsibility for ourselves.”
Mereka berdua saling berpandangan, dalam diam merasakan kasih sayang semakin mengukuh. Hans menggenggam tangan Sophia, memberikan kekuatan melalui sentuhannya yang hangat. “There's no need to worry. I'm here for you, and I will always be by your side. You have nothing to fear.”
Sophia tersenyum, merasa sedikit lebih aman. “Thanks, Hans. Aku bersyukur kau ada untuk dengar dan faham.”
Memandang Sophia, Hans cuba mengumpulkan keberanian. “Sophia,” ujarnya perlahan, suaranya bergetar sedikit. “Aku dah tulis banyak puisi untuk engkau, mencipta lagu dan melukis gambaran tentang rasa ini tapi belum pernah menyuarakannya dari bibir aku sendiri.”
Getaran dalam nada suara Hans memberi petanda kepada Sophia tentang sesuatu yang ingin sekali dia dengar.
Hans menunduk sejenak, menenangkan debar di hatinya. “Aku… aku sayangkan kau, Sophia. Bukan sekadar seorang teman, tapi lebih daripada tu. Kau dah bagi aku keberanian untuk melihat dunia ini dengan mata yang baru. Kau kekuatan aku. Aku nak jadi lebih baik, untuk masa depan kita. Aku nak kita belajar bersama, menyokong satu sama lain, dan melihat dunia dengan kebebasan dan kejujuran.”
“Sophia…” Hans mengambil kedua belah tangan Sophia dan menggenggamnya erat. Matanya ditancapkan tepat ke anak mata Sophia. Tiada keraguan lagi untuk melafazkan tiga kata yang dah meminta untuk dibebaskan. “Aku cintakan kau.”
Berdebar hati Sophia mendengar pengakuan itu, Dia tersenyum bahagia. “Aku juga mencintaimu, Hans. Aku nak jadi sebahagian dari Marcello.”
Hans melepaskan helaan nafas yang seakan-akan telah ditahan sekian lama, mendengar ucapan Sophia yang memantapkan perasaannya. Mereka berdua berbicara panjang lebar, tentang masa depan yang mereka bayangkan bersama, impian untuk memasuki universiti, dan cita-cita untuk membina kehidupan yang bahagia tanpa terikat oleh persepsi atau norma yang mungkin membelenggu mereka.
“Aku tau keluarga aku, agama aku tak akan terima hubungan cam ni. Tapi aku tak peduli. Kau adalah jiwa yang aku cintai, dan itulah yang penting.”
“Kau bersedia hadap semua cabaran tu?” Hans bertanya dengan nada yang serius. “Kita mungkin terpaksa berdepan dengan tentangan daripada keluarga kau…”
Sophia mengangguk, matanya bersinar penuh ketegasan. “Aku sedia, Hans, selagi kita terus saling mencintai dan menghormati. Aku percaya bahawa cinta kita lebih kuat daripada sebarang kata-kata atau pandangan orang lain.”
Kedua mereka duduk di situ dengan tenang, tangan saling menggenggam, menatap ke arah sungai yang tenang seolah-olah memahami rahsia dan ikrar mereka. Di bawah langit biru, bersaksikan keindahan dan kedamaian alam, dua jiwa yang masih hijau itu bebas merasai kewujudan Tuhan dalam hati mereka tanpa ada yang menghalang.
#
Di ruang tamu yang serba mewah dengan perabot mahal dan cantik, Sophia berdiri berhadapan dengan kedua ibu bapanya dan Kamal. Kamarul duduk di sebelah Puan Kamalia, memantulkan sokongan dari matanya. Dia sebenarnya bangga kerana Sophia mempunyai keberibadian yang teguh dan dia tahu, petang itu, Sophia akan menegakkan prinsip hidupnya.
Setelah merenungi setiap pandangan yang diterima daripada Hans, Lynn, Dahlia, dan juga Kamarul, Sophia temui keyakinan untuk menyuarakan pendiriannya walau pun dia menyedari ini mungkin bukan keputusan yang diterima dengan mudah.
“Mama, papa,” Sophia memulakan dengan tenang, “Phia dah fikirkan tentang kelas agama tu. Phia tak nak. Ini muktamad sebab Phia nak belajar dengan ikhlas, bukan sebab terpaksa.”
Puan Kamalia menarik nafas dalam, wajahnya menunjukkan sedikit kebimbangan. “Sayang… kami nak yang terbaik untuk kamu. Ini adalah untuk masa depan, untuk memastikan kamu tak tersasar dari jalan yang benar.”
“Kau buat semua orang risau, kau tau?!” Tiba-tiba Kamal menyampuk. Nada suaranya dingin. “Batasan agama penting. Orang kafir suka kalau orang Islam jadi murtad. Adik tak tau ke semua tu, agenda orang kafir?”
Sophia menarik nafas, menahan keinginan untuk membalas dengan keras. Dia tahu marah hanya akan menjadikan keluarganya semakin sukar menerima. Tetap mengekalkan prinsip, dia cuba untuk berdiplomasi. “Thanks for your care and concern. It would mean a lot if you could also show some respect and understanding. Tak payahlah risau, aku tak ikut kelas agama pun aku tetap ada pegangan. Aku lebih suka memilih jalan sendiri dengan hati yang bebas, ikhlas, bukan terpaksa, bukan hanya kerana takut.”
Kamal membalas dengan tajam, “Kau ni betul-betul degil! Kalau kau terus ikut kepala sendiri, esok-esok kau akan tersesat. Silap-silap murtad.”
Kamarul, yang sejak tadi mendengar dalam diam, akhirnya mencelah dengan nada yang lebih bertimbang rasa. “Kamal, bagilah adik ruang mengekspresikan diri. Kenapa nak kecoh-kecohkan sangat hal ni?”
Kamal menjeling ke arah Kamarul, kelihatan tidak puas hati. “Kau selalu berlembut dengan adik. Ini bukan soal bereksperimen atau ‘ruang berekspresi’. Ini soal memastikan dia tak terkeluar dari landasan. Kau tau tu.”
“Masuk gereja, sekali je, untuk melihat sendiri, itu pun dah tergugat? Mana kekuatan kau sebagai penganut Islam yang hebat?” Kamarul cuba membuka mata adiknya sementara Sophia merenung Kamal, dengan hati yang terbakar oleh kemarahan. Dia mengambil masa untuk menyusun kata-katanya. “Kenapa kau rasa begitu, Kamal? Kenapa kau yakin sangat aku akan ‘keluar dari landasan’? Bukan ke kita diajar untuk berfikir dan mencari kebenaran?”
Encik Suffiyan yang diam sejak dari tadi, menggelengkan kepalanya. “Sophia, papa tak marah. Memahami agama tu satu kewajipan dan kenalah ikut landasan yang betul.” Bunyinya seperti menyokong Kamal.
Sophia menarik nafas dalam, matanya bertemu dengan mata bapanya. “Phia nak faham agama bukan sekadar sebagai kewajipan atau peraturan semata-mata, tapi sebagai sesuatu yang benar-benar Phia pilih dan hayati. Memaksa macam ni hanya akan buat Phia rasa tertekan.”
Kamal mencelah dengan nada yang sinis. “So you think you know better than us about what's good for you? Do you think you're better at choosing right and wrong?”
“I know what’s best for me.” Sophia menggeleng, berusaha menahan emosinya agar tidak meluap. “I’m so over this…” Dia menarik nafas, menenangkan hati. “Can’t you see? I want to be who I am. You have your path, and I have mine. How about we find a way to walk together? I care about what mama, papa, you, and Kamarul think. But when I’m pushed into things I’m unsure about... that doesn’t sit right with me.”
Kamarul memandang Kamal dengan tenang. Matanya bersinar, mencerminkan sokongan kepada Sophia. “We need to pay attention to her. This isn't just about right or wrong; it's about how we form our beliefs. Pushing someone to agree can create resistance. Sophia deserves the chance to choose her own way. We should have faith in her.” Kata-kata Kamarul menyentuh hati orang tuanya. Mereka menunduk, cuba membuka hati untuk mengerti. Namun Kamal tidak mengalah, dia memandang Kamarul dengan mata yang membara. “Kau mungkin tak kisah dengan pengaruh orang luar, tapi aku peduli. Aku takkan biarkan adik kita terpengaruh dengan budaya dan cara hidup orang kafir.”
Sophia menghela nafas panjang, merasa kesedihan dan kecewa dengan sikap Kamal. “Kamal, aku tak tau kenapa kau terlalu membatasi aku. Tapi aku tak nak cakap apa… cuma kau faham sendirilah… cara kau macam ni dah sekat impian kau dan kau jadikan aku tempat untuk menebus kegagalan.”
Kamal berkeras, wajahnya tegang, “Ah, apa yang kau merepek ni?! Kau yang senang sangat terpengaruh, sekarang kau nak twist? Nak cari salah aku pulak? Whatever… Tapi kau kena sedar, dunia ini penuh dengan perkara yang boleh memesongkan kita. Ini bukan soal bagi kepercayaan pada kau, tapi pada siapa kau berkawan dan bagaimana orang kafir mempengaruhi kau.”
“Dah lah tu, Kamal… Kita anggap je hal ni dah selesai. Memang betul, agama bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Nanti bila hati adik dah terbuka, dia akan ikut.” Akhirnya Encik Suffiyan memberi kata putus. Dia tak suka nak bincangkan perkara itu lagi. “Semua kamu dah besar, dah boleh berfikir dengan matang. Papa tak akan halang, cuma satu papa minta, jaga maruah selalu.”
Kamalia mengusap lengan Suffiyan, bimbang jika pertengkaran antara anak-anak mereka akan memberi kesan terhadap kesihatan suaminya itu. “Dahlah tu bang, rehat. Kamu pun Kamal, sudah-sudahlah… Jangan asik nak bergaduh dengan adik. Dia tak nak masuk kelas agama, tak apa lah. Ada betul apa dia cakap. Kalau pergi pun tapi hati bukan dekat situ, apa faedahnya?”
Sophia tersenyum, lega kerana akhirnya dapat menyuarakan pendapat. Dia tahu ini bukanlah kemenangan, tetapi setidaknya, dia diberi ruang. Walau pun Kamal tak dapat menerima, yang penting orang tuanya sudah mulai menghormati pendiriannya yang akan terus berdiri teguh, dengan kepercayaan yang telah dibina dari hati.