Andrey duduk ditemani joran. Cikgu Rina pula kelihatan begitu tekun menumpukan perhatian pada apa yang sedang dia kerjakannya. Penampilannya macam biasa, ringkas. Sleeveless hijau persia sesuai dengan motif perkhemahan, dipadankan dengan seluar jeans paras lutut. Cermin mata hitam berehat kemas atas rambut yang disanggulkan dengan sebatang berus lukisan. Andrey tersenyum seorang diri, memandang cikgunya dari jarak itu. Dia mendongak pula ke langit, menarik nafas syukur dan sewaktu nafas dihela, terbebaslah sebuah hakikat bahawa cikgu Rina adalah bahagian terbaik dalam perkhemahan kali ini. Cikgu Rina wujud dalam kewujudannya untuk dia menilai sebuah pengertian. Nilai yang terabai dulu. Nilai diri seorang manusia seperti dia.
“Berapa dah dapat?”
“Tiga. Kau pasang api. Aku nak sediakan makan malam.”
“Apa kita ada?”
“Biasalah, mi segera, roti, biskut, peanut butter, beans, canned food. Ikan segar… Malam ni makan ikan bakar.”
“Wooo ikan bakar… Patut siap lemon, dill. Haha, kau tak pernah masak. Mana belajar?”
“That’s the best part, you know, Andy. Bila dia tak pernah masak tapi sanggup mencuba, itulah yang kita panggil semangat. Saya berbesar hati jadi pengkritik pertama,” kata cikgu Rina kemudian dia menyambung, “ini untuk awak.”
Kedua kembar itu terpegun melihat apa cikgu Rina sampaikan—sebuah lukisan akrilik. Di dada kanvas, terlukis gambar Andrey yang sedang memancing, sambil Andy terbaring malas memegang buku dan dia sendiri berdiri di satu sudut, melukis. Sentuhan cikgu Rina lengkap dengan warna alam. Sempurna. Untuk beberapa saat Andrey terdiam memuja karya seni hadiah dari cikgu Rina untuknya.
“Suka tak?” Dia bertanya setelah Andrey didiamkan rasa kagum.
“This is a masterpiece. Betul ni, cikgu nak bagi saya?” Meminta kepastian, Andrey lekatkan matanya tepat ke seluruh wajah cikgu Rina.
“It’s yours.”
“Terima kasih... Terima kasih sangat, cikgu. Saya tak tau nak cakap apa… Boleh saya peluk cikgu sebagai tanda terima kasih?”
Dia ketawa, menyedari kata-kata itu dipinjam darinya sewaktu pertama kali dia dibawa ke situ. Dan untuk menjadikannya serupa, dengan lancar dia membawa Andrey dalam pelukan.
“Thank you for trusting me.” Bisikan itu dinyanyikan ke telinga Andrey. Mereka membiarkan diri tenang dalam pelukan sebelum dikejutkan oleh flash dari DSLR Andy.
“Beautiful moments like this should be captured. This will make you smile forever.”
Sementara sibuk menyediakan makan malam dan Andy dengan tugas-tugas memasang unggun, cikgu Rina dah pun bersiap sedia untuk merenangi Tasik Biru. Swimming suit yang membaluti tubuhnya mengizinkan mata untuk melihat dengan jelas kesempurnaan seorang wanita. Andrey mendongak lagi ke langit, kali ini untuk bertanya kepada Tuhan, “malaikat atau bidadari syurgakah yang dah kau hantar kepada aku?”
Langkah cikgu Rina dia iring dengan mata. Sewaktu menjejak air, Andrey mula sedar, cikgu Rina memiliki sepasang kaki yang cantik. Dan apabila wanita itu menyatukan tubuhnya dengan tasik, dapat Andrey saksikan dengan lebih baik bentuk badan seorang wanita. Satu gambaran sempurna yang akan sentiasa ingin dia potretkan, dalam apa juga cara.
Cahaya matahari terpancar di permukaan air menjadi semakin indah berkilauan, kelihatan seperti butiran permata muncul dari dasar tasik. Pemandangan itu lengkap — sesempurna cahaya bulan yang menemani bintang-bintang, mengagumi kehebatan masing-masing dalam sunyi gelap malam.
Sesekali dia mencuri pandang sambil tangan sibuk siang ikan. Melihat cikgu RIna berenang bebas begitu, hati yang menggigil terasa dipanggil-panggil untuk turun ke sana.
“Tula, aku suruh belajar berenang tak nak.” Andy mengusik, seakan tau apa di fikiran adiknya itu.
Menyedari hakikat ketidakupayaannya berenang, dia hanya mampu tersengih. Entah kenapa, Andrey memang takut berenang, tapi suka dekat dengan air. Bukan dia tak pernah cuba, tapi tak boleh. Tak pandai. Tak reti.
“Aku rasa tak de masalah kalau dia tu nak bagi engkau kelas renang lepas ni.”
“Macam tak percaya, macam mimpi dia ada dengan kita kat sini sekarang.”
“Betulkan cakap aku? Kalau kau ajak gerenti dia tak tolak. Tak ajak, mana nak tau. Aku suka dia. Dia cool.”
Andrey mengangguk, tanda setuju.
“Hmm, sedapnya bau. Lemon. Saya suka ikan.”
Tau-tau cikgu Rina dah berdiri di sebelah. Entah bila dia keluar dari air, tak siapa antara mereka berdua yang perasan. Masih dalam pakaian renang, dia mengeringkan rambutnya dengan sehelai tuala kecil berwarna biru. Itu telah berjaya mengusik jiwa remaja dan naluri kelelakian Andrey. Satu perasaan aneh menjalar dalam tubuh. Sesuatu yang tak pernah dia alami.
“Ini kali pertama saya masak ikan, jadi jangan terlalu berharap. Komen boleh tapi jangan komplen.”
“Ahhh, tak kisahlah. Usaha tu yang penting.” Cikgu Rina meninggalkan sebaris ayat untuk direnungkan sebelum masuk ke dalam khemah. Adrian hanya tersengih mendengar perbualan mereka.
#
Gelap akhirnya mengganti terang. Unggun api dah dinyalakan. Mereka bertiga mengambil tempat duduk di hadapan unggun untuk menikmati makan malam. Ikan yang dah siap diperap kini hanya menunggu untuk dibakar. Cerek berisi kopi juga telah tersedia. Asap berkepul naik sebaik sahaja ikan diletakkan di atas panggangan. Aroma dari perapan lemon dan dill cukup membuka selera walaupun dia tak makan ikan.
“Bau sedap dah, nampak pun macam sedap. Rasa, kita tengok nanti.” Cikgu Rina yang duduk di sisi sudah memuji sebelum menjamah hidangan. Dia nampak seksi dengan rambut basah begitu. Tanpa mengenakan sebarang kosmetik, kecantikan semulajadinya sikit pun tak terjejas malah, membiaskan pesona daya tarikan kekal. Di mata Andrey, kesederhanaan itulah yang menyempurnakan seorang cikgu Rina.
“Saya nak ucap terima kasih kepada awak berdua untuk perkhemahan ni. Mungkin lain kali kita boleh berkhemah lagi, kat tepi sungai atau mana-mana je.”
“Tak de hal, cikgu. Mungkin lain kali, Suzie pun dapat ikut. Kalaulah dia ada join kita sekarang…”
“Dah tentu parents dia risau nak lepaskan dia berkhemah macam ni. Kalau anjuran sekolah mungkin lain cerita. Satu hari nanti, Andy. Anyway, saya yakin Suzie pintar macam awak. Jaga dia.”
“Seba tu saya suka dia. Saya akan bagi dia yang terbaik. Dia yang pertama, cikgu. Saya tahu kami masih muda untuk begitu yakin tentang perasaan, tapi saya pasti saya nak dia jadi selamanya.”
“You're lucky. I'll keep you in my prayers.”
“Once we know exactly what we're after, we’ll definitely make an effort to achieve it. Lebihnya kita tawakal.”
Kedua beradik itu sama-sama mengangguk setuju atas nasihat yang diberi cikgu Rina. Cubalah. Manusia mesti mencuba. Berusaha. Berdoa dan beriman kepada setiap niat yang mulia.
“Andrey, awak pulak macam mana? Tak nak ke ada someone special, someone like Suzie, maybe?” Cikgu Rina mengalih perhatiannya kepada Andrey yang duduk di sisi. Serta merta wajah cikgu Sophia menerjah ruang ingatan lagi.
Kalau Adrian nak Suzie, aku nak cikgu Sophia.
Pertanyaan cikgu Rina dijawab dalam hati. Sebenarnya dia tak pasti…
“Atau awak lagi berminat dengan perempuan macam cikgu Sophia?” Samada fikirannya memang terlalu mudah dibaca atau cikgu Rina begitu sensitif terhadap emosinya, satu yang pasti guru ekonomi itu seakan dapat melihat ke dalam khayalannya.
“Saya sebenarnya selesa dengan cikgu.” Satu kejujuran terlontar dari keikhlasan tanpa perlu berfikir panjang-panjang. Adrian senyum sampai ke telinga sambil menguis ikan bakar yang dah tinggal tulang. Dia nampak gugup dan gementar yang cuba adiknya itu sembunyikan.
Andrey menolehkan kepala, meninjau ekspresi cikgu Rina yang tersenyum memandangnya. Cahaya unggun api menjadikan mata coklat cikgu Rina kelihatan jernih bersinar. Sebenarnya dia mengharapkan jawapan untuk jawapan yang diberi, tapi cikgu Rina hanya berkata,“sedap ikan ni, pandai awak masak. Awak patut ajar saya.”
“Saya baru belajar.” Nampaknya cikgu Rina memilih untuk membiarkan topik itu tergantung.
“Kalau macam tu, apa kata kita belajar sama-sama? Saya bukan reti sangat masak, tapi saya suka makan-makan. Yang terbaik, dekat rumah. Saya jamin.” Cukup jelas hasrat yang cuba dia sampaikan. Pernyataan yang membawa fikiran Andrey jauh ke masa depan. Mereka menatap wajah masing-masing seolah-olah ingin berpaut pada detik itu untuk selama-lamanya.
“Andrey ada cerita pasal makan malam dengan cikgu masa malam dia lari dari majlis abah.” Andy bersuara, membangunkan mereka dengan mengisyaratkan kehadirannya di situ.
“Awak cerita semua?”
“Twins.” Jawab Andrey, ringkas.
“Well, Andy, I’m a straightforward person. I honestly have feelings for your twin, I mean your brother.” Tanpa teragak-agak suara hati dilagukan, bersih dan jelas.
“Saya tau, cikgu. The passion is obvious.” Jawab Andy, tanpa perlu menyatakan rasa ingin tahu. Apapun dia dah tau cerita dari mulut adiknya sendiri.
“It’s pure.” Cikgu Rina mengunci mulut Andrey dengan membawa tangan buah hatinya itu kemas dalam genggaman.
Walaupun dah banyak kali telinga mendengar pengakuan yang sama, namun, malam inilah yang paling istimewa sebab cikgu Rina melafazkan semua itu di depan Andy — sesuatu yang sangat baru. Terlalu baru.
“Saya gembira ada orang ambil berat pasal dia ni. Saya tak kisah siapa pun orangnya yang paling penting ikhlas. I’m happy to know that it’s you.”
Andrey yang hilang dalam realiti hanya mampu menangkap dialog mereka. Genggaman tangan cikgu Rina terasa semakin kuat.
“That’s so sweet of you, Andy. Thanks for your understanding.”
“I may be his big brother but even a big brother can not control this monkey. I’m sure you are more qualified to carry out the tasks.”
“Dengan berbesar hati.” Balas cikgu Rina. Muka cikgu Rina dia curi pandang. Kelihatan senyuman meleret di bibirnya macam baru habis majlis akad nikah yang berkadikan abang ipar sendiri, bersaksikan alam—burung pungguk, serangga, pokok-pokok, bulan, bintang, nyamuk.
Dah rasmi ke aku jadi milik dia? Dia nampak confident betul yang aku ni dia punya.
Dan Andrey sendiri, setiap kali bersama cikgu Rina, dia rasa macam mereka berdua memang dah berjodoh dari mula. Dia biarkan je apa cikgu Rina nak cakap. Dia iyakan semua kata-kata. Dia halalkan semua perbuatan. Jarang dia tak bersetuju malah dia relakan dengan senang hati setiap kali masa dipinta.
Andrey memandang unggun api, berfikir mengapa semua ni rasanya macam pernah terjadi? Mungkin semua ni pernah terjadi dalam mimpi.
Angin kecil berhembus menambahkan ketenangan. Perbualan semakin rancak sambil menjamah makanan ringan yang dibawa. Teko kopi yang dah kosong cikgu Rina dah gantikan dengan seteko teh.
“Cikgu, saya teringin sangat nak tau, kenapa atau macam mana cikgu suka beruk air ni?” Tak semena-mena Andy buat permintaan.
“Oh Andy… don’t start. Kan semuanya aku dah kasi tau?” Bantah Andrey, kurang senang.
“Biarlah aku nak dengar dari mulut cikgu Rina. Kata pengakap… Kan dah jadi tradisi kena ada cerita unggun api?”
“Saya tak de masalah. Jangan malu, beruk air. Apa salahnya mengenang.” Cikgu Rina mengusik dengan gelaran yang diberi Andy sebentar tadi. Nampaknya dia suka dengan usulan Andy.
“Hmm yela, teruskan la…” Andrey angkat tangan tanda mengalah. Sebenarnya, dia pun teruja nak dengar cerita versi cikgu Rina. Dia sendiri tak pernah terfikir nak bertanya.
“Hari pertama saya masuk kelas, dia tak de. Maksud saya dia lewat. Ya sayang, awak lewat dua puluh minit. Saya tengok jam, jangan terkejut.” Sambil mengangkat mengangkat kening dia menyambung, “dia masuk ikut pintu belakang, tak de salam, tak de mintak maaf ke apa. Terus duduk kat kerusi paling hujung, belakang kelas. Awak ingat saya tak nampak?” Pembukaan cerita membawa senyum ke bibir Andrey. Terimbas kembali hari pertama berkenalan.
“Saya pun buat-buat tak peduli, tak perasan.”
“Lepas tu cikgu tanya nama.”
“Bagus, awak ingat.”
“Bukan tu je, cikgu tanya kenapa lambat,” Andrey membantu menyambung cerita.
“Saya beritahu yang betul, cikgu Fauzi panggil pasal pameran lukisan.”
“Ya, mulanya saya tak percaya, tapi cikgu Fauzi sendiri mengesahkan.” Cikgu Rina dengan selesa meletakkan tangan di atas peha Andrey.
“Camtula Andy, hari pertama saya jumpa adik awak. That attitude was somewhat disturbing. First impression, of course, I find it rude, ya... Tapi, awak nak tau bahagian mana paling best?”
“Apa dia cikgu?” Adrian menunjukkan minat dan Andrey pun sama teruja nak mendengar pengakuan cikgu Rina.
“Sebelum jumpa dia dalam kelas tu, saya dah kenal dia dah.”
“Kenal? Macam mana tu?” Adrian menunjukkan rasa ingin tahu. Andrey turut terkejut.
Bila masa aku kenal dia… OK, dia kenal aku?
“Saya nampak satu lukisan waktu pameran tahun lepas. Masa tu dia tengah honeymoon lagi agaknya. Lukisan tu cantik, saya suka. Secara intuitif, saya rasa macam ada connection dengan pelukis.”
“Cikgu tak pernah beritahu pun… lukisan yang mana?”
“Cikgu Fauzi cakap lukisan tu awak lukis masa awak form four. Apa yang saya dengar, awak aktif dalam kelab seni dan kebudayaan sebelum ni. Tapi bila masuk form 6, awak dah tak nak join, tak tau apa sebab. Jadi, saya tanya cikgu Fauzi. Dialah yang kenalkan saya pada nama Andrey.”
“Ohh macam tu. Itulah, kadang-kadang intuisi ni betul, kan, cikgu?” Kata Adrian. Seronok dia bila dapat bongkar rahsia dari mulut cikgu Rina sendiri.
“Saya percaya pada gerak hati. Guts feelings.”
“I believe in the power of observation, analysis, and contemplation.”
“And you tend to do it excessively. Observing, contemplating, and reflecting, are undoubtedly beneficial, but the tendency to overthink is unhealthy, isn’t it, cikgu?”
“Too much of something can impact our overall well-being, including physical, mental, and spiritual health. Finding fulfilment in life involves embracing simplicity and practising moderation in all activities.”
“Agreed. Moderation is the key.” Bangga muka Andy bila mendapat sokongan dari cikgu Rina demi membuktikan sikap adiknya yang suka berfikir secara berlebih-lebihan.
“It’s good to think critically, anyways.” Kata cikgu Rina sambil memandang muka kekasihnya itu.
Pandai kau ambil hati.
“Which painting are you referring to? If I recall correctly, there are a few.” Perbualan kembali ke tajuk sebenar yang telah dicuri.
“Heaven.”
#
“Saya suka tengok langit malam.” Diiring petikan gitar Andy, dia membisikkan itu.
“Kalau tak dengan teleskop, saya akan bentang tikar, baring tengok langit, cuba kira bintang, buruj. Kat atas sana tu, banyak misteri.”
“Don’t forget the part where you make a wish upon a falling star.” Adrian melengkapkan sesuatu yang enggan dia ceritakan.
“Saya pun kadang-kadang buat macam tu. Make a wish upon a shooting star. Kat rumah, saya suka duduk kat tingkap atau balkoni, tengok bintang.”
Pada ketika itu, Andy mula memainkan beberapa kord yang sangat dikenali. Nada yang sangat sesuai untuk malam sesempurna itu. Melodi yang membuat hati Andrey bernyanyi dan mendorong jiwanya untuk mencapai tangan cikgu Rina untuk dibawa dalam dakapan.
“Cikgu belum lagi bagitau camne rasanya menari dengan monyet.” Katanya, cuba memukau mata yang cantik itu sambil bergerak malas mengikut irama yang berlatar belakangkan suara cengkerik.
“Sama seperti apa yang saya rasa sekarang. Perfect.” Lengan merangkul leher. Kenangan tarian pertama berulang lagi.
Star light, star bright, first star I see tonight,I wish I may, I wish I might catch a falling star tonight.Try and catch a shooting star, and make a wish with all your heartThe stars shine brightly for you and may all your wishes come true.
Lagu itu mereka nyanyikan bersama. Cikgu Rina rasa terharu. Terharu dan bahagia. Sementara semua keraguan dan perasaan rendah diri lenyap sama sekali dari diri Andrey. Suara-suara yang sering menyampuk juga tak lagi kedengaran setiap kali cikgu Rina berada di sisi. Bila bersama, yang wujud hanyalah hari ini.
Dalam tarian kecil itu, Andrey selitkan doa semoga malam ini akan menjadi malam-malam dan hari-hari yang akan datang dan kekal berulang. Doa yang sama cikgu Rina lafazkan tanpa siapa yang mendengar.
Keindahan perasaan itu juga telah menimbulkan keinginan Andrey untuk mencium bibir cikgu Rina. Dia rindu… Namun, niat itu terpaksa tarik balik, bila teringat Adrian yang masih bersama. Ditambah pula dengan bayangan cikgu Sophia yang telah membentuk sempadan antara betul dan salah. Cikgu Rina hanya mampu didakap. Dengan mata tertutup Andrey cuba usir wajah cikgu Sophia, lalu dahi cikgu Rina dikucup. Perlahan-lahan nafas dihembuskan di situ.
“Saya pasti tak akan pernah menyesal menari dengan monyet.”
#
Adrian minta diri untuk menjawab panggilan telefon dari Suzie. Tentu saja dia juga mau menikmati malam yang indah dan permai ini bersama orang yang dia cintai. Dan Andrey tau abangnya itu ingin memberi ruang kepada dia dan cikgu Rina untuk menyelam perasaan.
Berbaring di atas tikar yang siap dibentang, bintang-bintang bertaburan jelas kelihatan dalam posisi itu. Keajaiban di langit begitu mendamaikan jiwa kedua mereka yang masih mencari jawapan tentang persoalan hidup.
“Saya tak kan pernah bosan buat benda ni hari-hari.” Mata tertuju pada langit yang berbintik-bintik sambil menyuarakan isi hati.
“I sense your joy here, though you guard your heart.”
Cikgu Rina selalu ada kata-kata indah. Mungkin kasih sayang yang telah memudahkan dia untuk memahami dan membaca hati. Niatnya hanya satu—mau mengajak Andrey berfikir jauh. Dalam apa jua cara, cikgu Rina berusaha memilih perkataan yang betul, agar kata-katanya terkesan dan sampai ke jiwa yang ingin dia miliki.
“Cikgu camne?”
“Saya boleh hidup macam ni. Being close to nature brings us closer to our true selves.”
“I truly appreciate how you've influenced my outlook, and I'm excited to carry this positivity with me as I progress in life. Thank you for being such a wonderful inspiration.”
“It's great to hear that! Absolutely, maintaining a positive outlook, much like practicing moderation, is essential for a fulfilling life. Fikiran positif, perbuatan positif. Bila kita penuhkan hidup kita dengan positivity, kita menarik perkara-perkara yang positif dalam hidup kita. Perkara yang baik, perkara yang hebat. Macam tu jugaklah kalau kita negatif.”
Tenang nada suara cikgu Rina mendorong Andrey untuk menyentuh jari-jemarinya. Denyutan dalam sentuhan mudah dan jujur itu mengalir seirama di nadi mereka, mengutuskan sebuah doa dan harapan.
“That’s a shooting star…”
“I just made a wish. Have you?”
Cikgu Rina memusingkan badannya untuk menatap wajah yang masih menatap langit.
Apalah agaknya pesanan yang kau hantar ke syurga melalui bintang itu, sayang?
“The stars shine brightly for you and may all your wishes come true.” Tapak tangannya mengusap rambut mesra rambut Andrey.
Sejurus itu, Andrey mengalihkan pandangan dari langit ke dalam mata yang sedang menatap wajahnya.
Hanyut beberapa ketika dalam tatapan, dia mengucap sesuatu yang membawa tawa keluar dari kotak suara cikgu Rina.
“Eres… la estrella de mi corazón. Mi estrella del norte.”
“Aik, Spanish pulak. Nak lawan tokey nampak. Siapa ajar?”
“Saya ambil Spanish masa tadika dulu.” Sengaja dia memerli.
“Ingat cikgu je pandai bahasa asing? Saya bahasa alam pun fasih, cikgu mana tau. Asik awak je nak bongkak, sekali-sekala saya pun nak jugak membongkakkan diri.”
Sama-sama mereka ketawa. Sama-sama bahagia. Sama-sama merelakan perasaan dijajah masa.
“Mich? Dein Nordstern, der Stern deines Herzens?” Tanya cikgu Rina menggores kerut di dahi Andrey.
“Si. La estrella del norte de mi corazón, mi polvo de estrellas favorito en todo el universo.” Seolah-olah memahami apa yang dikatakan cikgu Rina, Andrey membalas dengan penuh yakin.
“Ja, dass glaub’ ich.”
“Berapa banyak bahasa dia boleh cakap ni?” Akal dah confused.
“Dia faham apa kau cakap tadi. Kau faham ke apa dia cakap?” Hati pun sama. Confused.
“Aku guna intuisi.” Jawabnya kepada akal dan hati.
Macam itulah agaknya bunyi bila lembu bercakap dengan sapi. Dalam tawa, tubuh saling merapat dan untuk seketika mereka berpelukan. Badan Andrey bergetar. Hati cikgu Rina berdebar.
“Sejuk... Jom masuk.”
Sedar tak sedar dah hampir dua pagi. Dia menuruti cikgu Rina ke dalam khemah.
“Cikgu nampak letih, mengantuk.” Sehelai selimut yang memang dibawa extra dia balutkan ke tubuh cikgu Rina agar sejuknya hilang.
“Saya okay. Jangan risau.”
“Berbual dengan cikgu, rasa tak nak berhenti. Tapi kalau cikgu mengantuk, tidurlah dulu. Tak kan nak habiskan semuanya dalam satu malam, kan?”
“Tak pe, sayang.” Lembut suara cikgu Rina memanggil dia dengan panggilan itu. Sejuk hati Andrey bila dimanja begitu. Kalau boleh dia nak cikgu Rina selalu macam tu kat sekolah, dalam kelas.
Barulah ada semangat nak belajar ekonomi.
“You know what brings me the most joy?”
“Tell me.”
“When you open your heart to see another side of me, it allows me to show it to you. In turn, I see another side of you, that you express effortlessly without even realising it.”
“That’s penetrating.”
Mereka baring muka ke muka. Khemah itu diterangi oleh lampu suluh kecil, tetapi cukup terang untuk mata memukau mata. Ada sesuatu menggetarkan perut ketika itu—rama-rama. Seekor, dua ekor, tiga ekor kemudian menjadi ramai. Kekuatannya begitu bertenaga hingga mampu menerbangkan tubuh mereka di awangan. Perasaan itu seperti listrik yang mengalirkan satu kuasa atau tenaga—berkocakan di nadi, di urat saraf, di pembuluh darah. Dan perasaan itu juga telah meremangkan bulu roma.
“Kenapa cikgu sayang saya macam ni sekali?”
“Because you are too real to be unreal.”
“Cikgu rasa betul ke semua ni?”
“Perasaan yang jujur, tak pernah tak betul.”
“Semua ni terlalu baru bagi saya, cikgu…”
“It’s Rina, sayang.”
“Rina… Rina…Rina…”
“Rina…” Nama itu disebut lagi. Kali ini bersama satu ciuman di pipi.
“I love the real you. Tak sama dengan mana-mana butch yang pernah saya kenal, awak ada trademark.”
“Cikgu kenal orang lain? Butch?” Andrey rasa tak senang dengan kenyataan yang dibuat.
Cemburu ke aku?
Tapi cemburunya itu tak lama bila cikgu Rina membuat penjelasan, “kenal dari hi and bye. Nothing energises me. Tak macam yang awak bawak, honestly.”
“Lepas putus, cikgu tak pernah ada lain?”
“Tak de siapa lepas tu. Saya benamkan diri saya dalam study, kerja.”
“Cikgu cantik. Saya pasti ramai yang nak…”
“Look, hon… Bila kita dipanggil untuk mencintai, maka bererti dah tiba masanya untuk mencintai. Kita boleh pilih siapa je kita nak tapi kita tidak boleh tentukan siapa untuk hati kita.”
Dalam ungkapan cikgu Rina, cuba dia selam. Tapi bila tangan dibawa melingkari bahu, terus dia tenggelam. Serentak itu cikgu Rina bergerak merapatkan badan mereka dan membantalkan kepalanya dengan lengan Andrey, mengizinkan harum rambutnya dinikmati.
“I love you.” Dia mendongak lalu dagu dicium.“I really do.”
Serentak itu, tubuh mereka saling merangkul, berdakap erat.
Cikgu Rina dah sediakan satu tempat untuk aku berehat— hatinya.
Mata dipejamkan, bergelut mencari erti bagi perasaan tak terungkap ini. Seringkali jawapan gagal ditemui, lalu mereka berdua memilih untuk menyerahkannya kepada gerak hati.
Sambil mata saling merenung wajah, semua keberanian Andrey kumpulkan untuk membelai pipi, memuja kulit yang lembut itu. Satu ciuman dilepaskan di dahi. Sentuhan bibirnya melahirkan senyuman di bibir cikgu Rina. Senyuman yang selama ini dia abaikan. Senyuman yang akhirnya berjaya menakluk kewarasannya.
Rangsangan yang menyerang naluri di luar tadi kembali beralun dalam darah. Bibir mula mencari bibir yang bersedia menyambut mesra kucupan. Degup jantung bertambah kencang. Terasa darah yang mengalir dalam urat bagai berkocak-kocak. Hembusan nafas cikgu Rina membelai kulitnya seperti angin menggerakkan awan. Jari-jari halusnya menari di leher, mengajak tangan mengusap lengan. Lembut. Halus. Kulit yang sejuk mula menjadi hangat. Ciuman itu penuh ghairah, dalam dan panjang tak seperti ciuman pertama dan kedua.
“You’re amazing, Rina…” Bisik Andrey sambil menggigit kecil cuping telinga cikgu Rina yang mengukuhkan pelukan, membenarkan diri masing-masing menghayati irama degupan jantung yang berlari senada.
“I love you. Please know that.”
“We gonna have a lot of tomorrows, don’t we?”
“We gonna make history and create memories. Only the best ones. We will.”
Mata cikgu Rina semakin berat, malah matanya juga semakin mengecil. Lalu sepasang mata indah itu dicium sebelum lampu dipadamkan. Tubuh cikgu Rina dibawa lebih rapat. Dia mahu memastikan gadis itu selesa.
“Saya nak peluk Rina sampai pagi.” Bisik Andrey di telinganya