Suara ~ Bab 12 : Tuxedo

Ray FL
0


“H(caps)appy you’re home.” Kepulangan Adrian sememangnya dinanti-nantikan. Seperti mereka semua, tentu saja anak sulung dalam keluarga Tuan Arman itu juga rindu nak berkumpul sekeluarga. Lengan saling mendakap. Senyuman bahagia terpancar di wajah masing-masing.

“Wah, makin fit sekarang.”
“Ah, sikit-sikit je. Aku mula sukan sekarang. Badminton, jogging, gym…”
“Badminton, jogging, gym? Cikgu mana pulak dah paksa kau bersukan? Kau tu bangun tidur pun liat, sekarang nak kata dah ada rutin baru?”
“Itu dulu. Semua benda pun berubah. Kau dulu tak de janggut, sekarang jambang pun naik dah. Tengok ni. Andrey tarik lengan baju, sengaja nak menayang biceps yang baru nak tumbuh. 
Mereka ketawa. Lengannya ditumbuk.

“Kita ada majlis rasmi malam ni. Tolong siap sebelum pukul tujuh.” Suara Tuan Arman yang menyertai mereka empat beradik di meja makan telah membisukan suasana. Dia mengambil tempat duduk, diikuti Puan Asha beberapa saat kemudian, melengkapkan satu keluarga. 

Adrian bingkas berdiri, tunduk hormat diberi. Kemudian dia melangkah ke depan. Tangan dihulur kepada emak lalu dicium. Selepas itu, dia melakukan perkara yang sama kepada abah.
 
Riak di wajah Puan Asha dan Tuan Arman, terutamanya Tuan Arman, menunjukkan betapa bangganya mereka ada anak macam Adrian. Bangga dengan kecemerlangannya dalam bidang akademik. Bangga dengan sikap dan sifat-sifat mulia yang ditunjukkan. Saudara kembarnya itu memiliki semua perkara terbaik dalam hidup.

Bukan seperti aku yang membawa segala kecacatan.

(nextPage)
“Sambutan apa malam ni?” Andrey bertanya. Jiwanya gelisah. Majlis rasmi abah tak pernah menarik minatnya. 

Malam ini tak akan ada beza dengan majlis-majlis sebelumnya. Membosankan. Bagaimanapun, seperti biasa, arahan kekal sebagai perintah dan tiada siapa boleh menidakkan arahan abah.

“Jubli Mutiara. Semua diwajibkan hadir.” Suara tegas, nada keras abah menerangkan. Hati Andrey semakin tercungap-cungap dilemaskan permintaan itu. Kali ini akal bersetuju membantu hati yang kecewa lalu ia cuba merangka rancangan meloboskan diri dari terlibat dalam majlis tersebut.

Congrats, Sir. I’m proud to have you as my hero. Our hero.” Adrian sentiasa tahu perkataan yang betul, manakala Andrey terdiam, memikirkan cara dan alasan untuk dikecualikan. Dengan lain perkataan, dia cukup tak suka majlis sedemikian.

“Adriana, you are asked to wear formal attire tonight. I will not tolerate jeans and t-shirts.” Satu lagi perintah yang wajib dipatuhi.

“Tapi abah… Saya… Saya…” Kata-kata tersekat di kerongkong. Wajah abah tak mampu dia pandang.
“Apa? Tak ada dress?”
Dress? Oh my God…

Akal terus terbantut, tak tau bagaimana caranya untuk melongsor keluar dari situasi ini. Abah memusatkan pandangan kepadanya. Dia pula mengalihkan matanya ke wajah mak. Mak tak berkata apa-apa, hanya membalas gelisahnya dengan senyuman.
 
Bukan baru sehari dua aku jadi ahli keluarga ni, kenapa abah masih enggan memahami? Beza betul dengan mak. Mak lebih bersikap terbuka dan mudah dibawa berbincang. Penerimaannya juga lebih rasional.

(nextPage)

Kali terakhir menyertai majlis abah, mak pinjamkan dress dari seorang kawannya yang kebetulan mempunyai anak sebaya. Gaun merah jambu itu hanya bertahan melekat di badan Andrey kurang lima belas minit. Oleh kerana terlalu malu dengan apa yang membalut tubuh, dia lari ke tandas. Mujur akalnya panjang. Di situ, dah siap-siap dia letakkan sebuah beg sandang berisi baju. Beg itu berjaya dia sorok di belakang tandas sebelum majlis bermula. Lepas menukar pakaian, dia keluar dari dewan dan terus cabut pulang ke rumah.

Itu lima tahun lepas, sewaktu abah menyambut Jubli Perak.

Sekarang dia dah memasuki awal dewasa. Sembilan belas tahun. Sembilan belas, bukan sembilan tahun. Terngiang suara cikgu Rina di telinga—dia tak salah.
 
Aku bukan budak-lagi. Apa abah fikir aku ni salah seorang anggotanya yang mesti taat pada perintah? Betul, dia abah aku. Tapi itu tak bermakna dia berhak memaksa aku melakukan sesuatu di luar kemampuan dan kemahuan. Aku dah cukup matang untuk dikawal begitu. Ini bukan pasukan tentera. Ini kehidupan. Hidup aku. Tak adil kalau aku masih dilayan seperti seorang kanak-kanak.

Hati memberontak.

Maaf abah.

Tak mungkin akan dia paksa diri lagi demi memuaskan hati orang. Cukuplah patuh kepada semua arahan abah yang lain, tapi tidak sekali-sekali yang ini. Sesiapa atau apa-apa pun tak akan dia izinkan menahan dia dari menjadi dia.
 
Tuhan, mengapa aku mesti dipaksa melakukan perkara yang bercanggah dengan sifat semulajadi aku? Sengaja nak buat aku rasa macam badut, macam bodoh? Agaknya abah seronok tengok aku jadi badut sebab tu perasaan aku tak dipedulikan. Badut. Siapa yang kisah pasal badut? Padahal, yang menanggung malu, aku. Yang terperangkap dalam jasad ni, aku. Tekanan, siapa yang hadap kalau bukan aku? Tak berperasaan ke aku ni sampai hanya layak dilayan macam badut?

“Saya ada tux, kalau jeans dan t-shirt tak sesuai.” Andrey cuba berkompromi. Emak tergelak kecil manakala Adrian diam. Anis dan Amanda yang masih mentah juga diam. Mungkin mereka keliru tentang siapa Andrey—abang atau kakak?

Tux? Hmm? Nak bagi abah malu? Nak tunjuk pada semua orang krisis identiti kamu? Depan semua jemputan abah?” Dah tentu abah menolak keras. Andrey tertunduk. Lemah dan sentiasa kalah dengan pandangan mata dan suara abahnya yang dalam.

(nextPage)

Deringan telefon bimbit membantu dia keluar dari perbincangan untuk seketika.

“Maafkan saya.”
Nama cikgu Rina tertera di skrin telefon. Great…
“Awak free tak malam ni?”
“Ye kot… Kenapa?”
This gonna be a long weekend… Jadi, saya ingat nak ajak awak keluar malam ni… Makan ke, movie ke… Borak-borak.” Suara mesra cikgu Rina berhembus di talian. Tercetuslah idea dan alasan untuk melarikan diri dari majlis abah.

Sounds great… Tapi abah ada majlis malam ni. I’m not happy to join, but he insists.”
“Oh, I’m sorry.”
It’s not my thing… Gosh… Tapi tak boleh kata tak. Dah la dia tak kasi pakai tux.” Ketawa cikgu Rina terlantun jelas. Dapat dia bayangkan senyuman di wajah cikgu Rina ketika itu.
“Kesian awak. Tak apalah kalau macam tu, tunaikanlah permintaan abah awak. Hari penting dia, tak sedaplah kalau awak tak join.”
 
Sudah tentu, tiada siapa yang boleh bawak aku keluar dari cengkaman kuasa besar.

Kembali ke meja makan dengan muka sugul, dia melepaskan satu keluhan berat.
 
Aku sejuta kali lebih rela keluar dengan cikgu Rina daripada menjadi badut di majlis abah.

“Maaf. cikgu call.” Katanya sambil memandang muka Adrian.

“Cikgu?” Adrian mengerut dahi. Mukanya menunjukkan rasa ingin tahu. 

Andrey mengangguk.“Cikgu Rina, ekonomi. Dia tanya sama ada saya datang tak malam nanti. Saya sebenarnya ada tuisyen malam ni. Ada perubahan lokasi, katanya. Dia call nak bagitau kelas start pukul lapan, bukan pukul enam.” 

Bila terdesak, manusia menipu. Tak suka tapi dia terpaksa.

“Hebat cikgu kamu. Siap berjemput. Dekat sekolah tak maklum ke?” Seperti Andy, mak turut teruja nak dengar penjelasan. Tapi abah mencelah—
It’s not surprising, darling. She needs intensive care.” Kata abah. Tangannya menyentuh bahu emak. Lembut suara orang tua tu bila bercakap dengan perempuan.

“Oh please, honey. Your language. Don't be too harsh.” Emak tak setuju dengan perkataan pilihan abah.
I don't like this, Adriana. Abah tak nak tengok gred macam tu lagi.” Suara yang lembut bertutur dengan mak serta merta bertukar keras bila berbicara dengan dia.

“Baik. Itulah sebabnya cikgu tanya sama ada saya akan datang.” Alasan cuba dicipta. Malangnya...

(nextPage)

“Kelas tambahan memang penting. Tak ada halangan dari abah, bila-bila masa kamu boleh pergi. Tapi malam ini apa pun alasan tak diterima.”

Abah berlalu meninggalkan dia tanpa pilihan.

“I’m sorry, bro.” Adrian menepuk bahunya.

“Kat manalah agaknya tuisyen tu malam ni, kan?” Dia mengusik. Andrey kenyitkan mata sambil berkata, “aku percaya cikgu Rina ada taste.”
“Habis apa kau nak pakai malam ni?” Mereka keluar dari ruang tamu, naik ke tingkat atas. Adrian mengekorinya ke bilik.

“He left me with no choice, why would I give him one?” Almari pakaian dibuka, menarik sepasang tuxedo. Itu je yang dia ada. Siapalah yang perlukan pakaian macam tu dalam hidup ni?

“OK tak?” Dia meminta pendapat saudara kembarnya itu.

Tuxedo itu dia beli buat menyambut majlis hari jadi Adrian, tahun lepas—harijadi mereka berdua, tapi parti itu khusus buat Adrian seorang sebab dia tak suka majlis-majlis macam tu. Lagipun siapalah yang dia ada untuk dijemput?
 
Serta merta dia terkenangkan cikgu Sophia. Hati ini mula terasa rindu.
 
Kalaulah aku ada nombor telefon dia, mesti dah aku ajak dia keluar minum kopi, mungkin makan malam. Atau nak lagi romantik, ajak dia jadi date aku dalam majlis abah. Dapat jugak teman menari.

“Apa kata kau tanya cikgu Rina? Mesti cikgu Rina tau nombor telefon buah hati kau tu.”

Patutkah aku terima cadangan hati, meminta bantuan cikgu Rina dalam perjalanan menuju cinta cikgu Sophia?

(nextPage)
“Sesuai sangat. Mesti Rina cair tengok kau pakai ni.” Adrian membangunkan dia dari visualisasi.
Seperti yang dah diarah, mereka semua siap tepat pada waktu yang dah ditetapkan. Dengan Jeneral, mana boleh lambat. Karang bising. Silap-silap kena tengking. Abah sangat menekankan soal disiplin— Pada waktu, pada arahan, pada undang-undang. Kadang-kadang Andrey rimas dengan aturan yang dibuat abah. Tak macam mak. Mak lebih cool.

“Andrey, kamu tau abah tak suka. Kenapa nak cari masalah?”
“Abis ini je yang saya ada.”
“Nikan majlis rasmi.” Mak menggeleng-gelengkan kepala.

“Kalau camtu saya tak pergi pun tak apa, kan? Even better?”
“Jaga adab.” Mak melangkah masuk ke dalam kereta tanpa banyak bicara. Kedua adik perempuannya menurut, diikuti Adrian. Dia yang terakhir menyumbatkan diri ke dalam perut SUV tersebut. Macam biasa, dia duduk di sebelah Uncle Black, pemandu peribadi keluarga. Abah awal-awal lagi dah keluar. Dia ke sana sejam terlebih dahulu, mengikut apa yang dah dijadualkan.

Majlis sambutan Jubli Mutiara Tuan Arman kelihatan megah dengan suasana serba mewah lengkap dengan pilihan muzik bercitarasa tinggi, jamuan yang lazat dan sudah tentu dikelilingi oleh manusia-manusia dengan gaya dan reputasi. Terasa asing, Andrey memilih untuk berdiri seorang diri di satu sudut berhampiran tingkap macam Abdul Wahub dalam cerita Tiga Abdul.
 
Memandang ke luar, dia cuba bersembunyi daripada orang ramai, terutamanya dari mata abah.
 
Memang aku tak sesuai, tak selesa dan tak sepatutnya ada kat sini.

Majlis itu benar-benar buat dia sesak nafas. Jauh di sudut hati, dia sedar abah, mungkin mak juga malu dengan cara penampilannya.

Mesti mak abah kecewa ada anak cacat macam aku ni.

(nextPage)

Tapi siapa yang peduli tentang konflik yang dia hadapi? Siapa yang mendengar? Dalam keluarga, hanya Andy yang mendengar. Sayangnya, semakin remaja mereka tinggalkan, semakin masa menjauhkan mereka berdua. Dia faham Andy sibuk dengan komitmen dalam pelajaran. Komitmen untuk merealisasikan impian abah dan mak. 

Begitulah juga dia—komitmen untuk melepaskan diri dari penjara jasad terpaksa dia pakai hari-hari. Semakin lama disimpan, semakin berat beban yang ditanggung. Hinggakan ada ketika dia tak kenal siapa dirinya.
 
Bersendirian dalam menanggung kesakitan bukanlah satu langkah bijak. Dia bergelut di galaksi sendiri untuk menjadi diri sendiri, setiap hari. Kekacauan seperti ini parah kalau dipendam sendirian. Tekanan tak wajar dibiar berlarutan. Kenyataan itu tak dapat dinafikan. Setiap seseorang memerlukan seseorang. Seseorang yang mengambil berat, mendengar, memahami dan menyayangi tanpa mempersoalkan apa-apa pun. Wajah cikgu Rina muncul membawa satu harapan.

“Andrey, abah panggil.”Adrian datang menyapa, membawa amanat abah. Keresahan yang tergambar jelas di wajah Andrey, mana mungkin dapat disembunyikan. 

“Won’t be that bad, trust me.” Adrian atau Andy, memeluk bahunya. Dia cuba membuat adiknya itu merasa selesa.

“Just be yourself. That’s the best.” Sempat Andy berbisik ketika mereka menyertai abah yang dipagari jemputan. Mak melemparkan senyuman kepada dia. Ekspresi abah cuba dia abaikan walaupun jauh di dalam hati, dia rasa terpukul.

“Sir.” Dia memberi tunduk hormat dan mendongak hanya untuk melihat senyuman tidak setuju abah. Orang di sekeliling memerhatikan adegan itu.

“Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan, perkenalkan anak kembar saya, Adrian.” Dengan bangganya Tuan Arman memperkenalkan cahayamatanya dalam majlisnya yang pertama kali diadakan di Terusan Tasik Biru. Lengannya diletakkan atas bahu Adrian. “… dan Adriana, adiknya.”
 
Abah tak pegang tangan aku sikit pun.

Mujur dia handal dalam memalsukan senyuman. Dalam cahaya lampu yang berbinar-binar, dapat dia lihat para jemputan cukup terhibur. Mereka begitu mesra menghantar senyum kepada dia.
 
Adakah aku kelihatan lucu atau nampak macam alien? Atau badutkah yang sedang dipertontonkan?

Dia tak tau dan dia tak mau tau.

“Tuan, saya dengar, tuan ada kembar tak seiras.” Salah seorang tetamu abah membangkitkan soalan bodoh.

Indeed. Adriana, seperti yang anda lihat, dia lagi suka memilih tux daripada dress. Dia nak jadi macam saya.” Seluruh bilik ketawa menikmati jenaka abah. Mata mak Andrey tangkap dan kemudian dia toleh ke arah Adrian yang mengangguk perlahan, seakan meminta dia untuk bertenang.

Well, here is Adrian, my hero. Sedang menjalani program IB.”
“My father inspired me.” Sahut Adrian, bangga.

“Dan adik kembarnya di sini, Adriana, akan menduduki A’Level di TBC. Seterusnya, kita lihat nanti.”
Kecil hati Andrey dengar kata-kata abahnya.

Macam teruk benar aku ni tak dapat buat IB. Macam rendah sangat martabat A’Level tu padahal dia yang beriya-iya suruh. Adakah abah memerlukan aku di situ hanya untuk membuat perbandingan, seterusnya bagi aku malu?

Memandangkan tiada guna dan fungsinya dia dalam majlis tersebut, tanpa berfikir panjang dia melangkah keluar meninggalkan dewan.

Terima kasih banyak, abah.

(nextPage)

Kecewa dan malu diheret bersama, menyusuri jalan sambil memikirkan bencana apakah yang menimpa diri? Betapa kejamnya hidup ini. Bagaimana orang yang berhemah boleh bertindak seperti itu kepada anak mereka, di hadapan orang ramai?

Bukan aku yang minta dilahirkan ke dunia ni, dalam tubuh ni, jadi macam ni, membawa kecacatan ini. Mengapa seorang yang terpelajar seperti abah memilih untuk berfikiran kolot?

Langkah kaki dihayun tanpa arah untuk mencari arah. Peristiwa lima tahun lepas berulang lagi. Hati dan akal mengajak dia pulang, tenangkan fikiran di rumah. Sambutan seperti itu biasanya mengambil masa hingga lewat malam, jadi ada baiknya jika dia sampai ke rumah lebih awal sebelum mereka.

Langkahnya terhenti di sebuah perhentian bas. Penat. Kaki terasa lenguh. Tak sedar jauh mana dah dia berjalan. 20 minit sebelum pukul 9 malam, telefon bimbitnya berbunyi. Bukan cikgu Sophia seperti yang sering diharapkan, tapi rakan sejawatnya, cikgu Rina seperti yang dah dijangka. Kalau bukan ahli keluarga, telefon bimbit itu memang tak ada fungsi langsung sebelum cikgu Rina begitu yakin mahu mengeratkan hubungan.

“Hai.”
“Cikgu…”
“Awak call saya kejap tadi?”
“Saya call, cikgu?”
“Ye, ada missed call ni, 10 minit lepas.”

Dia betul-betul tak perasan. Tak sedar entah bila nombor cikgu Rina didailnya. 

“Awak OK ke? How's the party?”
“Entahlah, cikgu. Saya tengah tunggu teksi nak balik.”
“Kenapa? Awak kat mana sekarang?”

Cikgu Rina meminta dia menunggu di situ, di perhentian bas tempat dia duduk merenung hidup yang sedih ini. Tanpa menunggu ya atau tidak, talian dimatikan.

Terima kasih kepada sahabat setia, pemetik api dan rokok—lebih baik bertemankan asap daripada diteman pilu.

Duduk beralaskan bangku yang menyejuk bersama malam, dalam gelap Andrey cuba cari cahaya, memerhati kenderaan yang sesekali melintas dengan pandangan kosong. Angin mengusap muka, menerbangkan ingatan ke masa-masa indah zaman kanak-kanak. 

Ya, memang benar, segala-galanya membawa makna besar ketika kita masih kecil. Bebas menjadi apa saja tanpa dimarahi. Bermain, ketawa, berlari. Pergi sekolah, pulang ke rumah, makan tengah hari, tidur, bangun dan bermain semula. Dimanjakan, segala keinginan dipenuhi, masalah tak pernah menjadi masalah. Tidakkah itu hebat?

Namun hidup ini satu evolusi. Sedikit demi sedikit masa berlalu, hari pun berubah. Zaman kanak-kanak begitu cepat meninggalkan kita, menjadi sejarah indah. Semakin tinggi tanggungjawab disandang, semakin sibuk abah ke sana ke sini, memikul tugas. Mak pun begitu. Semakin besar perniagaan, semakin sedikit waktunya di rumah. Siapa lagi dalam keluarga yang boleh dia cari selain Adrian? Amanda, Anis? Perkara macam ni tak sepatutnya mengganggu mereka yang masih terlalu muda.

Bila remaja mula mengejar, setiap pengalaman menjadi satu perjalanan. Dan kini, saat ini, dia dapat rasakan, Adrian semakin jauh. Abangnya itu di landasan menuju ke arah masa depan yang cerah, sedangkan dia? Dia langsung tak ada gambaran tentang masa depan. Satu perkara yang pasti, dia tak sabar nak selesaikan pengajian supaya boleh pergi jauh dari situ demi membina tapak hidup sendiri.

Benar, perjalanan masih jauh. Terlalu jauh. Hembusan berat terhela dari paru-paru. Dia hanya mau menjadi dia. Tak pernah dia meminta lebih dari itu. Keterlaluankah?

(nextPage)

Pegun mengimbau kenangan, tak perasan ada sepasang mata yang sedang memerhati. Entah berapa lamalah agaknya dia berdiri kat situ? Pancaran lampu kenderaan, meninggalkan bayang-bayang di dada jalan. Kehadiran cikgu Rina hanya dia sedari ketika cahaya kilat menyimbah muka. Di situ guru itu berdiri, mungkin cuba mengamati apa yang bermain di mindanya. Tangan yang tadi memeluk tubuh dileraikan dan langkah diatur menghampiri dia yang tertunduk memandang lantai simen. Baru dia tersedar betapa sibuknya dia melayan fikiran, membiarkan emosi hanyut dalam kesedihan. Lupa benar tentang panggilan telefon yang diterima beberapa minit yang lalu.

“What is it, dear?” Cikgu Rina menyentuh bahunya, lembut, selembut dia melakukan itu sebelum motosikal Andrey dia curi. Punggung dilabuhkan rapat di sisi.

“Tak ada apa…” Menyembunyikan kecewa, Andrey cuba mengelak daripada bertentang mata.
“I'm here to give you my ear.”

Andrey toleh seketika ke wajah cikgu Rina kemudian membuang semula pandangan ke jalan raya.

“Tak ada apa-apa. Saya cuma bosan… Majlis macam tu boring. It’s so not me.”
“You look great in that tux.” Puji cikgu ekonomi yang pernah dia benci. Satu-satunya pujian yang dia terima di malam yang sayu. Cikgu Rina melengkapkan kata-katanya dengan senyuman. Tanpa cermin mata dan rambut dibiarkan bebas, lengkap dengan dress hijau yang menghias tubuh, Andrey nampak satu kelainan dalam diri cikgu Rina.

“Jadi, ni majlis tari menari ke apa?”
“Entahla cikgu. Majlis rasmi yang memerlukan orang menopeng diri dengan pakaian macam ni. Abah terima anugerah 30 tahun perkhidmatan.”
“Dia antara orang penting dalam tentera, saya dengar.” Dia mengangguk. Abah memang banyak pingat dan bintang.
“Sejuk kat sini.” Cikgu Rina menyilang tangan, mendakap tubuh.

“So... You plan to spend such a wonderful evening, staring at the street?” Tambahnya lagi, memecah sunyi di balik deruman kenderaan yang lalu sekali sekala.

Melihat cikgunya kesejukan begitu, bingkas dia berdiri. Jaket ditanggalkan lalu dia menghampiri cikgu Rina lalu jaket itu dia selimutkan ke tubuhnya.

“Saya ingat nak balik.” Sambil menyandarkan punggung pada rel, dia berdiri, berdepan dengan cikgunya yang duduk bersilang kaki disejuk bangku simen. Wanita itu menyelak rambut ke belakang apabila disentuh angin.

“Cikgu, boleh tak?” Kotak rokok dia keluarkan dari saku.

“Asalkan bukan dalam kereta saya.” Mereka ketawa. Teringat babak dalam kereta sebelum dia memulangkan Aprilia.

Tangan yang selalu berpeluh terutama bila gementar menyerang telah meluncurkan pemetik api dari genggaman. Lalu dia bongkokkan badan untuk mencapai pemetik api yang jatuh. Saat itu, tangan mereka bersentuhan bila sama-sama cuba mencapai pemetik api dan akhirnya pemetik api itu berada dalam genggaman cikgu Rina.

“Biar saya cuba.”

Tak sempat bagi jawapan, cikgu Rina dah pun bangun, berdiri di depannya. Angin meniup api ketika dia cuba menyalakan rokok. Dia cuba sekali lagi, kemudian sekali lagi, dia gagal. Oleh itu, Andrey letakkan tangannya di atas tangan cikgu Rina, menghalang angin dari memadamkan api. Akhirnya asap pun menyala. Mata mereka bertaut.

Mengapa… Dia tak faham mengapa redup mata cikgu Rina membuat dirinya jadi gelisah tak menentu. Lantas dia sembunyikan sentimen itu dengan melepaskan pandangan ke jalan.

“It's Saturday night and a night like this should not be wasted.” Terdengar suara cikgu Rina berbisik.

(nextPage)

Udara lembap menyentuh wajah, menurunkan manik-manik kecil dari langit. Larut dengan asap rokok, minyak wangi cikgu Rina menguasai deria bau, melayangkan ingatan ke bilik kaunseling. Tiada kata yang terucap.

Mereka membiarkan waktu disentuh sunyi. Cikgu Rina seolah-olah cuba menyatukan fikirannya dengan tatapan kosong mata Andrey, membilang kenderaan di jalan yang sepi, cuba membuang segala sedih dan pilu.

“Dah nak hujan ni. Come…” Dia akhirnya mengambil tangan Andrey tanpa segan silu lalu memimpin pelajarnya itu ke kereta.

“Saya belum dinner lagi. Apa kata kalau kita raikan majlis abah awak secara tertutup? Awak dengan saya. Kita berdua je.”

Andrey ketawa mendengar lalu dia mengikhlaskan hati untuk menerima cadangan cikgu Rina.

“Apa je cikgu nak. Saya senang kat mana-mana pun dengan seorang wanita... Maksud saya... Seorang pelukis yang menakjubkan macam cikgu.” Mood baik perlahan-lahan datang semula.

“Awak ni kadang-kadang charming jugak, ye. Not bad.” Dia mencuit hidung Andrey yang di matanya kelihatan begitu segak malam itu.

“Awak suka menari?” Sambungnya lagi.

“Haha, saya? Menari? Cikgu rasa?”
“Saya rasa awak ada potensi.” Tak taulah dia kalau cikgu Rina ikhlas atau sekadar nak ambil hati. Tapi Andrey suka dengan apa yang dia dengar.

“Kan kelab kita ada tawarkan program tu?” Cikgu Rina terus meyakinkan.

“Ye, tau… Tapi saya tak masuk. Macam monyet kalau saya menari.”
“Saya belum pernah lagi menari dengan monyet. Teringin jugak nak rasa seronok ke tak.”

Cikgu Rina ternyata tak pernah ketandusan idea.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!