Suara ~ Bab 24 : Transisi

Ray FL
0


S(caps)untikan intramuskular yang diterima setiap dua belas minggu dimulai dengan pengambilan darah terlebih dahulu bagi memastikan level hormon berada pada tahap yang bersesuaian. Kalau terlebih boleh mendatangkan mudarat, kalau terkurang, bolehlah pengaturan semula dilakukan. Di bawah pengawasan endokrinologis, semuanya berjalan lancar.

“Macam mana rasanya?”
“I feel great, doctor.”
“Bagus. Surat pengesahan awak pun dah siap. Bolehlah awak beri kepada Doktor Jeremy untuk tentukan tarikh mastectomy.”
“Macam mana dengan pertukaran dokumen? Boleh ke saya buat sebelum pembedahan atau saya perlu tunggu?”
“Tak perlu tunggu pembedahan. Dengan surat ni awak dah boleh proceed. Kosnya dalam $10K.”
“Mahal jugak...”

Doktor Emir ketawa. Dia mengangguk. Sampul berisi dokumen diserahkan.“Laws... But all included. Fees, court fees and all. Passport, new ID. Complete. Yang mahalnya legal fees tu.

I see. Well, yang penting saya dapat buat secepat mungkin. Kalau boleh saya nak semuanya selesai belum saya masuk IPT. Kalau buat semasa, susah nanti. It could make things more complicated.

“Betul tu. Nanti lagi banyak nak uruskan, lagi banyak modal. Proses tukar dokumen tak lama dalam sebulan dua. Kita dah ikut semua prosedur. Biasanya bila dah sampai stage ni, tak akan ada masalah. Jangan risau.”

#

“T is kicking.”
“It elevates my confidence. Of course, I feel much better.”

I can see. Badan pun dah makin fit. Kalah saya hari ni.” Komen cikgu Rina di suatu petang selepas mereka lumba lari di taman rekreasi. Dia merenung Andrey agak lama— terpesona dan rasa takjub dengan apa yang dia lihat. Lelaki itu— Andrey, sama seperti yang dia kenal dua tahun lepas tapi tak serupa. Menyelak halaman dua tahun yang telah menjadi sejarah, Andrey ibarat seorang 'budak lelaki' sewaktu pertama kali dia kenal. Kini Andrey dah menjadi seorang lelaki remaja yang telah mencapai akil baligh. Rina tersenyum sendiri bila membayangkan Andrey terus berkembang menjadi lelaki dewasa.

“Jauh tu... Fikir apa? Tak puas hati kalah hari ni? Jangan harap nak menang lagi.”
“Jangan overconfident.”
“Saya tak kan pernah menyesal dengan keputusan ni.”
“You deserve it.”
“Thanks for your understanding, care and concern, Rina.”

Botol mineral bertukar tangan. “It's a part of the purposes. To complete each other, isn't it?” Lengan Andrey Rina kepit. Pipi dapat cium. Bahagia. Kedua mereka, bahagia.

“Sedap betul rasa badan bila hari-hari buat aktiviti macam ni. Mesti tidur lena malam karang.”
“I'm happy to see you happy.”
"You keep me motivated."
“Cause you make me feel alive.”
“You're beautiful. Inside and outside.” Rambut cikgu Rina Andrey sisir. Terasa ingin benar mengucup bibir yang indah itu, namun dia cuba menahan diri— sabar, Andrey. Sabar. Tarik nafas. Lepas.

“Bosan pulak awak dah tak ada kat sekolah. Tak ada tempat saya nak baling kapur lagi.” Cikgu Rina mengusik tanpa mempedulikan pujian yang diberi.

“Budak semuanya berdisiplin, tak macam saya kot... Ada butch baru tak?”
“Ada dua tiga kerat tapi mana nak sama dengan Zephyr.” Ucapan itu disertakan jelingan dan senyuman. Andrey bangga. Seronok. Dia suka siapa dia bila bersama cikgu Rina.

“Mestilah, dia kan kucing belang.”
“Kucing belang saya suka. Jangan hidung belang, sudah.”

Tiba-tiba dia teringatkan cikgu Sophia yang kini berada di kampung, melawat bapanya. “Serius ke cikgu Sophia nak pindah?”
“Kalau boleh saya tak nak dia pindah. Saya risau...”

Seperti yang dah Sophia maklumkan dan cikgu Rina sendiri ada memberitahu, proses dan prosedur pertukaran rumit dan panjang. Kalau boleh dia tak nak cikgu Sophia pindah. Lagi elok kalau dia terus di sini. Di Terusan Tasik Biru supaya senang jumpa hari-hari. Ada dengan dia bila-bila masa saja dia perlukan.

“Sophia satu-satunya kawan yang saya ada.”
“Tak sangka betul Rina dan Sophia lama dah kenal. BFF lak tu. Tapi kenapa dulu selalu cemburu bila saya keluar dengan dia?”
“Cemburu tu tanda sayang, kan?”
“Sekarang cemburu lagi tak?”
“Tak.”
“Kenapa erk?”
“Sebab saya sayang awak.” Dia mengenyit mata— nak suruh Andrey fikir sendiri.

“Cuma...” Rina mengangkat muka. Dia senyum tapi tawar sebelum kata-katanya diteruskan. “Kalau perasaan pada Sophia tulus, saya faham. Cuma tolong... berterus teranglah. Itu je saya minta.” Bagi Rina, itu semua bukan lagi satu rahsia. Rahsianya adalah hati Andrey sendiri.

“Things have changed..." Jawapan Andrey hanya memberi penjelasan kabur tapi Rina tak mahu terlalu menekan dan ada satu perkara lain yang ingin dia sampaikan.

“Cikgu Sophia tu tak berapa sihat, Andrey...” Sayu nada Rina untuk membicarakan hal itu. Dia teragak-agak sebenarnya— untuk bercerita atau biarkan Sophia sendiri yang bercerita. Satu yang dia tahu, Andrey patut diberitahu.

“Tak berapa sihat? Sakit apa?”
Berita yang disampaikan memberi bimbang di hati Andrey. Otaknya mula fikir macam-macam. Hati pula tak membantu.

“Apa yang dah jadi dalam hidup dia, ditambah pulak dengan peristiwa kehilangan Hans, emosi dia tak stabil. Depression.” Ada muram di wajah Rina.

Nafas lega terhela. “Depresi. Saya ingat sakit kronik apa.” Andrey mengurut dada. “Depression is nothing more than a mental state. Kita boleh kawal.”
“She still can't accept the truth.”
“Rina kenal bekas tunang dia?”

Cikgu Rina mengangguk. “Tak ada siapa yang berhak halang atau paksa sesiapa dalam soal pilihan dan perasaan.”
“Dia terlalu cintakan Hans.”
“Cinta pertama dia. Lama diaorang terpisah tapi tetap setia menunggu.”
“Kesian cikgu Sophia...”
“Saya harap awak tak tergolong dalam golongan orang-orang yang tak pasti.” Sayu di mata Rina menembusi tangkai hati Andrey.

#

Sibuk dengan soal kerja dan masalah peribadi, Andrey faham kalau cikgu Sophia tak ada banyak masa. Bila bertemu, perbualan mereka tak sedalam mana. Walaupun selalu Sophia berkata dia mahu kenal dengan lebih rapat, tapi hakikatnya, dia jarang bertanya tentang Andrey. Andrey yang dulu. Andrey yang sekarang dan Andrey yang akan datang. Bila bercakap tentang Hans, dia lupa hal lain. Andrey cuba untuk mengerti cuma dia berharap lambat laun cikgu Sophia dapat merelakan pemergian Hans demi membina hidup baru.

Kerana tak mahu mengganggu emosi, Andrey memilih untuk mendengar. Tentang siapa dia dan dirinya, itu tak penting. Cikgu Sophia nampak gembira setiap kali menyebut nama Hans, mengenang kisah mereka dulu dan kalau itu boleh melegakan dia, buat dia tenang, Andrey rela jadi telinga. Cerita dan luahan hatinya itulah yang telah mengizinkan Andrey untuk mengenal dan memahami diri cikgu Sophia dengan lebih mendalam.

“Jerawat awak tu, letak apa pun tak kan baik. Semua tu kerja hormon.”
“Lama-lama OK la...” Balas Andrey sambil menyelitkan Nivea Men Cream di celahan entah apa krim dan produk ke dalam bakul yang dipenuhi barang keperluan cikgu Sophia sewaktu dia menemani cikgunya itu membeli belah.

“Suara dah mula pecah. Muka memang nampak beza. Apa lagi perubahan yang awak rasa?”
“Libido...”
Sophia ketawa. “Jadi awak buat apa?”
“Meditate.”

Ketawanya semakin kuat. “Hmm... Meditate ke masturbate?”
Merah muka Andrey bila ditanya begitu. “Meditate, cikgu.”
“Saya bukan cikgu awak lagi.”

Segera Andrey ubah tajuk, malu dengan usikan Sophia tadi. “Tarikh mastectomy dah confirmed.” Perkhabaran gembira disampaikan. Semua selain abah dah tau tentang itu.

“Awak tak takut?” Kereta dipandu perlahan. Lalu lintas agak sesak petang itu akibat hujan lebat. Cuaca sejuk di luar bertambah sejuk di dalam. Andrey menyilangkan tangannya, mencari hangat di celah ketiak.

“Saya tak sabar.”
“Jacques ke yang pengaruh awak buat semua ni?” Berhenti di lampu isyarat, Sophia menarik sehelai sweater yang tersangkut di belakang tempat duduk pemandu. Dia serahkan kepada Andrey yang kesejukan.

“Tak. Saya sendiri yang nak. No turning back.”
Sweater Adidas itu kini menyelimuti tubuh Andrey. Ada haruman yang asing melekat di sweater hitam itu. “Thanks.”
“Hans punya tu. Selalu saya sembur perfume kegemaran dia buat lepas rindu.” Jawab Sophia bila Andrey bertanya.

“Awak jangan fikir lain pulak, cuma Andrey, saya rasa awak pun tau, tak ada apa yang boleh ubah biologi awak.”
“Betul dan macam tu jugaklah tak apa yang boleh mengubah jiwa saya.”
“Kalau awak hentikan pengambilan hormon, semuanya akan berubah jadi seperti asal. OK, kecuali mastec, itu lain cerita. Tapi awak sanggup ke seumur hidup bergantung pada suntikan hormon?”
“Ye, semuanya dah saya fikirkan masak-masak. Sebab tu sesi psikoterapi wajib. Kalau tak ada validasi saya tak boleh buat semua ni.”
“I see. I didn't know. That's good.”

Kereta dibelokkan ke Bukit Tasik Biru. Semakin hampir dengan rumah, Andrey merasa semakin berat untuk mengakhiri hari begitu saja. Sementara dalam hati, Sophia ingin mengajak Andrey meneman dia di rumah tapi dia tau, itu tak wajar. Dia lebih rela bersendirian ditemani kenangan Hans daripada merosakkan harapan Rina terhadap Andrey.

“Ramai yang nak buat sebab pengaruh rakan sebaya, pengaruh media atau trauma masa lalu. Tak pasti, lepas tu menyesal. Ada yang buat pastu jadi gay. Baru nak bunting la hape. Mengarut! Mana ada lelaki normal nak bunting, nak ada boyfriend? Benda cam tu semua gangguan mental bukannya gender dysphoria.”

“Itu saya setuju. Ada juga saya baca tentang detransition. Perkara macam ni serius, bukan boleh main-main. Prosedur yang ditetapkan sebagai mandatory tu, memang bagus. By catching mistakes early on, underlying psychological issues can also be uncovered.”

“Personally, this is my rebirth. Can't wait to learn walking and running once again.”
“You'll do it better this time, I have no doubts. So, hysterectomy pun awak buat?
“Partial.”
“Oh... Elokla kalau macam tu. In case awak nak stop T, badan awak masih boleh produce hormon semulajadi. Saya tak nak awak sakit, Andrey.”
"Saya faham. Tapi saya lagi sakit kalau tak buat semua ni."

Whatever makes you happy.” Sophia menepuk perlahan peha Andrey sebelum meminjamkan payungnya buat melindungi Andrey daripada dibasahi hujan.

#

Sophia duduk berhadapan dengan orang tuanya. Tangan mencengkam tilam, buku-buku jarinya memutih. Encik Suffiyan memegang sekeping kertas di tangan, menghindari kontak mata, sementara ibunya, Puan Kamalia berdehem sebelum memulakan berbicara. “Kami tahu.” Dingin suaranya, sedikit bergetar. “Tentang kamu dan dia— Hans.”

Hati Sophia berdebar-debar. Dia sedar konflik ini akan tercetus, tetapi tidak seperti ini— bukan tanpa kesempatan untuk menjelaskan tentang apa yang dia rasa. “Tau apa?” Dia bertanya, meskipun dah jelas apa yang dimaksudkan.

Mata Puan Kamalia berbinar tajam. “Tentang kamu dan Hans. Dari cara kamu berdua pun dah ketara, memang betul apa yang mama sangkakan selama ni. Semua tu tak normal. Menjijikkan!”
Dada Sophia sesak, bibir terkunci. Seluruh tubuhnya kaku. Dia tahu, hal ini akan terbangkit tapi tidak pernah menyangka ia akan datang secepat ini. Selalu dia bayangkan— membincangkan soal hati dan perasaanya dengan pelbagai cara tapi tak pernah dia terfikir orang tuanya akan menganggap dia sekotor itu.

“Ni apa ni?” Encik Suffiyan melempar surat di tangan. Surat itu jatuh di atas riba Sophia. Hatinya retak. Membaling surat itu bererti ayahnya mencampakkan Hans. “Dah pandai bercinta.”
Apa yang dia rahsiakan selama ini bukan rahsia lagi. Sophia terdiam memandang kertas putih digenggaman. Hati menggigil.

“Kalau dengan lelaki tak apa jugak, boleh aku kahwinkan. Ini dengan perempuan! Kau nak jadi apa?!” Herdik Encik Suffiyan. “Masuk kelas agama kau malas. Banyak alasan kau. Aktiviti sekolah lah, sukanlah. Rupa-rupanya kau asyik bercinta.”
“Mama betul-betul tak sangka Phia sanggup buat macam ni. Mama dan papa bagi kepercayaan, tapi Phia buat perkara tak senonoh.”
“Aku nak jumpa anak si kaki botol tu, bapak dia sekali, biar dia ajar anak dia sikit!”
“Papa, please don't. Dia tak salah.”
“This is all wrong! It's a sin. Those letters are just cringeworthy! Kau terpengaruh ajaran sesat budak tu sampai senang-senang dia ajar kau jadi lesbian? Hari tu dah masuk gereja, agaknya dia dah bagi kau minum holy water sekali sampai kau buta hati macam ni. Sekarang apa pulak?”
“No, papa. No...”
“Dah aku cakap nak kawan boleh tapi jangan rapat sangat dengan orang kafir.”
“I love her.”
Love, you said?! Ini bukan cinta. Ini hubungan songsang. Dia perempuan! Kau sedar tak?”
“Phia sayang Hans.”

Sophia memegang pipinya. Masih terasa sakit ditampar. Dia merenung kenangan yang kemas terbingkai di dinding kamar. Suara esak tangis Hans waktu mereka dipisahkan jelas bermain di telinga. Peristiwa pahit yang dah merobek hidupnya itu masih segar diingatan.


#

Matahari lewat petang memayungi halaman belakang rumah, tempat Juan Marcello berdiri di hadapan Encik Suffiyan Hafizi dan Puan Kamalia Mokhtar. Burung-burung yang tenang di atas pokok turut merasa ketegangan yang menyuramkan suasana. Hans berdiri di sebelah bapanya, tangan bersilang rapat di dada, matanya meliar gelisah, mencari-cari kekasih hati.

Sophia tiada bersama. Dia tak dibenarkan berada di situ.

Juan, lelaki separuh abad dengan rambut dipenuhi uban menyeluk poket jaketnya. Sebuah kelalang tembaga dikeluarkan dan dia meneguk cecair dalam kelalang tersebut. Kemudian dia mengelap mulut dengan belakang tangan. Bau alkohol berbaur pekat di udara membuat Puan Kamalia mengerutkan hidung, menunjukkan rasa jijik.

“Ini,” Puan Kamalia memulakan dengan suara tajam, “ini cara kau didik anak? Besarkan anak dalam persekitaran macam ni? You are sick, Juan!” Matanya melirik ke sekeliling. Reban ayam dan itik, kolam kecil dan batas-batas sayur, beberapa ekor kucing dan seekor anjing berdiri di sisi Hans, menjelirkan lidah, seakan-akan bersedia menjadi pengadil dalam sebuah pertarungan.

Juan melepaskan tawa pahit sambil bersandar di tepi rumah, mencari sokongan untuk mengimbang badan yang terhoyong hayang. “Kau rasa kau semua lebih baik dari aku?” Dia sedikit meleret, kata-katanya berbaur bangkangan dalam keletihan. “Sebab kau ada rumah mewah, kedudukan, keluarga yang sempurna, kau fikir kau boleh datang sini, ajar aku macam mana nak ajar anak?”

Encik Suffiyan melangkah ke hadapan, cuba bersikap tenang walaupun suaranya tegang. “Nasihatkan anak kau ni, jangan menyusahkan orang. Jangan rosakkan anak orang. Jangan jadi kaki botol macam kau!”

Hans merasakan mukanya di simbah malu dan terhina apa lagi bila melihat bapanya terketar-ketar, cuba menegakkan tubuh. Mata tua itu mengecil. Dia meneguk lagi kelalang whiskey ditangan sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Hans.“You see? This is what they think of us.”

Perut Hans memulas. Dia benci melihat bapanya dalam keadaan begitu. Dia benci bila bapanya dicaci dan dia benci bila hubungannya dengan Sophia telah menjadi medan pertempuran, sesuatu yang perlu dibedah, dihakimi dan dihina.

“Siapa lebih baik bukan soalnya,” kata Puan Kamalia dengan tajam, kesabarannya jelas menipis.
“Tanggungjawab kami melindungi anak kami supaya tak tersesat, tak menyimpang, tak terpesong, ternoda dengan dosa. Hubungan mereka ni, satu dosa besar.”

Hans terasa dadanya sesak. “Bukan—” dia mula bersuara, tetapi bapanya mengangkat tangan, menghalang. Mata yang kemerahan kesan pengaruh alkohol dan kemarahan yang bercampur kesedihan menjadi lembut ketika dia berpaling menghadap wajah anaknya. “Jangan,” gumamnya sambil menggelengkan kepala. “It's not worth it.”

Kata-kata Juan seakan menumbuk tepat ke jantung. Dah selalu benar Hans menyaksikan sisi itu— bahagian yang menyerah sebelum pertempuran bermula. Dia tak suka bila bapanya berputus asa begitu saja. Sikap yang telah sebati dengan diri semenjak dia kehilangan Emelda— tenggelam jauh ke dasar kelalang dan botol-botol apabila keadaan menjadi sukar, apabila dia terlalu malas menghadapi dunia dengan waras.

Puan Kamalia melipat tangan di dada. Nadanya berubah menjadi sombong. “At least you understand that much.”

Juan tidak mahu mendengar lagi. Dia memandang anaknya dengan mata yang lesu, berbingkai merah. “Mereka dah buat keputusan. There's no point in arguing.”

Pa, please...” Rayu Hans. Suaranya serak, tetapi bapanya hanya mengeluh. Hans terasa seluruh badannya hancur seolah-olah semua beban dunia dihempap ke dada lantas menghimpit dan membenamkan dia ke perut bumi.

Juan mengalihkan pandangannya kembali kepada Suffiyan dan Kamalia. “You don't want this for your daughter, and I get that. You're scared. But Hans... He's just like me. He doesn't give up, even when it hurts. But this?"“Dia mengangkat tangannya, seolah melambai. Kelalang tembaga berisi whiskey terlepas dari jari-jarinya dan berdenting ke tanah. “This is just gonna hurt them both.”

Untuk seketika, halaman belakang rumah menjadi sunyi. Gema logam yang jatuh, mendap seperti debu di atas tanah yang kering. Juan membongkok, mengutip kembali kelalang tersebut perlahan-lahan. Dia menggelengkan kepalanya sambil bangkit semula.

“Aku bukan lelaki yang baik,” dia membuat pengakuan ikhlas. Suaranya lebih perlahan. “Mungkin juga bukan seorang bapa yang baik. Tapi aku kenal anak aku. And he's got more heart than all of us combined.” Dia mengerling ke arah Hans, memberikannya senyuman sedih dan senget.

See... You can't even tell if you have a daughter or a son.” Kata bapa Sophia bila Juan menggunakan ganti nama lelaki untuk anaknya.

“Who gives a damn? Whether it's her or him, this kid is mine. Divine blessing.”

Kerongkong Hans rasa tercekik. Emosinya berputar antara kemarahan, kesedihan dan rasa kehilangan yang menjalarkan kesakitan.

“You've got fire, kiddo. I don't want to see it burn out because of this.” Kata Juan sambil melangkah perlahan ke pintu dapur rumah. Anjing peliharaan mereka yang sejak tadi memerhati, agak ketakutan dengan nada suara yang tinggi dan tegang, mengekorinya. Tapi langkahnya yang perlahan terhenti apabila dia melihat bapa Sophia menghampiri Hans. Anjing itu turut berhenti, berdiri di hadapan tuannya, seolah-olah bersedia melindungi jika diserang.

Dengan matanya dijengilkan tepat ke muka Hans, Encik Suffiyan memberi amaran, separuh berbisik tetapi keras. “Kau tu perempuan. Kau tak layak untuk anak aku. Kau dah racun fikiran dia dengan cinta songsang yang kau janjikan! Aku tak nak kau ganggu Sophia lagi!”

You jangan hina kami, Piyan. They love each other and we don't tell Phia to convert.” Juan berpaling, teguh membela keluarga kecilnya. Ketika itu, dia seolah-olah telah berjaya menewaskan pengaruh alkohol. “You've crossed the line! Get your daughter as far away as possible. Let's see how far you can go. If she returns to my kid, don't call me Juan Marcello the kaki botol!”

Hans mengetap bibir, cuba menahan perit di mata. Dia mahu menjerit, memberitahu dunia bahawa ini tidak adil. Bahawa mereka tidak berhak memisahkan dia dan Sophia. Tetapi apabila melihat bapanya, dia tahu, orang tua itu betul— tidak ada gunanya mempertahankan sesuatu yang tak mahu dimengerti dan Hans akur, keluarga Sophia lebih berhak membuat keputusan untuk anak mereka.

Juan mengangguk, cuba meyakinkan Hans untuk menerima kenyataan. “You heard him.” Kasar suaranya, tetapi ada kelembutan di mata. “It's over.”

Penyelesaian itu menghancurkan Hans. Sebelum dia hancur lebih lumat lagi, Juan mendekati lalu mencengkam bahunya, cuba menyalurkan kekuatan. “I know it's hard,” kata Juan dengan percakapan yang sedikit meleret tetapi masih menyimpan secercah pertimbangan. “But you'll survive this. You're stronger than you think.”

Hans mengelap air mata, memandang ke bawah— ke kaki sendiri. Hatinya menyumpah seranah neraka ciptaan manusia. Dia tak sanggup melihat wajah kedua ibu bapa Sophia. Dia hanya mahu lari, menghilang ke suatu tempat di mana semua itu tak pernah dan tak akan berlaku— di mana Sophia setia menanti— di satu tempat yang hanya ada kasih sayang dan cinta.

“Kita dah selesai,” kata Puan Kamalia ringkas. Dia membetulkan selendangnya dan berpaling.
Juan Marcello memerhati mereka berlalu sambil menggeleng perlahan. “Ini bukan kiamat,” dia berkata sambil memicit bahu anaknya perlahan. “sakit, aku tau, tapi masa akan merawat. Kau akan jadi lebih kuat dan jalan akan terbuka juga nanti.”

Dia menarik Hans ke dalam pelukan. Bau alkohol masih berbekas di nafas. Atas segala kesalahan, atas segala kekusutan, inilah saat di mana Hans amat memerlukan dia. Dan untuk kesekian kali, dia mencuba lagi. “I'm really sorry,” bisiknya. “For everything.”

Hans berpaut di bahu bapanya. Air mata jatuh senyap, menenggelamkan semua beban. Dia mengerti, tidak kira betapa kuat mencuba, tidak kira betapa hebatnya kuasa cinta, kadang-kadang dunia boleh menjadi terlalu cemburu hingga sanggup menyalahkan apa yang benar.

#

Taman itu sunyi, hampir menakutkan. Sophia menyelinap di celahan pokok, jantungnya berdegup kencang. Malam semakin pekat. Bunyi cengkerik menjadi saksi sebuah rahsia. Bulan, hampir tidak kelihatan sabitnya, memancarkan cahaya malap di sebalik awan hitam yang seakan mengerti sebuah perpisahan akan terjadi. Di atas laluan yang dengan mudah dia jejaki tanpa perlu bersuluh, langkahnya lancar. Sophia dah hafal jalan itu. Dia tahu ke mana dia pergi.

Dan di situ, Hans sabar menunggu, seperti yang dah mereka rancangkan melalui Dahlia dan Lynn. Ketika Sophia melihat kekasihnya menanti di bawah pokok, tempat mereka selalu bertemu, deru emosi terasa begitu kuat sehingga hampir memutuskan nafas.

Mata Hans mengimbas kegelapan. Wajahnya hanya diterangi samar-samar lampu jalan yang terletak agak jauh jaraknya dari tempat dia berdiri dengan tangan memeluk tubuh. Derap tapak kaki yang memijak daun-daun kering memberi isyarat untuk menoleh dan wajahnya memancarkan campuran perasaan yang sukar digambarkan bila melihat Sophia berdiri di depan mata. Ada kerinduan, ada kesedihan dan di sebaliknya ada kebahagiaan yang menyelinap dalam setiap sorot mata.

Mereka saling menatap, tak ada kata-kata yang keluar, hanya keheningan yang mengisi ruang di antara mereka. Sophia melangkah perlahan, dan tanpa sepatah kata, mereka berdua saling meraih dan mendakap erat, seolah-olah dengan hanya satu pelukan, mampu mengisi semua kekosongan dan menghalang perpisahan.

“Sayang…” bisik Hans, mengeratkan dakapan. Melepaskan pelukan itu bererti kehilangan segala-galanyanya.

Untuk seketika, mereka terkelu, membisu, membiarkan emosi hanyut dalam kerinduan dan ketakutan. Sophia dapat merasakan jantung Hans berdegup di dadanya— mengiramakan desakan yang sama. Keheningan berbicara lebih dari kata-kata.

Tetapi kebisuan tidak mampu bertahan.

“They're sending me away,” Sophia akhirnya melafazkan keresahan, suaranya serak. “Papa dan mama paksa aku tinggal dengan makcik, aku tak tau kat mana. Aku tak boleh—” Kata-katanya tersekat di kerongkong. “Aku tak boleh kehilangan kau. Aku tak tau apa nak buat, sayang. Aku takut.”

Pelukan Hans semakin erat, wajahnya disembamkan di bahu Sophia. “Aku tau,” bisiknya, dengan suara yang sedikit menggigil. Dahlia and Lynn told me.”

Sophia berundur hanya cukup untuk melihat wajah Hans, matanya digenangi air yang tidak tertumpah. “Apa patut kita buat? Aku tak boleh... aku tak boleh tanpa kau. Kita lari?”

Hans menggelengkan kepalanya sedikit. Tatapannya memancarkan tekad yang tak berbelah bahagi. Dia mencekalkan sebuah kepercayaan bahawa ini hanyalah sementara, seperti yang diyakini oleh bapanya sebelum dia ke situ.

“No matter what they do, no one can take away our love, not even death.” Dia meletakkan tangannya di atas hati Sophia. ​​ “We're stronger than we know.”
“Kita lari, sayang... Jauh-jauh dari sini.”
I wish we could but you know we couldn't. Exam tak lama je lagi… Itu penting untuk masa depan kita. Impian dan cita-cita tak layak dimusnahkan hanya kerana ini. Aku akan tunggu, aku akan usahakan sesuatu. Percayalah.”

Sophia memejamkan mata, bersandar pada sentuhan Hans, merasakan kehangatan kulitnya. Dia mahu mempercayai semua kata-kata dan janji-janji Hans. Dia mahu percaya bahawa cinta sudah cukup untuk mengekalkan hubungan mereka walaupun dipisahkan tujuh lautan. Tetapi ketakutan dan ketidakpastian menyelubungi dirinya seperti gumpalan awan gelap yang enggan menurunkan hujan.

“What if...” Sophia teragak-agak, hampir berbisik. “What if they're right? What if this is too much? What if it breaks us?”

Hans meyentuh pipi Sophia perlahan-lahan, membawa mata gadis itu menatap ke dalam matanya. “Listen to me,” katanya dengan suara yang tegas dengan kekuatan. Seperti dia, Hans tahu Sophia juga amat memerlukan kekuatan itu. “This— what we have— it's real. And no one, not my father, your parents, distance, or school— nothing can change that. They can try to keep us apart, but they don't control our hearts. You are mine and I am yours. Always.”

Saat mereka saling menatap lagi, Hans menarik nafas dalam dan dengan lembut, dia mendekatkan wajahnya ke wajah Sophia. Dengan perlahan, dia menyentuhkan bibirnya ke bibir Sophia, memberikan ciuman yang pertama dan mungkin yang terakhir, penuh dengan perasaan cinta yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata. Ciuman itu menjadi saksi bisu cinta mereka yang tulus bersandar pada harapan yang mereka tanam dalam-dalam.

“Aku tak akan pernah lupakan ini,” bisik Hans setelah ciuman mereka berakhir, tangannya tetap menggenggam erat tangan Sophia. “Apa pun yang terjadi, di mana pun aku berada, kau akan selalu ada dalam hati aku. Jangan biarkan siapa pun mengambil cinta aku dari hati engkau.”

Kepastian dalam suara Hans, api di matanya, membangkitkan kembali kekuatan dalam diri Sophia. Ketakutan masih ada, tetapi ia tidak lagi membingungkan. Dia menghulurkan tangannya ke wajah Hans. Jarinya menjejaki lekuk rahang, merasai kelembutan bibir yang pasti dia rindui.

“They may keep us apart— physically, not spiritually. I believe there'll be ways,” bisik Sophia. Suaranya menjadi ringan. Matanya adalah sinar yang menerangi gelap malam itu. “Tak kira apa pun, kita akan cari jalan.”

Hans menyandarkan dahinya ke dahi Sophia. “Aku janji, ini bukan penghujung tapi satu ruang untuk kita dan cinta kita menjadi lebih utuh.” Nafasnya tersekat-sekat, tetapi dia memaksa dirinya untuk tersenyum. “Suatu hari nanti, kita akan bersama lagi dan waktu tu tak siapa akan dapat memisahkan kita lagi.”

Dalam tangisan Sophia tersenyum. Kerlipan kecil harapan menyalakan semangat dalam dirinya. “Kau pasti?”
“Aku tau,” bisik Hans sambil mengeringkan air mata di pipi gadis yang dia cintai. “No matter how hard it takes, we will find a way. If there's no path, we will create our own. We foster love to strengthen it, not to tear it apart. Nothing can stand in our way.”

Apabila malam memaksa mereka untuk berpisah, kedua-duanya mencari nafas dalam ciuman, dahi masih bersentuhan, pelukan terlalu ketat untuk dileraikan.

“I love you,” bisik Sophia. Suaranya melantunkan kepastian yang melaungkan harapan. “Aku akan tunggu, tak kira berapa lama pun, betapa susah pun.”
“I love you too,” bisik Hans, membawa sinar ke mata Sophia dalam cahaya yang malap. “And I'll never stop fighting for us, even when it feels impossible.”
“Aku akan selalu ada,” Sophia berjanji untuk yang kesejuta kali— mengalunkan nada suara yang tak berubah walaupun hatinya pedih menahan sedih. “No matter what.”
“No matter what, sayang and I'll be there, come what may,” Hans menyahut janji Sophia bersama mata yang membara dengan api cinta. Dia menyeluk saku jaket. Sebentuk cincin bersinar di bawah cahaya malap bulan sabit.

“Ini peninggalan mama,” kata Hans perlahan, suaranya serak dengan emosi. Matanya tidak lepas daripada wajah Sophia yang memandang dengan rasa terharu. “Aku mau kau milikinya, tanda cinta kasih aku yang tak akan mati.” Dengan lembut, Hans mengambil tangan kiri Sophia lalu menyarungkan cincin pusaka itu ke jari manisnya.

Cincin itu bersinar lembut di bawah cahaya malam, seolah-olah membawa bersama cerita-cerita dari masa lalu yang kini menjadi saksi janji dan mimpi-mimpi mereka. Tanpa sedar, Sophia mendekat, bibirnya menyentuh bibir Hans dalam satu ciuman singkat. Air mata mula bertakung di mata masing-masing.

“Ini besar… terlalu besar, sayang,” akhirnya Sophia bersuara, bergetar dalam nada. “Bukan aku tak gembira, malah aku akan jaga cincin ini sepertimana aku jaga diri sendiri. Tapi… ini milik mama...” Kata-katanya terhenti, disekat oleh bibir Hans yang kembali menyentuh bibirnya, kali ini lebih lama, lebih dalam, seolah-olah ingin menyampaikan segala rasa yang tidak mampu dilafazkan.

“Begitulah besarnya cinta aku terhadap engkau. Seperti cinta seorang ibu. Seperti kasih sayang seorang ayah.”

Satu pelukan terakhir, satu ciuman terakhir dan mereka terpaksa berjalan ke arah bertentangan, merelakan diri untuk kembali menghadap kehidupan— hidup yang tak akan sunyi dengan cabaran bertemankan kerinduan yang pasti saja akan menyesakkan jiwa.

#

Masa berlalu terlalu lesu, pelan dan lembab. Waktu seakan terlalu malas untuk bergerak lantas hidup menjadi satu kekosongan yang tidak berdinding dan beratap, beban yang tidak dapat diukur dengan berat.

Sophia meneruskan pengajian ke sekolah baru, di ceruk kampung, jauh dari bandar. Kedua mereka terbelenggu dalam kekosongan yang semakin meluas, merebakkan sakit keseluruh jiwa. Setiap pagi terasa lebih sejuk dari malam, tanpa pandangan yang dicuri di setiap lorong dan kaki lima, tanpa senyuman berbalas senyuman. Tiada lagi Hans menunggunya di pagar sekolah dan begitu jugalah halnya dengan Hans. Dunianya terasa begitu sunyi, menyuramkan hari dan dia menjadi kaku tanpa Sophia di sisi.

Di tempat baru, Sophia berusaha mempamerkan wajah berani. Dia berjalan di lorong bangunan yang asing itu, dikelilingi oleh muka-muka yang tak dikenali. Tekanan perasaan dan kerinduan dah jadi makanan hati hari-hari. Macam-macam cara dibuat untuk memadamkan ingatan dan yang paling penting, perasaannya terhadap Hans. Keluarga mengawal begitu ketat. Pergerakan ditentukan, siap diiring, panggilan telefon ditapis. Dia diperhati dengan teliti. Diawasi dengan mata yang penuh dengan syak wasangka. Semuanya atas satu alasan, 'ini untuk kebaikan'.

Di waktu malam, dalam bilik yang asing dan suram, Sophia merenung siling, melawan keinginan untuk menangis. Dia sangat merindui Hans. Kesunyian itu terasa seperti lautan yang tidak mampu di rentas. Lalu dia cuba mencoretkan surat, mencurahkan isi hatinya di setiap helaian kertas. Itulah satu-satunya cara dia mengubat kerinduan dan merawat jiwa.

Ada ketikanya, apabila keputusasaan menjadi luar biasa, keraguan datang mengusik hati dan Sophia mula mempersoalkan bagaimana jika jiwa mereka terlalu rapuh untuk terus bertahan? Sampai satu tahap, dia cuba akur bahawa hubungan seperti ini tak akan membawa ke mana. Dia cuba membuka hati untuk melupakan Hans tapi untuk menafikan cinta sesuci itu, dia tau dia tak akan mampu.

Setiap hari dia dibawa ke surau untuk dikhutbah tentang dosa dan pahala, tentang azab dan neraka. Tapi manusia sendiri tak sedar, merekalah sebenarnya yang bagi azab, bukan Tuhan. Perasaan, kesedihan, tekanan emosi yang dia hadapi, siapa yang peduli? Tak seorang pun yang ambil tahu apa lagi bersimpati.

Teringat akan janji-janji— cinta di matanya, keazaman di hatinya, Sophia tau Hans tak akan membiarkan dia terluka. Memori yang disimpan kemas itulah yang menyelamatkan dia daripada tewas di tangan keputusasaan. Sebaliknya makin dia ditekan, makin kuat cintanya terhadap Hans.

Sementara Hans di satu penjuru lain turut bertempur di hujung nyawa. Setiap hari selepas sekolah, dia akan berjalan ke taman, ke pokok tempat mereka selalu bertemu, mengharapkan sebuah keajaiban. Mungkin dengan memejam mata buat seketika dan bila mata dibuka, Sophia akan muncul, berdiri di depannya. Tapi sayang, dia hanya mampu berharap dan bermimpi.

Dan seperti hari-hari yang berlalu, pokok itu tetap berdiri senyap, kekal teguh sebagai tugu peringatan mereka. Desir dedaunannya seakan bercerita tentang kehilangan namun bila dedaun itu jatuh ke tanah dan terbang dibawa angin, Hans tau itu hanya sementara.

Lalu dia melangkah pulang ke teratak kecil tempat dia di besarkan dengan doa dan harapan semoga Tuhan menetapkan hati, mencekalkan jiwa mereka berdua demi membuktikan sebuah cinta.

Sejak konfrontasi itu, Juan mula berubah sikap. Dia lebih banyak meluangkan masa bersama, menawarkan nasihat, memberi keyakinan bahkan cuba untuk menghiburkan. Sokongan emosi yang diberi amat Hans hargai. Dia bersyukur, walau bapanya banyak kekurangan tapi limpahan kasih sayangnya tak pernah putus. Dan peristiwa itu juga telah mendorong bapanya untuk meninggalkan tabiat buruk yang telah menghanyutkan dia.

“Kau masih muda, semua ini akan berlalu.”

Hans tahu dan bukan sekadar tahu, malah dia cukup yakin bahawa ikatan antara dia dan Sophia bukan cinta sesaat yang semudah itu dimusnahkan.

“Saya takkan boleh lupakan dia. Saya tak nak...” kata Hans pada suatu petang selepas hari yang sukar. “I can't just move on like you ask me to.”

Juan memandang wajah satu-satunya anak yang ditinggalkan Emelda sebelum isterinya itu dipanggil Tuhan. Ketika itu dia nampak dengan cukup jelas sinaran dari sepasang mata yang dia puja tanpa pernah berhenti dan sinar itu terpancar dalam mata Hans— mata yang dipaksa menganggung kesakitan.

“I'm not asking you to forget, kiddo. Just... don't let it destroy you.” Juan mengerti bagaimana rasanya bila dipaksa menghadapi perpisahan.

Bagi Hans, perpisahan itu tak akan memusnahkan dia. Hatinya dah kebas hingga menjadi kebal terhadap kesakitan. Janji akan dia kotakan meskipun melawan kesakitan tidak sesukar melawan rindu. Dia percaya, dia diduga kerana Tuhan tahu dia kuat. Kerana Tuhan mahu dia berjuang untuk mendapatkan yang terbaik dan yang terbaik buat Hans hanyalah Sophia, cahaya hatinya.

Dia tak tahu di mana Sophia dibawa. Apa yang dia tahu, Sophia tak pernah ke mana-mana, gadis itu hidup dalam hatinya, dalam kehidupannya. Kerinduan yang mencengkan hanya dapat diluahkan dalam journal dan surat-surat yang tak dapat dikirim menjadi pelabuhan, tempat melepaskan rindu. Walaupun begitu, tak pernah dia berhenti berharap— harapan yang diselitkan doa dan doa-doa itulah yang menjadi penawar setiap kali rasa putus asa merayu dia untuk berhenti.

Dalam keadaan yang menyesak dan mendesak, sejalur cahaya muncul juga akhirnya.
Ema.

Seorang kenalan di sekolah baru yang akhirnya menjadi teman rapat, sudi mendengarkan semua curahan hati Sophia. Ema simpati dan cukup mengerti apa yang dialami Sophia begitu sukar dan menyakitkan. Lalu dia menawarkan diri untuk menjadi jambatan yang menghubungkan dua jiwa.
Dengan bantuan Ema, Sophia dapat mengutuskan sepucuk surat kepada Hans. Permulaan itu telah berjaya menamatkan semua kerinduan.

“Ada surat. Atas meja.” Beritahu bapanya sewaktu dia melangkah lesu ke dalam rumah selepas pulang dari sekolah.

Hanya dengan melihat tulisan di atas sampul, sudah cukup untuk membuat hari yang lesu kembali bertenaga. Hatinya melonjak gembira. Juan melihat ada cahaya di wajahnya anaknya itu.

Her heart is yours. Don't take it for granted, kiddo.” Bapanya turut berkongsi kegembiraan yang sama.

Kejutan itu amat mengharukan hati Hans. Berkali-kali dia ulang membaca surat yang dianggap jawapan bagi setiap doa yang dia titipkan ke langit. Segera dia ke bilik tidurnya, menarik kerusi, mencapai pen dan kertas, mencurahkan segala isi hati.

Dua minggu kemudian, Ema membawa berita gembira.

“Dia sayangkan kau. Dia benar-benar setia, Phia.”

Aku amat merindui engkau. Janji kita, masih aku genggam utuh. Aku tak akan berputus asa demi cinta kita. Nafas yang kau beri, akan aku bawa sampai kubur.
 
Sophia menyelit surat pertama jauh ke dalam jaketnya, mengetahui dia perlu menyembunyikan hal itu daripada pengetahuan keluarga. Air mata mengaburkan penglihatan. Bersama surat dalam genggaman, Sophia mendakap Ema, mengekspresikan kesyukuran dan terima kasih yang tak terhingga.

Semenjak hari itu, tak putus mereka berurus surat. Musnahlah semua malam sepi, tiada lagi hari yang gelap. Setiap kiriman dan balasan surat adalah wahyu Tuhan yang mereka bukukan menjadi kitab— kitab yang bercerita tentang kehebatan kuasa cinta. Kitab yang meniupkan rasa percaya, mengukuhkan keyakinan, mendalamkan kasih sayang untuk terus bersemangat mengharung hidup sampai nanti masa menemukan mereka kembali. Kitab itu akan menjadi bukti bahwa syurga ada di hati.

Setiap patah butir bicara Hans adalah azimat bagi Sophia. Azimat yang membebaskan dia menjadi dirinya. Bukan kebebasan yang meruntuhkan moral apalagi kebebasan untuk melakukan berbuatan tak bermoral tapi kebebasan untuk berfikir— bebas menjadi diri yang suling, bebas menjadi sebahagian kecil daripada kitab Tuhan yang besar.

“Don't feel torn between me, your family, and your beliefs. But, if you're sure of what you want and ready to decide, I won't let that opportunity go to waste.”
“I love my family but I am at odds with their beliefs. I have to fake it and you know how much I hate faking.”
“It's OK, love... I got your back. There must be a way. I promise you, we'll make it.”
“Sayang, aku nak kau sorang. Don't let me go.”
“I won't, baby and I won't let go.”

Hans mengucup dahi Sophia, memeluknya erat seperti tiada lagi esok untuk mereka bercinta. Dia benar-benar cintakan gadis itu. Sophia adalah hadiah dari Tuhan, seorang gadis yang menerima siapa pun dia, seadanya. Gadis yang banyak membantu sewaktu dia memerlukan. Jatuh bangun dia, hanya ada satu namaSophia Suffiyan.

Baby, love and affection resemble a seed waiting to sprout. Those tender buds will never bloom without the nurturing touch of rain and the warmth of the sun. When the roots are deep and resilient, the tree can weather any storm, standing tall through rain, disruptions, and shifting seasons. It remains steadfast. I envision us as trees, enduring and unyielding. Nature rarely brings down a tree unless time takes its toll or an unavoidable catastrophe strikes. If it weren't for nature, the only thing that would take down a tree is people who can't stand to see it thrive.

 

Detik-detik yang dilalui bersama walau sekadar pertemuan bisu di atas lembaran-lembaran putih, dunia terasa begitu ringan, melenyapkan beban kebimbangan. Kewujudan diri dapat direnung dari sudut pandangan yang belum pernah diteroka— perspektif yang mengubah momen-momen sederhana menjadi sesuatu yang begitu besar dan berharga.

Kata-kata Hans adalah cahaya matahari yang memancarkan sinar ke bahagian dirinya yang tersembunyi dalam bayang-bayang dan melalui matanya yang redup, hidup kelihatan lebih luas, penuh dengan kemungkinan. Mereka dewasa bersama bukan hanya melalui cinta, tetapi melalui perasaan ingin tahu yang dikongsi dan Hans telah membuka sepasang sayap dalam dirinya yang tidak pernah dia sedari ada dia miliki.

“Dah lama aku rindukan semua ni. Aku jumpa dalam diri engkau.”
“Kepercayaan kita berbeza tapi hati kita sama.”
“No, Hans. We share the same belief and our hearts are in sync too. It's their beliefs that set us apart.”
Tak sedar airmata berlinangan di pipi, membasahi surat dan gambar yang dipeluk erat di atas hati.


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!