Masa tak tahu menipu, itu dah terbukti
sebagaimana ia membuktikan
bahawa kesetiaan itu sebenarnya
benar-benar wujud.
Dia jugalah yang dah meneguhkan rasa
dan selama itu, aku masih seperti dulu
banyak yang berubah, dah kau saksikan
tapi aku tetap aku, kau pun nampak, kan?
Betapa lemahnya waktu
gagal meruntuhkan seorang aku.
Di dimensi mana pun akan kekal begitu.
Satu dekad, atau satu abad, aku tetap di sini.
Masa pun dah malas nak menguji lagi.