“Kau dah lama bangkit. Tapi biasalah, kita ni manusia. Kadang lemah, kadang kuat. Naik turun tu, tak boleh dielak.”
“Kadang-kadang aku rasa takut sangat nak hadap hidup ni. Aku sedar aku dera diri aku sendiri. Aku kena move on...”
“Bila jatuh, kita kena bangkit. Bila jatuh lagi, kita bangun balik sampai kaki kita kuat untuk terus menapak. Dugaan datang untuk mendewasakan, menguatkan kita. Cabaran akan buat kita lebih bijak dalam meniti dan memperbaiki hidup.”
“Thanks, Rina... Tanpa engkau, aku tak taulah macam mana hidup aku ni...”
“Don't mention that. What I do for you is what you do for me. Let's focus on moving forward. We've got each other's backs, right?”
Sophia memeluk Rina dan melepaskan ciuman di pipi. Andrey yang hanya mendengar dan memerhati rasa bahagia. Terlalu bahagia. Dua wanita yang dia sayang ada depan mata. Apalagi yang nak dia minta dari dunia yang terlalu banyak meminta?
“Awak pun macam tu, Andrey. Saya doakan hubungan awak dengan abah bertambah baik lepas ni.”
“Sejak mak encouraged abah pergi sesi kaunseling, nampaknya dah ada perubahan. Waktu makan malam keluarga hari tu, ada saya ceritakan tentang Rina. Tunggu masa sesuai, saya akan bawa Rina jumpa dia untuk dapatkan restu.”
“That's great. Belum pernah jumpa lagi?”
“Belum lagi. Biarlah dulu. Biar betul-betul sejuk.”
“Happy betul saya, korang akhirnya bersama... Andrey, awak nak tau satu rahsia?”
“Rahsia?”
“Rina selalu cakap, awak ni déjà -vu dia.”
“Déjà -vu?”
“Like... I knew I loved you before I met you...” Sophia menyanyi kecil, mencetuskan tawa di bibir indah kedua wanita tersebut.
Keharmonian yang wujud antara mereka membuat Andrey rasa aneh. Tiba-tiba dia memungkinkan permintaan Rina untuk Sophia tinggal bersama. Tak ada benda tak baik akan berlaku jika tak ada perasaan lain terlibat, maksudnya, nafsu. Yang penting dia tau siapa dia, siapa Rina dan siapa Sophia.
Tapi itulah kita ni, manusia biasa. Boleh cakap, boleh cuba. Boleh meditate. Bila diuji, banyak yang gagal. Itulah yang amat Andrey bimbangkan. Itulah yang paling dia takutkan.
“Speaking of déjà -vu, I also occasionally experienced a sense of it. As if we were present in the moment, it feels like we have been through everything.”
“Interesting, isn't it?” Kata Rina. Topik-topik seperti ini memang selalu dia bicarakan dengan Sophia terutamanya sewaktu di universiti, bersama Hans, sudah tentu.
“Agaknya memang korang dah pernah kahwin dulu.”
“Maksudnya?”
“In a past life, who knows...” Rina melebarkan idea yang dibentang Sophia.
“Do you both believe in past life, rebirth or reincarnation?” Tanya Andrey, menunjukkan minatnya dalam topik tersebut.
“Kalau kita tengok putaran waktu, alam, contohnya— musim yang berganti atau dari air yang tersejat jadi awan,turun sebagai hujan dan meresap balik dalam bumi, jatuh di lautan— bukan ke itu menunjukkan tanda-tanda?” Sophia mengongsikan pendapat.
“Semuanya putaran, sebab tu ada turun naik macam roda.” Rina memperluaskan perspektif dari penjelasan Sophia. "I firmly believe that the entire universe, akin to planets spinning on their axis, serves as a scripture that mankind has overlooked.”
“Musim yang berganti pun tanda satu kelahiran baru, kan?” Giliran Andrey pula melontarkan pandangannya. “Bila musim sejuk, pokok berehat, tapi akarnya tak mati. Bila musim bunga, dia hidup balik.” Katanya lagi. Wajah Rina dia pandang. Mungkin benar, itulah wajah yang dah meneman dia di kehidupan sebelum ini.
“Awak contohnya," kata Sophia pula, “you underwent a rebirth too.”
“Betul. Not only did it transform me physically, but also my outlook on life.”
“Shedding your old self for a more authentic version.” Tambah Rina.
“That's right, sayang. This liberation empowered me to break free from my past and embrace a brighter future, shaping me in ways I never imagined.”
“Rebirth is happening every day, so it seems.”
“Saya tak tau kalau itu déjà -vu atau apa, adakala saya pun terasa-rasa. Tapi mungkinlah sebab presence dia kuat.”
“Could be.” Serentak dia dan Rina memberi persetujuan, faham apa yang cuba Sophia sampaikan.
“Well, whatever it is, I'm so happy for both of you.” Sophia memegang tangan pasangan kekasih itu.
“Andrey, kalau nak tau, kadang-kadang Rina ni macam kakak saya, bukannya adik. Kalau saya lost, dia lah yang uruskan semuanya. Memang, kalau tak kenal, orang akan anggap macam-macam. Garanglah, berlagak, sombong. Tapi sebenarnya dia ni ... apa ye... tak tau saya nak describe macam mana. Dia attentive. Saya bertuah dapat kenal dia. Ingat lagi tak Rina masa kau mula-mula masuk dalam bilik aku?”
“Ingat, mana boleh lupa. Kau tengah menangis masa tu. Aku dah cuak... Apahal pulak minah ni.”
“Dia terus datang pujuk saya, caya tak? Padahal tak kenal lagi ni.”
“Kenapa menangis?”
“Pasal keluarga... Pasal Hans...” Sophia mencampakkan pandangan matanya ke tasik. Ada kepiluan di hujung renungan. Dia menundukkan muka.
“Jom kita buat road trip minggu depan.” Menyedari kemurungan di wajah Sophia, Rina cepat-cepat ubah tajuk.
“Dari tahun lepas kami rancang tapi belum ada kesempatan. Minggu depan memang sesuai.” Tambah Andrey pula.
“Kau tak ada apa-apa plan, kan? Boleh gilir-gilir drive.” Rina tau, Sophia suka road trip dan Andrey sendiri tak ada masalah langsung. Dia memang suka memandu jauh-jauh terutama pada waktu malam.
“Road trip, best tu. Aku on je. Bila?”
“Selasa?”
Tiada alasan diberi. Tiada dolak dalih. Pelawaan diterima tanpa banyak tanya. Dah lama Andrey dan Rina merancang untuk menjelajah negara dengan kereta. Mereka mahu jadikan percutian kali ini berbeza daripada percutian-percutian sebelumnya, terutama bagi Sophia. Siapa tau, cara ini akan lebih membantu dia untuk terus membina kekuatan, memulihkan semangat, meringankan beban di kepalanya, di bahunya. Rina dan Andrey berharap, perjalanan itu nanti dapat memberi Sophia nafas baru dan inspirasi dalam mencorak warna di kanvas hidup seterusnya.
Hans akan kekal hidup dalam diri dan ingatan, dalam hati dan semangatnya. Dia boleh bawa Hans ke mana-mana saja dia suka. Tak siapa akan mengganggu lagi. Tapi dalam masa yang sama, dia juga perlu beri ruang untuk dirinya mengecapi nikmat-nikmat hidup. Semua orang berhak untuk bahagia sebagaimana tak seorang manusia pun boleh mengelak daripada airmata.
Seperti selalu, menziarahi pusara Hans adalah satu kemestian. Malam itu Sophia membawa sejambak bunga. Bunga mawar putih. Bunga kegemaran mereka. Dia nampak tenang dan ceria. Begitulah Sophia setiap kali dia menziarah pusara Hans seolah-olah di situlah rumah mereka.
“Sayang, Rina dan Andrey pun ada ni. Dia dah kahwin tau, dengan Andrey. Do you remember Andrey? My favourite student, I told you about.” Kata Sophia sambil menyentuh nisan. Begitulah dia berbicara dengan Hans. Dia percaya, Hans mendengar, cuma tak dapat kata-kata. Namun suaranya dapat Sophia dengar dalam angin, dalam hujan. Di desir daun, ombak dan sungai yang mengalir. Hans ada di mana saja dia berada.
“I missed you so much. Rina missed you, too. Don't you, Rina?” Sophia memandang wajah Rina.
“Of course I do. I missed you, very much. I wish you were here with us.” Rina menekap mukanya ke bahu Andrey. Rasa sebak dah menyekat suaranya. Seperti dia, Andrey juga rasa yang sama.
“Sayang, I wrote you a poem. You know I'm not good at writing, so pardon me if it sounds funny.” Sophia mengeluarkan sekeping kertas dari beg tangan lalu sebuah puisi dibacakan.
One day, I'll come to you, cross the space between what is and what was,
and find you waiting where time no longer touches us.
But I hope there's no next life, no circle pulling us back again—
I'm tired of lifetimes spent loving, losing.
If we meet again, let it be the last,
no promises of another tomorrow,
just you and me in the stillness of forever.
Where there's no need to return, no endings,
just the quiet of us, together, at last.
Airmata Rina menitis sederas pilu yang Andrey biarkan membasahi mukanya. Tangisan jangan ditahan. Kalau ditahan, ia akan menambahkan lagi kesakitan. Jadi dia biarkan saja ia mengalir, sampai kering semua duka.
Sophia masih berlutut di pusara Hans. Wajahnya tenang. Seperti setiap kali dia ke situ, sunyi mengisi ruang seolah-olah dunia menahan nafas. Berada di terminal bisu itu, dia dapat merasakan keasingan yang ketara antara keriuhan di atas dan kedamaian di bawah batu walaupun bumi di telapak kaki terlalu padat, terlalu dingin untuk seseorang yang pernah menghangatkan hidupnya.
Nama yang terukir di batu nisan diusap dengan mata terpejam. Dia membayangkan jari-jarinya yang menggeletar itu sedang menyentuh wajah Hans.
“I know, you are always by my side, unconditionally supporting me through thick and thin. Time may test us, but it will never change our unbreakable bond. Our love will conquer all, and I vow to uphold my promise to you as you have done for me. With my whole heart, I declare my love for you.” Sophia mengucup batu nisan sebelum mereka meninggalkan pusara Hans.
“Bawak kereta elok-elok. Kalau ada apa-apa call.” Pesan Rina. Mereka saling memeluk dan bertukar ciuman.
“Kalau berhenti mana-mana, call la. Saya risau Sophia drive sorang malam-malam. Jauh pulak tu.”
“Don't worry. Dah biasa. Hmm... Korang, road trip tu nanti, saya nak masak untuk kita semua, buat bekal.”
“Wah bestnya... Ini buat makin tak sabar.” Andrey teruja. Dia sendiri sebenarnya dah merancang nak buat sandwich nanti.
Sophia menghampirinya lalu tubuhnya dirangkul erat. “Jaga adik saya tu elok-elok.” Pesan Sophia kemudian mencium pipi sambil tangan mengusap mesra rambut dan dahi Andrey.
Sebelum memandu ke destinasi masing-masing, sempat Andrey bekalkan Sophia dengan sebuah pen drive. Di dalamnya diselitkan lagu-lagu pilihan terbaik termasuk Jerat, lagu yang berkumandang di kafeteria sewaktu hujan turun di hari takdir memutuskan mereka untuk bertemu.
Sejak hati mula mengenal rindu, banyak lagu dah Andrey tuliskan untuk Sophia. Semuanya dirakamkan. Dia nak Sophia dengar semua lagu-lagu itu, terutama lagu Hanyut yang tercipta setelah sejarah hidupnya dia ceritakan.
“Untuk teman Sophia memandu lima jam.”
“Mesti Sophia sunyi, kan?”
“Sebab tu saya nak sangat dia tinggal dengan kita.”
Sebenarnya Andrey cukup hairan mengapa Rina begitu pasti untuk membenarkan Sophia hadir antara mereka. Adakah kerana dia begitu menyayangi dan menghargai persahabatannya dengan Sophia atau adakah disebabkan cinta dan kasih sayangnya kepada Andrey begitu dalam?
Tajuk itu tergantung bila Rina tiba-tiba memilih untuk menyambung topik yang mereka bualkan di restoran tadi.
“Well, the concept of past life and rebirth fascinates me. How about you?”
“It makes sense. Sebab, mana perginya roh atau jiwa lepas kematian? Tiap hari ada nyawa baru dilahirkan, ada nyawa yang meninggalkan badan. Jasad, kita tau mana datangnya, dari persenyawaan. Tapi roh, jiwa? Tak siapa tau dari mana dia datang dan ke mana dia pergi selepas meninggalkan jasad.”
“Waiting inside the grave is such a waste of time, don't you think?”
“I believe the recycling concept has the answer.”
“Macam rumah. Bila dah usang, perlu diperbaiki. Bila dah tak boleh repair sangat, kita kena keluar, cari rumah baru.”
“Hmm... setuju. Pastu rumah lama tentulah kena roboh, rumah baru dibina. Penyewa akan selalu cari rumah, kalau tidak gelandangan. Macam tu lah jiwa, sentiasa perlukan rumah. Tapi rumah, dalam konteks ni, jasad, takkan pernah kekal.” Andrey tersenyum. Tangan Rina ditarik ke katil. “Sayangnya kita tak dapat buat jasad baru.”
“Tapi kita boleh cantumkan dua jiwa jadi satu.”
“Kalau bersenyawa, jadi budak, apa jadi bila bersejiwa?”
“Jadi syurga, sayang.” Dia memeluk Andrey dan lampu pun dimatikan.
“Semalam lagi aku dah balik. Hal dah selesai, malas nak tunggu lama-lama. Bukan ada apa pun kat kampung tu lagi. Itu pagi tadi aku pergi pasar. Terasa nak masak hari ini dan share dengan korang. Kalau korang OK, aku nak lepak sini malam ni.”
Sudah tentu hati Rina melonjak riang. Itulah yang sentiasa dia harap-harapkan. Menetap terus, lagi bagus.
Hidangan kari ayam, ikan masin, mixed vegetables dan jus tembikai kegemaran Rina mereka nikmati bersama.
“Sedap betul... Kalau camni, hari-hari saya nak.” Andrey memuji. Ikhlas. Masakan Sophia ada sentuhan.
“Kalau nak hari-hari Sophia masak, kenalah dia tinggal kat sini dengan kita.”
Mereka ketawa dan gelak ketawa diteruskan sampai ke malam.
Sophia mengajak mereka masuk ke dalam bilik tidurnya— bilik yang pernah dikongsi dengan Hans. Rumah itu sebenarnya rumah orang tua Rina yang disewakan kepada Sophia dan Hans sebelum Rina memulakan kerjayanya di TBC. Selepas berjaya mendapat tempat di kolej itu, mereka bertiga tinggal bersama sebelum Hans memutuskan untuk berpindah ke apartmen milik pakciknya— sebuah apartmen sederhana yang menjadi syurga buat mereka berdua sehinggalah Joe memusnahkan semua kebahagiaan.
“Terima kasih, Rina. Rajin kau jaga bilik aku.” Sophia mengambil tempat di atas katil bercadar hijau itu. Rina duduk di sisinya, sementara Andrey menarik kerusi solek dan duduk mendengar perbualan kedua sahabat, menyaksikan kesetiaan mereka.
Ada dua buah gambar berbingkai hitam teletak kemas di atas meja sisi katil. Gambar dia dan Rina semasa graduasi. Dan di sebelah gambar itu berdiri bingkaian gambar Sophia dan Hans, di majlis yang sama. Melekat megah di dinding bilik, menghadap ke katil, sebuah lagi gambar terbingkai— gambar Sophia yang diapit Hans di sebelah kanan bersama Rina di sebelah kiri. Mereka kelihatan begitu gembira, penuh harapan dan cita-cita.
Gambar yang dibesarkan itu seolah-olah hidup. Hidup di dinding kamar yang penuh kenangan. Kerinduan menerpa jiwa. Melihat kebahagian di wajah Rina dan Andrey, Sophia mengharapkan kewujudan Hans di situ menyertai mereka, memberi dia kebahagiaan yang sama. Hatinya menjerit dan menangis tapi dia pujuk dengan mengukir senyuman. Dia tak mahu Rina dan Andrey bimbang dan dia juga tak mahu kewujudan dia merosakkan kebahagian mereka berdua.
“Gambar ni kita ambil curi-curi sebab takut sangat family aku nampak.” Sophia mengenang. Dia meletakkan kembali gambar tersebut ke atas meja. “Thanks, Rina. Dalam susah senang, kaulah semangat aku yang tak pernah padam.”
“Don't mention that. Kunci rumah ni pun kau ada, bila-bila masa je kau boleh masuk.”
Apa yang cuba disampaikan Rina cukup jelas. Dia nampaknya bersungguh-sungguh mahukan Sophia tinggal di situ. Suara dan kata-kata itu dilontarkan dari hati untuk menegaskan lagi pendirian tentang kesediaannya menerima Sophia dalam hidup mereka.
Sama seperti Rina sayang Sophia, begitulah perasaan sayang untuk Sophia tak akan dapat Andrey nafikan sampai bila-bila.
Sophia. Cikgu Sophia. Sayang yang dah terwujud lama dulu. Tapi kini simpati yang lebih mendalamkan rasa. Andrey mahu meneman tapi bukan dengan cara itu. Cinta datang hanya sekali dan ia datang bukan untuk dikhianati.
Sophia menjemput diri sendiri untuk bermalam di situ. Bukan selalu dapat berkumpul begini kalau bukan hari cuti. Semua urusan pembahagian harta di kampung telah selesai dengan baik. Itu membuat hatinya lapang dan dia mahu berkongsi kegembiraan itu dengan kedua insan yang amat dia sayangi. Dan Rinalah yang paling bahagia. Mungkin ini adalah satu permulaan, fikirnya. Mana tau, esok, lusa dan hari-hari seterusnya, dia tak perlu lagi memujuk.
Malam minggu itu umpama sebuah majlis kecil bagi mengalukan kehadiran sebuah hidup baru. Mereka menyanyi, menari, berbual, minum-minum sambil menonton. Andrey benar-benar rasa bahagia dan turut menyaksikan kebahagiaan di wajah kedua wanita penghias hidupnya.
Entah pukul berapa terlelap di ruang tamu, waktu Andrey celik mata, mereka bertiga masih lagi di situ. Rina memeluknya. Sophia juga. Kedua lengannya membantalkan tidur mereka. Di atas dadanya, tangan kedua wanita itu bersentuhan seakan-akan berganding memegang hati.
Mimpi ke semua ni? Apa dah jadi malam tadi?
Andrey tak rasa mereka terlalu mabuk sampai lupa diri. Dia menoleh kepala ke belah kiri. Wajah Rina dia renung. Terasa ada pergerakan, perlahan-lahan Rina membuka mata.
“Sayang, I have no idea...”
“Shhh... It's OK. Nothing happened. Let her sleep...”
“Bangun tadi, awak bogel ke? Atau ada antara kita yang bogel?” Dalam nada berseloroh, selamba dia menjawab dengan soalan.
“Bogel ke tak... Tak sepatutnya macam tu.” Andrey bingung. Seingat dia memang tak ada apa yang terjadi. Mereka menonton filem tapi dia tertidur sebelum filem tamat.
“Sayang, nothing happened. Kita tidur je pun. Kenapa nak risau sangat?”
“Mana dia?”
“Dalam bilik dia. Mandi.”
“I don't feel right... Sebab tu dia tak boleh tinggal dengan kita.”
“Saya tak pernah abaikan Sophia.” Rina meletakkan pinggan ke atas meja makan. Dia menyentuh lembut tangan Andrey, menagih pengertian. “Tiap hari saya pastikan makan minum dia, kesihatan dia, pastikan dia gembira. Sebelum dengan awak lagi...”
“Itu dulu, sayang. Kalau saya tak ada, OK lah... Sekarang kita dah kahwin.”
Rina mengeluh. Meski apa pun, Sophia tetap satu tanggungjawab bagi Rina. Andrey tak faham— bukan dia sengaja suka-suka maukan Sophia tinggal sebumbung.
“Ada apa-apa ke yang saya tak tau? Rina berahsia dengan saya ke selama ni?”
“Tak ada rahsia, sayang. Saya risau kesihatan dia, keselamatan dia... Dia dah tak ada sesiapa dalam dunia ni. Abang-abang dia jauh, itu pun tak berapa rapat. Saya rasa bertanggungjawab jaga dia.”
“Rina, dia bukan budak...”
“Ye Andrey, sebab dah dewasalah lagi saya risau.”
Ahhh.... Tak faham aku bini aku ni.
“Apa yang saya tak tau sebenarnya?” Andrey mendesak. Dia yakin mesti ada sebab mengapa Rina bertegas dalam hal itu.
Rina pandang muka Andrey. Lama dia diam sampai sarapan membawa ke makan malam. Makan malam membawa ke bilik tidur sebelum dia buka mulut sewaktu lengan Andrey menggantikan bantal.
“Sophia tak bagi saya cerita semua ni. Dia kata nak lupakan hal tu— hal yang memalukan. Dia tak nak awak susah hati.”
“Sekarang lagi saya susah hati.”
“Keluarga dia memang tak membantu. Memang tak ambil kisah langsung. Lepas mintak putus tunang, dia disisih keluarga.”
“Saya tak tau apa nak cakap, Rina. Saya tak sangka...”
“Sophia cuba pulihkan semangat. Tak pernah dia gagal hadir psikoterapi. Menempuh semua tu, saya je yang dia ada. Keluarga saya pun dah jadi keluarga dia. Kami bantu dia apa je yang kami mampu.”
“Kenapa dia tak tinggal je terus kat sini?”
“Apartmen tu jadi tempat diorang jumpa secara sembunyi. Sophia tinggal dekat situ, on and off, untuk kaburkan mata keluarga. Mak ayah dia, kadang-kadang abang, datang rumah ni, buat spot-check...”
“Teruk betul dia kena kawal. Sophia tak pernah cerita semua ni... Banyak yang saya tak tau rupanya.”
“Sampailah Hans meninggal. Sophia cakap dia nak terus tinggal kat sana. Saya tak setuju tapi dia minta saya faham dan bagi dia masa.”
Apa yang boleh dikata lagi? Lidah Andrey kelu, hati menjadi risau. Otak berat. Hanya nafas kedengaran disedut dan dilepas. Muka Andrey gosok dengan kedua tapak tangan.
“Balik dari kursus sebelum kejadian, family dia dah menunggu. Dia tak dapat balik jumpa Hans.” Cerita Rina lagi, separuh berbisik.
“Oh... Thank God... Thank you, sayang. Thank you so much...”
Cuaca baik pada pagi Selasa itu. Awal-awal lagi Andrey dah bangun sediakan tiga jenis sandwich, tuna dan cheese— kegemaran Sophia dan Rina. Roast beef untuk dia. Kopi dan teh juga dah dibancuh siap-siap dalam dua buah thermos. Tugas Rina pula, menguruskan bahagian pakaian.
“Ni first time la bawak kereta ni jalan jauh,” kata Andrey sambil menggilap tubuh hitam 4WD hadiah daripada mak dan abah.
“Sayang abah awak tu kat awak. Saya waktu umur awak, naik motor je, tau?”
“Ohhh patutlah... Motor apa? Aprilia?”
“Tak mampu saya motor mahal. Skuter je.”
Perjalanan dijadualkan sebelum tengah hari namun, panggilan telefon yang Rina terima lebih kurang jam lapan pagi telah membatalkan semua rancangan.
“Cik Ireena dan Encik Andrey satu-satunya nama yang terdapat dalam senarai kontak Cik Sophia dalam telefon bimbitnya.” Kata Doktor Kaur sebaik saja mereka sampai di hospital.
“Apa dah jadi?” Tanya Andrey, cemas. Jantung yang berdegup laju kini semakin laju. Terasa seluruh badan berpeluh.
“Not again...” Terdengar Rina berbisik.
“Dia ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta miliknya, di Tanah Perkuburan Tasik Biru awal pagi tadi. Orang yang menemui telah menghubungi pihak hospital dan dia terus dikejarkan ke mari.”
“Boleh kami masuk, doktor? Saya nak jumpa dia.” Pinta Andrey. Kakinya dah pun melangkah ke arah bilik di mana Sophia dirawat. Bimbang bergetar dalam darah.
Doktor Kaur menahan dengan memegang bahunya. “Sabar, encik,” katanya, lembut. Badan Andrey terasa lemah. Rina yang dah mula menangis membuat dia semakin cemas sampai menggeletar seluruh tubuh. Airmata Rina makin deras. Doktor Kaur memandang mereka berdua.
“Cik Rina dan Encik Andrey kenal keluarga Cik Sophia?”
“Ye, saya kenal...” Jawab Rina dalam tangisnya.
“Sila hubungi mereka.”
“How is she?” Andrey meminta kepastian.
“Cik Sophia ada rekod Major Depressive Disorder. Cik berdua tau tentang itu?”
“Ye, kami tau.”
“Bukan itu je, Cik Sophia juga ada masalah sleep apnea dan arrhythmia.”
“Dia tak pernah cerita tentang itu.” Rina menoleh kepada Andrey, mencari jawapan.
Andrey menggeleng, “dia tak pernah cakap apa-apa tentang masalah tu.”
“Sudden cardiac arrest. Dia kritikal sewaktu ditemui. We believe it was caused by arrhythmia. Itu akan kita pastikan selepas bedah siasat. Kami dah cuba. Saya minta maaf.”
Dunia terasa seperti terbelah dua dan dia berdiri di tepi jurang. Segala kenangan mereka, gelak tawa, rahsia yang dikongsikan, kini diselubungi kabus. Dia cuba untuk menembusi kabus itu, cuba untuk menarik Sophia keluar tapi sayang, Sophia terus tergelincir lebih jauh dan terlepas.
Berita tragis itu kedengaran palsu, seolah-olah satu mimpi. Bagaimana seseorang boleh hilang begitu saja dari kewujudan? Bagaimana masa, segenggam pil atau beban yang tidak kelihatan dapat melenyapkan sebuah nyawa? Ketika kebenaran mula meresap dalam kesedaran, jantungnya seakan putus. Kesedihan menakluk seluruh jiwa dan keberadaan.
Rina mahu menjerit, menangis, melakukan sesuatu untuk memutar semula apa yang telah berlaku— mengembalikan semalam. Namun kini yang tinggal hanyalah airmata yang mengaburi pandangan. Tubuhnya lemah, menggigil dengan rasa bersalah. Suara penyesalan bersahutan, berterusan. Kalaulah dia lebih banyak memberi masa, mendengar dengan lebih baik, atau mengorbankan perasaan, mungkin Sophia masih di sini. Rina tidak dapat berfikir dengan pasti lagi.
Semuanya dah terlambat. Terlalu lambat untuk sebuah penyesalan malah terlambat untuk apa-apa pun. Dia hanya dapat mengenang semua kenangan dengan kekesalan yang akan terus menghantui. Rina membenci dirinya ketika itu kerana buta— tak dapat melihat semua ini datang. Kalaulah dia ada kuasa itu, akan dia bunuh kematian sebelum kematian mengambil Sophia dan Hans.
Rina meraung, gagal mengawal perasaan. “Mengapa jadi macam ni?” Dia jatuh di riba Andrey yang terduduk di lantai hospital.
Airmata Andrey berderai membasahi rambut Rina. Degup jantung bagai terhenti. Kaki rasa tak jejak bumi, perasaan melayang entah ke mana. Jauh. Terlalu jauh. Hati Andrey hancur, remuk, pecah, berkecai, berdarah. Otak membeku, dia tak boleh fikir apa-apa. Terasa rohnya ikut sama terbang. Terbang mencari dia. Dia yang dah pergi, hilang untuk selamanya...
Andrey benar-benar rasa kehilangan. Semua kata-kata, gurauan, ekspresi wajah, suara, kenangan dan sentuhan, bergema di segenap penjuru kewujudan. Darahnya seakan berhenti mengalir. Dia kaku tak bergerak. Yang bergerak hanyalah sungai airmata. Sendu bertukar menjadi esakan. Esakan bertukar jadi rintihan dan rintihan akhirnya diganti raung.
“Sophia kenapa kau tinggalkan aku? Aku sayang kau, Sophia... kenapa kau pergi macam ni? Kenapa tinggalkan aku? Sophia... aku tak nak kehilangan kau...” Andrey menumbuk-numbuk lantai hospital, cuba mengusir sebuah kenyataan.
Menyokong diri masing-masing, Rina dan Andrey berjalan lemah ke arah katil yang menempatkan sekujur tubuh Sophia yang terbujur kaku. Perlahan-lahan doktor menyelak kain putih yang menyelubungi wajah Sophia. Pucat.
Jasad Sophia Rina peluk. Satu pelukan terakhir, kukuh dan padu. Badannya menggigil, sejuk, seolah-olah kedinginan dari tubuh Sophia yang kaku meresap di bawah kulitnya, menenggelamkan esakannya.
Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Esakan terhenti. Dia terlepas daripada dakapan Andrey lalu rebah di sisi Sophia.
“Sayang...” Jiwa Andrey yang terbang mencari jiwa Sophia, menyatu kembali dengan tubuh. Dia menyingkirkan air dari mata, membawa kaki menjejak semula hospital.
“Cik Ireena terlalu sedih, cemas. Tekanan darahnya menurun. Intense emotional stress boleh menyebabkan ini. Biarkan dia berehat.” Terang Doktor Kaur. “Encik jangan risau. Kuatkan hati. Cik Ireena perlukan sokongan itu.”
Tangan Andrey yang sejuk menyentuh wajah Rina yang kelihatan pucat. Rambut dan dahi diusap. “Tolonglah kuat. Saya perlukan awak untuk kuat. Jangan awak pula tinggalkan saya.” Bisik Andrey ke telinga Rina. Dia cuba hentikan airmata tapi sayang, dia tak kuat, dia begitu rapuh, menggigil. Seluruh tubuhnya menggeletar dengan kesedihan, dengan ketakutan.
“Sayang...” Terdengar suara lesu Rina memanggil. Dia menyentuh lemah tangan Andrey. Cepat-cepat Andrey sambut dan menggenggam tapak tangannya.
“Rina, my love...” Tangan Rina yang sejuk Andrey cium. Kesejukan itu meresap ke dalam kulitnya, bergetar dengan kesedihan.
“I'm not dreaming, am I?”
“Please be strong.”
Pintu diketuk. Seorang jururawat menghulurkan senyuman kepada mereka. “Tekanan darah dah normal. Heart rate, baik. Cik rehat dulu sampai rasa OK baru boleh balik.”
“Terima kasih.”
Jururawat tersebut berlalu meninggalkan bilik pesakit dan membenarkan seorang pegawai polis masuk ke kamar untuk bertemu Andrey dan Rina. Pegawai polis itu menyapa mesra namun wajahnya menunjukkan simpati. “Cik Ireena dan Encik Andrey?” Dia memperkenalkan diri. Sepucuk surat bersampul biru dia serahkan ke tangan Andrey. Di atasnya tertera dengan kemas nama mereka berdua— buat Rina dan Andrey.
“Pihak kami jumpa dalam kereta Cik Sophia.” Pegawai polis bernama Inspektor Norman menundukkan kepalanya sedikit, tanda hormat. “Ini kad saya. Jika ada apa-apa, cik berdua boleh hubungi saya. Bersabarlah...” Katanya dan berlalu.
“Read it, sayang.” Pinta Rina, tak sabar nak mendengar isi surat.
“We do it at home, OK. You must rest. Tak nak nanti jadi lagi macam tadi.”
“Dah dua kali...”
“Shhh... Sayang, let's not talk about it. Not now.”
“Yeah...”
“Sure you don't want to eat?”
Dia menggeleng. Andrey sendiri sebenarnya tak ada selera nak makan.
“Dugaan ni berat untuk kita. Saya faham, lebih berat untuk awak sebenarnya. Apapun, kita kena kuat. Saya nak awak kuat.”
“Kejadian dua kali dulu dah cukup buat saya trauma...” Rina tak menyudahkan kata-kata. Mukanya ditekup ke dada Andrey.
“Saya tau, Rina. Saya tau... Sabarlah...”
“Saya sayang dia macam darah daging saya sendiri.”
“I love her too. As our friend, your sister, my teacher.”
“Read the letter, sayang, please...”
Andrey bantu Rina bersandar di kepala katil. Airmatanya dikesat sebelum surat itu di keluarkan.
“You sure? If you're not ready, we can read it later.”
“Let's read it now, it will make me feel better. Please.”
Surat bersampul biru Andrey keluarkan dari laci. Dia bawa Rina dalam pelukan lalu surat itu mereka baca bersama.
Surat itu bertarikh empat bulan sebelum kejadian.
Terusan Tasik Biru
25 September, 2007
Buat Rina dan Andrey,
saudara yang aku sanjung dan sangat aku sayangi, yang aku cinta sepenuh hati.
Kadang-kadang sesuatu lebih baik dibiarkan tanpa kata. Tapi kepada korang berdua, aku nak sampaikan kasih sayang aku dalam surat ni. Penghormatan tertinggi dan cinta kasih yang terdalam. Bukan apa, seandainya nanti ada apa-apa terjadi kepada aku, surat ini pengganti diri.
Aku tak tau bagaimana nak memulakan, tapi itulah maksudnya— tiada perkataan yang benar-benar dapat menjelaskan semua yang aku rasa. Sesuatu dah mendorong aku untuk menulis wasiat. Ini untuk kau dan Andrey dan sebahagian yang lain boleh kau temui dalam laci meja bilik aku di apartmen.
Aku dah cuba memikul walau aku tak larat. Tersenyum saat aku tak mampu untuk tersenyum. Cuba memberi yang terbaik sedangkan jiwa aku berantakan. Maaf sebab banyak yang aku sembunyikan. Bukan sebab aku tak percaya tapi aku tak tau nak cakap mana mana... dan aku rasa tak adil untuk engkau, berkorban demi aku.
Rina,
Kau cahaya aku dalam gelap. Kau selalu ada tak kira masa atau apa pun dan aku amat berterima kasih untuk itu. Tapi aku letih, Rina... letih sangat. Kaulah satu-satunya sebab aku bertahan. Kau bawa ketawa dalam hidup aku sewaktu aku hilang dalam tangisan, sewaktu aku tak kenal siapa aku lagi. Kasih sayang kau, Rina... macam Hans, kau terunggul. Kau tetap mengasihi aku walaupun aku tak dapat nak sayang diri aku sendiri.
Aku harap kau faham, jika ditakdirkan aku tak ada lagi, itu bukan pilihan dan keputusan aku tapi atas kehendak takdir. Kau akan tahu mengapa. Tolong jangan salahkan diri engkau, jangan kesalkan apa-apa pun sebab kau dah buat yang terbaik, lebih daripada yang boleh dan sepatutnya kau buat.
Maafkan aku, kerana kita tak dapat bersama untuk semua saat yang kita impikan— perkahwinan aku dan Hans— engkau dengan Andrey— perbincangan lewat malam kita, masa depan yang selalu kita bayangkan. Tapi aku nak kau jalani semua itu sepenuhnya, untuk kita berdua. Untuk Andrey. Semangat aku akan sentiasa bersama engkau dan Andrey. Aku janji, cuma agak berbeza daripada apa yang kita harapkan.
Jaga diri untuk aku. Tetaplah menjadi seorang yang kuat dan hebat— Ireena Joseph yang aku kenal. Dan setiap kali kau memikirkan aku, ingatlah masa-masa kita yang indah, gelak ketawa kita, saat-saat yang kita kongsi ketika dunia terasa begitu jujur dan sempurna. Aku akan mengingati engkau dengan cara yang sama.
Rina sayang, kau adalah belahan jiwaku— melengkapi apa yang aku tiada. I believe that we are two bodies housing one soul, forging a profound and powerful bond. Untuk itu, sebagai tanda terima kasih dan lambang persaudaraan kita, kasih sayang kita, aku nak hadiahkan semua milik aku yang tak seberapa kepada engkau. Kau tau siapa perlu kau cari dan mereka juga akan mencari engkau. Gunakan semua tu untuk masa depan kau dan Andrey, pelajaran kau, cita-cita kau— semua yang pernah kita mimpikan bersama.
Doakan aku bahagia bersama Hans sepertimana aku doakan kau bahagia bersama Andrey. Semoga cinta suci kau dan Andrey akan berkekalan selamanya, di sini dan di sebelah sana.
You two were meant to be together just like Hans and I were destined for each other.
Andrey,
betul kata awak— adakalanya hidup ini terlalu jujur bersikap kejam. Hanyut dah sentuh jiwa saya yang paling dalam. Saya dah cuba, tapi sayang, saya tak sekuat pokok itu.
Terima kasih untuk sokongan, masa dan kasih sayang yang dah awak hadiahkan buat saya. Perasaan saya pada awak takkan pernah mati. Saya sayangkan awak. Terlalu sayang. Jaga Rina, cintailah dia dengan sebenar-benar cinta kerana awak tak akan jumpa lagi wanita sehebat dia. Dan saya nak awak tau, dalam Rina, selalu ada saya. Secebis cinta dan kasih sayang saya, ada dalam dirinya. Selalu. Sentiasa. Saya sayangkan awak, Andrey...
Benar, adakalanya saya rasakan awak adalah jelmaan Hans. The feelings are profound and sincere. Rina understands this, so there's no reason to worry. Saya rasa apa yang awak rasa dan saya tau awak juga rasa apa yang saya rasa.
You are too real to be unreal. Too special to be true, Andrey.
Aku ucapkan selamat pengantin baru kepada korang berdua. Kalau jadi apa-apa kat aku, aku nak kau dan Andrey miliki cincin milik aku dan Hans— cincin perkahwinan aku dari Hans— cincin peninggalan arwah ibunya dan cincin untuk Hans dari aku... Itu hadiah perkahwinan korang dari aku dan Hans. Sarungkanlah ke jari masing-masing dan hidupkanlah kami serta cinta kami dalam cinta dan kehidupan korang berdua.
I'm not leaving. I'm always there, in your heart, as long as memory and faith remain alive. When a new life emerges, I am sure our souls will reunite.
Kasih sayang selamanya,
Sophia Suffiyan-Marcello
Kedua-dua abang Sophia turut hadir memberi perhormatan terakhir. Mereka terpaksa akur dengan pilihan Sophia untuk disemadikan di situ— bukti bahawa tiada apa yang dapat memisahkan mereka walau kematian sekali pun dan sekarang, semuanya dah terlambat. Menyesal pun tak ada guna.
Andy dan Suzie telah diberitahu. Mereka hanya dapat menyampaikan takziah dari jauh. Jacques dan Lisa turut hadir di majlis pengebumian, sama-sama menadah tangan di bawah langit yang redup ditutup awan. Kasih sayang mereka panjatkan bersama doa-doa yang tak akan pernah putus.
Andrey dan Rina orang terakhir meninggalkan tanah perkuburan. Kaki terasa amat berat untuk meninggalkan pusara Sophia. Tapi mereka tau, Sophia kini lebih tenang, di sisinya ada Hans.
Awan berarak perlahan-lahan membuka ruang untuk cahaya matahari menembus bumi. Redup bertukar cerah. Sinar matahari terpancar di atas tanah, menghangatkan pusara mereka berdua.
Sepohon mawar putih disemaikan Andrey dan Rina buat penyeri, mengharum dan mewangikan kehidupan Sophia dan Hans di sebelah sana.
“Saya nak sangat dia tinggal dengan kita. Sebab tu juga saya tak kisah apa pun. Saya sanggup asalkan dia... Dia tak sepatutnya dibiarkan sendirian...” Tangisan Rina umpama sungai yang berhujungkan lautan. Dia rasa bersalah atas apa yang terjadi, walaupun bukan salah dia. Andrey turut rasa bersalah, walaupun dia juga tak bersalah.
Manusia bukan sesiapa untuk meramal masa.
“Dia tak pernah setuju setiap kali saya ajak dia pindah sini. Saya faham dia perlukan privacy. Tapi Andrey, awak faham tak? Inilah yang paling saya takutkan. Ini...”
Dadanya menjadi tempat simbahan airmata lagi. Linangan tak putus mengalir sepertimana dia gagal merawat sedih yang membunuh kekuatan. Dalam dirinya, seluruh jiwa menggigil tapi dia tak mahu ketakutan itu akan melemahkan lagi semangat Rina.
“Saya tau dia sayangkan awak. Saya tak kisah nak berkongsi rasa, walau secebis. Asalkan kita dapat bersama, asalkan dia dapat bersama awak. Asalkan semuanya selamat. Itu je yang saya nak, Andrey. Saya tahu, hati awak tak boleh terima dua cinta tapi saya rela demi Sophia. Panggil saya gila, saya tak kisah. Sebab saya tak nak hilang dia apalagi dalam keadaan macam ni...”
Andrey biarkan Rina menumpahkan kesedihan di dadanya. Hanya itu yang akan dapat membuat dia tenang dan Andrey menggunakan cara yang sama sebagaimana dia menenangkan Sophia setiap kali Sophia merindukan Hans.
Rina rebah di ribaan Andrey. Dalam esakan, terdengar sendunya berlagu, “dia selalu cakap, dia seronok bila keluar, berbual dengan awak. Dia rasa kuat. Tapi dia tau saya cintakan awak. Dia tau semuanya sejak mula lagi, sayang. Tak ada rahsia antara saya dan dia.”
Andrey betul-betul kehilangan suara. Lemah. Seluruh urat saraf dan denyut nadi terasa layu, tak bermaya mendalamkan lagi ketakutan yang menyerang dari segenap sudut. Hati terasa kecut. Ketakutan itu umpama hidup tanpa siang. Semua yang terlihat hanyalah gelap.
Gelap... Dingin, sunyi dan gelap...
“Don't blame yourself. You've tried... Ini dugaan yang perlu kita tempuh bersama. Kita kena kuat, sayang." Andrey memujuk lagi.
Hakikat kehilangan Sophia tak akan mudah untuk diterima. Baik dia atau Rina, mereka sama-sama terkesan. Pemergian Sophia sesunguhnya satu kejutan yang amat menyakitkan dan dia mengerti, dia harus kuat untuk memulihkan semangat Rina. Itu tanggungjawabnya. Pedih nak ditelan tapi hidup perlu diteruskan.
Rina mengesat airmatanya di bahu Andrey. “Saya tak patut rampas awak dari dia,” katanya dengan suara yang menahan pedih dan kesal.
Andrey memusingkan badan. Dia menekup pipi Rina dengan kedua belah tapak tangan. Ibu jarinya mengesat airmata yang mengalir. “Sayang, don't say that. Saya yang pilih awak. Hati saya memilih awak. Awak tak paksa, tak rampas saya daripada sesiapa pun.”
“Sedangkan saya tau dia sayang awak. Dia lebih perlukan awak.”
“Rina, please...” Andrey meletakkan jari telunjuknya di bibir Rina. “Awak pun tau, dia sendiri cakap dia tak dapat terima sesiapa dalam hidup dia selain Hans. Dia tak nak cari pengganti.”
Untuk seketika keduanya membisu. Rina melayan emosi dengan airmata. Andrey buntu. Tapi dia tahu dia perlu bagi masa. Cuma dia bimbang, jika hal ini akan menjejaskan hubungan mereka.
“Sayang tolonglah, jangan buat saya rasa macam ni. Cukuplah pedih kehilangan dia. Jangan awak tambah lagi dengan buat saya rasa menyesal, serba salah... Bersalah...”
“Saya dah cuba pujuk. Saya memang nak sangat dia tinggal kat sini. Saya nak jaga dia. Saya tak kisah... Kalau dia tinggal dengan kita, semua ni tak kan terjadi.” Rintihan kesal terus berlagu. Rina tak mempedulikan kata-kata Andrey.
“Doktor dah sahkan puncanya. Ini bukan kehendak sesiapa pun, sayang. Sophia pun tak mintak semua ni.” Andrey cuba mengingatkan Rina kepada apa yang diberitahu Doktor Kaur kepada mereka selepas bedah siasat dijalankan.
“Bukan sebab awak, bukan sebab saya. Bukan salah awak atau saya. Kita sama-sama tau...” Andrey berhenti seketika, menarik nafasnya. Dia menyentuh lembut dagu Rina, mengangkat wajah muram itu, membawa mata Rina yang berkaca memandang matanya. “Sophia nak bina hidup baru. Kita tau semuanya— dia buat Master, rumah yang dia nak beli tu...” Kata-katanya tersangkut bila Rina memotong, “saya tau dia tak nak cari pengganti. Hati dan hidup dia hanya ada Hans. Tapi mungkin kalau saya tak wujud antara awak dan dia, semua ni tak akan terjadi.”
“Mungkin. Itu hanyalah kemungkinan... Kalau saya pilih dia, awak rasa semua ni dapat kita elakkan?”
“Saya tak tau, Andrey... Tak tau...”
“Redhakan pemergian dia, sayang. Sophia dah terlalu penat. Dia perlu berehat. Kita tak dapat meramal masa dan nasib. Tak ada siapa ada kuasa tu,” Andrey menyentuh bahu Rina dan membawanya dalam perlukan. “Saya ni hanya jelmaan Hans. Dan cinta yang saya bagi kepada awak bukan untuk dikongsikan,” bisiknya ke telinga Rina.
“Sayang... I feel so lost...”
“I know... I feel the same and I need you as much as you need me. Kita saling memerlukan dalam menempuh kehidupan dan kita kena redha, bahawa kita perlu jalani kehidupan kita, sekarang ni, hari ni, dan untuk hari-hari akan datang— tetap bersama Sophia dalam hati kita.”
Dia tetap menghias bilik Sophia seperti selalu. Tingkap dibuka, langsir ditukar. Andrey tak ada bantahan. Cara itu mungkin dapat meredakan kerinduannya— cara dia mengungkapkan kasih sayang.
Sewaktu mengemas bilik Sophia, Andrey ternampak sebuah kotak kayu di dalam laci almari bajunya. Lalu dia ambil dan dia bersihkan kotak yang berhabuk itu. Di luar kotak terukir sebaris ayat— Not even death can do us part.
“Rina tau apa dalam ni?”
Walaupun kotak itu tak berkunci, Andrey tak berani nak buka jadi dia serahkan kepada Rina kerana dia lebih berhak untuk membukanya.
“Oh, kotak ni... Ni hadiah Hans untuk harijadi Sophia.”
Kotak dibuka. Ada cincin, rantai, gelang dan aksesori milik Sophia serta beberapa keping kad dan surat-surat tulisan tangan. Terselit di celahan barang kemas dan surat-surat itu ada beberapa keping gambar.
“Nanti simpankan dalam album supaya jangan rosak.” Pesan Andrey kepada Rina.
Dalam kotak itu juga terdapat sebuah telefon bimbit. Rina tersenyum melihat telefon bimbit itu. “Telefon ni paling dia sayang.” Dia mengeluarkannya daripada kotak lalu membelek depan dan belakang. "Saya yang belikan. Lama dia pakai. Elok ke tak lagi entah."
Andrey kenal benar telefon bimbit itu. Telefon antik yang dia gunakan sewaktu pertama kali Sophia menjemputnya minum kopi. Rina cuba menghidupkan telefon tersebut setelah penuh dicas.
“Sophia selalu cakap telefon ni ada sentimental value. Cermat dia jaga. See, elok lagi.”
Telefon berjaya dihidupkan. Rina tersenyum. Jari-jarinya lincah menekan butang-butang, sementara Andrey hanyut dalam kenangan. Dia pernah mencemburui telefon bimbit berwarna perak tersebut. Sekarang baru dia tau, Rinalah orang istimewa yang Sophia maksudkan. Tak sedar, airmata yang bergenang kini berlinang.
“Sayang, look...” Ada nada terkejut di hujung suara Rina.
Telefon bertukar tangan. Andrey menelitinya.
Ada sebuah mesej yang gagal dihantar. Mesej yang sehari sebelum kejadian. Pada malam sebelum kejadian, secara spesifiknya. Mesej itu ditujukan kepada 'Hans'. Andrey terpanggil untuk cuba mengirim semula pesanan ringkas tersebut. Butang send pun ditekan.
There's a little bit of something me, in everything in her.