Suara ~ Bab 18 : Refleksi

Ray FL
0


C(caps)ikgu Sophia pandang muka Andrey. Matanya tak berkelip seolah-olah di situ hanya ada mereka berdua. Dah agak lama dia abaikan janjinya. Bukan sengaja tapi dia tak dapat nak adakan masa.

Andrey dah tak mengharap. “Tak pe, cikgu. Hal kecik.” Tapi pagi itu, sewaktu bersarapan dengan Jacques, cikgu Sophia datang menghidupkan sebuah harapan baru.

That’s so sweet of you. Thanks for your understanding.” Tangan cikgu Sophia menyentuh tangan Andrey tanpa perlu mencuba. Kewujudan manusia lain di situ langsung tak dihiraukan. Termasuk Jacques. Wajah yang ceria bertukar menjadi tanda tanya. Mulut yang petah tiba-tiba terdiam. Silih berganti muka Andrey dan muka cikgu Sophia dia pandang, seperti sedang menonton perlawanan badminton.

Antara teruja dan terkejut, hati Andrey terasa kembang. Namun darah mengering ke kaki bila cikgu Rina melintas. Adegan itu disaksikan dengan cukup jelas. Dia tak berhenti. Tiada ucapan hi atau selamat pagi selain melempar senyum hambar dan dia terus berlalu.

Tubuh Andrey dibasahi peluh sejuk sedangkan cikgu Sophia macam tak sedar langsung apa yang berlaku. Ramai orang nampak dia pegang tangan Andrey, bukan cikgu Rina saja. Namun begitu, tangannya masih belum mau dianjakkan dan Andrey pun sama, langsung tak terfikir nak tarik.

Cikgu Sophia hanyut dalam khayalan. Andrey pula ambil kesempatan. Kalau boleh dia nak tangan itu kekal menyentuhnya. Cikgu Sophia boleh pegang bila-bila masa saja, di mana pun dia nak. Mana-mana bahagian pun yang dia teringin.

Free tak malam minggu ni?” Nampaknya satu tarikh baru dah ditemukan.
Free.” Macam cahaya, laju Andrey menjawab.
Great. Kalau camtu, saya jemput awak pukul lapan esok malam. Perfect?”
Can’t wait. Nanti saya sms alamat.” Peluang dan kesempatan yang telah lama ditunggu tak mungkin dengan mudah dibazirkan begitu saja.

“Tak perlu. Semua dah saya urus. Jumpa kamu berdua di makmal.” Tidak memberi ruang untuk soalan mahupun jawapan, dia bangun meninggalkan Andrey dan Jacques sendirian.

Sejurus selepas cikgu Sophia mengorak beberapa langkah, Jacques dengan penuh rasa teruja meminta penjelasan. Susah dia nak percaya apa yang dia dengan dan lihat sekejap tadi.

“Kau date dia?!! Dengan cikgu Sophia?!!! Apa kejadahnya aku tak tau? Siapa main pegang-pegang tangan lagi. Kau pakai ilmu apa?” Kuat suara dia. Mata dibuntangkan.
“Ilmu alam,” jawab Andrey kemudian menyambung, “kau nampak tadi, kan? Dia yang ajak, bukan aku.”
Cool… Sophia memang hot. Aku ingat kau suka si singa gunung. Rupanya sang harimau kumbang yang dapat. Dia patut ajak aku. Taula aku camne nak layangkan dia ke syurga.”

Apabila terpancul perkataan 'singa' dari mulut Jacques, sesuatu menghentak hati Andrey. Rasa bersalah dengan apa yang telah cikgu Rina saksikan sebentar tadi memukul kembali. Wajahnya muncul di ruang minda, bermain di mata hati. Bebelannya berkumandang di telinga. Terkenang semua saat-saat bersama dia. Waktu-waktu indah yang dah menyentuh segenap pelusuk jiwa.

Patut ke aku beritahu dia tentang jemputan cikgu Sophia?

Ada keraguan di situ.

Sekali lagi dia diheret ke mahkamah jiwa. Situasi ini perlukan pertimbangan yang telus. Tulus. Akal mewajibkan hati untuk meragui perasaan.

“Apa kata kau cuba rimau tu. Esok. Malam minggu, bro.”
“Astaga, takkanlah. Dia cikgu kita.”
“Dah tu? Kau ingat cikgu malaikat? Tak de nafsu? Entah-entah dia pun satu payung. Kalau aku, aku akan gunakan semua mentera ajaib yang aku tau untuk terbangkan dia ke syurga paling tinggi.”
“Hahahahha…” Ketawa kuat mereka menarik perhatian beberapa orang yang berada di kafeteria.
“Kau kalau pasal benda ni memang bersemangat betul.”
“Aku yakin Sophia tu buas atas katil. Memang berbaloi untuk first timer cam kau. Peluang camni datang sekali seumur hidup.” Jacques berbisik.
“Kau rasa dia pun berhaluan kiri ke?”
“Boleh jadi. Tapi Rina aku pasti. Alah, kalau dia ke kanan, kau heretlah dia ke kiri, apa susah?”
“Kau sure cikgu Rina tu macam kita?”
“Dari cara dia pandang aku... terutamanya cara dia pandang engkau, aku rasa dia tu memang pengibar tegar bendera pelangi.”

Nak saja dia bagitau Jacques, apa yang dia cakap pasal cikgu Rina tu betul. Tapi nantilah…

“Sophia pulak, tengok gaya macam straight, tapi semua yang lurus boleh bengkok. Yang bengkok susah nak diluruskan. Molekul dah berterabur, payah. Tapi ni semua assumption aku je. Kita kena gali lagi dalam kalau nak tau yang betul. Malam minggu ni boleh la kau gali rimau kumbang tu cukup-cukup.” Pandai betul Jacques berkata-kata. Andrey cukup terhibur dan benar, ketawa adalah satu terapi yang baik.

“Perempuan ni kalau kau nak tau, Andrey, ramai yang takut nak keluar. Dorang lagi suka mereput dalam almari daripada keluar bawak pelangi.”


#


Tepat pukul lapan, malam minggu, cikgu Sophia sampai di hadapan pintu pagar rumah. Terpegun dengan keindahan depan mata, Andrey terasa dadanya macam nak pecah. Dilengkapi haruman yang menusuk lubang hidung, cikgu Sophia benar-benar menggoda. Kalaulah dia tak tau malu, pasti saja diciumnya cikgu Sophia satu badan dekat situ juga lepas tu heret terus ke bilik tidur. Pedulikan pasal makan. Makan bila-bila pun boleh. Dengan cikgu Sophia, puasa pun dia sanggup.

“Cantik…”

Malam yang indah itu dimulakan dengan satu pujian. Rambut hitam ikal terjatuh malas melepasi bahu, dilengkapi sepasang mata yang membawa kerlipan bintang. Andrey terpesona. Dalam hati dia berharap waktu tak akan bergerak.

Biarkan waktu mati bersama dia disampingku.

Thanks. Awak pun sama.”
“Saya cantik?”
“Kacak.” Lontaran senyuman menghiasi pujian. Agaknya cikgu Sophia tahu Andrey tak suka dikaitkan dengan kata-kata yang menunjukkan sifat feminin walaupun cantik itu luas maksudnya.

Malam ini, mana pun cikgu Sophia nak bawak, manapun dia nak pergi, manapun dia nak makan, tepi jalan, warung, pasar malam, restoran, hotel, bersila, duduk, berdiri, terlentang, semua tu Andrey tak kisah. Lama sudah dia menunggu, lama sudah termimpi-mimpi. Kini mimpi jadi nyata untuk mengakhiri satu penantian. Dalam diam dia berdoa semoga ini bukan tarikh pertama dan terakhir buat dia dan cikgu Sophia.

Tapi macam biasa, otak, ada je yang nak dipertikaikan.

“Dia ni suka menari tak? Macamana pulak dengan berkhemah? Jogging, main badminton? Boleh ke dia melukis? Suka ke dia nak tengok langit malam, mengira bintang, memuja bulan bersama? Adventurous ke dia? Suka ke dia main khemah-khemah macam pengakap? Adakah dia peka dan prihatin macam cikgu Rina?” Otak ingin mengetahui segala-galanya tentang wanita tersebut. Seperti semua yang dia faham tentang cikgu Rina, dia juga nak mengenali cikgu Sophia lebih baik daripda dia mengenali sesiapa pun.

Andrey cukup sedar, cikgu Sophia dan cikgu Rina adalah dua orang yang berbeza. Tak adil minta seorang guru biologi bercakap tentang ekonomi. Biarlah kasih sayang terbenih dengan semulajadinya.

Biar dia jadi dia. Rina jadi Rina, dan aku jadi aku.

Namun begitu, akan adakah peluang untuk meluangkan masa lebih banyak bersama? Atau hanya sekali ini? Adakah cikgu Sophia mahu apa yang dia mahu? Adakah dia turut menyimpan rasa yang sama?

Soalan-soalan itu tak lain hanya untuk membuat dia rasa rendah diri. Bila meninjau siapa dia dan mengenangkan harapan yang digantung itu terlalu tinggi, dia diserang perasaan yang sama lagi.

“Saya dah periksa semua kertas. Tahniah Andrey. You are the best. Saya bangga dengan awak.” Makan malam dimulakan dengan pujian. Mata cikgu Sophia kelihatan bercahaya dan tersenyum menyampaikan berita itu.

“Terima kasih cikgu.” Kembang hati Anfrey bila dipuji. Rasa malu pun tersisih. Suara-suara yang bermain di fikiran dia abaikan.

I’m the best!
Itu yang utama.

“Semuanya hasil tunjuk ajar cikgu. Macam mana dengan Jacques?”
“Dia kena usaha lebih. Awak nasihatlah dia. Kalau terus sambil lewa, susah saya nak cakap apa-apa.”
“Saya cuba. Dia tu cikgu, sebenarnya memang mintat biologi. Tapi kadang-kadang dia ni macam terganggu.”
“Kawan awak tu banyak sangat mulutnya. Perempuan pulak keliling pinggang Macam manalah tak terganggu. Makwe sana sini.”

Ketawa Andrey mendengar komen cikgu Sophia. Terkenang seketika peristiwa mereka bertengkar dulu. Peristiwa yang dah membuka pintu ke makan malam pertama ini.

Thanks Jacques!

“Mulut bising tapi hati dia baik. Saya suka kawan dengan dia. Dia faham saya.”
“Dia ramai makwe. Macamana dengan awak? Tak kan tak ada?” Tiba-tiba cikgu Sophia menyerang dengan soalan cepumas. Dah lama benar dia ingin tahu tentang status Andrey kerana Rina juga tak dapat memastikan tentang itu.

Soalan yang diaju cikgu Sophia menyedarkan dia rupa-rupanya bukan cikgu Rina saja yang nampak lelaki yang tinggal dalam dirinya. Mungkin ada ramai lagi. Dia saja tak yang tak tau. Pengertian yang diberi cikgu Sophia cukup melapang dadanya. Hilang perasaan rendah diri, diganti senang hati.

Andrey teringatkan Arni. Linda. Bukankah Arni dan Linda juga begitu? Dan Kak Zu, tentu sekali. Selama mengenali mereka, tak pernah sekali dia dikutuk, dihina. Mereka menerima dia seadanya tanpa pernah mencuba untuk mengubah apa-apa. Fasa dihina seperti yang pernah dia terima dari Ziana juga dari sekolah Pekan Mutiara dah berakhir. Mungkinkah kerana tempat? Atau kerana masa? Atau memilih untuk tidak menopengkan diri itu menjadi cerminan peribadi yang layak dihormati?

“Tak ada yang berminat orang macam saya ni. Jacques lainlah. Tengok kereta pun awek dah berjoget. Style. Class. Saya ni, macam ni je la…” Dia menunduk, melihat tangan sendiri. “Besi hitam tu je kalau ada pun. Lebih pada tu, apalah yang saya ada?” Soalan cikgu Sophia dijawab sambil jaket jeans dibuka dan disangkutkan ke kerusi. Kini yang menyalut badan hanyalah sehelai kemeja biru. Andrey sedar, dia tak pandai bergaya. Selekeh. Suka tak suka itulah dia— Andrey.

Tapi lain di mata Sophia, dia melihat Andrey seperti seseorang yang dah lama dia kenali. Dan bagi Sophia, semua yang dikatakan Andrey tentang diri sendiri jauh dari kenyataan. Ada nilai yang dia  kagumi. “Bukan semua perempuan pandang gaya, pandang kereta, pandang class je.”
“Bukan ke yang kaya, yang bergaya lebih menarik atau ada yang saya tak tau?”

“Bukan semua perempuan macam tu. Ada yang lebih tertarik pada nilai-nilai lain selain material. Contohnya keperibadian. Personaliti. Individualiti. Kekuatan mental atau fizikal. Atau kekuatan spiritual yang susah orang lain nampak.” Sophia menerangkan dengan senyuman yang tak lekang dari bibinya. Dadanya terasa lapang malam itu. Hatinya tenang. Sikap Andrey yang pandai menghormati selalu mengembalikan dia ke nostalgia alam remaja.

“Tak reti saya, cikgu. Saya tak rasa ada perempuan suka saya.”
“Abih Rina tu apa? Bukan perempuan? Pondan?” Akal dan hati bertanya serentak.

Korang berdua boleh diam tak? Dia menghalau suara-suara yang suka sangat menyampuk.
Kacau daun betul orang nak dating.

“Mana awak tau?”
“Entahlah, tak pernah terjadi pun. Mungkin belum masa.”
“Ada kot yang minat tapi takut nak dekat sebab awak tu pendiam. Jarang bergaul. Budak-budak perempuan pulak tak kanlah nak mengorat, kan? Mesti diorang tunggu boys buat first step.”

Boys… Suka Andrey bila cikgu Sophia cakap macam tu. Baru ada semangat nak mengorat budak perempuan.

Baru ada yakin nak buat cikgu Sophia terpikat kat aku.
“Ye kot. Jacques ada kenalkan dengan beberapa girls. Tapi nantilah.”
“Saya happy tengok awak sekarang dah ada kawan. Hargailah persahabatan tu. Well, Rina ada beritahu saya tentang prestasi awak yang semakin baik. Dia gembira, tau?”

Rina...

Rasa bersalah menghembus nama cikgu Rina ke lubuk hatinya yang paling dalam.

“Ada apa dengan Sophia pagi tadi?” Seperti yang telah diramal, soalan itu akan menjadi salah satu topik pilihan pada petang itu. Andrey tak terkejut langsung, malah dah bersedia dengan jawapan.

“Dia ajak saya keluar.” Jawapan diberi tanpa cuba menyembunyikan apa-apa, sebaliknya secara sukarela dia terus jelaskan kepada yang bertanya kenapa cikgu Sophia menjemputnya keluar makan malam.

“Pasal tu dia kena pegang tangan awak? Itu yang awak tunggu-tunggu, awak sukalah, kan?” Walaupun perkara sebenar dimaklumkan, namun cikgu Rina tetap menyerang kejujurannya.

“Sebenarnya dah lama dia ajak. Itu dia jumpa saya pagi tadi, nak minta maaf sebab tak ada masa. Sibuk katanya. Malam minggu ni baru dia free.” Hanya kebenaran yang ingin Andrey sampaikan. Tak nak ada salah faham. Tak nak menyinggung hati.

“Hmm, cam tu.” Cikgu Rina berjalan ke tepi tasik lalu duduk di atas rumput. Dia membontot. Tak dapat dia baca apa yang cikgu itu fikirkan.

Sambil mengetap bibir, cikgu Rina membawa tangan kanannya menyisir rambut ke belakang. Mata dikecilkan. Di bawah cahaya matahari yang mula terbenam, wajahnya bersinar, menyerlahkan peluh di garis rambut. Indah. Terlalu indah untuk diabaikan.

“Awak tau apa cemburu dan camne rasanya?”
Andrey geleng kepala dan membuat permintaan seperti yang gadis itu selalu lakukan sewaktu mengajar, “define.”

Senyum kecil terukir di bibir. Tangan Andrey disentuh dan dibawa bergabung dengan jari-jarinya.
“Bila hati enggan melihat apa yang otak cuba tunjuk, rasanya macam ada gunung berapi akan meletus.” Garis kecil di bibir semakin melebar, menampakkan barisan gigi yang putih bersih.

“Cikgu penuh dengan seni dan falsafah.”
“Apa awak rasa bila cikgu Sophia ajak date?”
“Biasa je. Saya tak harap apa-apa. Kalau dia lupa terus pasal tu pun saya tak kisah. Tak penting bagi saya walaupun saya tak akan lupa yang dia pernah ajak dan berjanji.”
Cikgu Sophia tu macam mana kat mata awak?”
She’s not a sharpshooter.” Sengaja Andrey mengusik.
Cikgu Rina ketawa dan berkata, “Saya nampak awak sekarang dah pandai tangkap kapur.”
“I’ll never waste any chalk no more.”
“Harap awak enjoy, tapi balik sebelum pukul dua belas.”
“Aik, macam Cinderella pulak…”

Janji tetap janji dan masa tak pandai berhenti. Malam itu, cikgu Sophia dah tunaikan janjinya. Kini, Andrey harus tunaikan janji untuk sampai ke rumah sebelum jam dua belas.

“Saya betul-betul kagum dengan apa yang dah Rina buat pada awak.” Suara cikgu Sophia memecahkan lamunanya. “Dia pun bangga dengan perubahan yang awak tunjukkan.”
“Maksud cikgu?” Kebingungan menular mencari pengertian.

Rasa bersalah menghantui lagi. Cikgu Rina mesti tengah tunggu. Dia tengok jam di tangan. Pukul 9:30 malam. Ada lagi dua jam setengah sebelum kuda jadi tikus.

“Lepas apa yang berlaku, saya tengok hubungan awak dengan Rina makin baik. Saya percaya dia dah bagi kesan positif pada awak. Saya dan Rina, kami selalu berbincang tentang pelajar, dan nama awak yang paling selalu dia sebut.”
“Seriously?” Teruja dia mendengar pengakuan tersebut. Cikgu Sophia mengangguk, mengesahkan apa yang didengarkannya.

“Emm hmm… Sleepy head, Picasso, Mozart, Zephry… Entah apa lagi dia gelar awak.” Dia berhenti, menghela nafas, kemudian menyambung, “Pasal hal toreh kereta tu, Rina kata memang dia tak nak besar-besarkan sebab dia tak nak masa depan awak hancur disebabkan hal kecil.”
Zephry… Andrey teringat lagu RHCP yang cikgu Rina pasang dalam kereta. Dia tertunduk, menyesali semua kebodohan yang dah dia lakukan. Pengakuan dari cikgu Sophia menambahkan lagi darjah penyesalan.

“Dia ada cakap kat saya, tak patut dia berkasar. Terbawak sangat feeling sebagai cikgu tu. Tapi awak pun faham lah kan, tak fokus, apalagi tidur sewaktu cikgu mengajar, itu tak betul. Sebab tu dia selalu marah awak.”

Betapa sebaknya dada Andrey mendengar semua itu sampai tekak terasa perit, macam ada empangan yang nak pecah di mata.

“Ye, saya memang salah. Membuta dalam kelas tu memang tak beradab. Memang kurang ajar. Tak tunjuk hormat.”
Cikgu Sophia mengangguk. “Eloklah kalau semuanya dah berubah lebih baik.”
“Saya cuba, cikgu.”
“Dia sayang awak, Andrey…” Sophia tak mengerti kenapa perlu dia mengatakan itu namun ayat yang terpancul dari mulut seorang gadis yang dipuja-puja, mempotretkan kasih sayang dari seorang wanita yang memujanya semakin menambah sebak dalam dada. Lalu dia minta izin untuk menyalakan rokok dengan harapan asap itu dapat menyembunyikan pedih di mata. Cikgu Sophia tak menghalang, tak seperti cikgu Rina yang benci sangat dia merokok. Dah banyak kali dia disuruh berhenti sampai pernah sekali dua cikgu Rina merampas rokoknya.

“Busuk awak tau? Nak muntah saya.” Kotak Marlboro dirrampas dari tangan kemudian diramasnya kuat-kuat sebelum mencampakkan kotak itu ke dalam tong sampah. Andrey membatu, tak melawan.

“Buat membazir je. Duit tu buat makan pun kenyang.” Cikgu Rina terus membebel. Tak berani dia nak cakap apa kalau si singa gunung dah mengaum macam tu. Nasib belakang bangunan, tak de orang. Kalau tak, malu je. Dia membongkok, kutip puntung yang terjatuh tadi kemudian duduk semula atas simen kaki lima bangunan.

“Saya tak nak awak rosakkan badan awak. Racun ni, awak tau, kan?” Nada suara dilembutkan.
“Sayanglah diri sikit.”
Andrey tak tau nak cakap apa. Apa yang cikgu Rina cakap semuanya betul. Memang dia yang salah.
“Just so you know, I'm here to remind you that even if you're not feeling the love for yourself right now, I've got plenty to give you.”

CIkgu Rina melangkah meninggalkan dia sendirian tapi sempat menoleh dan berkata,
“jangan lupa basuh tangan. Busuk bau rokok. Saya tak suka.”

Andrey cium tangan sendiri.
Betul dia cakap. Busuk.

Serta merta rokok dimatikan lalu ditonyoh-tonyoh dalam bekas abu yang masih kosong.

“Kenapa?” Tanya cikgu Sophia bila melihat dia memadamkan rokok yang baru dua tiga kali disedut. Busuk.

“Saya nak berhenti sebenarnya.”
“Eloklah. Kesihatan tu penting. Dari bakar duit hisap rokok baik awak simpan untuk masa depan. Pendapat saya je. Pilihan, awak punya.”

Makan malam diteruskan dengan perbualan kecil. Selain cerita mengenai apa yang dia bualkan dengan cikgu Rina, semuanya terasa hambar. Jauh dalam hati, Andrey mengharapkan detik-detik indah seperti yang sering dilalui dengan cikgu Rina, tapi tak mungkin dia boleh mengubah hakikat bahawa mereka adalah dua wanita yang berbeza.

Rasional terus menganalisis keseluruhan situasi. Wajah cikgu Sophia kelihatan kosong. Berbual tentang sekolah, belajar, biologi, masa depan, Andrey jadi bosan. Dia nak cikgu Sophia belai jiwanya sebagaimana cikgu Rina membelai dia, luar dan dalam.

Terasa diri sendiri yang terlalu berharap, sedangkan bagi cikgu Sophia, pertemuan itu sekadar sesi meluang masa antara cikgu dan pelajar. Sekadar menepati janji.

“Let’s take a walk.”

Pelawaan cikgu Sophia menyegarkan kembali matanya yang dah mula mengantuk. Disapa angin malam sambil menyusuri denai kecil di sekeliling tasik, Andrey terbelah antara kenangan dan harapan.

“Apart from teaching, how do you typically spend your day?”
Nothing much. Habis kerja-kerja dekat sekolah, saya balik, rehat. Kalau rajin, petang saya pergi jogging, senaman sikit. Balik masak. Tengok TV. Sambung kerja, periksa kertas, buku latihan. Sediakan bahan-bahan untuk mengajar. Itu je la… Tak ada apa yang menarik pun.”
“Tak sunyi?”
“Tak. Tak ada masa nak sunyi. Jadi cikgu bukan senang, tau. Orang ingat kita senang sebab nampak macam senang. Habis waktu sekolah boleh balik. Weekend cuti. Budak cuti, kita cuti. Padahal banyak kerja. Banyak tanggungjawab. Yelah… Kalau budak tanya kita, kita tak reti jawab, macam mana? Saya pun masih belajar sebenarnya. Awak?”
“Saya macam tulah… Balik sekolah biasanya tak balik rumah terus. Saya suka melepak dulu kat mana-mana.”
“Oh… Ingatakan balik rumah terus. Membuta.” Usik cikgu Sophia. “Dengan Jacques?” Dia bertanya lagi.
“Kadang-kadang. Biasanya sorang.”

Lalu dia pun bercerita tentang tasik. Tasik di seberang tasik yang sedang mereka susuri waktu ini. Cikgu Sophia tak pernah ke tempat yang dia maksudkan. Agak jauh dari jalan utama, sememangnya kawasan itu tersorok dari kawasan perkhemahan sedia ada.

“Kalau nak boleh saya bawa nanti. Atau cikgu boleh ajak boyfriend cikgu ke…”
“Boyfriend…” Cikgu Sophia mengerling, ketawa sinis pada perkataan yang disebut sendiri.

“Boleh ajak cikgu Fizi…”
Tebakan itu memanjangkan ketawanya yang pendek hingga memecah deru angin.

“Orang cantik macam cikgu ni mustahil tak ada boyfriend. Saya tengok cikgu rapat dengan dia. Dia pun boleh tahan.” Umpan dipasang.

“Andrey, Andrey… Cikgu Fizi tu kan… Hmm…well, memanglah kami rapat kat sekolah. Kelab Sains dan Matematik tu kan bawah tanggungjawab kami. Awak tak tau ke?”
“Tak.”
“Itulah dia, nampak sangat tak ambil tau pasal sekolah. Kenal cikgu Emily?”
“Cikgu Emily? Tak kenal. Kenapa dengan dia?”
“Hmm… Nanti cari la yang mana satu. Cikgu Emily pun team kami, lagi rapat dengan cikgu Fizi. Tak perasan pulak awak? Hai, awak ni… Takkan kenal cikgu Rina je?”
“Nampak cikgu Sophia je, mana nampak orang lain.” Andrey menghantar isyarat. Lengannya dicubit dan spontan, lengan yang dicubit itu terus dirangkul. Mereka berganding tangan menyusur denai bagai sepasang kekasih yang sedang menyusur cinta.

“Tak ada orang carik cikgu ke keluar lama-lama macam ni?” Joran dilontar.
“Tak.”
“Mustahil…”
“Kalau ada pun orang tu dah pergi jauh tinggalkan saya.” Langkah dimatikan. Lengan dilepas dari rangkulan. Garis-garis pilu mula timbul di wajah. “Panjang cerita, Andrey.”
“Saya nak dengar…”
“Saya pernah bertunang. Dah putus pun.”

Perkataan tunang betul-betul menampar perasaan. Mujur perkataan putus muncul, meredakan sakit ditampar. Hati Andrey berdenyut antara tak sabar dan bimbang—tak sabar nak dengar kisah sebenar—bimbang jika kisah itu akan mengoyakkan harapan sendiri.

“Hal lama. Benda tu pun bukan penting bagi saya. Ramai tau. Rina pun tau.” Sejurus nama Rina disebut, terus dia mengerling jam ditangan. Pukul 10:15 malam.

“Tak tau cikgu dah bertunang rupanya. Ingat dah kahwin.” Dalam nada kecewa, dia selitkan gurauan di hujung suara.

“Eloklah pun putus tunang dari kahwin, seksa diri. Saya bukan untuk dia.”
“Bila putus? Berapa lama cikgu bertunang?” Suara muram cikgu Sophia memilukan hati Andrey. Dalam masa yang sama, dia gembira bila mengetahui hati cikgu Sophia kini kosong. Mungkin inilah peluang untuk dia mengisi kekosongan itu. “Kalau cikgu nak kongsi, saya sedia dengar. Manalah tau dapat bantu hilangkan sedih cikgu.” Ruang dibuka agar si gadis rasa selesa.

Cikgu Sophia memimpin tangannya ke sebuah bangku. Di situ mereka duduk. Rapat. Tak pernah Andrey duduk rapat macam ni dengan cikgu Sophia.

“The wave ebbs and flows, that’s life. But my life…” Dia mengeluh panjang. Berhenti seketika, memandang wajah insan di sebelahnya. “Bertunang sejak tamat sekolah menengah.” Cikgu Sophia ketawa kecil, seakan menyindir peristiwa itu. “Putus… Entahla, tak kira pun. Kalau ikut apa yang dah dirancang keluarga, sepatutnya dah lama kahwin. Saya tak sedia dan tak pernah sedia pun. Syukurlah tak jadi. Sekarang saya bebas.”

Aik, lain benar bunyi. Bukankah biasanya orang putus tunang, akan bersedih, patah hati kecewa? Boleh jadi, marah dah menguburkan kekecewaan.

“Benda tu tak wujud langsung pun tak pe. Lagi bagus.”
Andrey keliru. Tak tau apa nak kata selain menunggu cikgu Sophia melontarkan kesedihan.

“It surely demands time to heal the pain. Sakit yang saya tanggung sebenarnya lebih dasyat dari tu.
“I’m here to listen.” Dia nampak pilu di mata cikgu Sophia.

Lelaki bodoh mana yang sanggup lukakan hati seorang wanita seindah ini?


“Saya benar-benar percaya yang saya dah jumpa orang paling sesuai untuk dijadikan teman hidup. Kepercayaan tu saya jaga. Yakin bahawa takdir telah menemukan saya satu tempat terbaik untuk merumahkan hati. Saya pernah rasa bahagia sangat. Who would have thought fate could be so merciless? It was truly devastating to come to that realisation.”

Luahan hati cikgu Sophia menyedarkan Andrey betapa mentahnya dalam soal cinta. Patah hati, kecewa, ditipu, dikhianati, dicurangi. Itu semua selalu dia dengar dan baca. Kisah-kisah seperti itu juga selalu dipertontonkan dalam filem dan drama. Ada yang bahagia, ada bergaduh, ada yang cukup sempurna tanpa cacat cela. Ada yang tak cukup serba serbi. Orang kata cinta itu indah. Cinta itu kejam. Cinta itu tak kenal siapa, apa, di mana, bagaimana, bila, mengapa. Cinta tak peduli semua tu. Cinta hanya tau jatuh di mana dia ingin jatuh.

Jadi dia membiarkan cikgu Sophia terus berbicara tentang cinta.

“Cinta sejati datang sekali je dalam hidup. Awak percaya?”
“Hmm… saya tak tau, cikgu. Mungkin…”

Cikgu Sophia senyum tapi tawar. Matanya sayu merenung wajah Andrey. Ada rasa kasih. Ada rindu yang merintih. Dia juga sebenarnya terbelah— antara kenangan dan harapan.

“Saya tak pernah alami semua tu.” Andrey menambah, sebagai isyarat bahawa hatinya sedang menanti untuk diisi. “Tapi kalau ada, saya akan jadikan yang pertama—selamanya.” Hati jujur Andrey memberi jawapan— satu jawapan yang mengingatkan Sophia kepada Rina. Ayat itu pernah Rina lontarkan satu ketika dulu, ketika hatinya hampir dipermainkan Kim.

Andrey nampak genang di mata cikgu Sophia. Perlahan-lahan genang itu berlinang jatuh ke pipi. Cikgu Sophia membenamkan mukanya ke bahu Andrey. Dalam gementar, Andrey beranikan diri menyentuh tangannya. Airmata jatuh sebagai bukti sedih hati. Biarlah dia menangis. Airmata itu akan meringankan beban derita yang dia tanggung. Sapu tangan Andrey keluarkan. Dengan hati-hati wajah cikgu Sophia disentuh sebelum dia mengesat pipi yang dibasahi airmata.

“It hurts me to see you sad.”
“I’m sorry for needing you this.”
“Saya mungkin tak faham hal macam ni tapi saya faham perasaan cikgu.”
It’s killing me, Andrey.”
Love doesn’t come easily every day.” Andrey cuba bina kata-kata yang dapat menenangkan hati Sophia. “Only true appreciation can make it last forever. There’s special someone out there, waiting for the right moment to enter your life.” Dia mengusap pipi cikgu Sophia dengan jari-jarinya.

Sesuaikah ucapan itu? Dia tak tau. Tapi dia tau, dialah yang menunggu. Keseluruhan gambaran kisah masih terlalu kabur. Hati Andrey melonjak nak tau tapi keadaan tak sesuai. Jadi dia tangguhkan dulu untuk bertanya.

Sophia menutup mata, menahan pedih, sedih dan rindu. Tangan Andrey yang menekup pipinya melayangkan dia di atas pelangi kenangan. Dia memegang tangan Andrey dengan lembut dan membawanya dalam genggaman. Dia ingin mencium tangan itu tetapi semuanya tehenti bila telefon bimbit berdering-dering minta diangkat. Lima belas minit sebelum sebelas malam.

“Excuse me” Andrey menapak ke belakang, menjauh beberapa kaki dari tempat mereka duduk.
“Pukul berapa dah ni?”
“Dekat sebelas. Jap lagi orang balik… Dia ajak jalan-jalan.”
“Mana sekarang?”
“Sekitar sini je.”
“Ya, mana?”
“Tasik.”
“Tasik mana?”
“Kat area ikan bakar tu.”
“Hmm, bagus. Lepas ni mana pulak?”
“Balik.”
“Balik mana, rumah dia?”
“Balik rumah Rina...”

Talian diputuskan tanpa diberi peluang untuk membela diri. Cemburu dah menguasai cikgu Rina, ini pertama kali. Andrey kembali ke bangku.

“Ayah?”
Andrey mengangguk.
“Nak kena balik dah nampaknya.” Kata Sophia, mengerti tentang masa yang dihadkan.

Andrey mengangguk lagi. “Suruh balik sebelum pukul dua belas.” Dia terpaksa menipu. Nama, bukan waktu. Andrey dah panas bontot. Dia tak nak buat cikgu Rina marah. Tak nak tengok cikgu Rina masam muka. Tak sanggup dia kehilangan bahagia dan kemanjaan yang diberi cikgu Rina tapi dalam masa yang sama dia juga tak mau kehilangan cikgu Sophia…

Walaupun dah terjawab jelas cikgu Sophia tak berdiri di bawah satu payung, tapi hakikat itu tak berjaya memadam perasaan Andrey terhadap guru tersebut. Sekarang bila dah tau hatinya terluka dan kosong, dia ingin mengubati luka itu. Kalau boleh biarlah sampai mengisi kekosongan.

Sebagaimana dia nak buat cikgu Rina gembira setiap hari, begitu jugalah dia nak tamatkan sedih di hati cikgu Sophia. Andrey juga nak mereka kekal memanjakan dia. Kedua-dua wanita ini penting. Kedua-duanya membawa makna yang cukup besar dalam hidup dan kehidupannya.

“Andrey, awak nak tak keluar dengan saya lagi lain kali?”
“Dah tentu. Bila-bila cikgu nak, cakap je. Saya seronok dapat keluar dengan cikgu, berbual macam ni.”

Permintaan cikgu Sophia tentu saja tak akan ditolak. Bodohlah kalau kata tak nak sedangkan dah lama dia berdoa dan mengharapkan semua itu. Dia nampak senyuman di mata cikgu Sophia. Mereka berganding tangan menuju ke kereta.

Malam bersama cikgu Sophia berakhir bila dia menurunkan Andrey depan rumah, jam 11:25 malam. Sukar untuk melepaskan cikgu Sophia pergi, namun lebih sukar membiarkan cikgu Rina menanti.

“Terima kasih untuk malam yang indah.”
“Terima kasih untuk cikgu jugak.”

Mereka bertatapan. Salam dihulur dan kesempatan itu Andrey gunakan untuk mencium tangan cikgunya itu. Sebelum mengucapkan selamat malam, cikgu Sophia menghadiahkan dia satu ciuman di pipi. Sekali lagi jantungnya terasa macam nak pecah. Kalau tak tau malu, memang dia nak terbangkan cikgu Sophia ke bilik, terus ke syurga.

“Ye ke? Bukan pasal ada singa tengah menunggu yang buat kau menggelabah nak cepat balik? Abah konon…” Otak dan hati menyindir.

Cakaplah apa korang suka. Aku tau aku kena cepat.

Berdiri di depan rumah untuk beberapa detik, dia tunggu kereta cikgu Sophia hilang dari pandangan sebelum cepat-cepat ambil motosikal dan terus dipacu laju-laju ke rumah cikgu Rina. Oh, rokok? Tak lupa dia selitkan kat pasu bunga. Tangan dah dicuci wangi-wangi kat kedai makan tadi. Kalau melekat pun bau perfume cikgu Sophia je kot.

Tak pe lah. Jangan melekat lipstick, sudah. Tak pasal-pasal karang melekat pulak lima jari kat muka.

Semasa pintu dibuka, tiada pelukan, tiada ciuman di pipi, tiada panggilan sayang, tiada senyuman, tiada apa-apa pun. Andrey mengeluh tapi hati tersenyum. Ini akan menjadi pengalaman pertama memujuk cikgu Rina.

“Seronok?” Cikgu Rina menghempas badan ke sofa. TV dihidupkan. Alat kawalan jauh dibaling ke atas kusyen di sebelah. Mata dilekatkan ke TV.

“Tak sama macam masa yang saya habiskan dengan cikgu.”
“Ye ke? Habis kenapa lama sangat?”

Andrey mengambil tempat duduk di sisi. Tanpa ragu-ragu, terus tangan cikgu Rina dia pegang.
“Gunung berapi nak meletus ke apa ni?” Tangan yang halus lembut itu diciumnya lalu digenggam erat. Masih menanti pemiliknya bersuara.

“Jealousy is a rotten apple.” Rambut dibelai, bahu dikucup. Terhidu wangian yang selalu melemaskan dia.

“Saya tau awak suka dia. Nak sangat kan?”
“Memandai je cikgu ni... Taklah… Kita orang berborak-borak biasa je. Dia cakap dia pernah putus tunang. Cikgu pun tau pasal tu kan?”
“Sekarang suka lah kan, tau dia single?”
“Kenapa cakap macam ni? Cikgu tau dia bukan macam kita, tak mungkin dia suka orang macam saya. Mustahil dia pandang saya ni…”
“Habis kalau dia pandang?" Dengan muka garang cikgu Rina bertanya. Mata yang memandang TV kini menancap mata muka Andrey, ditenung macam singa laparkan kambing. 

“Saya pandanglah dia balik. Kat sekolah pun memang hari-hari dia pandang...” Jawab Andrey separuh berbisik, denga niat mengusik.

“Pandai dah menjawab.”
“Orang tanya kita jawablah. Memang betul pun kat sekolah hari-hari pandang. Cikgu pun sama, hari-hari pandang. Bukan kat sekolah je. Sampai sini pandang.”
“Saya ni perempuan, saya tahu camne perempuan berfikir. Manusia boleh berubah.”
“Cikgu penting bagi saya. Kalau saya nak sangat, saya tak akan ada kat sini sekarang.” Dagu cikgu Rina disentuh, lalu dia membawa wajah itu dekat ke mukanya. Mata yang muram ditatap dengan penuh kasih sayang.

Aku tak sanggup lukakan kau, Rina...

“Saya tak mintak cikgu percaya, cuma fikirlah, kenapa saya kat sini sekarang, pukul 11:40 malam. Nasib kasut kaca saya tak tanggal sebelah.” Percubaan untuk buat dia ketawa hanya sia-sia. Lawak tak cukup kelakar.

Macam mana la nak pujuk dia ni?
Janji dah ditepati. Permintaan dah ditunaikan— balik sebelum pukul dua belas.

Cikgu Rina bangun. Dia berjalan ke dapur dan seketika kemudian kembali membawa segelas air kosong.

“Air kosong je? Kopi-kopi tak de? Wine ke?” Andrey cuba bergurau lagi. Rindu hatinya nak tengok cikgu Rina ketawa.

“Air jampi ke?”
“Ha ah, air jampi bagi lupa Sophia.” 
Akhirnya dia yang ketawa gelihati sendiri. Makin marah, makin lawa. Sayangnya, dia kena balik, tak boleh lama-lama nanti mak bising. Kalau ikit dia, memang dia nak tinggal terus dekat situ.

“Cikgu…”
“Rina.”
“Rina… Esok kita lumba lari ye. Ke nak lawan badminton?”
“Tengok la kalau ada mood.”
“Hmm… Bagitau awal-awal. Kalau tak de mood boleh saya siap-siap ajak Sophia main tenis.” Kata Andrey, sengaja mengusik. Tapi sayang, si gadis masih tak nak ketawa. Tangan Andrey dicubit—kuat sampai bertanda. Nasib tak berdarah.

Tanpa ciuman selamat malam, cikgu Rina terus tutup pintu. Motorsikap pun dipacu laju.
Sepuluh minit di bilik, telefon bimbitnya berbunyi, minta diangkat.

“Mana dah?”
“Rumah cikgu Sophia.” Sengaja dia menyakat lagi. Talian diputuskan.
Haii…. Rina… Rina…
Lantas nombor yang sama didail dan merka berbual di talian sampai tertidur.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!