Berjalan meninggalkan pagar sekolah buat kali terakhir terasa seperti melangkah keluar dari dunia yang telah membentuk siapa dia. Koridor yang dahulunya dipenuhi dengan gelak tawa dan langkah kaki yang berlumba-lumba, kini hanya gema kenangan— ada yang pahit, ada yang manis malah, semua yang pahit menjadi manis bila dikenang.
Empat tahun dia habiskan masa mengukir cerita di dalam tembok itu, di mana persahabatan terjalin dan menghilang, pelajaran yang dipelajari dengan tekun dan sambil lewa, harapan yang dia gantung dalam diam serta impian yang dipupuk secara senyap-senyap.
Bau kapur, bunyi gemerisik kertas, dengungan perbualan di antara kelas— semuanya terngiang-ngiang di fikiran seperti lagu yang dimainkan di kepala. Kini semuanya sunyi. Sekelumit pilu mengisi dada, mengetahui dia tidak akan kembali ke situ lagi— babak kehidupan berlatarkan ruang itu kini hanya memori.
Sebahagian daripada dirinya berat untuk meninggalkan kenangan, tetapi sebahagian lagi berbisik bahawa sudah tiba masanya untuk bergerak ke hadapan, meneroka alam baru, menulis babak seterusnya, mencipta kenangan lain. Bersama getar rasa sayu dan percikan harapan yang tenang, dia melepaskan TBC, membawa semua kisah untuk dijaga dengan sempurna.
Sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah yang dah banyak berjasa dan menjadi saksi suka dan duka, beberapa pelajar tahun akhir secara sukarela membuat persembahan. Pementasan teater, deklamasi puisi, persembahan lagu, tarian dan macam-macam lagi telah diatur bagi melengkapkan jamuan akhir tahun.
Jacques merupakan salah seorang wakil AC Club, mempersembahkan garapan teater pertamanya— sebuah sitkom yang berjudul Selamat Tinggal, Seragam— memaparkan lima sekawan— Rafi, Mira, Johan, Aina, dan Syafiq— melalui hari-hari terakhir mereka sebagai pelajar sebelum masing-masing melangkah ke kehidupan dewasa. Rafi si ketua kelas bersemangat untuk meninggalkan sekolah, tapi diam-diam merasa ragu akan masa depannya. Mira yang selalu ceria merancang majlis kejutan bertemakan 'perpisahan sekolah terbaik' dan mengajak yang lain untuk membantunya, walaupun Johan, si pengacau, terus membuat kacau bilau. Aina yang pintar tetapi pemalu akhirnya mengakui cintanya pada Syafiq, yang tak henti-henti berseloroh bahwa hidup 'lebih senang tanpa buku.' Saban minggu, mereka mengalami konflik, tawa, kenakalan, dan kadangkala air mata dalam menghadapi akhir perjalanan ini, diiringi nostalgia yang semakin terasa. Selamat Tinggal, Seragam bukan hanya soal melepaskan sekolah, tetapi tentang persahabatan dan mimpi-mimpi yang tumbuh di antara dinding-dinding kelas— sebagaimana yang mereka hadapi di TBC.
Dan untuk memenuhi sebuah permintaan, Andrey turut serta. Permintaan cikgu Rina dia hadiahkan dengan sebuah lagu puisi— puisi yang dititipkan di atas sekeping kad untuknya oleh presiden kelab itu sendiri, selepas dia rasmi menjadi ahli. Bait-bait puisi berjudul Suara itu dia melodikan. Sama seperti Jacques, Andrey jadikan lagu itu sebagai satu kejutan.
Sewaktu menikmati jamuan, cikgu Rina menghampirinya untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah atas keberanian membuat persembahan. Bukan mudah Andrey memujuk getar dan gemuruh, tapi untuk cikgu Rina, dia cekalkan hati.
“See, it's not that hard, right?”
“Boleh tahan...”
“Kita keluar lepas ni?”
“Mana?”
"Jauh-jauh."
“Sampai bulan hilang?”
“Sampai matahari terbenam.”
Bila cikgu Rina kembali sibuk dengan urusannya, Andrey tercari-cari wajah cikgu Sophia.
Mana dia? Tadi ada lepas tu hilang.
“Kau nampak Sophia tak?” Dia bertanya kepada Jacques.
“Tadi nampak dia sorang-sorang kat belakang sana.”
Mengikut arah yang ditunjuk Jacques, terus Andrey ke belakang untuk mencari di luar dewan. Tak ada siapa di situ. Dia cuba menelefon, tapi panggilan tak berjawab. Berdiri di balik pokok, Andrey nyalakan sebatang rokok. Risau jugak kalau cikgu Rina nampak. Tak pasal karang kena marah, kena buang lagi rokok tu. Sememangnya dia masih dalam usaha nak berhenti tapi nak cold turkey, memang payah. Pelan-pelan. Itulah yang terbaik.
Muzik yang berkumandang dari dalam dewan agak membingitkan telinga. Andrey bukan suka sangat parti-parti sebegini. Berada dalam sesak manusia, dia mudah penat. Tapi tak apalah, sekali sekala. Kenangan di TBC wajar diabadikan sebagai satu memori indah.
Dalam gelap, satu suara menyapa dari belakang. Suara yang cukup dia kenal. Suara yang berjaya menenggelamkan bingit manusia yang sedang menikmati majlis. Suara yang dicari-cari.
"Puisi Rina memang puitis. Makin cantik bila awak lagukan. Secantik Rina. Tahniah." Perlahan-lahan wajah cikgu Sophia muncul, disimbah cahaya lampu dari dewan. Dia menghampiri. Lain benar rentak suara dan kata-kata yang dialunkannya.
Antara gema muzik dan hembusan lembut angin malam dia bersuara perlahan, "saya tak ada apa yang Rina ada, semua bakat seni dan kata-kata indah dia." Sambung cikgu Sophia lagi, memandang sayu ke muka Andrey.
“Kenapa cikgu, apa yang tak kena?”
“Saya tak ada puisi untuk awak potretkan, untuk awak lagukan.”
“Perlu ke semua tu?”
“Awak dah tak ada kat sini lagi lepas ni. Saya mesti rindukan awak.” Katanya sambil melangkah perlahan ke sebuah bangku simen yang terletak berhampiran dewan. Di situ, dia duduk. Andrey menyertai, duduk bahu ke bahu.
“Terusan Tasik Biru ni rumah tetap saya, cikgu. Kita tetap boleh jumpa,” katanya. “Saya tak ada rancangan lain selain teruskan cita-cita nak belajar muzik kat Akademi Seni.”
“Saya doakan awak berjaya dalam apa juga bidang yang awak pilih. Cuti sekolah dah mula, saya nak balik kampung.”
“Tak jauh kan?”
“Lima jam.”
Andrey memalingkan muka ke wajah cikgu Sophia. “Lima... Jauhnya... Tapi, kita masih boleh jumpa, kan? Bila-bila je cikgu nak?” Katanya antara terkejut dan teruja.
Cikgu Sophia mengangguk dan berkata, “kalau lima jam tu seminit bagi awak...”
“Lain sangat bunyinya ni. Ada apa sebenarnya, cikgu?”
“Tak ada apa...” Peha Andrey ditepuk manja, menukarkan wajah muramnya dengan senyuman. “saya nak ajak awak keluar sebelum balik kampung.”
“Boleh. Bila?”
“Tiap hari sebelum saya berangkat hari Rabu.”
“Tak ada masalah. Cikgu dah makan belum? Jomlah masuk, join the party. Tak nak la sedih-sedih macam ni. Majlis tamat sekolah je bukan kenduri tahlil.”
Gelak ketawa terpampang di wajah cikgu Rina yang kelihatan begitu gembira di majlis perpisahan anjuran AC Club tersebut. Berbeza dengan cikgu Sophia. Walaupun cuba memperlihatkan wajah gembira, tapi Andrey nampak hatinya muram dan sugul. Lalu dia cuba menceriakan hati yang muram itu dengan mengheret tangan si pemilik ke lantai tarian.
“Saya tak reti, Andrey.”
“Saya pun. Tak apa, kita cuba. Tengok tu Jacques tak reti menari pun dia layan je.” Pujuk Andrey. Dengan lembut dia merehatkan kedua belah tangan cikgu Sophia di bahunya sebelum dia melingkarkan tangannya ke pinggang cikgu Sophia.
Tak jauh dari tempat mereka berdiri, kelihatan Jaques seronok menari dengan cikgu Rina sementara Lisa hanya tersenyum menonton dari jauh. Bukan main bahagia lagi muka Jacques dapat menari dengan cikgu Rina. Rosy and The Chicks juga turut menari sama. Linda dan kawan-kawannya tak lepaskan peluang untuk berpesta sama seperti Gary dan dua orang kawan PLU yang lain. Baru dia perasan, ramai jugak rupanya PLU di TBC dan yang paling mengharukan, tak ada siapa pun yang kisah siapa mereka.
Wajah muram Sophia beransur hilang dalam pelukan Andrey. Pesta San Pedro terimbas di ingatannya. Warna-warni indah dari lampu dan tanglung dihias cantik, kostum tradisional dan lagu-lagu folks dimainkan, tarian rakyat ditarikan. Kenangan itu membuat sebak di hati Sophia bertambah sarat dengan kerinduan.
Sophia mendengar suara Hans melalui suara Andrey. Senyuman Hans di wajah Andrey dan sentuhan Hans dalam pelukan Andrey. “Life might not be about our identity or our origins, but rather about how we decide to live, seek meaning, and cherish each moment while we can. With you here, this world is not so lonely anymore, not so dark.”
Bila Sophia pejamkan mata, dia terasa sentuhan jari-jari Hans menyentuh senyumannya lantas dia memaut leher Andrey lebih erat dan membisikkan kata-kata yang pernah dia ucapkan kepada Hans, sewaktu usia masih hijau— “No matter what occurs between us or in this world, I hope we can always remind each other that we are here not just to exist, but to build our own world. A world rich in meaning, where we can truly be ourselves.”
“Cikgu OK?” Andrey bertanya. Bisikan Sophia tak berapa jelas lantaran muzik yang kuat. "Apa cikgu cakap tadi?"
Sophia mengulang beberapa patah terakhir kata-katanya, “we can truly be ourselves.”
“Of course.” Andrey tersenyum, mengeratkan genggaman tangan. “Jangan sedih-sedih. Kalau jodoh tak ke mana.” Rambut cikgu Sophia dibelai dan diselitkan di belakang telinga. “I'll make you happy, baby, just wait and see. For every kiss you give me, I'll give you three.” Bait-bait lagu yang mengiring tarian Andrey nyanyikan.
Sophia gembira melihat Andrey gembira begitu. “I wish you were here, Hans.” Hatinya merintih.
Tak selincah cikgu Rina bila menari, cikgu Sophia nampak kekok, tapi dia tetap mencuba. Andrey pun sama, bukan reti menari, main bedal apasaja yang dia tau, janji goyang. Rinalah yang ajar. Dia cakap, yang penting, enjoy the dance. Tapi Andrey cakap dalam hati, “yang penting cikgu Sophia dapat aku peluk.”
Cikgu Rina dan Jacques mentertawakan Andrey dan Sophia yang kadang-kadang tersilap langkah dalam tarian. Dalam gerak Bachata, mereka berdua mendekati pasangan tersebut.
“Mi mono, eso me golpea como una flecha en el corazón.” Sempat cikgu Rina mengusik. Andrey cukup mengerti apa yang cuba dia bagitahu.
Mereka bertukar pasangan. Sekarang cikgu Rina pula mengambil tempat menari dengan Andrey sementara Jacques memimpin cikgu Sophia dalam tarian. Jacques pun sama beruk, main bedal ikut sedap hati bila menari. Kini giliran Andrey dan Rina mentertawakan Jacques dan Sophia. Walau tarian bukan makanannya tapi Jcques bukan main lincah dan bersemangat. Tangan cikgu Sophia dia layang-layangkan.
“Si juras que me amas, prometo ser tu dama y amarte para siempre mas alla de la razon.” Baris itu cikgu Rina bisikkan sebelum Jacques mengembalikan Sophia ke dalam pelukan Andrey.
Be My Baby yang telah di beri nafas Bachata itu berakhir. Dewan sunyi seketia. DJ mengumumkan untuk berehat. Dan serentak itu, gema suara piano mula berkumandang. Di atas pentas, presiden AC Club yang anggun mengenakan dress berwarna deep teal memulakan persembahan. Petikan piano dan suara merdu yang dia persembahkan mengiringi tarian pertama Andrey dan Sophia.
Andrey terpukau. Terpesona pada kedua-duanya— wanita dalam pelukan, juga dia yang sedang mendendangkan Groovy Kind Of Love— sebuah lagu yang selalu dinyanyikan untuk dia. Tubuhnya mungkin sedang memeluk Sophia tapi hakikatnya mata tertancap kepada Rina yang juga memandang sambil lagu itu didendangkan. Sedangkan hati Andrey... Betul kata Andy, the heart enjoys mocking. Dia tak tau apa nak rasa— bersalah atau bahagia.
“Rasanya macam dah lama kenal awak...” Bisik suara itu membawa mata Andrey kembali memandang wajah wanita dalam pelukan.
“Dah dua tahun sejak hari hujan tu.” Dia merenung mata cikgu Sophia, cuba mencari cahaya cinta. Tapi yang dia nampak hanyalah kesunyian dan mata yang berkaca.
“Much longer than that.”
“Maksud cikgu?”
“I love you.” Kalimah itu Sophia bisikkan ke mata Andrey. Hatinya Sophia rapati sebelum menyembamkan wajah ke dadanya untuk menyorokkan kepiluan. Andrey bahagia dipeluk Sophia begitu tapi rasa bersalah datang menyerbu bila dari jauh dia nampak Rina masih memandang. Mungkin dia marah, mungkin dia cemburu...
Maafkan aku Rina... Aku keliru dengan permainan ini.
“Lepas ni awak balik terus?”
“Saya kena balik terus. Biasalah, abah...” Tak mungkin dia boleh buat alasan untuk membatalkan persetujuan yang dah dia buat dengan Rina terlebih dahulu.
“Baru ingat nak ajak awak pergi bukit, atau berehat kat rumah saya.”
“Malam esok, OK. Minggu depan abah, mak outstation. Saya free sikit.” Dia berpeluh. Alasan terpaksa dicipta padahal mak abah bukan kisah sangat dia balik pukul berapa sejak tamat sekolah ni. 'Abah' yang menunggu sebenarnya tu... Kat sana tu... Tengah sibuk layan tetamu selepas persembahannya yang cukup memukau sebentar tadi. Sesekali nampak juga Rina menjeling-jeling ke arah dia yang sedang meneman cikgu Sophia makan di sebuah meja.
Susah rupanya pasang dua. Itu belum kahwin lagi. Kalau dah kawin lagi pening kot.
Spontan senyuman terukir dibibir, membayangkan betapa indahnya hidup kalaulah keduanya dapat diperisterikan.
Yang mana patut aku nikah dulu? Rina ke Sophia? Macam manalah rasa agaknya kalau tidur diapit dua wanita? Heaven...
Andrey tersengih sendirian.
“Beranganlah kau, Andrey. Tak salah pasang angan-angan. Free je.” Dia diejek akal dan hati.
“One more drink? Soda? Water?” Dia bertanya kepada cikgu Sophia.
“Punch.”
“Perfect.”
Untuk mengelakkan siasatan dan soal jawab selepas majlis bersurai, Andrey melambai Jacques, memberi isyarat untuk menyertai dia dan cikgu Sophia.
“Pandai awak arah teater. Tahniah.” Puji cikgu Sophia.
“Terima kasih. Tengoklah siapa presiden kelab.”
“Cikgu Rina memang berseni. Sejak universiti dulu aktif dalam kesenian.”
“La, satu U ke dulu?” Jacques bertanya kehairanan. Itu sememangnya satu kejutan. Andrey sendiri tak pernah tau tentang itu.
“Dia tu junior saya. Kami satu bilik sejak dia freshie sampai saya habis study.”
Andrey tepuk dahi. Cikgu Rina tak pernah cerita selama ni. Dua-dua perempuan yang dia suka rupanya dah lama kenal.
Padanlah cikgu Sophia macam tak heran je bila dia cakap cikgu Rina sayang aku. Baru aku perasan. Agaknya waktu kali pertama kami keluar dulu, dia cuba bagi hint tentang perasaan Rina kat aku.
“Macam mana boleh sama-sama mengajar kat sini?” Tanya Lisa. Mereka masing-masing teruja nak dengar cerita cikgu Sophia.
“Rezeki.”
“Cikgu Rina pulak?”
“Pun rezeki dia dapat mengajar kat kampung halaman.”
“Kira kawan baik la ni?”
“Dah macam adik beradik.”
Sudah. Apasal aku tak sedar semua ni? Kenapa tak pernah cikgu Rina cerita?
Andrey mula menggelabah. Tiba-tiba dia rasa panas bila cikgu Rina muncul mengambil tempat duduk di sebelah kawan baiknya itu. Dia rasa macam nak lari. Nak lari daripada apa, dia sendiri tak tau.
“Takut tembelang pecah ke, brother?” Akalnya mengejek lagi, membuat hati diam membisu, tertunduk malu.
#
“Kenapa tak pernah bagitau, Rina dan Sophia sebenarnya dah lama kawan, sejak kat U lagi?” Andrey membuka jaket dan membentangkannya. Kemudian dia baring, menatap langit yang berbintik-bintik. Kawasan berbukit itu luas dan lapang dengan bentangan rumput. Rina duduk di sisinya.
“Hai, dia cerita ke?”
“Ye, tadi, masa makan. Jacques, Lisa pun terkejut. Saya lagi terkejut.”
“Kenapa lagi terkejut?”
“Yelah, tak sangka. Ingat kawan mengajar je.”
“Kami dah macam adik beradik,” balas Rina, pendek. Matanya memandang jauh ke lembah yang indah dihiasi kelip-kelip lampu dari bandar Terusan Tasik Biru.
Andrey bangu sedikit , menongkat badannya dengan siku. “Sophia tau pasal Rina dengan Kim?”
“Tau. Dia tau semua. Adik beradik, kan?”
Andrey garu kepala yang tak gatal. Kini dia duduk, muka Rina dia pandang.
“Kenapa macam beruk tergaru-garu?”
“Gatal.”
“Dah dapat menari peluk buah hati pun tak hilang gatal lagi?”
“Fitnah apa pulak ni?”
Cikgu Rina menggeleng. Senyum sinisnya tetap manis. Andrey panas— rasa nak terjun je dalam tasik kat bawah sana tu.
“Dia tau pasal kita?”
“Adik beradik pun, tak semua benda kena cerita.”
“Eloklah...”
“Kenapa macam risau je? Kalau suka, cakap suka. Dari dulu saya tau awak suka dia.”
“Rina pun saya suka.”
“Betul lah kan, saya cakap?"
“Tapi cikgu Rina lain. Dia ada sentuhan.”
Andrey pening lalu dia berbaring semula tapi kali ini dia menjadikan riba Rina sebagai bantal. “Kata tadi nak pergi jauh-jauh, sampai matahari terbenam. Ke mana kita sekarang?” Dari posisi itu dia dapat melihat wajah Rina yang masih memandang keindahan malam tapi sentuhan tangannya mula terasa di dahi.
“Tunggu bulan hilang.”
“Tak letih ke dari siang banyak kerja siapkan itu ini?”
“Kalau ikutkan letih, apa pun tak jadi.”
“Kalau cikgu...”
“It's Rina, sayang.”
“OK... OK... Kalau Rina sayang penat, mengantuk, nak rehat, nak tidur, saya tak kisah.”
“Nak balik cepat ke? Abah marah? Mak tunggu depan rumah?”
“Tak... Abah lagi suka ulit mak atas katil daripada tunggu saya, buang masa.”
Muka yang tadi macam cemburu nak marah, kini membentuk lesung pipit dalam ketawanya. Pipi Andrey ditampar perlahan. “Pandai menjawab.”
“Takut Rina sayang penat, mengantuk.”
“Nak tidur kat lengan awak sampai pagi macam hari tu masa dalam khemah, boleh?”
“Boleh tapi sekarang tak ada khemah.”
“Berkhemahkan bulan bintang pun dah cukup.”
“Bulan macam tak nak timbul malam ni. Mendung.”
“Kalau macam tu kita tunggu matahari terbenam lagi.”
“Apa kata kita tunggu hujan turun dulu?”
#
Dua tahun dia bersabar dalam mengharung hari di TBC. Kini hati terharu bila semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan manis dalam hidup sebagai penutup alam remaja. Bergaduh dengan cikgu Rina, kenal Jacques. Jumpa cikgu Sophia. Jatuh cinta. Dan begitulah kesedihan tergambar di wajah juga suara cikgu Sophia sewaktu mereka bertemu pada malam sebelum dia pulang ke kampung.
“Sebenarnya, saya nak tukar sekolah sebab Papa.” Sophia memberitahu Andrey tentang hasratnya untuk berpindah ke kampung. “Papa tinggal sorang sejak Mama meninggal. Dia ada kawin baru tapi tak lama. Mak tiri saya jugak terpaksa pergi.”
“Jadi cikgu sorang kena jaga Papa?”
“Awak bukan lagi pelajar saya. Tak perlu panggil saya cikgu.” Pinta Sophia sambil menuangkan teh ke dalam cawan Andrey. “Abang-abang saya tinggal dekat-dekat situ jugak tapi masing-masing dah berkeluarga, sibuk dengan anak bini.”
“Kalau untuk Papa, Sophia tak pernah buat pilihan yang salah.” Semangat ditiup agar hilang sedih. Perkataan cikgu dia tinggalkan di sekolah.
Sophia duduk di sisi Andrey. Tangan kanannya memegang cawan teh. Dia meniupnya kemudian menghirup teh itu pelan-pelan. “Saya masih berfikir lagi. Bukan senang nak tukar sekolah. Kena apply pastu tunggu proses, prosedur, itu ini. Kelulusan lagi. Tengok ada kekosongan tak. Kalau tak de memang lambatlah. Silap-silap kena tukar ke Utara, atau Timur, lagi payah.”
“Makan masa lah kalau camtu...”
“Itulah saya balik ni berkumpul dengan abang-abang saya, nak bincang. Kesihatan Papa semakin membimbangkan. Sebenarnya, bukan tak ada orang yang menjaga, ada. Papa hire nurse dan doktor peribadi. Tapi tak kan sama dengan keluarga sendiri, kan? Dengan anak-anak sendiri?” Cawan di tangan diletakkan ke atas meja. “Saya rasa bertanggungjawab, saya nak jaga Papa sementara ada masa.
Saya risau...”
“Faham. Tak apalah, ambil masa bincang dan fikirkan semuanya.”
Sophia mengangguk kemudian dengan perlahan dia bertanya, “awak tak tau berapa lama saya tunggu semua ni?”
“Tunggu apa? Nak tukar sekolah? Atau nak jaga papa?”
“Tunggu nak luahkan apa saya rasa kat awak.”
“Apa perasaan cikgu kat saya sebenarnya?”
“Saya sayang awak.”
“Saya ni bukan lelaki macam ex cikgu. Betul-betul ke cikgu boleh terima orang macam saya?”
“Tau dan faham. Faham sangat. Apa masalahnya? Saya cuma nak kasih sayang awak. Saya tunggu awak habiskan A'Level untuk bagitau semua ni sebab saya tak boleh langgar etika sebagai seorang guru.” Dia mendongakkan wajahnya untuk merenung wajah yang dirindu.
“Faham. Tak apalah, ambil masa bincang dan fikirkan semuanya.”
Sophia mengangguk kemudian dengan perlahan dia bertanya, “awak tak tau berapa lama saya tunggu semua ni?”
“Tunggu apa? Nak tukar sekolah? Atau nak jaga papa?”
“Tunggu nak luahkan apa saya rasa kat awak.”
“Apa perasaan cikgu kat saya sebenarnya?”
“Saya sayang awak.”
“Saya ni bukan lelaki macam ex cikgu. Betul-betul ke cikgu boleh terima orang macam saya?”
“Tau dan faham. Faham sangat. Apa masalahnya? Saya cuma nak kasih sayang awak. Saya tunggu awak habiskan A'Level untuk bagitau semua ni sebab saya tak boleh langgar etika sebagai seorang guru.” Dia mendongakkan wajahnya untuk merenung wajah yang dirindu.
“Walaupun waktu tu, cikgu masih tunang orang?”
“Andrey, kan saya dah bagitau, saya dipaksa. Joe tu tak ada apa-apa erti langsung dalam hidup saya. Awak faham, kan?” Lembut dia bertanya sambil menggosok-gosok lengan Andrey yang masih tak faham. Masih keliru.
Diserang tanda tanya, akal membalikkan pertanyaan-pertanyaan itu kepada dirinya sendiri. Katanya, “tengok dulu dalam pada kau suka dia, kau layan Rina. Kau keluar dengan Rina, ada kau bagitau dia? Kau lebihkan Rina, ada kau jujur dengan dia? Dia tau Rina sayangkan kau, ada dia persoalkan apa hubungan korang? Apa bezanya, Andrey? Kau masih pegang Rina. Kau masih nakkan Sophia. Adil ke?”
“Ah, dia tak pernah cakap dia sayang Rina. Dia suka, itu betul. Takat tu je tak lebih.” Hati mempertahan pendiriannya yang kedengaran tamak.
“Tak lebih daripada tu? Abih apa yang jadi dalam khemah aritu, kau panggil apa? Dia cium, dia belai, dia peluk sampai pagi, tu semua apa?” Tegas akal lagi. Andrey bercelaru antara wajah Rina di hati dan wajah Sophia di depan mata.
“Konflik ni dah lama. Sejak saya sekolah lagi sebenarnya, Andrey.” Sophia menggosok muka dengan kedua belah tapak tangan. Kelihatan sebentuk cincin menghiasi jari manisnya. Mungkin cincin tunang yang masih menunggu untuk digantikan dengan cincin kahwin, fikir Andrey.
“Tak pernah saya setuju apalagi rela. Semua tu bukan kehendak hati saya. Awak ingat senang ke saya nak terima? Saya tak pernah kenal Joe. Keluarga yang atur. Demi keluarga, saya cuba bertahan sampai akhirnya tembelang dia pecah.”
“Tapi tak kan keluarga awak tak tau dia dah kawin, ada anak semua?”
“Orang kalau dah pandai berlakon, semua boleh buat. Pandai ambil hati mama dan Papa. Kawan baik abang, business partner— partner in crime. Keluarga saya suka dia. Apa boleh saya buat? Saya tersepit.”
“Camtu sekali...”
“Ye. Semata-mata nak pisahkan saya dengan kekasih saya.”
“Kekasih? So, dah ada kekasih?” Masa tu Andrey benar-benar rasa tertipu. Dipermainkan. Kecewa. Sakit hati pun ada.
Kenapa tak cakap je awal-awal? Kenapa layan aku camni sampai aku perasan, syok sendiri? Aku ingat dia betul-betul nak tapi rupanya ada cerita di sebalik cerita. Dan aku tak tau aku di babak yang ke berapa.
“Sepanjang hidup ni, saya hanya kenal dia. Keluarga tak restu. Kami dipisahkan tapi saya tak nak yang lain.”
Jelaslah, di sebalik air mata yang selalu ditumpahkan, ada satu nama. Andrey tak tau apa yang patut dia percaya.
Habis aku ni apa, siapa? Dia dah putus tunang sekarang. Dia ada kekasih. Cinta sejati yang disebut-sebut. Kat mana aku berdiri? Siapa aku ini? Aku bukan sesiapa...
“Am I just a curiosity?”
“No... Well, yes, I was confused but I do feel the connection.”
“Don't confuse attraction with connection.”
“Saya tak tau nak explain macam mana. Waktu saya down, awak dah bagi saya kekuatan untuk terus mengajar. Terus hidup... Awak dah kembalikan semangat saya yang dah layu, yang dah mati.”
“Semata-mata pasal Joe, atau kekasih awak tu? I don't understand, Sophia...”
“Mesti awak fikir saya ni bodoh, kan?”
“Saya yang patut cermin diri saya.”
“Tak, Andrey. Awak dah cukup sempurna. Saya cuba nak bagitau tapi masa tak mengizinkan atau mungkin cara saya salah... Awak harapan baru. Awak dah rawat luka saya. Awak tak nampak. Saya yang rasa.”
“Kalau saya dah rawat, kenapa masih ada lagi yang berdarah?”
“Bukan semua parut akan hilang.”
“Sebab tu luka jangan dikopek.”
“Maafkan saya, sayang.” Sophia mendakap tubuhnya. “Saya tak nak hilang awak.”
“Cukup kenal ke awak siapa saya sebenarnya, Sophia? Boleh ke awak terima kenyataan yang saya ni bukan lelaki macam kekasih awak atau Joe?”
“Saya nak hati awak.” Sebaris ayat yang dulunya sering dia nantikan terpancul dari bibir cikgu Sophia. Tapi kesannya dah hilang. Dah tak sama lagi.
“Nak hati saya sedangkan hati cikgu masih ada seseorang?”
“Awak dah wujudkan dia dalam hidup saya.”
“Siapa?”
“Hans.”
“What do you mean?”
“Andrey, Hans... Saya dah kehilangan dia.”
“Maksud cikgu Hans tu kekasih cikgu?”
“Hanya dia yang pernah wujud dalam hidup saya.”
“Kalau pasal perpisahan tu, bukan ke keluarga cikgu dan Joelah yang bertanggungjawab rosakkan semua ni, bukannya cikgu atau dia— Hans?”
“Ye. Keluarga saya sendiri dan Joelah punca segala-galanya.”
“Jadi, kenapa menyesal? Diaorang yang pisahkan korang, kan? Kenapa nak hukum diri dengan kesalahan yang tak pernah dibuat? Cikgu boleh cari dia lagi. Teruskan apa yang dah terputus. Kalau dia betul-betul ikhlas sayangkan cikgu, mesti dia tunggu. Mesti dia akan terima cikgu semula.” Walaupun terasa bagai dihiris-hiris, Andrey pujuk hati untuk terima semua ketentuan.
“Saya tau. Dia akan terima saya. Dalam apa jugak keadaan. Saya tau dia cintakan saya. Saya sorang je.”
“Well, glad to know and good for you. Sekarang cikgu dah bebas daripada Joe. Keluarga pun dah tak kisah. Tak ada siapa ganggu korang lagi. Tak ada lagi halangan. I wish you both happiness ever after.” Andrey bangun. Jaket disarungkan. Helmet dicapai, sedia untuk melangkah keluar dari ruang itu. Cikgu Sophia tak bersuara tapi tangisannya berlagu. Dalam sendu tangis itu dia bangun memeluk Andrey dari belakang.
“Jangan hilang, sayang.”
Tak sampai hati Andrey nak biarkan Sophia sendirian menanggung pilu. Tapi dia tau, di situ bukan tempat dia. Di situ hanya ada Hans. Andrey berpaling, tetap jari-jarinya mengeringkan airmata Sophia walaupun matanya sendiri pedih menahan tangis.
“I care about you, Sophia and I need you because I love you. But, I think you and Hans deserve to be together after all the hurdles and struggles. I can see how much you love him. And I believe he feels the same way too.”
Esakan Sophia semakin kuat. “Andrey...”
“It's within our control to pick who to love, yet our hearts have a mind of their own.”
“Andrey... Dia... Hans.... Hans dah tak ada...”
Kata-kata itu mematikan langkah Andrey. Kali ini, barulah dia mengerti dengan pasti untuk siapa dan mengapakah airmata Sophia tertumpah selama ini.