Suara ~ Bab 10 : Penolakan

Ray FL
0


B(caps)ila tiada kebebasan dan hidup sekadar putaran siang dan malam, wajah dan kisah yang sama, fikiran dan pemikiran pula ditanam di atas batas tak berbaja, perbualan dan pendapat didiskusi dalam lingkaran yang serupa, apa bezanya engkau dengan dia?

 

Andrey mencoretkan baris itu di atas journalnya. Apa yang terjadi di sekolah pagi tadi, boleh tahan, menyakitkan hati. Tak diizinkan menyertai perhimpunan, dia tak kisah tapi bila dipaksa berjemur di luar dewan sampai perhimpunan tamat, itu dah keterlaluan. Sangat keterlaluan. 

Diskriminasi apakah yang dimainkan sekolah ini? Namun begitu, dia tak berganjak. Berdiri tegak di luar dewan, dia menikmati sinaran matahari pagi yang membekalkan vitamin D. Tak apa. Dia memujuk hati. 

Selesai perhimpunan, dia segera naik ke bilik darjah. Ada sepucuk surat terselit dalam laci meja. Bukan satu kejutan. Tengok tulisan pun dah tau benar dari siapa. Macam selalu, dia tak ada perasaan apa pun bila surat itu dibuka. Isi kandungannya pun tak menarik perhatian. Sebab apa? Sebab ini bukan kali pertama.

“Aku terpaksa pilih antara engkau dengan kawan-kawan lain. Diaorang tak suka engkau. Kalau aku dengan engkau, aku akan hilang kawan. Diaorang cakap, kau sengaja nak ambil perhatian orang. Aku boleh nampak, apa diorang cakap memang betul. Perwatakan kau, cara kau... Aku malu dengan sikap kau. Kau tak malu ke? Kenapa kau tak boleh jadi macam kami? Normal macam kami? Kalau kau macam kami kan senang. Perempuan tetap perempuan, tak akan boleh bertukar jadi lelaki. Maafkan aku. Aku terpaksa memilih. Aku tak mahu bersubahat dengan dosa. Selamat tinggal.”

 

“Suka cari perhatian? Apa maksud dia?” Ketawa Kak Zu sesudah membaca surat yang diutuskan Ziana.
“Ayat tu buat saya nak tergelak sampai muntah, kak.”
“Rajin dia tulis surat, erk?”
“Selalu.”
“Ada dia letak bedak atau guna kertas berbunga yang siap ada wangi-wangi tu?”
“Nasib tak sampai ke situ gila dia.”

Terkekeh Kak Zu ketawa. Surat di tangan dia lipat dan masukkan kembali ke dalam sampul sebelum dia serahkan semula kepada Andrey.

“Ni ke yang dia katakan kawan baik, kalau sendiri tak kenal siapa kawan? Tak patut dia anggap kau satu dosa. Kau special. Dia terlepas pandang pasal lingkungan dia situ-situ je.” Kata Kak Zu sambil mengeluarkan bekalan dari bakul. Kata-kata itulah yang menginspirasikan Andrey untuk dikembangkan menjadi ayat di dalam journalnya.

(nextPage)

Sebab tu saya popular. I don’t even need to try. Popular dengan macam-macam gelaran. Terkenal dengan macam-macam kritikan. Kutuk, hina tu, biasa.” Sambil membalas pandangan yang diberikan, dia mencedok nasi dan dimasukkan ke dalam pinggan. Kemudian pinggan itu dihulurkan kepada Kak Zu.

“Kau Zu tau kenapa Ziana kawan dengan saya?”
“Kenapa?”
“Dia cakap sebab dia tau saya tak akan rampas pakwe-pakwe dia.”

Tersedak Kak Zu mendengar pernyataan tersebut.

“Pakwe-pakwe, ye?” Kuat Kak Zu ketawa.

“Orang hot. Pakwe je mana cukup. Mesti mau pakwe-pakwe.”
“Kalau akak, lama dah akak sound. Bagi penampar ke seketul dua, pastu blah, tak payah layan. Buang masa. ”
“Saya ni kak, kalau boleh nak jadi macam kura-kura atau siput babi, boleh menyorok dalam cengkerang. Tapi saya banyak kekurangan. Saya tak ada cengkerang. Dunia terpaksa saya hadap dan wajib saya hadap secara alami, bukan fake. Salah ke? Salah ke jadi diri yang sebenar?”
“Tak salah. Itulah cara sepatutnya dalam hidup ni. Akak respect pendirian kau. Dahlah, jangan bebankan otak kau dengan hal tu. Makan ni, penat akak cari pucuk paku nak buat kerabu untuk kau.”

Kak Zu memandang Andrey dengan penuh kasih sayang. Dia dah anggap Andrey itu adik kandungnya sendiri dan dia tahu, satu hari nanti Andrey akan meninggalkan pekan itu. Dia juga tau, dia akan rindu. Kerana itu, dia mahu mencipta masa. Bukan mengejar apalagi menahannya.

“Lepas makan, kita pergi sungai, nak tak?”
“Naik motor akak?”

Kak Zu mengangguk. Dicedokkan lagi kerabu pucuk paku untuk Andrey bersama seketul ayam bakar di letakkan dalam pinggan.

“Mestilah nak. Kak Zu, terima kasih tau. Kak Zu kalau masak memang kalah chef hotel lima bintang.”

Lauk kampung masakan Kak Zu disuap dan dinikmati dengan rasa syukur. Namun di telinganya masih terngiang kata-kata Ziana.

“Kau tak malu ke? Aku yang malu tau bila kau hantar surat kat Angel. Dah tak de lelaki ke kat sekolah ni, dalam dunia ni, sampai kau carik perempuan? Kau tak takut dosa?”

Muka Ziana dipandang sepi. Dia faham, Ziana tak faham. Ziana tak faham kerana dia menolak untuk memahami dan dia menolak untuk memahami kerana dia hidup dalam satu putaran yang sama, lingkaran yang sama, dalam kotak yang sama.

Lalu Andrey cuba memberi sebaris penjelasan, “itu puisi. Apa salahnya aku kongsi puisi. Dia suka. Seni pun dosa ke?”
“Cinta sejenis. Memang dosa besar.”
“Bercinta ke aku dengan Angel?”
“Semua tingkatan tiga ni tau kau bagi surat cinta, bukan puisi.” 

Dia diam sebab dia tau apa yang dia buat. Apa yang dia bagi. Angel pun tau apa yang dia terima.

“Puisi dalam bentuk surat... Terus orang panggil surat cinta. Pandai. Memang aku suka Angel. Dia pun suka puisi aku. Kalau dia sendiri suka aku, apa masalahnya?”
“Aku malu dengan engkau. Ramai yang tak suka engkau. Siapa je yang suka kat kau? Aku. Aku ni je yang sanggup terima, nak berkawan dengan engkau.” Ziana terus melompat ke tajuk yang lain.

“Mesti kau rasa terasingkan, kat sekolah?” Komen Kak Zu.

“Kadang-kadang. Tapi ni, dah lali rasanya. Masak sangat dah saya dengan kata-kata macam tu.”
“Itulah payahnya bila manusia ingat dia bagus sangat sampai suka rendahkan orang lain.”
“Terutamanya saya.”
“Dah terbiasa la tu sampai jadi kewajipan agaknya. Mungkin dia ingat kau akan terkesan dengan apa yang dia kata dan semua yang dia buat.”

Pendapat dan pandangan Kak Zu, tak layak untuk diperbandingkan dengan pendapat dan cara berfikir Ziana. Oleh kerana itu Andrey lebih senang berkawan dengan Kak Zu walaupun bukan di sekolah. Dengan Kak Zu, banyak yang dah dia pelajari. Tentang sawah, tentang ikan-ikan di sawah, tentang berkebun, tentang sungai. Tentang kewujudan diri.

(nextPage)

“Hey Jacques, you tak nak ke kenalkan kawan baru you tu kat kita orang?”

Jacques dihampiri Rosy, ketua kumpulan The Chicks sebaik saja dia turun dari kereta pagi itu.

“Korang dah lama sekolah sini, tak kan tak kenal lagi? I ni baru, lainlah cerita.”
You ingat budak sombong macam dia tu nak campur orang ke?”
“Dia tak sombong kalau kena gaya. Korang yang tak reti approach.”

Seperti yang diusul Rosy, Jacques memujuk Andrey ke kafeteria bila waktu rehat bermula. Dia memberitahu niat Rosy and the Chicks. Nak jumpa. Tujuan? Untuk beramah mesra.

“Aku suka betul sekolah ini. Cikgu garang, cikgu hot, cool. Cutie kitties, semua ada.” Kata Jacques sambil ketawa. Begitulah Jacques, tak pernah tak happy. Berceria setiap hari.

“Rosy cakap kau famous kat sini, di kalangan mak bapak dan anak kucing?"
Famous? Haha, tak langsung. Apasal?”
“Jom, aku nak kenalkan beberapa ekor anak kucing yang comel-comel kat engkau. Pilih je mana satu yang paling kau suka. Semua berhaluan kiri.”
Rosy and The Chicks berhaluan kiri?”
“Ha lah… takkan tak tau?”

Sememangnya Andrey tak pernah tau. Sememangnya dia malas nak ambil tau.

Dari jauh lagi dah dengar suara gelak ketawa anak-anak kucing si Jacques. Seronok betul mereka tiap hari bersuka ria macam tak ada masalah langsung. Sekolah macam pesta dibuatnya. Berat sebenarnya hati Andrey nak jumpa apalagi berkenalan dengan budak-budak perempuan tu. Janggal. Tapi untuk Jacques, dia tak bagi banyak alasan.

“Hello, girls...” Bukan main mesra lagi Jacques melayan Rosy & The Chicks. Siap peluk cium pipi.
“Kenalkan, kawan baru I, Andrey.”

Gadis-gadis itu tersenyum kepada dia dan mereka berjabat tangan.

“Jacques, you tak tau ke kawan baru you ni... Siapa tak kenal Andrey, kan girls? A famous butch in school. A biker. A heartbreaker, a trouble maker,” kata si gadis yang gincunya lebih merah daripada darah, seolah-olah sepanjang hidupnya dia hanya mengenali manusia bernama Andrey.

“Hai tadi pagi cakap tak kenal. Ni macam dah biasa je. Jadi y'all memang dah kenal antara satu sama lain?”
“Tak.”

Semuanya termasuk Andrey menjawab serentak, kecuali gadis yang paling senyap antara mereka berempat. Dia lebih suka memandang Andrey. Entah kenapa, gadis berbaju hitam itu buat Andrey rasa lain macam. Satu baris ayat pun tak keluar dari mulutnya. Bila dipandang, dia senyum. Bila Andrey senyum balik, dia pun sama senyum. Bila Andrey tengok arah lain, dia terus memandang.

OK, agaknya dia suka apa dia tengok.

Bagaimanapun, terima kasih kepada telefon bimbit. Bunyi bip, menandakan ada mesej masuk.

(nextPage)

“You clearly have quite the crowd of admirers around you. I can’t help but wish I could be one of them. Right now, I’m gazing at you with admiration, Andrey, still searching for the perfect way to reach your heart.”

Mesej itu mula merisaukan dia. Seseorang sedang memerhati dari tiap sudut sekolah. Bukan makcik kantin, bukan anak dara dia. Sebab Andrey tengok sewaktu mesej itu masuk, makcik kantin dengan anak dara dia tengah sibuk layan pelanggan. Tak mempedulikan perbualan antara Jacques dan kawan-kawannya, mata Andrey memandang sekeliling kafe, cuba mencari suspek.

Siapalah yang syok sangat kat aku ni?

Di satu sudut, ada sekumpulan budak perempuan dan di sudut lain, ada sekumpulan budak lelaki, kumpulan lelaki dan perempuan. Dekat dengan tingkap, ada beberapa pasangan dengan hal mereka. Beberapa orang guru, termasuk cikgu Rina ditemani cikgu Sophia, cikgu Wong dan cikgu Rudy.

Cikgu Fizi. Huh!!!

Menoleh ke belakang hanya pokok, tempat letak kereta. Mustahil untuk dia pastikan siapakah gerangan yang stalk dia selama ni.

“Kau kenapa? Nampak hantu?”
“Tak de apa… Hey, Jacques, aku kena blah dulu. Korang enjoy la... Jumpa dalam kelas.”
“Peliklah kambing tu.” Dengan jelas telinganya menangkap kritikan dari salah seorang gadis yang menemani Jacques. Yang mana satu, dia tak pasti sebab dia dah berlalu meninggalkan meja tanpa menoleh ke belakang. Mungkin Rosy, si bibir merah berdarah.

Siapalah dia ni sebenarnya?

Teka-teki itu semakin lama semakin menghantui. Memerhati tanpa berani mendekati, pasti si pengirim mesej terselit antara warga TBC. Mungkin juga guru, atau pekerja. Bermula di sekolah, mesej itu sampai terikut-ikut balik ke rumah. Malangnya, dia tak ada ramai kawan. Kalau tidak, boleh juga tanya-tanya. Manalah tau ada yang kenal. Lalu Linda dicari lagi.

“Adalah tu yang memuja dalam sepi... Aku tak kenal la nombor ni. Tak de dalam contact list aku pun.” Kata Linda selepas memeriksa telefon bimbitnya.

“Berapa lama dah dia mesej kau macam ni?”
“Dua tiga bulan kot… Cuba kau tengok bila mesej pertama masuk.”
“Dua tiga bulan apanya? Enam bulan lepas kau dapat mesej pertama. Lama tu. Pelik jugak.”
“Memang pelik.”
“Tak cuba call?”
“Sia-sia. Banyak kali aku cuba. Guna public phone pun pernah. Mana berani nak angkat. Aku rasa ni second phone dia. Yang dia guna semata-mata nak kacau orang.”
“Entah-entah handphone ketiga, ketujuh, mana kita nak tau. Nak-nak kalau dia orang yang senang kita detect dalam sekolah ni.”
“Seseorang yang dekat dengan kita. Boleh jadi?”
“Tak mustahil. Aku save nombor dia, kalau ada info aku roger.”
“Thanks.”
No sweat, man. Susah jadi orang kacak ni, kan? Hehe…”
“Kacak ke aku ni?”
“Ye la kot tu yang cikgu Rina geram.”
“Dia geram kat aku ke?”
“Manalah aku tau, kau pergi la tanya dia. Budak ni… kau kenapa? Kena sampuk?”
“Tak pe la kalau camtu… Sape la agakya yang syok kat aku ni… Ntah-ntah kau tak?”
“Hahaha… Aku? Kalau boleh buat duit, mungkinlah kot. Tapi kalau sekadar nak buang duit beli topup, baik aku beli karipap.”
“Dasar pelahap.”
“Orang bunian kot yang hantar mesej tu. Ntah-ntah cikgu Rina...” Linda terkekek, mentertawakan kata-katanya sendiri.

(nextPage)

Cikgu Fizi melintas depan mata. Mukanya tersenyum memandang ke depan. Andrey toleh ke belakang, nak tengok senyuman itu untuk siapa. Hilang terus mood bila nampak cikgu Sophia membalas senyuman cikgu Fizi. Mereka berdiri tak berapa jauh dari tempat di mana Andrey sedang duduk menunggu Jacques. Suara mereka dapat ditangkap dengan jelas.

“Sorry, I’m late. You dah breakfast?”
“Belum.”
“Jom. Semua yang you mintak dah I sediakan.”

Bengkak hati, jiwa merana. Mata menyorot pergerakan mereka berdua. Duduk berdepan, makan bersama. Tak ada cikgu lain, mereka berdua saja tanpa gangguan. Bahagia betul. Berbual, ketawa, bertukar senyum. Panas kat dada mula mencetuskan api. Cemburu pun membara. Dengki dan iri hati pun menyerang. Mood hilang. Hati sedih. Sedih melihat gadis pujaan hati dengan begitu mesra melayan lelaki lain depan mata sendiri. Lelaki yang lebih segak, lebih tampan. Lebih Bijak. Hinggakan kewujudan dia kat situ tak dipedulikan langsung. Kalau bukan sebab dah berjanji dengan Jacques memang dia dah angkat kaki. Kecewanya dia, hanya Tuhan je yang tau.

“Hai, pagi-pagi kelat je muka. Kau kenapa?” Jacques tiba tak lama selepas itu.
“Eloklah kau sampai jugak. Aku baru nak blah.”

Lagi baik berasap belakang bangunan daripada berasap tengok awek kena kebas depan mata.

Tanpa berlengah, terus Jaques diajak meninggalkan kafeteria selepas mendapatkan sarapan.

“Bising sangat situ,” ujar Andrey, beri alasan.

“Tadi aku jumpa cikgu Rina kat parking. Saja aku tegur.”
“Pastu?”
“Tak ada apa, itu je. Kau taulah dia tu bukan banyak cakap sangat. Dalam kelas je membebel, itupun kalau kita buat hal.”
“Hmm… Betul lah tu. Dia memang kurang mesra.”
“Apa punca, apa dah kau buat sampai asik kena je? Kau tolak cinta dia ke apa?” Tanya Jacques, nak tau lebih lanjut tentang kisah dia dengan singa gunung. 

Jacques memang banyak mulut, tak reti diam. Lalu Andrey diamkan soalannya dengan mendiamkan diri. Hal dengan cikgu Rina dah lepas. Malas dia nak ingat-ingat lagi. Terasa bodoh, malu, bila kenangkan kebodohon sendiri.

“Kenapa kau tolak cinta dia? Kau tak de perasaan?” Jacques tak berputus asa. Kali ini dia berjaya buat Andrey ketawa. Muka Jacques yang berambut cacak macam duri landak itu dipandang. 

Rambut tu, kalau cicak jatuh, boleh arwah di tempat kejadian. Dia memakai anting-anting berbentuk abjab J sementara di telinga kanan, abjad A. Kukunya sengaja dicat hitam, mungkin nak bagi nampak dark and mysterious. Tapi nak gelap, nak misteri apa kalau mulut tak reti diam.

“Aku tak tolak, cuma aku belum bersedia.”
“Belum bersedia kepala hangguk!” Jacques menolak kepala kawannya itu. Dia gelak kuat-kuat sampai ketawanya itu menjangkiti Andrey. 

Jawapan yang diberi mungkin gurauan, tapi kalaulah Jacques dengar apa yang pernah cikgu Rina suarakan, pasti dia juga akan turut terpaku seperti mana dirinya dipaku oleh ciuman si singa.

“Tak ada faedahnya nak bermusuh dengan cikgu. Rugi je… Kalau akulah…” Jacques senyum.

“Kalau kau kenapa?”
“Kalau aku?” Dia menundingkan jari telunjuknya ke dada sendiri. Bersama ketawa kecil, dia berkata penuh yakin, “akan kujinakkan singa gunung tu sampai jadi kucing rumah.”

“Kau ni bergurau ke apa ni?” Timbul risau bila dengar pengakuan si Jacques.

Budak ni bukan boleh percaya…

(nextPage)

Kawan barunya itu berdiri. Punggung seluar ditepuk-tepuk sebelum dia menyeluk tangannya ke dalam poket sementara yang sebelah lagi menyelit rokok antara jari hantu dan jari telunjuk. Rokok disedut dalam-dalam kemudian dihembusnya pelan-pelan, membentuk gelung-gelung asap.

“Lelaki mana yang tak terpikat tengok perempuan lawa macam cikgu Rina? Cuba kau cakap sikit. Pak imam pun boleh tanggal serban tau.”
“Imam tak de iman, memanglah.” Balas Andrey. Mereka sama-sama terkekeh lagi. “Aku iman kuat. Setakat singa gunung camtu takkan mampu tundukkan aku.”
“Kau jangan bongkak sangat. Karang makan diri.”
“Makan diri tak pe. Jangan makan hati.”

Ketawa pecah lagi. Senang hati, gembira macam tak ada masalah. Andrey rasa bebas walau dadanya masih sebak memikirkan jalan ke hati Sophia seolah telah tertutup.

“Bukan semua orang boleh terima orang macam kita, bukan semua orang nak faham. Ramai yang tak suka, yang benci. Agaknya cikgu Rina tu homophobic, transphobic tak? Anti LGBT? Pasal tu dia tak suka engkau, mungkin dia anti dengan orang macam kita?” Pendapat itu seratus peratus salah. Biarlah Jacques terus berteka teki sementara dia mahu fokus menyiapkan cantuman puzzle yang baru disusun.

“Kenapa kau jadi camni?”
“Entahlah… Dari kecik camni.”
“Ada aku baca, kadang-kadang perempuan bertukar jadi lesbian, jadi butch sebab kecewa, pengaruh kawan-kawan.”
“Lepas tu jumpa jantan elok balik bertukar jadi warisan wanita terakhir?”

Perkataan warisan wanita terakhir yang disebut Jaques membawa ingatan pada lagu yang pernah dipopularkan oleh Teacher's Pet itu. Wajah cikgu Rina dan cikgu Sophia segera menerpa hati.

“Entahlah, Jacques. Manusia ni, kadang-kadang lagi suka pakai topeng. Tak berani nak bukak. Aku tak suka pakai topeng dan orang yang tak bertopeng ni pelik bagi yang hidup dalam dunia topengan.”
“Haha tu dia, kalau dah mula berfalsafah…” Jacques menepuk bahunya. “Anyway, aku macam kau. Ayah aku cakap dari kecil aku dah tunjuk sifat ni. Mak dan ayah aku tak mendorong, tak juga mengubah. Mereka bagi ruang aku jadi aku.”
“Aku nak sangat tau kenapa kita jadi camni. Mungkin ke sebab kelahiran semula tu wujud atau kewujudan orang cam kita ni adalah wahyu dari Tuhan sebenarnya?”
“Hal ni memang complicated. Complex. Aku percaya sains ada jawapannya. Boleh jadi jugak macam kau cakap tadi. Rebirth. Revelation. Who knows…
“Interesting, isn’t it?”
“Indeed. That’s why my dad said, people like us are special.”
“Kau suka town ni?”
Town ni quite boring. Tak macam bandar aku dulu, lengkap dengan segala pusat maksiat. Kau dah lama kat sini mesti kau lagi tau apa yang best, bolehlah kau tunjuk aku, apa macam?” Jacques menukar arah perbualan.

“Aku sendiri tak tau apa yang best bagi kau. Tapi ada satu tempat best aku suka lepak. Tak tau la kalau taste kau sama dengan aku.”
“We’ll see. Tapi, sebelum kau bawak aku pergi tempat kau, apa kata malam minggu ni kau ikut aku pergi tempat aku dulu, amacam?”

(nextPage)

“Betul ke dia join malam ni?” Tanya Rosy yang nampaknya teruja bila tahu Andrey akan hadir ke parti mereka malam itu—parti yang diadakan hampir setiap malam minggu.

You all masuk dulu. I tunggu dia kat sini.” Arah Jacques yang telah pun menempah sebuah bilik karaoke awal-awal lagi.

Manalah monyet ni, datang ke tidak? Jangan kau tak datang pulak, malu aku.

Jacques mendail lagi nombor telefon Andrey. Tiada jawapan seperti tiga panggilan terdahulu. Dia menyalakan sebatang rokok, sabar menunggu kehadiran sang sahabat. Selepas setengah batang rokok dihisap, muncul Andrey dengan Aprilianya. Helmet dibuka.

Sorry lambat. Aku tertidur.”
“Tido?”

Pintu dibuka. Gadis-gadis tersebut sedang gembira menyanyi dan menari. Asap berkepul-kepul mengisi ruang bilik karaoke yang luas serba mewah itu. Di atas meja terhidang botol wine dan beer, snacks, dan kotak-kotak rokok.

Tak pernah sekali dalam hidup Andrey ke pusat karaoke atau ke kelab-kelab malam. Ini pengalaman baru. Bingit muzik bercampur baur dengan hilai ketawa dan suara gadis-gadis tersebut buat dia rasa mual. Tapi matanya mencari seseorang.

“Mana Lisa?” Dia bertanya agak kuat.
“Dia mana pernah join kitaoang kalau parti macam ni.” Jawab Jacques sambil menghulurkan segelas champange kepadanya.

Jarang Andrey minum kalau bukan dengan keluarga di majlis-majlis rasmi abah. Kebebasan diberi setelah mencapai umur sepatutnya. Namun begitu, jiwanya seakan mengisyaratkan tekak untuk menolak. Dia tak berapa gemar minuman keras. Sikit-sikit, sekali sekala tak mengapa tapi kalau tiap minggu macam Jacques, tak mungkin.

Rosy datang dan duduk di sisi Andrey. Tangannya dilingkarkan di bahu sambil cuba menyuapkan Andrey segulung rokok.

“Ni bukan yang biasa.” Dia berbisik.
“Cubalah…C’mon.”

(nextPage)

Andrey menolak. Dia tak tahu apa yang terbalut dalam kertas itu. Tapi dia cukup maklum, kalau mencuba, panjang ceritanya nanti.

Thanks, Rosy. Rokok dah cukup.”
You ni…” Rosy menyedut balutan tersebut kemudian asapnya dihembus ke muka Andrey.
“Smells good, isn’t it?” Jari-jarinya menjalar ke peha Andrey.

“Rosy… this is not right.
“Don’t be shy, darling. Kalau tak tau, boleh belajar. You tak tau, I boleh ajar.” Dia terus mengusap-usap peha Andrey. Tak selesa diperlakukan sedemikian, Andrey mengesot sedikit demi sedikit. Menoleh ke kanan, dia lihat Jacques sedang hanyut dalam pelukan Sue manakala dua orang lagi gadis, Zana dan Mila leka menari dan menyanyi. Gelas wine tak lepas dari tangan. Sesekali asap dihempus membentuk awan.

“Kalau you nak, malam ni I boleh teman you.” Rosy merapatkan badannya ke badan Andrey. Tangan ditarik dan dibawa menyentuh dadanya.

See, you tak pernah rasa ni, kan?”

Untuk seketika, tapak tangan Andrey melekat di dada Rosy yang hanya mengenakan tube putih.

“You like it, don’t you?” Sambil berbisik di telinga Andrey, dia menurunkan sedikit balutan tube di tubuh. Andrey tak percaya yang Rosy begitu berani memperlihatkan buah dadanya.

“It’s all yours tonight. Not only these but that too…”
“Rosy, aku tak nak…”

Dia menepis. Champange diteguk, rokok dinyalakan. Jacques dan Sue tak mengendahkan mereka semua. Andrey bangun. Dia menepuk belakang Jacques yang sedang leka membelai tubuh Sue.

“Aku nak blah ni.”
“Awal lagi, bro. Relaks la. Aku tempah sampai pagi ni. Parti baru nak start.”

Rosy mendekati lalu memeluknya dari belakang.

“Esok bukannya sekolah.” Gadis itu tetap mahu mencuba. Dadanya sengaja ditekap dan digesel-geselkan di belakang badan Andrey. Tangannya menjalar ke dada. Andrey menepis lagi.

“Tak pe lah, korang carry on. Aku blah dulu.”

Pintu dihempas. Andrey benci apa yang dia alami malam itu. Menyesal dia ikutkan kehendak Jacques.

“Kayu…” Bentak Rosy. Hampa. Lalu dia menyelitkan dirinya antara Jacques dan Sue.

(nextPage)

Andrey singgah di sebuah warung kopi tepi sungai di tengah-tengah Bandar Terusan Tasik Biru. Secawan kopi O kosong dipesan untuk meringankan otak. Apa yang terjadi sebentar tadi buat dia merasa asing—sesuatu yang sangat bertentangan dengan jiwanya.

Mana maruah engkau?

Dia menyoal diri sendiri bila teringat apa yang Rosy lakukan. Malu. Kalau Rosy tak malu, itu dia tak tau, tapi dia sendiri yang malu. Dahi dipicit seakan cuba untuk melenyapkan kejadian itu dari ingatan.

Tak kan ada lagi lepas ni. Sorry, Jacques.

Aprilia ditunggang merentasi bandar Terusan Tasik Biru. Semasa memasuki jalan menuju ke rumah, dia terpanggil untuk belok ke kanan—jalan ke rumah cikgu Rina. Terdetak di hati untuk mengintai.

Pacuan diperlahankan. Dalam samar cahaya lampu jalan, jelas kelihatan dua buah kereta terparkir di sebalik pagar. Dia kenal kedua-dua kereta tersebut. Satu yang pernah ditorehnya. Dan satu lagi yang ingin dia toreh demi satu ciuman.

Apa Sophia buat malam-malam minggu ni dekat rumah singa?

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!