Suara ~ Bab 21 : Pengakuan

Ray FL
0


D(caps)ah lama pesanan ringkas dari Gadis Misteri tak datang mengganggu. Dah tak rindu agaknya. Andrey tertanya-tanya, ke mana perginya dia?

Perdamaian dengan cikgu Rina seakan telah membisukan si Gadis Misteri itu. Bukanlah dia rindu atau nak terus digganggu, tapi pelik… Entah-entah betul cikgu Rina yang hantar semua mesej misteri itu selama ni, macam kata Linda.

Mustahil.Dia kenal cikgu Rina—seorang yang berterus terang. Straight to the point. Confident. Tak mungkin cikgu Rina akan buang masa menyakat. Lagi pun, perasaannya bukan rahsia lagi. Tak ada logika kalau dia nak bermain-main mesej.

Kopi dihirup sendirian sementara menunggu Jacques. Memang dah jadi rutin, setiap pagi mereka akan berjumpa di kafeteria, tak kiralah siapa yang sampai dulu. Sesekali Andrey menjenguk ke tempat letak kereta guru.
Belum sampai lagi dia…

Hati mengajak kaki menghampiri Jukebox. Biasanya dia bawak mp3, tapi pagi tu dia lupa benar.
Sewaktu memilih lagu, kelihatan sebuah kereta hitam memasuki perkarangan sekolah. Bibir Andrey dengan sukarela mengukir senyum menuruti hati yang kembang berbunga. Dada terasa bergelombang. Dari jauh dia perhatikan cikgu yang dah banyak mencetus inspirasi dalam hidupnya. Setiap pergerakan disoroti. Dari hujung rambut ke hujung kaki cikgu Rina yang cantik. Andrey geram. Nalurinya terusik lagi.

“Jom, saya belanja nasik lemak dengan kopi O. To your right, please.

Sebaik mesej dihantar, dari jauh dia boleh nampak cikgu Rina mengeluarkan telefon bimbit dari beg laptop yang dijinjing. Mesej yang dibaca telah memekarkan sekuntum senyuman yang menggetarkan seluruh tubuh badan pengirim sampai jiwa turut menggigil.

“Morning…” Sapa cikgu Rina sambil meletakkan beg laptop di atas meja. Nasik lemak dan kopi O dah siap-siap Andrey beli lepas pasang lagu tadi. Dia tau itu selalu menjadi pilihan sarapan pagi cikgu bernama Rina.

“Silakan.”
“Mimpi apa?”
“Bulan jatuh ke riba.”
Kening diangkat. Mata dikenyit sebagai jawapan.
“Sedap lagu ni.”
“Juanes.”
“Tengo tambien un corazón que se muere por dar amor…” Cikgu Rina ikut menyanyi kecil. Senang hati nampak. Bahagialah tu pagi-pagi buah hati dah ajak dating.
“Y para tu amor que me ilumina, tengo una luna, un arcoíris y un clavel.” Andrey membalas, cuba menyampaikan rasa hati melalui lagu. Jiwa rasa lapang. Otak rasa ringan.

“Tau dah mana awak belajar Spanish. Sampai lupa saya nak cakap terima kasih for the breakfast.”
“Gracias por existir, amor.” Ucap Andrey sambil menundukkan kepala. Cikgu Rina menyambut ucapan itu dengan ketawa kecil. Andrey nampak getar di hatinya.

“Kemain lagi awak pagi ni… Nak bodek apa?”
“Bukan bodek. Orang rindu cikgu Rina orang.”
“Ye ke? Comelnya…”
“No hay dudas. Te extraño tanto que no sé cómo explicar...”

Cikgu Rina pandang muka Andrey dengan senyum meleret, mata tak berkelip. Apa yang Andrey ingin sampaikan nampaknya dah menembusi jiwanya. Dia juga rindu dan rindu itu semakin menebal seiring waktu.

Deruman enjin motor Jacques memecah sunyi. Apa yang amat mengejutkan, dia tak bersendirian. Seseorang membonceng motosikalnya dan kejutan berganda bila gadis itu adalah seorang yang mereka kenal. Seseorang yang tak Andrey jangkakan langsung. Apa yang Jacques rahsiakan? Dengan riak bangga dia berjalan sambil memimpin tangan si gadis. Mereka kelihatan begitu berseri dan bahagia, macam baru nikah malam tadi.

Lisa. Ya, Lisa. Si nerd yang pernah Andrey cuba jadikan awek dulu. Memang satu kejutan.
Macam mana Jacques boleh bawak si ulat buku naik motor? Siap pegang tangan lagi... Bila benda ni jadi, kenapa aku tak nampak? Kenapa aku tak tau?

“Dia pun dah jadi rider sekarang.” Komen cikgu Rina.
“Cikgu tak nak curik motor dia?”
“Dia belum lagi toreh kereta saya.” Jelingan cikgu Rina mencengkam jiwa dengan begitu ganas dan keras.

Jacques dan Lisa menghampiri mereka. Ceria muka kedua mereka macam pengantin baru sedangkan di meja sebelah sana, ada seseorang berwajah kelat. Rosy, siapa lagi. Si bibir merah berdarah yang kini kecewa kerana gagal memujuk hati Jacques. Dia menyesali semua pengkhianatannya setelah dipermainkan Gary.


“Dah ludah nak jilat balik.”Jacques membahasakan Rosy sewaktu dia dan Andrey sedang berasap di tempat biasa. Rosy datang tanpa teman, cuba merayu.
“Aku buta, baby... Aku silap... Aku tak hargai engkau...” Tangan Jacques dipegang tapi cepat-cepat kena tepis. Jaques memandang wajah gadis itu. Tiada riak kemarahan atau dendam lagi, sebaliknya dia bersuara tenang. “Rosy, belajar dari kesilapan, OK. Tapi jangan datang lagi,”katanya.

Kini, luka di hati Jacques nampaknya telah terubat. Diubati oleh seseorang yang jauh lebih baik. Andrey turut gembira dengan pilihannya. Lisa ada keistimewaan yang tersendiri. Intuisi Andrey mengatakan Lisa adalah orang yang sangat sesuai dan tepat untuk Jacques. Seorang yang boleh mengawal dia, sekurang-kurangnya.


“Amacam cikgu, suka tak Ducati?” Tanya Jacques bersahaja sambil meletakkan helmet atas meja.
“Boleh la. Saya lagi suka Aprilia.”
Deep tu…” Sakat Jacques. Dia buat mereka semua ketawa.

“Sejak bila berani naik motor besar ni, Lisa?” Andrey mengusik, ingin tau. Jacques dah pandai berahsia. Lisa yang tersipu malu menjawab ringkas, “sejak dia rajin pergi library.”
“Library?”Andrey angkat kening, minta kepastian dari kawannya. Sejak akhir-akhir ni memang ketara perubahan yang ditonjolkan. Makin kemas, makin rajin.

“She’s mine.” Jacques memeluk bahu Lisa tanpa teragak-agak. Cikgu Rina tersengih. Telatah pelajar-pelajarnya itu membuka kotak memori zaman persekolahan.
“Hmm, kalau macam tu Jacques, awak kena lebih matang sekarang. Lisa ni best physics student. It’s a big challenge.

Seperti seorang tentera, Jacques bangun, memberi tabik hormat seraya berkata, "yes, ma'am." Dia buat mereka semua ketawa lagi tanpa menghiraukan ada hati yang terluka nun di meja seberang sehingga pemiliknya bangun meninggalkan teman-teman lain, tanpa hilai ketawa, tanpa senyum di bibirnya yang merah.

Final tinggal beberapa bulan je lagi. Saya harap kamu semua fokus, buat yang terbaik. Grow up, jangan nak main-main je.” Pesan cikgu Rina sebelum dia mengatur langkah meninggalkan mereka bertiga.

Mata Andrey tak henti memerhatikan lenggang lenggok cikgu Rina sampai bayangnya hilang.
Batin menjerit-jerit ingin memeluk. Andrey tak sabar menunggu malam. Cikgu Rina ada mengajak dia menonton live band malam nanti.

“Jangan tenung lama-lama, karang juling mata,” tegur Jacques, berjaya mengalihkan sorotan matanya.
“Apa yang aku tak tau ni?” Tanpa berlengah, dia terus bertanya, sebaik saja Lisa minta diri ke kelas sementara mereka berdua terus menyelinap ke belakang bangunan untuk berasap.


“Aku takut kau gelakkan aku.”
“Kenapa pulak nak gelak? Cikgu Rina cakap perasaan yang jujur tak pernah tak betul.”
“Cikgu Rina cakap macam tu? Kat kau? Hmm… Apa sebab dia cakap pasal perasaan? Kau nak rahsia apa dari aku?”
Siul… Kena frame aku dengan kata-kata sendiri.

So, perasaan siapa yang jujur tu?”
“Aku. Walaupun syok sendiri, tapi perasaan tu jujur. Apa aku rasa kat cikgu Sophia tak pernah tak betul. Yang salah, keadaan. Keadaan diri aku yang macam ni. Orang macam kau dan aku.”
Kenapalah nama cikgu Sophia juga yang aku sebut?

Jacques menyengihkan jawapan itu. Jawapan yang direka tak begitu meyakinkan, Andrey sedar.

“Kau bagitau cikgu Rina pasal kau syok kat kawan dia tu ke?”
“Eh tak la…”
“Abih? Cikgu Rina syok kat kau?”
“Tak de. Takde siapa syok kat sesiapa. Aku je yang syok sendiri. Sekarang ceritalah camne kau boleh on dengan Lisa.”
“Sejak kau ajak tengok bintang— meteor shower tu, kita orang mula rapat. Kadang-kadang kita orang tengok berdua je tak ajak kau pun.” Jacques berhenti, dia ketawa kemudian menyedut rokok dalam-dalam. “Dari bintang ke archery ke tennis ke library, dari library ke muzium, ke planetarium, ke panggung. Tu yang buat kita orang makin rapat. Sorry, mate... Tak bagitau kau. Aku segan.”
“Nak segan apa dengan aku?”
“Yelah... Dulukan aku cakap dia boring, ulat buku lah apa… tapi sebenarnya Lisa… Lagi lama aku kenal lagi seronok aku rasa. Dia hebat.”
“In bed, you mean?”
“Belum lagi sampai tahap tu. Aku tak nak rosakkan dia sebab aku serius nak jadikan dia awek aku yang terakhir. Banyak dia ajar aku benda yang tak pernah orang lain ajar. Lain dari yang lain, dia betul-betul perempuan… Bukan macam Rosy… Tak macam the chicks.”
Ye, macam cikgu Rina… Dia pun dah ajar aku banyak benda…

Jiwa diserang rindu. Betul, kali ini bukan untuk cikgu Sophia, tapi rindu itu khas untuk cikgu Rina.

“Tapi kenapa cikgu Rina cakap camtu kat kau, erk— pasal perasaan jujur tu?” Nampaknya Jacques masih tak berpuas hati. Andrey tersengih, cuba cari jawapan agar tak terkantoi lagi.

#

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tak pernah Rina tak ada di sisi pada hari jadi Sophia. Begitu juga sebaliknya. Tak kira di mana dan bagaimana, besar atau kecil sambutan, yang penting, mereka menyambutnya bersama. Wajah Sophia kelihatan berseri di pagi harijadi. Rina tahu kegembiraan itu sudah tentu terlahir dari pertemuan malam tadi—pertemuan dengan Andrey yang pasti telah membuat dia rasa terisi.

Rina merenung hatinya. Memujuk supaya jangan bersedih. Dia tak ada hak menghalang Andrey keluar dengan sesiapa pun apalagi meletakkan syarat seperti yang pernah dia lakukan dulu. Dia tak berhak buat begitu dan Andrey tak salah jika tak memberitahu.

“Kalau kau happy, aku happy sama.”
“Terubat rindu aku pada Hans…”
“Budak tu macam mana? Behave tak?”
“Dia OK tak buat benda mengarut pun.”
“Seronok tak borak dengan dia?”
“Aku selesa. Lebih daripada tu, aku tak tau, Rina. Dia bukan Hans. Aku sekadar berteduh di bawah bayang-bayang.”

Apa yang diluahkan Andrey malam tadi, Sophia ceritakan kepada Rina. Semuanya. Mendengar apa yang Andrey luahkan kepada Sophia, terbuktilah sangkaannya selama ini tepat.

“Mungkin dia wujud untuk mengganti tempat Hans.”
“Aku tau kau sayang dia, Rina.”
“Betul dan aku jugak sayang kan kau, malah lebih lagi. Kau lebih perlukan dia.”
“Aku perlukan Hans. Terus terang, aku suka budak tu tapi bukan untuk menggantikan tempat Hans.”
“Dia dah mengaku dia suka kau. Dengan aku tak pernah dia cakap apa-apa pun tentang perasaan selain layanan dia yang kadang-kadang buat aku rasa istimewa.”

Kepedihan dapat Sophia rasakan daripada lantunan suara Rina, membawa gema suara hati Andrey ke telinganya.


“With you, I feel surrounded by rainforests and waterfalls. That’s how special you are.” Lafaz kerinduan Andrey bebaskan antara desir daun dan suara angin malam tadi. Langit malam seakan membawa terbang ke Tanjung Bayu, sebuah tempat yang dah mengisi waktu remajanya. Kemudian dia bertanya perlahan, “you do?”
“I’m sorry. This is too much.”
“I’m sorry. This is too much.”
“Saya suka nak dengar.” Dia menggerakkan sesuatu dalam hatinya yang berbelah bahagi.

“I know that all of my dreams are limited to the realm of my imagination. I should not allow the emotions to swell.” Tatapan mata Andrey begitu tulus sewaktu suara hatinya dilagukan dan kini Sophia mengalihkan pula tatapan mata itu ke mata Rina.


“Aku pun tak patut bagi dia harapan.” Sophia melahirkan kekesalan. Cerita diteruskan. Perasaan dikongsi. Rina mendengar sepenuh hati. Antara dia dan Rina, tiada rahsia dan tiada perasaan yang perlu disembunyikan.


Dengan kepala tertunduk, Andrey berbisik,“saya tau saya tak layak tapi saya suka cikgu. Maafkan saya sebab simpan perasaan macam ni.”

Gerak tubuh, pandangan mata dan bisik suaranya bukan déjà vu, Sophia pasti. "Saya tak nampak apa yang salah. Itu yang awak rasa, kenapa perlu ada rasa bersalah? Perasaan tak perlu apa-apa kelayakan pun." Kepastian dihantar dalam nada yakin.

“Saya tak tau cikgu hampir jadi milik orang. Saya sentiasa berharap cikgu jadi milik saya.” .
“Itu dulu... Sekarang, saya dah bebas.” Sophia tak pasti apakah kata-kata itu wajar tapi dia tak dapat melawan kehangatan sebuah perasaan.

“Tapi cikgu bukan...”
“Bukan apa? Gay?” Sophia ketawa kecil kemudian melengkapkan kata-katanya, “ramai orang anggap mereka tu straight sebelum faham apa yang dicari, apa yang diinginkan dan apa yang sebenarnya yang perlu.”

Andrey mengangkat mukanya. “Apa yang cikgu cari, nak, faham dan jumpa? Perlu...?” Dia meminta kepastian— tak pasti apa maksud sebenar kata-kata cikgunya tadi.”

Sophia menarik nafas dan melepaskannya dengan tenang. Dia mendekat dan terus Andrey dibawa dalam pelukan. Dengan telus, dia terasa Hans berada dalam pelukannya. Jiwanya berkocak dengan kerinduan yang amat dalam. “Awak ada sentuhan.” Bisiknya di telinga Andrey.

Seperti memijak pasir di pantai, Andrey merasakan dirinya menjadi rapuh. Kaki tak menyentuh air tapi dia tenggelam terus ke dasar lautan. Hati yang jatuh diangkat ke atas sayapnya, menerbangkan dia begitu tinggi di udara. “I have been in this trance forever.” Pelukan itu mengizinkan Andrey untuk terus membelai jiwa Sophia. “Dah lama saya nak bagitau cikgu semua ni.” Dia mula khayal dihanyutkan dakapan cikgu Sophia. Tak ada suara yang terlontar dari bibir gadis itu— hanya mengeratkan pelukan.


“Maafkan aku, Rina. Aku confused.”
“Tak ada salah yang nak dimaafkan. Aku rasa elok kau luangkan lebih banyak masa dengan dia supaya kau dapat renungkan perasaan kau betul-betul. Supaya kau tak keliru lagi.”
Aku tak tau macam mana. “Melukis, muzik, sastera... aku tak reti tu semua.”
“Dia suka outdoor activities— fishing, camping, or star gazing. Just enjoy the activities you love doing with Hans.” Rina menyentuh tangan Sophia. Dia mahu Sophia rasakan ketulusan hatinya. “Kau tak payah ajak dia menari. Cukup setakat minum teh panas sambil tengok bintang, kat situ pun kau boleh capai jiwa dia.”
“Aku cuba.” Balas Sophia, pendek. Dia tahu Rina ikhlas dan dia juga tahu, semua itu bukan semudah kata-kata.
“Aku tau kau akan jumpa apa yang kau cari dalam diri dia.”

Wajah Sophia kembali bercahaya. Sedangkan hati Rina basah dengan tangisan.

#

Selepas menyatakan apa terpendam dalam hati, Andrey lebih bersedia untuk bersikap terbuka tentang apa saja supaya cikgu Sophia mengenali dia lebih dekat. Mereka belum pernah lagi bercakap tentang perasaan selepas pengakuan di malam harijadinya. Mungkin hanya menyentuh permukaan, belum lagi menyelam. Meski ada keingingan, tapi Andrey dah tak kisah sangat. Entah kenapa, dia sendiri tak tau.

Sesekali ada juga cikgu Sophia bertanya tentang hidupnya tapi guru itu lebih kerap bercerita tentang betapa sakitnya kehilangan sebuah cinta— cinta sejati dan airmata pasti mengiringi tiap luahan kesakitan itu. Memahami kekecewaan yang dialami, Andrey tak mau menambah beban dibahu cikgu Sophia. Lalu dia memilih untuk mengenepikan hasrat hati demi memberi ruang dan waktu untuk membebaskan cikgu Sophia dari belenggu itu.

Begitulah getar kesedihan terpantul dari suara cikgu Sophia sewaktu panggilan telefonnya mengejut Andrey dari tidur siang pada satu petang. Dia adukan rasa sunyi, lalu Andrey menawarkan diri untuk menemani—mencadangkan tasik untuk tenangkan fikiran. Tapi cikgu Sophia menolak. Dia minta Andrey menemannya di rumah.

Dan di sinilah Andrey sekarang, buat pertama kali.

Tidak seperti cikgu Rina yang memiliki rumah berdekatan dengan kejiranannya, cikgu Sophia tinggal di tingkat tujuh sebuah apartmen di pusat bandar. Dari balkoni ruang tamu, pemandangan cantik Terusan Tasik Biru terpampang kemas seperti lukisan.

“Hidup ni tak adil.”
“There must be a reason for the reasons.”

Sama ada perkataan itu betul dan tepat untuk disampaikan, dia tak pasti. Dia cuba lagukan kata-kata terbaik untuk membawa kaki cikgu Sophia kembali menjejak bumi.

Kalaulah kau aku punya, Sophia… akan aku lindung hati engkau dan tak akan aku benarkan matamu menumpahkan kesakitan.

Sophia ingin sekali menceritakan semua kisah hidupnya kepada Andrey. Dia tahu, dia tak patut membiarkan Andrey terus berteka-teki tapi seakan ada sesuatu yang menghalang. “To be honest, saya rasa kosong sangat. Kadang-kadang saya totally lost.” Dia cuba memulakan lagi tapi suaranya tersekat.
“Everything will fall into place. I’m here for you.”
“Terima kasih untuk kasih sayang awak.”


“Wanita ciptaan istimewa. Mereka harus dihargai dan dihormati bukan untuk diabaikan dan dilukai.” Bisikan suara akal cuba mengingatkan supaya jangan lupa di mana kakinya berpijak. Dan ia bertanya, “kau sedar tak yang kau tengah membuat luka di hati cikgu Rina ketika kau mengumpul hati cikgu Sophia yang hancur? Tak terhiriskah hati cikgu Rina dengan kata-kata manis dan godaan yang kau hembuskan ke telinga cikgu Sophia?”

Andrey pasrah. Suara yang bergema itu terlalu jujur untuk dihalau.

Melihat kesedihan dan kekecewaan di wajah cikgu Sophia, Andrey tak dapat lagi menahan cemburu. “Cikgu masih terikat dengan dia. Masih ada sayang.” Sebagai manusia biasa, perasaan itu tak dapat dia elak walaupun pada hakikatnya semua itu hanyalah kenangan masa lalu. Setiap kali diserang cemburu, dia cuba pujuk hati. Sentimen negatif seperti ini harus dihindari demi menjaga keharmonian sesebuah hubungan. Bukankah semua orang ada cerita sendiri? Termasuklah dia.

Di manakah kedudukan aku di hati engkau, Sophia? Setiap kali kita bertemu, kau hanya melagukan kesedihan yang sama. Adakah aku ini hanya sebuah bahu tempat engkau mengeringkan airmata, tak lebih dari itu? 
Satu keluhan berat dia lepaskan. Adalah mustahil untuk menipu diri sendiri. Ketidakpastian ini begitu pasti.
Hati dia, hak dia. Hidup dia, bukan untuk ditentukan sesiapa. Sedangkan aku hanyalah seorang yang mengharap.
Dan demi kasih sayang, dia relakan apa juga yang bakal terjadi asalkan cikgu Sophia bahagia. Itulah yang terbaik.
Cinta sejati... Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan cinta sejatinya itu?


“Tak... Bukan macam tu.”
“Saya tak faham...”
“Semua ni di luar kawalan saya. Tersepit antara keluarga dan cinta. Hati saya menolak. Jiwa saya memberontak. Cuma saya percaya, hidup ni perlu diteruskan walaupun saya dah tak larat.”

Andrey keliru. Sangat keliru. Apa sebenarnya yang cikgu Sophia kesalkan? Putus cinta, putus tunang atau apa? Kaki diatur keluar ke balkoni. Rokok dinyalakan. Fikiran sarat dengan tanda tanya selagi cikgu Sophia enggan bercerita dengan jelas.

“Saya bukan Tuhan yang tau apa tersembunyi di hati manusia.”
“Kalau boleh, percayalah... saya akan ubah segala-galanya. Saya benci sejarah yang ditulis oleh tangan takdir yang dah letak saya dalam derita yang besar ni.”
Andrey memusingkan badannya menghadap Sophia. “Apa sebenarnya, Sophia?”
Ada keluhan sebelum cerita dimulakan. “Keluarga pilih dia untuk saya. Awak rasa itu adil ke?”
“Cikgu dipaksa?”
“Saya tak pernah rela.”

Andrey merapati gurunya yang sedang meratapi nasib. Wajah pilu itu penuh dengan garis-garis kepedihan dan kesedihan.

“Kejam.” Katanya separuh berbisik. “Tapi kenapa masih bersedih sedangkan semua tu dah berakhir?” Andrey dapat merasakan ada sesuatu yang masih terpenjara dalam hati Sophia.

“Manusia suka cipta peraturan kemudian jadikan peraturan itu sebagai alasan untuk menghukum.”
“Syukurlah akhirnya kebenaran terbukti. Cikgu tak patut jadi mangsa.”
“Berita tu rahmat Tuhan setelah teruk saya dizalimi.”
“Sekarang cikgu dah bebas. Mulakan hidup baru, OK? Kalaulah saya lelaki…” Tangannya Andrey ambil lalu dia lepaskan satu ciuman. Apa yang nak diucap tersekat di kerongkong. Biarlah suara itu melekat di situ. Andrey hanya mahu memeluk dia.

Mata yang bergenang seakan ingin bercerita tapi ada ragu. Andrey tak mahu mendesak. Sehelai sapu tangan dia keluarkan daripada kocek seluar. Lalu airmata di pipi cikgu Sophia dia kesat. Rambutnya dia sisirkan ke belakang dengan jari-jari. “Take your time.”

“Saya nak kenal awak lebih dari ni.” Sayu mata cikgu Sophia tertancap di wajah Andrey sewaktu hasrat hati disuarakan. Dia menjarakkan sikit tubuh daripada pelukan dan dengan lembut mengusap rambut Andrey. Pipi dikucup dan kucupan di pipi terhenti di bibir.

“Cikgu...” Segera Andrey memalingkan wajah, tak mahu membiarkan mereka hanyut dalam sebuah perasaan yang belum pasti walaupun ciuman itu selalu menyinggahi ruang khayalnya satu ketika dulu.

“Kenapa Andrey?”
“Cikgu nak pergi dari sini, nak tinggalkan saya...” Jawab Andrey untuk mengelakkan cikgu Sophia rasa ditolak. Dia menggeleng kemudian kepala ditundukkan. Lantai balkoni ditenung. “Maaf... Tak patut saya buat macam tu...”
“Saya memang sayangkan cikgu tapi saya tak nak kecewa.” Andrey terkenangkan cikgu Rina. Perasaan yang jujur tak pernah salah, Rina pernah berkata. Dalam dakapan Sophia, masih itulah yang terngiang— suara Rina. Sesiapa pun tak akan dapat nafikan kenyataan bahawa dalam sesebuah hubungan, itulah yang utama— kejujuran.

Percaya pada kuasa cinta, dia bertanya pada takdir, “adakah Sophia jawapan untuk semua doa-doa sepiku atau Rinakah belahan jiwa ini?” Andrey keliru. Tersimpul. Tersepit antara dua hati.

“Awak ragu-ragu dengan saya?” Tangannya disentuh kemudian cikgu Sophia merangkul tubuhnya dari belakang.
“Pastikan hati cikgu betul-betul dah bebas dan ada ruang untuk orang macam saya.”

#

Puan Asha duduk di dalam bilik bacaan, menunggu suaminya menyertai. Psikoterapi yang Andrey jalani sudah hampir selesai dan pengambilan testosteron akan dimulakan sebaik selepas tamat peperiksaan akhir. Arman perlu tahu semua itu. Bukan sekadar tahu, dia mesti menerimanya.

Sehelai sampul putih menanti untuk dibuka. Di dalamnya ada semua laporan. Ujian darah, ujian kromosom, laporan terapi, laporan perkembangan, diagnosis— segalanya termasuklah kos.
Tuan Arman memandang dokumen itu, endah tak endah. Hatinya menggelegak dengan kemarahan.

“Awak buat semua ni tanpa pengetahuan saya?”
I dah cuba bagitau tapi you tak dengar. Now, relax. Let’s talk and face this together.”
Sampul dibuka. Tuan Arman membaca semua laporan itu dengan tekun. Hati dan akalnya berperang— saling menolak dalam percubaan untuk menerima.

It happens, sayang. Hal macam ni ada penjelasan saintifik. This is legit.”
“Aku malu.”
I tak faham, kenapa perlu malu? Andrey tak buat perkara yang tak senonoh. Dia cuma nak jadi dia.”
Tuan Arman mengetap gigi. Dia cuba mengawal suara. “Tukar jantina tu, senonoh sangat ke, Asha?”
You pernah cakap, you tak suka burung disangkarkan. Ikan dikacakan. Sekarang you macam nak biarkan anak kita terpenjara.”

Tuan Arman didiamkan kata-kata sendiri. Isterinya memandang dengan wajah simpati. Dia faham, itu bukan Arman tapi egonya. “You nak buat apa? You nak halang?”
I ada hak kan?”
“Dia bukan bawah umur lagi, Arman.”
“How can you be so cool about that?”
“Because I am the mother.”
“And I am the father. I can’t take this.”
“Jadi apa you nak buat?”
“Stop her before it's too late.”
“Why not consider becoming a member of our association? As a human rights activist, you'll gain access to a wealth of information and connect with numerous individuals and families who share similar challenges.”
“Itu yang pengaruh you?”
“No, darling. Sometimes, we have to welcome uncertainty and explore new adventures. Isn't life really about ongoing learning? It helps us gain a better grasp of the challenges we face.”
“No, thanks. We should put an end to her actions.”


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!