Suara ~ Bab 27 : Pasti

Ray FL
0


“A(caps)ku nervous betul.” Adu Jacques dua hari sebelum Andrey menjalani mastectomy. Giliran Jacques menyusul sehari selepas itu. “Rey, kalau jadi apa-apa camne nanti?”
“Jadi apa, kau ni?”
“Yelah, bedah-bedah ni...” Nada cuak beralun dari kotak suara Jacques. “Nanti kita tidur, kan?”
“Ha la... Takkan nak potong benda tu hidup-hidup, gila kau?”
“Buatnya masa tengah bedah, kita tersedar camne? Atau lepas bedah kita tak bangun-bangun lagi?”
“Kau ni merepek apa ni, Jacques? Adoiii...” Andrey mentertawakan kawannya yang cemas tak tentu pasal. Bukan main handal berlumba motor, bukan main berani lumba kereta, bila hal macam ni, dia kecut perut.

“Kau tak takut ke?”
“La, apa nak takut? Aku tak sabar. Benda ni dysphoria aku paling teruk. Period aku boleh tolerate lagi.”
“Yelah... Lagi cepat settle lagi baik, kan?”
“Ha ah betul lah tu. Dah tu, apa nak takut?”
"“elah, aku cuba. Rey, aku dengar suara kau makin garau la...”
“Tapi facial hair engkau lagi cepat dari aku.”
“Genetic.”

Terbayang Andrey muka Doktor Adam. Bila dah mula bermisai begitu, muka Jacques saling tak tumpah macam ayahnya. Ingatannya membawa wajah abah— wajah yang buat dia rasa kecil dan kecewa.

#

Tak henti-henti Tuan Arman meluahkan kekecewaan atas keputusan Andrey yang dia anggap tak siuman dan melampaui batas. Dan begitu jugalah tanpa lelah isterinya cuba meyakinkan lagi walaupun ketegangan terasa hampir memutus. Dia memandang suaminya bersama hati yang sarat dengan kata-kata. Kesakitan di mata Andrey tak dapat dia lupakan.

Puan Asha tahu, dia perlu merapatkan jurang dengan cara apa sekalipun. Sambil menarik nafas panjang, perlahan-lahan dia meletakkan tangan di lengan suaminya. “This isn't easy for him. He's still our child, no matter what. He's hurting, sayang.This isn't something you can dismiss because you don't understand.” Suaranya lembut tetapi tegas.

“I can't understand this, and I don't want to! It's wrong, it goes against everything I believe. You expect me to accept this just like that?” Tuan Arman menyilangkan tangan. Wajah isterinya ditenung dalam-dalam.

“I expect you to love your son.” Dia membalas pandangan mata itu dengan tatapan lembut, selembut nada yang dilontarkan. “I know this is hard for you. It's hard for me too. But he's been struggling with this for so long, hiding it, suffering alone. We can't turn our backs on him now. What he needs is our support, not our judgment.”
“It's not that I blame you but supporting him has contributed to all this mess!”
“You should present during his therapy. It's easier for everyone to understand the situation with all the explanations provided.”
“Saya malu, awak faham tak, saya malu ada anak macam dia. Sampai nak tukar jantina, itu sakit namanya, Asha.”
“Sayang, kalau dia sakit, kita bertanggungjawab bagi dia rawatan and that's what I do.”
“Malu bila orang tau semua ni nanti. Reputasi I, kedudukan I...”
“Itu semua lagi penting  ke dari anak kita? Where has Arman I once knew gone?

Andrey mendengar semua dari balik pintu bilik bacaan. Jelas. Perbualan abah dan mak sungguh memukul perasaan. Hatinya berdebar-debar— teragak-agak untuk meleraikan pertengkaran itu atau lebih jika dia angkat kaki sahaja.

“Doctor Adam and Marissa are dealing with the same issue, yet they seem to be able to accept it. What makes us different from them?”
“Ni salah dari segi agama pun.”
“Oh, now you want to talk religion? Great. I believe my Arman has wandered off somewhere else.”

Tak tahan mendengar masalah dia memuncakan perselisihan antara mak dan abah, Andrey lantas menolak pintu. “Jangan salahkan mak. Ini keputusan saya sendiri.” Akhirnya dia mencelah. Dia tak boleh biarkan abah menyalahkan mak.

“Andrey…” Puan Asha agak terkejut bila anaknya itu muncul tiba-tiba. “Calm down. Sit.”

Andrey mengambil tempat di sebelah ibunya. Matanya memandang ke arah abah yang duduk di seberang meja tulis. “Saya dah cukup matang untuk buat keputusan sendiri.” Dia menarik nafas, memenuhkan dada dengan kekuatan untuk meluahkan kesakitan yang sama. “Selama ni saya dengar cakap abah. Semua permintaan abah saya ikut, tak pernah mintak apa-apa. Cuma saya mintak biarkanlah saya jadi diri saya. Kenapa susah sangat abah nak faham?”

“Sebab semua ni bercanggah dengan fitrah. Kau nak jadi apa? Nak aku kawinkan kau baru kau sedar diri?”
“Your language, Arman. Please.
“Fitrah apa abah? Jasad? Macam mana dengan jiwa saya? Jiwa saya ni abah...”
“Kau patut dapatkan rawatan psikologi. Cari psikiatris.”
“I did and what I'm doing is a part of the treatment. Which part of it that you do not understand?”
“Arman, you know that's not true. Haven't you read those reads I gave you? There are explanations but you keep your heart closed. Blinded by something I can't comprehend.”
“I can't brain this.”
“Of course, you can't. You've been denying all these while and that's where your problem lies. If only you were there, things might have turned out differently.”
“Tolong jangan sebab saya, mak dan abah bergaduh. Saya boleh pergi. Kalau abah tak boleh terima, tak apa. Tapi jangan salahkan mak. Please don't let my presence and problem interfere with the love you both share.”

Sekali lagi dia angkat kaki tapi kali ini terus ke bilik mengemas apa patut. Tak tau mana nak di tuju, dia ke tasik untuk menenangkan fikiran. Benak mencongak-congak, teragak-agak untuk hubungi Rina tapi akhirnya, dia minta Jacques segera ke tasik.

#

“Banyak kali dah bapak aku sound aku camni. Malu aku.” Adu Andrey sambil menguis-nguis tanah dengan sebatang ranting kecil.

“Tak sangka pulak aku abah kau garang kemain cam tu sekali. Knowing your mother, you know... she's kinda cool.
“Mak, bukan abah aku. Mana nak sama.”
“Kau lepak rumah aku dululah. Sampai habis mastec.” Jacques membuat usulan.
“Kalau parents kau tak kisah... Aku tak nak susahkan kau. Memang aku mati akal ni mana nak pergi.”

Semenjak keluar dari rumah, Andrey menumpang di rumah Jacques. Tak ada arah yang dia nak tuju dan Jacques berbesar hati ingin membantu. Kedua orang tua Jacques amat memahami konflik yang sedang melanda hidupnya. Untuk sementara, bolehlah. Sementara nak tunggu selesai pembedahan dan rawatan.

Nak tumpang rumah Rina, dia tak sedia. Malu ada risau pun ada. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak bercerita tentang apa yang dah terjadi— buat masa ini. Kalau Rina tau, mesti dia berkeras memaksa Andrey tinggal di rumahnya. Andrey masih belum bersedia. Masalah yang dia hadapi tak sepatutnya jadi beban kepada Rina.

“Sophia tau ke lusa kau nak operate?”
“Ada aku bagitau. Dia cakap dia tak kisah. Hans pun pernah nak buat dulu tapi tak sempat.”
“Kita ni mampu merancang, mampu usaha je.”
“Kita patut bersyukur, Jacques. Macam aku ni, walaupun abah aku menentang, tapi mak aku tetap bagi sokongan. Kalau tak pasal mak, memang tak merasalah aku semua ni...”

“Tulah... Betul apa kau cakap. Semua ni buat aku insaf.” Jacques melepaskan pandangannya ke dada tasik. “Kau tau, aku pun nak ikut jejak mak aku nanti, nak jadi aktivis. Aku nak tolong semua orang susah. Orang macam kita yang selalu teraniaya. Kau boleh join aku dengan Lisa. I'm sure your Rina mesti suka benda-benda camni.”

What a brilliant idea. Aku setuju sangat. Bukan tu je, kita boleh tolong strays, homeless. Apa je. Nanti aku bagitau Rina. Mungkin kita boleh ajak Sophia sama. Manalah tau, aktiviti camtu boleh jadi terapi untuk dia, kan?”

“Eh, sebut pasal Sophia... dia camne sekarang?”
“Macam tu je lah... Tapi jujur aku cakap, aku lagi serasi dengan Rina. Bukan nak buat perbandingan, Jacques. Ini hal keserasian. Sophia memang banyak kelebihan. Tarikan tu memang kuat tapi connection tu lemah walaupun dia pernah cakap dia sayang aku.”

“Sayang banyak jenis sayang. Sayang macam mana dia maksudkan? Mulut ke hati?”
“Entahlah... Macam kawan je kot. Teacher-student. Adik-akak. Aku pun dah tak ada rasa macam kat sekolah dulu. Sekarang rasa simpati yang lebih. Dia pun dah terang-terang cakap, Hans bukan untuk digantikan.”

“Sorang je manusia yang boleh capai jiwa engkau, menurut pengamatan akulah.”
“Sorang tu je pun yang dah capai tahap tu takat ni.”
“Nampak pun kau.”
“Dalam gelap pun boleh nampak. Dah terang buat apa nak bersuluh-suluh lagi.”
“Sophia sepatutnya tau apa dia patut buat.”
“Tak pe lah, Jacques. Aku tak marah, tak cemburu pun bila Sophia ulang cerita sebut-sebut pasal Hans. Aku tak kisah jadi bahu untuk dia menangis. Itu je yang boleh redakan sakit dia. Cuma aku tak tau camne nak buat dia sedar yang Hans dah tak ada.”

“Takkanlah dia tak sensitif langsung? Asik cerita pasal Hans je, macamana nak move on? Kalau dia betul-betul sayang kau, dia kena bagi diri dia peluang untuk mulakan hidup baru. Dia kena redha. OK faham, nak lupa tu mustahil tapi hidup ni kena teruskan.”

“Mungkin dia tak ada masa nak fikir semua tu. Aku tak nak tambah serabut dalam hidup dia. Banyak benda dia nak urus. Ada dia bagitau aku, papa dia tak berapa sihat. Tiap minggu dia kena balik kampung.”
“Kau tak rasa itu alasan je ke?”
“Tak. Rina sendiri bagitau aku pasal sakit tu. Tiga serangkai.”
“Oh... sorry, aku tak tau. Sian Sophia. Tak sangka dalam suka senyum-senyum tu macam- macam dia pendam sebenarnya.”
“Hati aku dah boleh terima semua tu. Redha. Lagipun Jacques... Aku dengan Rina dah jauh...”

“What? Jauh... What do you mean, jauh?”
“You know what I mean.”
“Seriously?”
“It was the first time for both of us.”
“Perasaan jujur tak pernah tak betul, kan?” Jacques mengenyit mata, mengulang ayat Rina yang pernah dia sampaikan kepadanya dulu.
“Aku surrender.”
Great. I'm happy for you. Aku memang tau dah, Rina memang sesuai sangat dengan kau. Dia pun memang sayang kau. Dari sekolah aku dah nampak. Kau tu yang buta. Tak habis-habis Sophia.”
“Tak, aku tak buta, Jacques. Aku confused. Sebenarnya aku tak pernah cerita habis kat kau apa yang jadi lepas kes toreh kereta tu.” 

Lalu terbukalah semua rahsia. Buat kali pertama dia ceritakan segalanya— semua yang Jacques tak tau, semua yang teringin sangat dia tau selama ni.

“Tu la aku cakap, Sophia tu just your crush.”
“Agaknyalah.”
“Si Rina pulak memang tangkas.”
“Dah nama pun singa gunung...”
“Amacam? Rina tu... Best tak?”
“Mind-blowing.”
“Now you are a man.”

#

Hari yang dinanti akhirnya menjelang. Bercampur baur perasaan dalam diri Andrey pagi itu. Ada rasa takut, teruja, bimbang, tak sabar walaupun dah benar-benar sedia untuk menjalankan mastectomy.
Rina pada mulanya menawarkan diri untuk menemani tapi Andrey mencadangkan supaya dia datang sebelah petang selepas pembedahan selesai. Kalau dia tunggu pun bukannya dia dibenarkan masuk ke dewan bedah. Dan lagi, Andrey tak mau Rina ambil cuti semata-mata kerana itu. Sophia pula tak dapat datang sebab dia terpaksa ambil cuti panjang untuk menjaga ayahnya yang semakin tenat di kampung.

“You should get a shave.” Seorang jururawat datang ke bilik di mana Andrey menunggu bersama ibunya. Andrey keberatan lalu memberitahu yang dia dah pun bercukur satu badan tapi si misi nak tengok ketiak pulak...

Adoi...

Sambil-sambil menahan geli ketiak dicukur jururawat yang boleh tahan hot, dia berbual-bual dengan mak. Sesekali rasa geli buat dia nak ketawa tanpa sebab. First time perempuan cukurkan bulu ketiak... Mestilah lain rasanya.

“Macam mana abah sejak saya tinggalkan rumah?"
“Being himself, like always.”
“Mak, saya ingat lepas semua ni selesai, saya nak cari kerja.”
“Macam mana dengan Akedemi Seni?”
“Akan saya teruskan. Tapi kena kerja jugak, kan... Nak support hidup. Sewa rumah, makan pakai.”
“Don't bother about it. Your dad is not the only wing you have.”
“Thanks, mak. I love you.”
“Sampai bila nak tinggal rumah Jacques?”
“No idea...”
“Lepas operation balik je rumah. Takkan nak harap Jacques, dia pun operate lusa, kan?”
“Ye, lusa.”
“Balik rumah. Kat rumah, mak ada boleh jaga. Amanda, Anis ada. Pembantu pun ada. Semua ada. I can ask our doctor too.”
“I'll think about it.”
“Don't think too long.”

Sepuluh minit sebelum pukul sembilan pagi, dia dibawa ke dewan bedah. Mak memeluk dan mencium pipinya sambil berkata, “everything will be alright, son. Text me as soon as you feel better.”
“I will.”

Sebelum ke dewan bedah, dia di bawa ke satu bilik di mana Doktor Fatima, anesthesiologist menyambut dengan senyum mesra. Di situ terdapat entah apa mesin menunggu. Jarum, monitor, wires. Andrey tersengih bila teringatkan Jacques. Mau pengsan budak tu tengok semua ni.

“Nervous? Excited?”
“Both.”

Pembantu Doktor Fatima mula menyediakan peralatan untuk menyuntik anasthesia di garisan intravena lengan. Andrey tarik lepas nafas.

“Relaks.”Kata Doktor Fatima. “So, A'Level macam mana?”
“It was great.”
“I was told that you were a TBC student. It's a prestigious institution.”
“Yes, I was...”
Terasa sesuatu yang amat sejuk mengalir dalam urat dan serentak itu dia tak ingat apa-apa lagi.


#

“Mr. Shariff, can you hear me?”

Andrey terlalu lemah untuk buka mata. Dalam kesamaran dia lihat ada beberapa orang berpakaian putih mengelilinginya.

“Mr. Shariff, how are you feeling?”
“What time is it?”
“Three. How are you feeling?”
“Sleepy.”

Sedar-sedar dia dah pun di wad. Seorang jururawat datang menghampiri, mesra menyapa dengan senyuman. 
“Ada apa-apa boleh saya bantu?” Dia bertanya selepas memeriksa tekanan darah.
“Tolong ambilkan telefon bimbit dalam laci tu dan boleh tak dapatkan saya secawan teh panas?”
Jurawat menunaikan permintaan. Telefon bimbit diserahkan sebelum dia keluar dari bilik untuk menyediakan teh. Seketika kemudian dia datang dengan secawan teh panas. “Dinner will be served at 19. Kalau ada apa-apa tekan butang ni.” Pesannya sebelum berlalu.

Jam lima petang. Dua jam rupanya dia tertidur selepas dikejutkan tadi. Sebaik saja mata terbuka dia teringatkan mak. Sepantas itu juga wajah Rina muncul diingatan. Rasa lemah dan mengantuk masih kuat, sekuat rindunya terhadap Rina. Sebuah mesej dititipkan kepada mak mengatakan semuanya selamat. Begitu jugalah yang dia maklumkan kepada Rina, Sophia, Andy dan Jacques.

“Saya OTW.” Mesej berbalas.

Seharian ini di sekolah, Rina diganggu bimbang. Tak senang duduk dia memikirkan pembedahan yang sedang berlangsung. Tak henti-henti dia berdoa semoga semuanya berjalan lancar tanpa masalah. Mesej yang diterima serta merta melenyapkan semua keresahan itu. Lekas-lekas dia memandu ke hospital.

Berbaring di katil, Andrey terasa dadanya kebas. Sakit itu menyukarkan dia untuk bangun. Tapi dia tak tahan rasa nak terkencing sangat. Tak kan nak kencing atas katil. Lalu dia gagahkan diri. Perlahan-lahan dia menolak badan yang berbaring 45 darjah untuk duduk 90 darjah. Sukses. Kemudian barulah dia bergerak ke kiri perlahan-lahan. Kaki berjaya dijuntaikan. Sandal selamat disarung. Kini dia dah berdiri. Dengan kelajuan siput babi, Andrey berjalan ke tandas. Di cermin dia melihat dadanya berbalut. Bangga.

Settle jugak akhirnya benda ni.

Hilang terus kebas dan sakit. Dadanya terasa ringan walaupun masih berdenyut. Menurut jururawat tadi, dalam sehari dua balutan boleh dibuka dan digantikan dengan compression vest. Tiub drainage yang mengalirkan cecair di kiri dan kanan bawah ketiak juga akan dibuka jika bacaannya menepati apa yang diperlukan.

“Sakit tak?” Tanya Jacques di telefon, sementara tunggu Rina sampai.

“Kalau nak gerak sakit. Kebas sikit. Rasa macam dada ni kena tekan tapi aku happy. Tak yah risau. Lusa giliran kau pulak. Seronok... Sikit pun tak sakit, percayalah. Nanti bila bangun tetek kau tak de dah. Masa tu kau lupa semua sakit.” Andrey cuba menghilangkan kebimbangan Jacques.

“Cuak betul aku. Hmm... Tak pelah... Esok aku datang dengan Lisa. Kau rehat dulu.”
“Aku tunggu Rina sampai ni.”
“Sayang betul dia kat kau. Congrats, bro.”

Mak juga ada menelefon bertanyakan keadaannya. Andy juga. Sedihnya, tiada kata dari Sophia. Dia cuba hubungi setelah pesanan ringkas tidak berbalas. Tapi sayang, tak ada jawapan. Risau. Namun bimbang hilang bila Rina menjengukkan mukanya di pintu bersama sejambak bunga mawar di tangan. Merah dan putih.

“Terima kasih. Merah campur putih... Pink. Your favourite colour.” Dia mencium jambangan itu. “Wangi, macam cikgu.”
Hello, it's green, OK. Pink tu motor awak.”

Dia nak tergelak tapi balutan di dada menyekatnya untuk ketawa begitu kuat.

“Awak, OK tak ni? Risau saya. Seharian kat sekolah asik fikirkan awak. Macam mana rasa?”
“Sekarang? Happy sangat. Dada ni normal la, baru bedah mesti ada rasa kebas-kebas sikit. Kesan anesthesia kuat lagi ni. Mengantuk saya...”
“Sakit tak?”
Andrey geleng. “Bila dah happy, sakit pun dah tak kenal lagi.”
Good. Lepas ni rehat, tidurlah. Esok lepas sekolah saya datang” Rina membuat janji sambil mengusap dahi Andrey.

“Dua tiga hari boleh buka dah ni tapi kena pakai compression vest enam, tujuh minggu.”

I see. Kalau macam tu, ikut nasihat doktor. Apa kena pakai, awak pakai. Mana yang kena pantang, ikut. Awak tak boleh buat kerja berat-berat tau sampai betul-betul baik. Tengok ni, saya dah buat research.” Sebuah buku nota kecil dia keluarkan. Dia menyelak buku itu. “No weight lifting. No smoking. Never. Hmm... Excercise ringan boleh. Kena banyak berjalan untuk aliran darah. Kita jalan keliling tasik nanti. Jogging tak digalakkan buat sementara waktu.

Senyum lebar Andrey melihat kesungguhan Rina dalam menghargai dan menyayangi dirinya. “Hmm... Berat yang tu pun tak boleh ke?” Usik Andrey yang sememangnya amat merindukan sentuhan malam pertama. Berharap malam kedua akan menyusul tak lama lagi.

Rina ketawa. “Berat yang tu... yang mana satu?”
“Yang hari tu...” Jari-jari nakalnya mula gatal nak merayap ke dada. Cepat-cepat Rina menepis lantas tangan Andrey digenggam. “Tak faham. Cuba explain sikit.” Pinta Rina tapi ada senyuman. Andrey tau Rina nak dia sebut terang-terang.

“Hadiah.”
“Hadiah apa?”
“Hadiah tu lah...”
“Nak hadiah ye? Yang tu nanti. Kena tunggu. Kena sabar.” Dahinya dikucup dan dibelai lagi. Pipi diusap lembut. Andrey rasa macam baby. Damai betul.

Operation tadi tak sakit. Saya rasa itulah satu tidur yang paling nyenyak, paling deep, paling aman pernah saya rasa. Agaknya mati pun rasa camtu, kan? Kalau mati rasanya macam tu, saya tak takut.”
“Apa awak merepek ni, Andrey?”
“Just a thought.”
“Jangan cakap macam tu lagi, saya tak suka.”
“Maaf...”
“Saya akan bagi awak tidur yang lebih sempurna dari tu.”
“Rina...”
“Hmm” Berubah raut wajah Rina, jadi muram. Suram.
“I love you.”
“Tolong jangan cakap macam tu lagi.”
I'm sorry...Saya sayang cikgu. Sayang sangat.”

Hari kedua di hospital, Andrey rasa semakin kuat. Dikejutkan dengan sarapan pagi, dia kemudiannya berjalan-jalan kecil di sekeliling bilik, ambil udara di tingkap. Seorang doktor perempuan datang untuk membuat pemeriksaan.

“How are you feeling today?”
“Never better.”
“Great.”
“Doktor, berapa lama pembedahan semalam?”
“5 jam. Pembedahan awak agak lama sebab ada pendarahan.”
“Ada komplikasi ke?”

“Tak. Semuanya OK." Jawab Doktor Meera sambil membuka balutan di dadanya untuk digantikan dengan yang baru. “Lusa dah boleh pakai compression vest. Lebih selesa dari ni. Tapi kat rumah nanti, jangan lupa dressing dan pakai vest tu sekurang-kurangnya enam minggu.”

“Baik.”
“Bawak bergerak, supaya aliran darah lancar. Saya tengok semuanya baik. Tiub ni pun kita boleh bukak lusa atau the day after.”
“Bila saya boleh discharge?”
“Lepas seminggu.”

Dan selama seminggu itulah tak pernah seharipun Rina gagal menjenguk, membawakan apa saja makanan yang dipesan. Kalau tak pesan pun dibawanya juga. Dia akan menyuap makan dan selepas itu membantu Andrey untuk turun dari katil, memimpinnya ke taman yang terletak di luar hospital untuk mengambil angin.

“Rina nampak dua orang tu?” Tanya Andrey, menggunakan mata menuding ke arah dua orang lelaki yang sedang berbual di satu sudut taman.
“Kenapa?”
Transmen, tapi dorang buat bottom surgery. Sebab tu terpaksa bawak catheter ke mana-mana. Perasan tak?”
“Oh patutlah... Talk about bottom surgery, have you decided?”
“Orang ke hospital untuk rawat sakit bukan cari penyakit.”
“Awak tak rasa itu satu keperluan untuk buat awak rasa lengkap sebagai lelaki?”
“Penis?" Dia mengangguk. Andrey senyum. Muka Rina dia pandang penuh sebelum bertanya, “awak nak ke?”
Kepala digelengkan. “I don't see its importance. Saya tak nak awak sakit.”
“Apa guna kalau tak boleh berfungsi, betul tak?”
“Kalau boleh fungsi pun, semua tu tak perlu bagi saya.”
“Betul kata awak. Saya tak perlu bottom surgery. Anyway, ada dua pilihan — phalloplasty dan metoidioplasty. Banyak stages.”
“Ada saya baca pasal tu. Tak payah buat lah, too risky.”

“Doktor ada tanya kalau saya nak buat. Kalau saya nak, breast tissue yang dah dikeluarkan semalam kena simpan sebab benda tu perlu untuk penile construction. Bukan tu aje, nanti tissue dari dinding pipi pun akan diambil untuk buat semua tu. Leceh, kan?”

“Ngeri.”
“Rina jangan risau. Saya tak akan buat.”
It's too complicated, high risk, time-consuming. Personally, semua tu tak penting. Tak perlu pun. Yang penting, awak.”

Andrey faham, Rina risau walaupun dah berkali-kali dia nyatakan yang dia hanya perlukan top surgery dan hormon terapi sahaja. 

“Bayangkan lengan sempurna ini dicacatkan dengan parut besar sebab phallo memerlukan otot yang akan diambil dari lengan atau paha atau dari sisi badan untuk membentuk zakar. Meto... Maaf Rina, saya sebenarnya malu cakap hal ni...”

“Tak payah la malu. Tell me, I want to hear.”
Meto, generally, advances the clitoris to represent a mini penis... Hmm, korek lubang tak susah macam nak naik tiang.
“Maksudnya?”
“Kalau transwoman senang. Potong lepas tu construct vagina dengan apa yang dah ada. Tapi transman, nak kena construct dari otot.”

“Sayang tak perlu semua tu. Apa yang awak ada dah cukup sempurna.”
“Risiko hilang nikmat seks tu tinggi sebab bottom surgery melibatkan banyak saraf. Saya tak nak gamble hal ni. Nanti yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.”

Rina ketawa kecil bila peribahasa tersebut digunakan. “Sayang, honestly, apa yang awak dah hadiahkan, yang awak buat, semua yang sama-sama kita nikmati, lebih dari cukup. Saya puas... Jadi saya tak nak awak risau pasal bottom surgery sebab awak sendiri tau apa yang penting bagi saya ialah diri awak tu sendiri. Hati awak. Jiwa awak.”

“Saya pun tak nak semua tu. Top surgery ni pun dah seribu nikmat.”
“Buat apa nak buang masa keluar masuk hospital nak kejar sesuatu yang tak pasti. Lagi elok kalau masa tu awak bagi untuk saya je.”
You're absolutely right, love. Saya pun puas sangat. Rindu rasa nak lagi. Nak sekarang...” Andrey menggeselkan mukanya di bahu Rina.
Pehanya dicubit. “Gatal.”
“Sejak ambil T ni, libido memang mengganas. Kadang-kadang rasa susah nak kawal. Asik horny je, nak meditate pun susah.” Tanpa rasa malu, dia selamba mengadu. Aduan itu digelakkan.

“Sebelum T dulu macam mana?”
Frankly, sebelum ni saya tak reti. Tak ingat saya kalau saya pernah rasa apa-apa. Entahlah... Ada kot, tapi saya bodoh masa tu.”
“Haha, sekarang dah pandailah, ye?”
“Saya ada cikgu yang hebat.”
Rina menggenggam jari-jari Andrey dan berkata, “saya sayang awak.”

“Tak ingat saya macam mana sebelum ni. Tapi sejak dalam khemah tu, baru saya faham... rangsangan mula datang. Saya rasa lain. Asik teringat awak, ciuman awak, kulit awak, bau awak, badan awak. Sekarang ni dah tentu lagi berlipat kali ganda. Susah nak explain. Awak la punya pasal.”
“Hormon yang buat, saya yang salah?”
“Awak hot.”

Rina diam namun masih tersenyum dengan pipi yang mula memerah. Andrey menatap wajah yang terlalu dia rindu itu. Teringat malam pertama. Nikmat yang diberi buat dia rasa tak sabar nak balik rumah cepat-cepat.

“Nanti kat rumah siapa jaga awak, buat dressing semua tu?”
“Mak ada, adik-adik ada, pembantu rumah ada. Mak kata, dia boleh panggilkan doktor peribadi kami untuk tengok-tengokkan saya.”
“Kalau boleh saya nak buat semua tu untuk awak.”
“Rina punya bahagian lagi special dari tu.”
“Apa dia?”
“Adalah… kena sabar. Meditate dulu.”
“You, your T and meditation... Hmmm...”
“Kalau bukan T pun, saya memang selalu rindukan Rina. Kalau Rina dapat overnight lagi seronok...” Katanya. Merayu nak bermanja. Badan dirapatkan ke tubuh.

“Rindu...” Dia berbisik sambil mencuri ruang untuk mencium pipi Rina sedangkan bibirnya dah terlalu rindu nak menyentuh bibir itu lagi. Fikiran-fikiran tersebut membawa mata nakalnya turun ke leher.
Terkenang belaian bibir dan lidah yang Rina persembahkan, Andrey terasa lehernya bagai digigit-gigit. Penjelajahan diteruskan ke bahagian dada Rina yang ditutup blouse berwarna merah. Kemudian matanya menjamah pula lengan turun hingga kaki. Dalam sakit dan kebas yang masih berbalut di dada, batin terasa berkocak nak menyentuh. Mata ingin terus menelanjangkan dia yang lengkap berpakaian sopan. Sayang sekali, khayalannya terbantut lantas mematikan desakan batin bila satu suara menegur dari belakang. Cepat-cepat tangan mereka leraikan.

“Mak... Hi...”
“It looks like someone else is really invested in this more than I am.” Mak memerli sambil merangkul lehernya. Satu ciuman dilepaskan ke pipi.
“How are you feeling?”
“Alive.”

Bersama-sama Puan Asha, Jacques turut datang melawat ditemani ibunya dan Lisa. Esok giliran Jacques pula. “Malam ni adalah kawan aku kat wad. Kau ready, bro?”
Jacques pandang Lisa. Mukanya cuak. “Tak ready, tak payah buat.” Kata Lisa, sengaja mengejek.
Salam dan ciuman bertukar.

“Mak, kenalkan, Rina... Ireena, cikgu ekonomi saya kat sekolah dulu. Rina, my mum, Asha. Mrs. Adam— Marissa, Jacques' mother.

Kedua wanita penting penyeri hidupnya saling bersalaman. “Tak pernah cerita dekat mak, kamu ada cikgu secantik ni. But I do remember the name. If I'm not mistaken you mentioned Rina during the conversation with abah before the event, two years ago.” Mak mengusik.
“Hmm... Saya sebenarnya nak beritahu mak, cuma belum ada kesempatan.”
“Are you both dating?”

Aduh... Mesti mak nampak apa aku buat tadi.

Dia dan Rina saling berpandangan. Dari airmuka, Andrey dapat baca isi hati Rina yang meminta dia selesaikan persoalan yang bermain di fikiran mak. Dan dia juga tau, mesti Rina nak tengok sejauh mana keikhlasannya. Dah ditanya mak macam tu depan tiga orang saksi... Andrey tarik nafas, lepas. Muka mak dia pandang, kemudian beralih ke muka Jacques, muka Lisa, muka Puan Marissa, kembali ke muka Rina dan seterusnya ke wajah mak semula.

No.” Kelihatan ada tanda tanya di wajah cikgu Rina. Walaupun jawapan itu membuat dia tertunduk, tapi dia tahu, Andrey pasti ada jawapan yang lebih baik. Dari sekilas pandang, Andrey nampak rekahan kecil di hati Rina. Namun, spontan dengan itu juga, dia mencapai tangan cikgunya itu.

She's more than that. She's my inspiration, the one I want to spend my life with. Mak, please bless us.”
Jacques menepuk-nepuk bahunya. “That's my man.”
Your daughter-in-law is a real teacher, Asha.” Usik mak Jacques yang dia panggil Aunty Marissa.
Bakal menantu Aunty Marissa pun boleh tahan. Andrey berharap Lisa tak bercakap pasal daya pecutan atau tekanan waktu bercinta dengan Jacques.

Bersaksikan mak juga mereka-mereka yang dia percayai, rasmilah hasrat hati dilafazkan. Lega betul dia rasa. Memandang ke wajah Rina yang nampak terharu, dia saksikan cinta yang tak berbelah bahagi. Rasa bangga menerpa dalam kesedaran, menginsafkan diri tentang cinta tanpa syarat. Ternyata kewujudan cinta sejati itu bukan kisah dongeng atau hanya boleh berlaku dalam mimpi. Ia benar-benar wujud jika jiwa menginginkan.

Bersama tangan kanan dipegang mak sementara tangan kiri bersatu dengan tangan kanan Rina, terasa hangat sentuhan tangan dua wanita hebat dalam hidupnya mengalirkan semangat keseluruh pelusuk kewujudan, meniupkan nyawa baru ke dalam jasad yang dulunya mati.

“Andrey, I'll never stop you from doing whatever you want because I trust you. My blessings and prayers will never end.” Kata-kata itu begitu menyentuh perasaan. Mak bangun lalu mengambil tangan Rina. “Maybe we just met today, Ireena, but I believe, you have the touch to make my son happy. Please don't stop.”
“Thank you, ma'am.”
You can call me, mak.”
“Mak...” Rina terus mendakap tubuh mak. Andrey nampak ada tangisan gembira membasahi pipinya.
“I'll make his life a Heaven.”

Itulah kali pertama dia melihat cikgu Rina menangis— tangisan yang telah membuktikan cinta seorang perempuan untuk seorang lelaki seperti dia.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!