Dia berhenti seketika, menyambut cawan kopi yang Andrey hulurkan. Malam itu Andrey menemaninya di rumah. Katanya dia rasa tak sihat, jadi dia minta Andrey bungkuskan makan malam. Terdetik di hati Andrey untuk menyediakan hidangan buat mereka berdua. Jadi, itulah yang dia buat— Spaghetti with pesto and grilled chicken. Sempat dia singgah di pasaraya, beli bahan-bahan sebelum ke situ.
Sophia nak membantu, tapi Andrey lebih suka jika Sophia hanya meneman. Sementara dia masak, mereka berbual-bual. Dan sewaktu makan malam, terimbaulah peristiwa lama. Kisah sebenar yang masih belum didengarkan.
“Keluarga tak boleh terima hubungan macam ni. Saya confused. Pertama kali dalam hidup saya rasa tertekan. Benda tu buat saya tertanya-tanya, apa salah kami? Kenapa halang persahabatan kami camtu teruk sekali? Kenapa halang kami bercinta? Mereka panggil saya lesbian tapi saya tak pernah nampak Hans tu perempuan.” Sophia mengeluh. Andrey diam, beri ruang untuk dia bercerita tentang cinta pertamanya yang berputik sejak di bangku sekolah. Bermula dari persahabatan, mereka berdua semakin akrab macam isi dengan kuku. Lama-kelamaan, keakraban itu menerbitkan perasaan romantis.
“Saya dihantar ke rumah makcik kat ceruk kampung. Pedalaman. Nak carik pondok telefon pun susah. Pernah dua kali saya dapat curi-curi call Hans guna public phone tapi sekejap benar. Saya suruh dia tunggu saya. Dia cakap dia akan tunggu sampai bila-bila. Saya janji saya juga akan tunggu sampai mati.”
Ada air di matanya. Airmata yang dah banyak membasahi bahu Andrey. Airmata untuk Hans yang begitu sempurna di mata Sophia bukan untuk Joe yang dah memusnahkan segala impian. Bukan juga untuk dia yang menyimpan perasaan— perasaan yang harus dia ketepikan. Dia di sini sebagai ubat penenang, bukan untuk menambah beban. Biarlah Sophia bersandar sementara dia tadahkan tangan untuk menampung berat di bahu seorang insan yang dia sayangi.
Sophia bangun menuju ke pintu lalu membukanya luas-luas. Andrey menurutinya ke balkoni merenung pemandangan alam yang permai. Menatap wajah suram Sophia, Andrey seolah dibawa masuk ke dalam cerita sehingga terasa bagaikan dia berada di situ, menyaksikan kisah mereka.
“Balik rumah papa lepas habis periksa, masa tu payah. Kami tak dapat lagi berutus surat. Tapi saya tetap curi-curi kirimkan dia surat. Hans tak dapat balas. Kalau balas, memang takkan sampailah ke tangan saya. Semuanya kena kawal lagi. Masa tu lah saya ditunangkan sesuka hati mereka.”
“Nasib tak kawin... lama jugak tu.”
“Itulah... disebabkan takut rahsia terbongkar, Joe selalu menangguhkan tarikh kawin. Saya bersyukur sangat. Macam-macam alasan dia bagi bila Papa dan Mama tanya pasal kawin—nak kukuhkan kewanganlah, nak stabilkan perniagaanlah, tunggu saya habis belajar dulu. Tunggu kerja. Macam-macam.”
Benda panas lama-lama sejuk. Keluarga Sophia percaya pertunangan itu berhasil dan Sophia telah sepenuhnya melupakan Hans. Tapi mereka silap. Tak pernah sesaat Sopia hidup tanpa Hans dalam fikiran dan hatinya. Janji tetap digenggam kukuh seperti langit yang tidak perlukan tiang. Seperti bumi yang kekal berputar di atas paksinya.
“Syukur, kami dapat masuk universiti yang sama. Bila berjaya masuk universiti, kebebasan tak dapat disekat ketat lagi. Saya dah makin dewasa. Sampai bila diaorang nak kongkong?” Ada senyuman di bibirnya saat menceritakan detik-detik bahagia itu.
“Jadi hubungan dapat diteruskan macam biasa?”
“Tak ada saat paling bahagia dalam hidup saya selain waktu-waktu yang saya habiskan dengan dia. Saya dah cukup pasti apa saya nak. Tak ada yang lebih pasti.” Sophia menghela nafas, berat. “Saya tak kisah siapa pun dia. Biarpun dia tak kaya, dia bukan lelaki, tapi bagi saya dia sempurna. Dia lelaki yang sempurna. Saya cintakan diri dia, jiwa dia.”
Untuk seketika dia diam. Ingatannya tertancap kukuh pada semua kenangan. Segala-galanya rasa bagai baru semalam terjadi.
“Bukan hanya dengan lelaki je kebahagiaan perempuan akan terjamin. Saya percaya pada cinta. Cinta tak terbatas pada sifat-sifat jasad yang boleh dilihat dengan mata kasar. Cinta lebih luas dari itu. Tapi ramai yang tak faham.”
“Betul. Memang ramai yang faham, tak akan faham dan memilih untuk tidak faham.” Kata-kata cikgu Rina Andrey pinjam.
Bagi kebanyakan manusia, lelaki hanya untuk perempuan. Perempuan hanya untuk lelaki. Itu peraturan yang tak boleh dilanggar. Kalau dilanggar, bencana. Malapetaka. Bukan mudah nak ubah persepsi manusia tentang itu. Dalam soal cinta dan perkahwinan, itulah rukun yang wajib diikut. Lain daripada tu semuanya neraka.
Sayangnya, fikiran yang dianugerahkan, yang sepatutnya boleh menjangkau lebih jauh tak digunakan lantaran disekat awal-awal lagi oleh peraturan ciptaan manusia. Lebih menyedihkan bila peraturan itu diguna pakai untuk menghukum dengan zalim sesiapa saja yang membantah.
Sedangkan cinta itu dalam. Cinta itu luas. Cinta itu bersih dan suci. Dan cinta boleh berlaku kepada sesiapa untuk sesiapa pun. Cinta tak ada sempadan. Bila cinta terjadi, tiada usia yang dapat menghentikannya. Tiada laut yang dapat memisahkan. Tiada apa yang boleh meletakkan garisan. Siapa, apa, mengapa, bagaimana, bila... Cinta boleh terjadi di mana-mana.
Entah mengapa begitu payah untuk manusia mengerti bahawa dalam cinta yang tak bersempadan itu selalu ada batas-batas. Manusia sendiri sering melanggar batas-batas cinta dan batas itu termasuklah peraturan yang dicipta oleh tangan manusia untuk menyekat sempadan cinta. Mengapa mesti menghukum bila cinta sendiri memilih tempat untuk dia jatuh?
Andrey nampak cahaya di wajah Sophia sewaktu kisah hidupnya diceritakan. Kesetiaan Hans telah mengikat hatinya dan dia berjanji tak akan membiarkan Hans tersiksa sekali lagi. Mereka berjanji tak akan ada yang dapat memisahkan mereka. Malangnya, kuasa takdir bukan di tangan manusia.
“Hans dapat kerja kat sini dan rezeki kami, saya berjaya dapat tempat mengajar di TBC dan apartmen ni, Andrey...” Dia berhenti. Matanya memerhati segenap penjuru ruang aparment itu. "Sebab tu saya sayang sangat rumah ni— rumah pertama kami. Tapi Joe datang musnahkan kebahagiaan. Dia pecahkan rahsia. Dia ugut Hans— pukul, bunuh, rogol. Saya nekad. Saya desak keluarga untuk putuskan pertunangan selepas teruk Hans dibelasah.”
“Ada buat police report?”
Sophia mengangguk. “Tapi tak cukup bukti siapa yang belasah Hans sebab Hans kata orang tu semua pakai mask… Tapi ugutan Joe semua dah kami failkan sebelum kemalangan. Jadi memang Joe lah suspek utama.”
Sambil mendengar Sophia bercerita, Andrey membelek-belek album kenangan mereka. Sophia juga tak keberatan membenarkan Andrey membaca journal dan surat-surat yang mereka tulis dulu. Kini Andrey faham mengapa dia begitu cintakan Hans dan mengapa Hans begitu mencintai dia.
“Tak sangka betul macam ni sekali kebencian masyarakat terhadap orang macam kami...”
“Kita. Orang macam kita.”
Selama berbulan-bulan, Sophia hidup dalam ketidakpastian, dihantui tanda tanya dalam usaha menerima ketentuan bahawa kemalangan yang meragut nyawa Hans tidak lebih daripada satu tragedi. Namun pada suatu pagi, berdiri di ruang tamu sambil menggenggam erat telefon ketika pegawai penyiasat mengesahkan penahanan itu, hatinya mendegupkan rasa syukur. Air mata bergenang, tetapi kali ini bukan lagi kerana pilu.
“Polis dah jumpa bukti.” Dia berkata, separuh berbisik.
Rina memberi perhatian penuh kepada setiap patah kata yang Sophia luahkan. Nalurinya betul selama ini. Kebenaran bergelombang dalam nadi, mengangkat beban berat yang dia pikul sejak malam yang mengerikan itu. Sophia tersenyum di antara tangisan. Akhirnya dia dapat bernafas semula setelah kenangan Hans tidak lagi dicemari oleh soalan yang tidak terjawab.
Kemalangan itu berlaku lewat pada suatu petang di jalan yang sunyi dan bengkang bengkok. Hans memandu pulang selepas melawat tapak projek. Jalan licin akibat hujan lebat dan penglihatan menjadi kurang jelas. Mulanya kelihatan seperti kemalangan tragis sehinggalah penyiasatan teliti mendedahkan kebenaran.
Sebuah pickup berwarna hitam mengekori kereta yang dipandu Hans. Lampu depannya menerobos kegelapan. Ketika Hans menghampiri selekoh tajam, kenderaan itu memecut dengan agresif, merempuh belakang keretanya dengan kuat. Rempuhan itu menyebabkan Hans tidak dapat mengawal keadaan. Keretanya terbabas melanggar pagar pembatas sebelum terbabas ke dalam gaung.
Apa yang pada mulanya dipercayai sebagai kemalangan terbongkar sebagai disengajakan—Pickup telah menunggu, menyasarkan Hans sebagai mangsa. Nahas itu bukan sahaja akibat tragis cuaca buruk tetapi pembunuhan yang telah dirancang dengan kemas. Kerosakan, kedudukan kenderaan dan bukti yang dikumpul daripada kamera lalu lintas dan saksi akhirnya membawa penyiasat kepada kesimpulan yang mengerikan— semuanya telah diatur untuk kelihatan seperti sebuah kemalangan maut.
“The police initially considered the crash a tragic accident due to poor road conditions, but noticed small inconsistencies,” kata Sophia sambil menyapu airmata. “Kesan kat bumper belakang... Penyiasat forensik cakap kerosakan tu bukan sebab terbabas atau hilang kawalan tapi kesan hentakan kuat dari kenderaan lain.”
“Jadi, betul lah Joe yang buat?” Andrey bertanya, ingin tau siapa dalangnya.
Sophia mengangguk perlahan. “Betul... Dan Pickup hitam tu, bini dia punya.”
“Jadi, kes tu dah bongkarkan rahsia dia kepada famili awak?” Tanya Andrey lagi, teruja.
“Semua terlopong bila tahu siapa Joe sebenar, terutama abang saya, Kamal.” Sophia membetulkan duduknya. Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya sebuah kelegaan. “Ada saksi— pekerja kat tapak projek nampak pickup tu kat seberang jalan. Bila Hans habis kerja, saksi nampak pickup tu ikut dari jauh. Polis cukup bukti untuk mendakwa.”
“What goes around comes around. Thank God... Thank God...” Andrey memeluk Sophia kemudian kedua belah tapak tangannya dia genggam. Terlalu banyak kata-kata yang menanti untuk dicurah keluar dari hati tapi Andrey mahu memilih hanya yang terbaik buat mengisi jiwa Sophia. “Yang menzalimi akan terima pembalasan dan awak... kat sini awak sekarang, teruskan hidup. Awak kena kuat macam pokok tu.”
“Saya tak mampu jadi sekuat itu.”
“Mulakan hidup baru. Awak ada saya.”
“Andrey, maafkan saya.” Sophia menatap lembut wajah yang setia menanti ucapannya. Dia nampak ketulusan terpancar, tapi dia tahu, dia tak akan mampu menangkap sinar itu. “Awak baik tapi tempat Hans bukan untuk digantikan. Saya tak akan mengkhianati dia.”
“Jadi, kes tu dah bongkarkan rahsia dia kepada famili awak?” Tanya Andrey lagi, teruja.
“Semua terlopong bila tahu siapa Joe sebenar, terutama abang saya, Kamal.” Sophia membetulkan duduknya. Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya sebuah kelegaan. “Ada saksi— pekerja kat tapak projek nampak pickup tu kat seberang jalan. Bila Hans habis kerja, saksi nampak pickup tu ikut dari jauh. Polis cukup bukti untuk mendakwa.”
“What goes around comes around. Thank God... Thank God...” Andrey memeluk Sophia kemudian kedua belah tapak tangannya dia genggam. Terlalu banyak kata-kata yang menanti untuk dicurah keluar dari hati tapi Andrey mahu memilih hanya yang terbaik buat mengisi jiwa Sophia. “Yang menzalimi akan terima pembalasan dan awak... kat sini awak sekarang, teruskan hidup. Awak kena kuat macam pokok tu.”
“Saya tak mampu jadi sekuat itu.”
“Mulakan hidup baru. Awak ada saya.”
“Andrey, maafkan saya.” Sophia menatap lembut wajah yang setia menanti ucapannya. Dia nampak ketulusan terpancar, tapi dia tahu, dia tak akan mampu menangkap sinar itu. “Awak baik tapi tempat Hans bukan untuk digantikan. Saya tak akan mengkhianati dia.”
Kali ini giliran dia menangis dan air matanya pula yang jatuh membasahi rambut cikgu Sophia.
#
Mendalami peristiwa dan kisah hidup Sophia, hatinya mengajak akal untuk membuat kesimpulan.
Kecewakah?
Soalan itu boleh diketepikan. Kekecewaan bahkan perasaan sendiri dah tak penting lagi. Dengan hati terbuka, Andrey terima hakikat bahawa tak ada ruang di hati Sophia untuk dirinya. Kalau Sophia mesti terima kenyataan dan pemergian Hans, dia juga tak boleh lari dari hakikat bahawa Sophia bukan jodohnya.
Dan dia masih lagi menganalisa perasaannya terhadap wanita ini. Rina.
“I have a mat in the trunk. Good?”
“Well-planned.”
“Not really.” Katanya, kemudian memberi penjelasan, “I always keep it on hand, just in case we stumble upon moments like this.”
“That explains a lot, Rina.”
Berganding tangan, sekali lagi untuk kesekian kalinya mereka menyusur denai. Dari jauh kelihatan ramai yang berkhemah sambil memancing. Malam itu cerah. Bulan mengambang penuh. Kemegahan malam melengkapi dua jiwa.
“Biar saya cuba buat unggun sikit,” kata Andrey sambil mengumpulkan daun, kayu kecil dan ranting.
“Merokok lagi?” Rina bertanya bila melihat Andrey mengeluarkan pemetik api dari kocek seluarnya.
“Tak lagi. Kan dah lama berhenti sejak Rina suruh saya berhenti.”
“Kenapa ada lighter?”
“Swiss Army Knife yang toreh kereta Rina tu pun ada ni dalam poket. Memang sentiasa ada dalam poket atau beg sebab saya akan ke sini bila-bila masa saya suka.”
Satu lagi kebenaran di celahan jutaan kebenaran yang harus diakui dengan kebenaran. Tabiat buruk itu telah berjaya ditinggalkan secara perlahan-lahan dengan rela hati. Sejak Rina menyedarkan dia dari sebuah mimpi yang panjang, dia semakin menyayangi diri sendiri.
“That's it.” Sebuah senyuman dilemparkan apabila ranting-ranting dan daun-daun kering memberi nyalaan api kecil, menambahkan lagi suasana romantis. Semuanya saling melengkapi. Bulan dan bintang. Pepohon dan tasik. Angin dan cengkerik. Ranting dan daun.
Aku dan dia.
“Hmm, berhenti sebab saya suruh.”
“One of many reasons.”
“Bukan sebab rela hati, bukan sebab awak sendiri nak? Bukan sebab awak peduli pasal kesihatan awak?” Soal siasat dilanjutkan. Andrey merapati Rina yang sudah pun duduk di atas tikar yang dia bentang semasa Andrey sedang sibuk menyalakan api. Terus bibir mencari bibir. Bila bibirnya didakap barulah dia senyap. Dan ciuman itu membuat cikgu Rina tersenyum sampai ke mata.
“Rina dah memotivasikan saya. Tak cukup bagus ke?”
“Elokla macam tu. Awak pun tau saya tak suka awak buat perkara sia-sia. Kesihatan awak yang paling penting. Kebahagiaan awak yang utama.”
“Menoreh kereta Rina adalah perkara terbaik pernah saya buat dalam hidup ni.”
Usaha nak buat cikgu Rina ketawa nampaknya berhasil. Peha Andrey ditepuk. “Kadang-kadang awak ni bukan main hebat bila bercakap.”
“Testosterone has its pros and cons. Saya tak nak ambil risiko. And you, Ireena... You are my biggest inspiration.”
Sebaik ayat itu dilafazkan, Rina merapati Andrey lalu dengan manjanya dia memeluk. Erat pelukan mengizinkan Andrey mendengar detak jantung cikgu Rina yang seakan berdegup dalam dadanya. Apa pun sebab dan alasan, ketenangan yang dia bawa adalah sesuatu yang tidak dapat Andrey palsukan.
“Rina...”
“Hmm...”
“Teruk ke depresi Sophia?”
“Dia pernah kena rehab.”
“Rehab... Lepas rehab, macam mana?”
“Saya rasa dia masih depressed cuma mungkin tak macam mula-mula dulu. Entahlah, sayang... Dia selalu mengelak bila saya tanya pasal ni.”
“Sampai kena rehab... Agak seriusla maknanya...”
“Kalau tengok macam tu je mungkin tak perasan. Tapi doktor mencadangkan rehab sebab terapi mingguan gagal memberikan apa-apa perkembangan positif.”
“Tak sangka berat betul beban yang cikgu Sophia tanggung.”
Rina mengangguk.“Kadang-kadang dia macam dah lupa Hans dah tak ada. Pernah satu hari dia ajak saya dinner. Dia cakap malam ni jom keluar makan ikan bakar dengan Hans. Nak celebrate anniversary.”
“Pergi tak?”
“Saya sehabis daya tak akan hampakan Sophia. Malam tu kami makan kat Seafood Centre, restoran kegemaran mereka tepi tasik tu.”
Sekarang taulah Andrey mengapa Sophia suka bawa dia ke situ dan dia selalu memilih meja yang sama, kalau kosong.
“Tapi saya cakap kat dia, jom kita ziarah Hans dulu. Dia jawab, Hans kan tengah tunggu kita kat sekolah?”
“She appears to be losing her grip on reality.”
“Well...” Di situ Rina berhenti seketika. Wajahnya kelihatan seperti dia sedang memutuskan sesuatu. “And then she said, I saw him at school today and we talked.”
Andrey mengerutkan kening, tak mengerti.
“Dia nampak Hans dalam diri awak.”
Andrey menggosok muka dengan kedua belah tangan. Bahasa tubuh menyuarakan resah hati. Rina mengerti. Tak perlu lagi berahsia, dia dah tahu semuanya sejak dari mula. Sophia juga begitu. Tak ada rahsia. Rahsia kini hanyalah hati Andrey sendiri.
“Saya silap. Saya ingat dia membalas tapi yelah... tak akan ada ruang untuk orang lain selain Hans. Saya keliru. Maafkan saya...”
“Awak tak salah. Perasaan awak kat dia wujud terlebih dahulu. Jangan rasa terbeban. Semua berlaku sebelum kita mengikat apa-apa. Waktu tu kita masih dalam proses mengenal, betul?” Tenang suara Rina memberi kemaafan, setenang wajahnya yang bijak menyembunyikan kepiluan.
“Lepas bagitau dia, perasaan tu hilang pelan-pelan. Setiap kali keluar dengan dia, lain rasanya. Semuanya serba tak kena. Rasa bersalah. Rasa mengkhianati.... curang, walaupun kita tak pernah ikat apa-apa janji.”
“Awak berhak pilih siapa saja, Andrey. Perasaan tak boleh dipaksa. Kalau awak masih nak tunggu Sophia pun, apa boleh saya buat?” Ada getar sedih di hujung keikhlasan suara itu. Terkoyak hati Andrey menyaksikan ketulusan hati yang terpancar di wajah cikgu Rina kini menggariskan garis-garis kecewa. “Persahabatan saya dengan Sophia bukan sekadar kawan. Kami bersaudara. Kalau awak pilih dia, saya turut gembira. Untuk dia. Untuk awak.”
Andrey tertunduk, menginsafi kekhilafan. Sebak di dada melarat ke kepala. Akal dan hati turut bersedih. Bukan itu yang nak mereka dengar. Dia, akal dan hatinya mahu Rina menghalang walaupun mengerti, satu-satunya manusia yang boleh menghalang adalah diri sendiri dan dia terlupa, sebenarnya Sophia sendiri yang dah menghalang.
“Tepuk dada tanya selera.” Kata-kata Jacques bergema diingatan.
“Kita boleh pilih siapa je kita nak tapi kita tak dapat tentukan siapa untuk hati kita.” Andrey ulang kata-kata yang pernah Rina ucapkan dulu, sewaktu berkhemah.
“Biar hati betul-betul pasti supaya tak berubah nanti.”
“Life is all about time and choices. I've made mine.”
“I've made a pick while you were still unclear about anger and hatred.”
“I've made a pick while you were still unclear about anger and hatred.”
“Life is all about time and choices. I've made mine.”
“I've made a pick while you were still unclear about anger and hatred.”
“I've made a pick while you were still unclear about anger and hatred.”
Mata bertaut. Tiada lain yang kelihatan selain ketulusan. Tatapan itu seakan telah menghentikan waktu. Tiada kata, tiada suara. Mereka biarkan sunyi menyentuh masa seterusnya mengizinkan masa membawa mereka jauh menerokai malam. Udara segar dihirup mengisi ruang dada. Bintang-bintang di atas kelihatan lebih terang, lebih hidup melawan gelapnya langit.
“Berdosa ke jadi macam ni? Macam kita ni... Lesbian, intersex, gay, homoseksual, transgender?” Entah apa yang memanggil, tapi itulah yang terpancul dari mulut Andrey. Sesuatu yang dah lama melintasi fikiran tapi belum berkesempatan menemukan waktu yang sesuai untuk membincangkan— sesuatu yang jarang dipilih sebagai tajuk perbualan.
“Banyak agama yang percaya macam tu, tapi saya ada pendirian sendiri.”
“Rina percaya Tuhan? Rina Christian, kan, macam Hans, Eurasian?”
“Kalau ikut salasilah keluarga, akarnya macam itulah. Keluarga saya, multicultural, multireligious. Hmm, mungkin perkataan agama tu tak berapa tepat.”
“Sebab?”
“Kami percaya pada Pencipta, bukan agama. Percaya tu penting dalam membentuk yakin diri. Awak?”
Begitulah Rina kalau bagi jawapan. Mesti ada tanda soal. Andrey yakin dia sedang menunggu waktu yang tepat untuk menyuarakan buah fikirnya atau barangkali dia mengharapkan sebuah permintaan.
“Saya ada juga belajar kitab-kitab. Banyak yang menarik, fakta dan aturan yang saya yakin ditulis oleh tangan manusia. Saya rasa, manusia cipta agama untuk jadi Tuhan.”
“Macam politik, kan?”
“Exactly.”
“Itulah maksud saya tadi. I lean more towards spirituality than organised religion. To me, religion feels like just another type of political system.”
“Sama macam apa saya fikirkan selama ni. Kalau Rina nak tau, jadi macam nilah yang dah buat saya cari Tuhan.”
“Jumpa tak?”
“Bukan dalam buku.”
“Interesting. Tell me more."
"Rina pun tau apa jadi masa saya sekolah kat Pekan Mutiara. Semua tu la yang menarik hati saya untuk cari jawapan. Dalam buku memang tak jumpa tapi saya rasa seperti Dia bercakap terus ke hati saya, menjelaskan siapa saya sebenar, bila saya dekatkan diri dengan alam, macam sekarang ni.”
“Suka saya dengar. Faith is crucial as it leads to tranquillity. We consist of both spirit and physical form. Yang pertama perlu kita hiasi dulu, yang kedua akan menurut. The internal realm is the wellspring of all things.” Sudut pandang yang dia berikan diiring satu bukti— dirinya sendiri, luar dan dalam.
“Banyak yang saya tak tau tapi Rina, saya ni bukanlah jahil sangat. Cuma, sejak awak datang, saya makin percaya pada apa yang saya percaya. More than just believing, I'm completed with a sense of belonging. Terima kasih, sudi jadi teman.” Semangat itu telah menyeret bibir Andrey menyentuh lesung pipit di pipi Rina. Dia semakin bersemangat untuk meneruskan perbualan.
“You know, Andrey?”
“Tell me.”
“I feel so inspired tonight.”
Bukan pertama kali telinga dia menjadi saksi pengakuan yang sama namun setiap kali pun, ia masih memukul emosi. Mata cikgu Rina bersinar dan sinaran itu telah memunculkan genang di mata Andrey sedangkan ego menolak untuk menumpahkan air.
“You sure about your feelings?”
Rina membaringkan diri, merehatkan kepalanya di ribaan Andrey. “Tengok bulan kat atas tu. Tak pernah gagal pantulkan sinar matahari. Macam tulah kasih sayang saya untuk awak. Tak ada yang lebih pasti dari ini. You are my first real love. Why are there still doubts?”
Andrey memperbaiki kedudukan untuk memastikan keselesaan cikgu Rina berehat di pangkuannya. Sambil tangan mengelus rambut, dia terus mencari kepastian. “Tak ragu tapi bimbang.”
“Nak risau apa, sayang?” Tanda tanya itu dibiarkan tergantung dan sebelum meninggalkan ruang untuk cikgu Rina terus bertanya, dia membuat satu pernyataan— “Mungkin awak nak anak, nak jadi mak. Saya tak dapat bagi tu.”
“Sayang, if I ever choose to tie the knot, you would be the guy. You are the guy.”
Kenapa Rina? Kenapa engkau terlalu bijak memilih hanya yang terindah untuk disuarakan? Lagu merdu untuk dinyanyikan? Hanya melodi yang terbaik untukku? Kenapa tak pernah sekali pun kau berusaha menghancurkan aku?
“Siapa pun awak, awaklah lelaki tu.”
“It's disheartening to come to terms with the fact that I'm unable to father your children biologically.”
“Sayang, sini... Baring sebelah saya.” Permintaan itu dikabulkan tanpa penundaan, membantalkan kepala dengan lengan. Sentuhan saling bersambutan. Lengan dilingkarkan ke tubuh sambil mencuri ruang untuk membenarkan pipi mengusap leher.
“Let me tell you something.” Rina berbisik. Nafas mereka menghasilkan ritma merdu, menyatu dalam tempo yang sama. “Bukan semua lelaki boleh jadi bapak, bukan semua perempuan boleh jadi mak, biologically. Tak kira cara yang mana, tanggung jawab tu besar sebab tu sebelum pikul, kita kena faham, kena belajar erti tanggungjawab sebagai pendukung, sahabat, belahan jiwa... apa saja. Itu yang utama.”
“Saya nak buat semua tu...”
“Saya nak jadi milik awak. Tak ada zuriat sendiri bukan masalah. Ambil ini sebagai satu ujian. Ramai budak kena tinggal, bayi kena buang. Mereka perlukan penjaga. Mungkin itu tanggungjawab kita. Semua makhluk tak kira apa, berhak dapat pelindungan dan kehidupan yang terjamin. Look sayang, heteroseksual, diaorang boleh buat anak. Antara mereka yang bersyukur, tetap ada yang kufur.”
“Things that are challenging to acquire are often more cherished and appreciated. Betul kata awak, Rina. Soal zuriat tak sepatutnya jadi penghalang untuk kita meluaskan cinta.”
“Wie der Himmel.”
“Como el universo.”
“Saya sedia.”
“Kita jaga kesucian, jaga maruah dan simpan perasaan ni sampai mati. Ini bukan khayalan atau hiburan satu malam.”
“Saya nak jadi milik awak. Tak ada zuriat sendiri bukan masalah. Ambil ini sebagai satu ujian. Ramai budak kena tinggal, bayi kena buang. Mereka perlukan penjaga. Mungkin itu tanggungjawab kita. Semua makhluk tak kira apa, berhak dapat pelindungan dan kehidupan yang terjamin. Look sayang, heteroseksual, diaorang boleh buat anak. Antara mereka yang bersyukur, tetap ada yang kufur.”
“Things that are challenging to acquire are often more cherished and appreciated. Betul kata awak, Rina. Soal zuriat tak sepatutnya jadi penghalang untuk kita meluaskan cinta.”
“Wie der Himmel.”
“Como el universo.”
“Saya sedia.”
“Kita jaga kesucian, jaga maruah dan simpan perasaan ni sampai mati. Ini bukan khayalan atau hiburan satu malam.”
Ketika mata bersatu, kasih sayang pun bergabung. Telinga menercap dengan berhati-hati setiap lafaz kata untuk dihayati. Penghormatan diberi kepada cinta yang penuh dengan kejutan.
“Saya percaya Tuhan hantar setiap makhluknya untuk saling melengkapi. Homoseksual dan transgender juga tak terkecuali sebab kita juga sebahagian dari kitab Tuhan. Semua makhluk diwujudkan dengan purpose and responsibility.”
“Macam hujan, macam matahari, macam pelangi. Macam malam dan siang.”
“Semua tu bukti kita ada tugas dan fungsi masing-masing kat muka bumi ni. Orang macam kita mungkin dicipta untuk mengawal populasi atau apa je di luar jangkauan akal manusia. I believe there's a perfect match out there for everyone. I'm sure women like me were made for men like you and there are also men out there who are just right for transwomen. Love transcends all limits.”
Benar. Tuhan anugerahkan perasaan kepada semua makhluk untuk mengimbang urusan yang tak tercapai oleh akal. Bukan sedikit kajian telah dibuat tentang perilaku homoseksual dalam hidupan liar bahkan, ada spesis yang boleh menukar jantina dengan sendiri.
Ada spesis yang tak memerlukan jantan untuk membiak. Ada haiwan jantan mengambil alih tugas kehamilan. Tuhan hantar banyak pesanan dan hikmahnya melalui alam. Tapi sedih, kitab ini ibarat buku berdebu dirak usang yang hanya menunggu masa untuk dijadikan bahan api.
Rina telah memperteguh lagi keyakinan Andrey terhadap apa yang dia percaya. Hujah yang diberi membuat dia terfikir apakah bezanya cinta antara orang seperti mereka dengan cinta antara lelaki dan wanita lain? Genitals?
Pada hakikatnya, manusia di luar sana tu, bukan semua melakukan seks semata-mata untuk zuriat. Ada yang teringin sangat, tapi tak dapat. Mandul, sakit, bermasalah. Cuba itu ini pun tak berjaya. Sebaliknya, ada ramai yang mampu, tapi tetap juga mahu mengelak. Ada yang sanggup berbengkak perut, usung sana sini sembilan bulan tapi lepas beranak, buang pulak. Mengapa?
Mungkin sebab takutkan undang-undang ciptaan manusia sampai terpaksa lari dari dosa hanya untuk mencipta satu lagi dosa. Mungkin belum bersedia. Mungkin juga kerana sedar, zuriat adalah tanggungjawab besar dan tak semua manusia mampu memikul tanggungjawab itu dengan baik. Atau mungkin juga kerana menjadikan seks sebagai hiburan semata-mata.
Dah biasa sangat dengar orang cakap, “apa dapat main sejenis? Bukan boleh beranak,” kata Andrey. “Tu belum lagi yang nak bercakap tentang penyakit-penyakit. Semua berlagak macam pakar. Semua nak jadi saintis.” Dia terus meluahkan apa di fikirannya. “Kalau fizikal atau 'benda tu' yang dipakai sebagai kayu ukur cinta, perkahwinan dan perasaan, saya percaya dengan yakin, jiwa boleh mengukurnya dengan lebih tepat.”
“That's right and it's also true that man and woman need each other for reproduction. Tapi kalau semua lelaki dan perempuan asik nak reproduce je, bayangkan betapa banyaknya lambakan manusia atas muka bumi ni. Apa jadi?”
“Sebab tu agaknya Dia wujudkan orang yang tak berkemampuan—yang mandul, intersex, orang macam kita.”
Rina mengangguk kemudian memberi satu huraian, “keintiman tanpa jiwa tak ada makna, Andrey.”
“Maksudnya?”
“Hubungan seks boleh menguatkan hubungan romantik, mengeratkan kasih sayang, membantu dalam mendalami pasangan, memahami keperluan dan kehendak masing-masing. Tapi kalau niat dah terpesong, seks boleh jadi masalah. Masalah sosial, masalah pembuangan bayi, masalah penderaan fizikal, penderaan mental, masalah emosi. Macam-macam lagi...”
“Sama je kan, macam keinginan dan nafsu lain, seks pun euforia sementara. Sebab tu manusia sentiasa mencari. Dah dapat, cari lagi. Dah jumpa, tak cukup-cukup.”
“Awareness. Itu yang penting. Kalau kita aware, kita boleh control semua tu.”
“Tapi nafsu, memang susah nak kawal...”
“Susah tak bermakna tak boleh. Boleh, sayang. Meditate.”
“Lately, memang saya banyak meditate.”
“Oh, yeah? That's good... What generates you?”
“Testosterone is crazy. It makes my libido go wild.”
Senyuman Rina bertukar tawa panjang. Peha Andrey dicubit. Lepas peha kena cubit, pipi pula dapat cium. “Awak ni kan... Kadang-kadang boleh tahan kelakar. Dulu kat sekolah nampak sombong, serius. Saya tak sangka awak ada sense of humour.”
“Kelakar, erk? Hmm, kelakar, kelakarlah jugak tapi saya jawab jujur. Memang sejak ambil T, libido menggila. Saya cuba control. Kadang-kadang terbabas jugak.”
“Terbabas?”
“Let's not talk about it. It turns me on...”
“OK, OK... I'm sorry. Let's focus on the topic.”
“Thanks.” Ucap Andrey ringkas sambil membawa Rina dalam pelukan. Nak menafikan godaan perasaan untuk menyentuh lebih dari itu, mana mungkin. Tapi dia tak mahu tersilap langkah. Biarlah perlahan, asalkan pasti. Nafas ditarik dalam-dalam ikut lubang hidung, lepas pelan-pelan ikut mulut.
“Kalau jodoh, tak ke mana. Satu hari nanti, akan jadi hak kau jugak.” Dia izinkan akal membimbing. “Buat benda terburu-buru, tak best. Biar pelan-pelan, baru thrill. Be a gentelman, brother.” Hati pun nampaknya relaks je, masih boleh bertahan. Jangan dengar hasutan nafsu.
Awareness. Mindfulness. Meditate. Let's meditate, my Rina...
“Pasal agama, saya memang tak pandai. Orang suka cakap pasal dosa pahala. Pasal syurga neraka. Pasal azab dan ganjaran. Tapi, bukan ke syurga tu satu tempat di mana kita, atau jiwa kita dah tak ada apa-apa keinginan lagi? Ganjaran tak ada erti kat situ. Jadi mengapa mesti berhenti kat sini? Bukan ke kehidupan sekarang ini lebih nyata daripada dunia sebelah sana yang tak ada siapa boleh menjangkau? Kenapa tak dirikan syurga kat sini?”
“This way of thinking is rooted in their belief system from the very beginning. If it brings them comfort, that's fine. But this mindset can make people act like robots, lacking any real feelings.”
“Devoid of emotions or compassion, the system penalises people.”
“Sayang, hati kita ni...” Rina menyentuh tangan Andrey. Matanya memandang wajah itu tepat-tepat. Sewaktu nafas ditarik dalam-dalam ikut lubang hidung, matanya ikut sama terpejam. Serentak dengan melepaskan nafas, pelan-pelan matanya turut terbuka. Agaknya cikgu Rina pun perlu selalu bermeditasi. “Our hearts are the true dwelling place of heaven, where boundless energy resides. In the depths of our hearts, the energy of heaven dances and sings, illuminating our path with Divine light.”
“Just as my mother once mentioned — the strongest muscle lies underneath our chest.”
“She's right.”
“It can't be seen or felt in the hustle and bustle of people. That's why I like to spend time in places like this. Lake, riverside. Next to you...”
“Humans have an insatiable thirst for power. Given the chance, they would aspire to be Gods. You've found a profound answer and here I am, sitting next to you, holding the same belief.”
“I'm amazed at how effortlessly you can understand me as if you can read my thoughts.”
“I love reading. Especially you, a never-ending scripture crafted exclusively for me.”
“She's right.”
“It can't be seen or felt in the hustle and bustle of people. That's why I like to spend time in places like this. Lake, riverside. Next to you...”
“Humans have an insatiable thirst for power. Given the chance, they would aspire to be Gods. You've found a profound answer and here I am, sitting next to you, holding the same belief.”
“I'm amazed at how effortlessly you can understand me as if you can read my thoughts.”
“I love reading. Especially you, a never-ending scripture crafted exclusively for me.”
Scripture. Kembang dada Andrey dengan pujian setinggi itu. Kalau jatuh confirm terus jadi pasir. Ada segan dalam rasa bangga yang dihadiahkan. Ada geram dalam segan. Tapi tanpa malu, dia tetap ambik kesempatan menyasarkan lagi bibirnya ke pipi Rina. Cikgu Rina tak payah pakai seksi-seksi pun dia dah tergoda. Dengar dia bercakap, kata-kata dia pun dah cukup buat bulu roma Andrey tegak berdiri.
“Bagi sayalah, Rina, buku, sesiapa pun boleh tulis. Saya percaya pada tenaga.”
“Perfect, Andrey. Meditate. Jaga pernafasan. Jaga tingkah laku dan tatasusila. Sopan santun dan adab resam jangan kau abaikan dan jangan sesekali lupa, kau tengah dalam mode meditasi.” Akal dan hati berpesan lagi. Berpesan-pesan pada kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran.
Aye, aye captain.... Aku tengah cuba ni....
“Awak boleh percaya apa je awak nak percaya. Reason and think critically. Syurga neraka boleh manusia cipta tapi mereka tak boleh rosakkan kitab Tuhan yang paling benar.”
“Nature... The universe, kan?”
“Yes, my dear. The whole universe and we are a tiny part of it.”
“You sound like my mother. I love it.”
“Yes, my dear. The whole universe and we are a tiny part of it.”
“You sound like my mother. I love it.”
“Berdosa rosakkan minda orang dengan ajaran yang salah.”
“Sains dah buktikan dan sains akan terus menemukan bukti.”
“Jadi jangan risau, sayang. Percayalah pada gerak hati. Saya tau awak orang yang banyak berfikir. Hanya dengan berfikir dapat kita bezakan sesuatu. Jangan percaya hanya kerana majoriti percaya. Percayalah kerana hati awak mempercayainya.”
Andrey terpegun menyaksikan keajaiban di mana kewujudan dia yang dulunya kosong terisi sedikit demi sedikit. Jiwa yang tercari-cari, perlahan-lahan melihat cahaya di hujung jalan. Dia pasti, inilah sesuatu yang memanggil-manggil semangatnya untuk percaya bahawa jiwanya ada di situ, di Terusan Tasik Biru— tempat bersembunyinya sebuah jawapan yang akhirnya berjaya dia gali.
Rina meleraikan pelukan. Dia bangun dan Andrey membayanginya, membolehkan mereka duduk saling menatap muka. Malam semakin menggelap. Bila bersama, masa tak terasa. Cahaya bulan beransur-ansur suram ditutup awan tebal berkepul. Awan itu kelabu, bergerak perlahan diarak angin.
Bara mula berkelip-kelip, namun kehangatan tetap tidak berubah. Tangan Andrey disentuh lagi tapi kali ini Rina membawanya ke dada. Sesuatu dalam hati Andrey berkata, “kat situlah aku nak tinggal.”
“Let's embark on a journey together, unravelling life's enigmatic wonders and hidden treasures. I yearn for a shared exploration, where we can delve into the depths of mysteries and uncover the secrets that lie within.”
“Rina dah nampak semua sikap buruk saya. Dengan sabar layan semua kerenah saya. Izinkan saya bagi bukti yang terbaik.”
“Menyayangi awak sepenuh hati dah bagi saya semua kesabaran dan kekuatan tu.”
Dagu cikgu Rina disentuh lalu bibir pun mula mencari bibir. “Kalau orang campak kita ke neraka, kat dalam sana saya nak kita sama-sama bina syurga.” Di matanya Andrey lafazkan sesuatu yang membuat hati si gadis cair seperti salji dipanah matahari musim panas.
“Awak tak sempurna, saya pun tak sempurna. Dan saya ikhlas bagi awak sesuatu yang boleh awak rosakkan.”
“Saya percaya hati saya dicipta untuk melindungi hati Rina.”
Rina merapatkan tubuhnya ke tubuh Andrey dan menyatukan semula bibir mereka. “Saya nak cinta ni berkekalan dan terus berulang. Kalau ada kelahiran semula atau kehidupan yang lain, jiwa saya akan tetap mencari awak.”
Berlatarkan nyanyian jampuk dan cengkerik, bisik hembus angin malam menghalau awan daripada melindung bulan. Alam tersenyum mendengar ikrar mereka.
Namun entah mengapa, tiba-tiba hati Andrey jadi sebak sampai tak larat lagi nak tahan air yang bergenang di mata. Ya, dia menangis. Menangis dari hati. Menangis atas kejujuran yang cikgu Rina berikan, untuk cinta yang ingin dia kongsi. Andrey menangis kerana pernah hilang dalam khayalan cinta Sophia.
“It's OK... Let it all out, sayang.” Bisik Rina sambil mengusap lembut tangisan itu.
Oh , Tuhan. Benarlah Kau telah merancang segalanya dengan begitu kemas dan mencipta konflik hanya untuk menjadikan dia ekstasi siang dan malamku. Peliharalah hati aku untuk dia.
“Love will never lie, sayang. We'll be alright.” Hembusan lembut cinta seorang wanita membelai kulit, saat nafas yang paling halus memenuhi seluruh celahan hati.
“I hate nothing about you. You make me whole.” Buat kali pertama esensi bersuara tepat di telinga. “Saya sayang Rina... Sayang sangat...”
Akal dan fikiran, hati dan perasaan tiada bantahan. Mereka mengangguk tanda setuju.
#
Selepas pulang bercuti dengan Lisa, Jacques menghubungi Andrey dan mereka merancang untuk memancing bersama. Banyak yang nak mereka kongsikan.
“Sophia cakap tak ada siapa boleh ganti tempat Hans.”
“Aku faham perasaan dia. Kalau aku pun, tak semudah tu aku boleh move on. Ni soal hidup dan mati. Kalau cerai hidup tu mungkin tak terkesan sangat. Kesian Sophia. Tak sangka jugak dari sekolah dia dah kena kecam camni sekali. Dengan keluarga sendiri pulak tu.”
“Sebab tu aku tak kisah kalau dia jadikan aku tempat untuk keringkan airmata. Cinta tak boleh dipaksa apalagi kalau rasa simpati tu lagi berat.”
“Kau kena pandai bezakan antara simpati dan cinta.”
Andrey setuju dengan nasihat Jacques. Memang rasa simpati tu dah mendahului rasa sayang. Perasaan yang pernah dianggap cinta dah tak lagi sama seperti mana yang pernah dirasakan dulu. Sophia tak ada kekurangan seperti mana cintanya kepada Hans yang tak pernah berkurang.
— Seperti mana Rina tak pernah mengurangkan perhatian.
— Seperti mana dia tak pernah rasa kekurangan bila tak bersama Sophia.
— Seperti mana dia selalu merindukan dirinya sendiri bila Rina tak di sisi.
— Seperti mana Sophia menjadikan dia tempat untuk melepaskan rindu sehingga dia terlupa tentang kerinduan.
“Dari sekolah lagi aku tengok kau dengan Rina tu memang kena sangat. Baik dari segi sikap poyo, berlagak, angkuh, ego sampailah ke soal seni. Kadang-kadang, bila tengok muka kau, aku nampak Rina.”
Jacques masih yang dulu, tak pernah berubah, suka bergurau dan dia semakin kacak sekarang bila rambut dah tak cacak lagi. Nampak matang dengan rambut yang dibiarkan panjang.
“Kau dengan Lisa camne? Honeymoon, seronok?”
“Betul kata kau dulu. Even worms, they fuck. She's the best, bro.”
“Memang tepatlah kalau nak jadikan dia warisan wanita terakhir?”
“Bukan senang nak dapat awek berkualiti, lebih-lebih lagi zaman sekarang ni. Aku nak kawin dia. Kitaorang dah rancang, dia setuju. Mak ayah aku tak de hal. Orang tua dia pun supportive.”
Segera Andrey teringatkan abah, berharap abah juga seperti orang tua kedua kawannya itu. Doa dititipkan lagi ke syurga.
“Congrats. Aku rasa itu keputusan yang terbaik. Dah jumpa the right one, kenapa nak sia-siakan. Kenapa nak buang masa cari lain, betul tak?”
“Memang betul sangat dan aku harap kau pun jumpa perempuan yang hargai siapa engkau.”
“Aku dah jumpa.”
“Singa gunung memang rare. Untunglah engkau. Sekarang tugas kau jinakkan dia sampai jadi kucing rumah.”
“Dia tu sebenarnya dari mula pun dah jinak cuma kuat mengaum.”
“Itulah namanya jinak-jinak singa gunung.”
#
Hasrat Sophia untuk berehat selama beberapa hari di rumahnya memenuhkan hati Rina dengan kegembiraan. Berkongsi ruang dengan sahabat tersayang membawa sejuta harapan. Dia membayangkan ketawa dan kenangan yang akan mereka cipta bersama. Dengan berbesar hati, Rina sentiasa percaya bahawa rumahnya adalah tempat perlindungan di mana Sophia boleh berkongsi cerita dan mencari keselesaan dalam merawat duka.
“Aku dah cerita semuanya kat budak tu.”
“Pasal kau dengan Hans?”
Sophia menggangguk. “Aku dah cuba luangkan masa dengan dia.”
“That's great. Did you go to the lake, camping or stargazing?”
“Camping tak pernah. Stargazing, tasik adalah sekali sekala, tak selalu.”
“Nanti cuti boleh buat tu semua.”
“Tak adil untuk dia, Rina.”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku tak mendengar. Aku hanya meluahkan. He's a good listener and shows me a lot of respect. He's never tried to exploit my circumstances. He deserves someone better.”
“He loves you from the start.”
“He loves you from the start.”
“Aku tau dan aku nampak, dia memang ada sesuatu tapi bukan untuk aku. Kau lebih layak.”
“You are still confused.”
“No. This isn't about being confused. It's about facing the truth.”
Sophia melihat Andrey berdiri di hadapannya. Hati menjadi sarat dengan kata-kata tidak terucap. Mata itu menyimpan cahaya yang begitu murni, janji yang terlalu sempurna. Cahayanya begitu terang hingga menyilaukan mata dan itu cukup menyakitkan— bukan kerana getar sentuhan daripada tatapan itu tak mendebarkan jantung tetapi kerana debaran itu adakalanya menakutkan.
Sophia lemas dalam mimpi dan igauan, tetapi mimpi itu memudar di siang hari. Seperti bunga mawar yang lembut, dia takut untuk menyentuh kuntuman itu— bimbang sentuhannya akan merosakkan.
Bagaimana mungkin seseorang seperti Andrey boleh menjadi satu kenyataan? Bagaimana mungkin seseorang seperti dirinya layak diterima? Jadi dia menolak. Menolak dengan bibir bergetar, bukan kerana hatinya tidak mendegupkan kasih sayang, tetapi kerana cintanya terasa seperti ilusi yang rapuh, dan dia takut untuk bangun dan mendapati cinta itu hilang.
“Aku tak boleh tipu diri. Kalau aku bawa dia dalam hidup aku, belum tentu aku dapat buat dia bahagia. Kau pun tau... aku tak mungkin boleh hidup tanpa Hans, walau hanya kenangan.”
“Kau sayang dia?”
“Sayang. Memang sayang.”
“Cinta?”
“Kau lebih layak untuk itu.”