Masa— tentunya yang dah pergi tak akan kembali. Yang akan datang, belum tentu lagi. Apa paling pasti ialah hari ini. Terlalu banyak berfikir, dia sangka itu akan membantu menyelesaikan masalah dalam hidup.
Tak ada jawapan yang ditemukan dengan hanya berfikir secara berlebih-lebihan. Sebaliknya, itu telah menyedut dia dalam pergelutan antara hati, perasaan dan akal fikiran. Depresi, masalah tidur, lemah tubuh badan yang dia alami selama ini adalah hasil daripada keterlaluan dalam berfikir.
“Aku tak faham apa maksud tujuan hidup adalah untuk mencari tujuan.”
Petang itu, dia dan Jacques lepak di tasik, untuk bermuhasabah bersama. Jacques dah mula suka ke situ. Dari tak reti memancing sekarang dah jadi hobi. Eloklah daripada dia buang masa lumba kereta atau berpoya-poya tiap minggu.
“Entahla, Jacques. Kau rasa kita ni yang kawal hidup, atau sekadar badut?”
“Badut? Serius mate, aku tak faham langsung.”
“Maksud aku… Puppet on a string…”
“Oooo camtu. Abih?”
“Kalau kita dapat buat sesuatu sampai menjadi, cipta nasib sendiri, maknanya kita berjaya kawal hidup. Tapi kalau apa yang kita buat diatur oleh satu tangan ghaib, sampai kita jadi hopeless, menyusahkan kita, apa nak buat semua tak jadi, itu maknanya kita dikawal hidup.”
Berkerut dahi Jacques cuba menghadam kata-kata sang sahabat. Jangan kata Jacques, sebenarnya Andrey sendiri tak faham apa yang mulutnya lontarkan tadi.
“OK… Tapi Andrey, apa maksud tujuan hidup ialah mencari tujuan?”
“Aku tak tau, Jacques. Bukan ke tujuan hidup ni untuk hidup? Aku rasa kalau kita terus mencari tujuan, tujuan tu tak kan pernah habis. Sebab bila kita dah capai satu tujuan, mesti ada aje lagi satu tujuan lain yang kita nak capai.”
“Hmm… Betul jugak. Macam duit. Dah ada satu nak dua. Dah dapat dua nak tiga. Dah ada tiga nak semua. Dah kaya nak lagi kaya. Memang tak sudah-sudahlah jawabnya.”
Jacques menyalakan rokok, cuba menghalau nyamuk. Hari pun dah makin petang. Mereka mula mengemas peralatan memancing. Dua ekor ikan yang tersangkut di mata kail, Andrey serahkan kepada Jacques buat makan malam kucing-kucingnya. Kucing betul, kucing rumah. Bukan anak-anak kucing yang dia bela di sekolah.
“Aku dengan Rosy, kita orang dah couple.” Satu pengakuan dibuat. Mendengar itu, Andrey sedikit terperanjat kerana selama ini dia sangkakan Jacques ada hubungan dengan Sue.
“OK ke dia tu? Tak macam over sangat ke minah tu?”
“Dia hot atas katil. Apa lagi aku nak?”
Mudah betul Jacques buat pilihan.
Andrey tak tau nak jawab apa. Pasal katil, yang tau hanyalah tilam, bantal dan selimut. Bahagian paling erotik pun hanyalah mimpi.
“Kau patut rasa benda tu… Lisa amacam?”
“Lisa? Dia OK, interesting tapi ada masa dia banyak diam.”
“Macam kau, samalah.”
“Bila dah dua-dua diam, apa nak cerita pun tak tau. Nak guna bahasa isyarat lagi la tak reti. Tapi aku tengok dia tu passionate betul pasal astronomy. Kalau bercerita pasal tu, memang tak pandai berhenti. Aku suka tengok langit tapi bila dia cerita pasal quantum physics la hape, aku pening. Tak leh follow.”
Semenjak diajak minum, ada beberapa kali mereka keluar lagi. Tapi lagi banyak senyap dari bercakap, Andrey mati akal. Bila Lisa mula bercakap pulak, dia sakit kepala sebab kalau bercerita tentang quantum physics, Lisa jadi teruja bukan main. Otak Andrey tak boleh hadap. Dia jadi pening bila Lisa cuba terangkan semua tu.
“Padanlah dari awal lagi aku tak suka fizik. Pening…” Adunya kepada Jacques.
Apapun, Lisa cool. Dengar dia bercerita tentang alam semesta, Andrey kagum. Jauh benar beza pengetahuan Lisa dalam ilmu fizik kalau nak dibandingkan dengan dia. Lisa seorang gadis yang mempunyai cita-cita setinggi langit, seluas angkasa dan gadis itu pasti mampu mencapainya.
“Bukan macam aku, Jacques. Cita-cita aku ibarat meneropong langit. Nampak semua keindahan bintang-bintang, bulan dan planet tapi tak tau apa sebenarnya yang aku pandang.”
Terasa betapa kecilnya dia. Mulalah dia diserang rasa rendah diri.
“Takkan nak tunggu Sophia jatuh ke riba, memang tak merasalah…” Gurauan Jaccques disambut dengan ketawa.
“Tuah badan, siapa tau?” Dia masih berharap.
Cikgu Sophia ada datang menemui Andrey selepas kes Jacques hantar kertas kosong untuk tugasan biologi yang diberi. Sebuah pertengkaran kecil berlaku antara mereka, lalu Andrey pun pergi jumpa untuk bertanyakan punca. Yang si Jacques pulak terus hilang tanpa jejak pada hari kejadian. Puas cuba dihubungi tapi gagal.
“Saya tengah marah masa tu, jangan ambil hati. BFF awak tu… hai… entahla. Dah la loyar buruk, pemalas pulak tu. Cakap sikit, banyak jawapan dia.” Keluhan cikgu Sophia yang tak reti nak marah. Kalau cikgu Rina mesti kena dah si Jaques tu.
“Tak pe cikgu, saya faham.”
“Bukan tak nak borak dengan awak tau… Tak marah saya, kan?” Senyuman cikgu Sophia mencairkan hati.
“Kenapa pulak nak marah?”
“Yelah… Awak datang kat saya nak tanya elok-elok tapi saya tak bagi masa. Termarah awak. Maaf, ye.” Tangan Andrey disentuh. Berdenyut-denyut rasanya jantung—dara terasa naik ke kepala meluncur terus ke kaki.
“Tak ada apa nak dimaafkan, cikgu. Saya yang salah pilih masa.”
“Kalau camtu, apa kata kalau kita keluar makan malam? Boleh kita berbual panjang. Malam minggu ni awak free tak?”
Untuk cikgu Sophia, dia sanggup adakan masa yang tak ada. Tapi sayang, temujanji itu terpaksa dibatalkan makan malam itu atas sebab tertentu. Cikgu Sophia berjanji akan menggantikannya dengan tarikh lain. Tapi sayang sekali lagi, masih belum ada tarikh baru seperti yang dijanjikan.
“Kau tau kenapa aku ambil biologi?”
“Kenapa? Hal hari tu, kau dah minta maaf tak kat cikgu Sophia?”
“Dah. Aku anta sekali assignment tu.”
“Dia cakap apa?”
“Dia cakap terima kasih. Itu je.”
“Tak membebel?”
“Dia rimau kumbang. Cool sikit. Kalau singa gunung, lain hal. Tapi singa tu, kalau aku dapatlah, sumpah tak carik lain.”
Membayangkan harimau kumbang, Andrey ketawa besar tapi bila membayangkan Jacques dicium cikgu Rina, dia berdoa agar itu takkan terjadi.
Mana boleh! Cikgu Rina hanya boleh cium aku sorang je. Entah bila cikgu Rina tu jadi hak aku, itu tak penting. Apa yang aku tau, hanya aku je yang layak mendapat ciuman singa gunung. Muktamad!
“Beranganlah kau Andrey oiii… Jangan jadi Mat Jenin dah lah…” Hati dan akal mengejek.
“Biologi bagi aku, memang interesting sangat. Kalau boleh aku nak duduk dalam hutan buat kajian tentang alam.”
“Samalah…”
“Kita tak boleh terus main-main. Macam aku, mesti kau pun ada sebab buat A’Level.”
“Aku tau. Aku ambik A’Level ni sebab nak challenge diri aku. Mak bapak aku tak ada halangan kalau aku nak masuk mana-mana IPTS. Tapi apalah namanya kualiti, kalau semuanya permainan duit semata-mata?”
Wajah Jacques diamati. Sejak akhir-akhir ini nampaknya dia lebih serius dalam kelas dan semakin matang dalam berbicara. Lontaran kata-katanya tadi bagai mengetuk pintu minda Andrey yang mula kagum dengan buah fikirnya.
Kenapa aku tak nampak benda ni? Abah nak aku belajar semua ni, alami susah payah belajar dari bawah supaya aku menghargai pengalaman dalam menimba ilmu pengetahuan dan ilmu hidup.
Ucapan kata cikgu Rina menerjah ingatan—duit boleh beli semua benda, secara material, tapi bukan secara spiritual. Sekarang Andrey nampak, inilah nilai spiritual yang perlu dia dalami. Sesuatu yang tak ditawarkan di mana-mana pusat pengajian tinggi sekalipun. Kesedaran, itulah institusinya.
“Aku nak belajar pasal diri aku. Tentang orang macam kita. Aku curious, kenapa kita jadi macam ni. Bapak aku cakap, manusia ni lebih dari XY dan XX.”
“Being transgender does not, however, mean possessing any of these differences, right?”
“It's primarily determined by how we feel concerning our gender, rather by the quantity of X's or Y's we possess.”
“Your father can undoubtedly explain this in further scientific depth.”
“He never questioned who I was. Dia kata, siapa pun aku, aku special.”
“Untung kau. Bapak aku lain. Semua tak boleh. Harap mak aku je faham. Mak kau camne?”
“Mak aku memang activist. Human rights, LGBT. Dia memperjuangkan equality.” Jacques pandang muka Andrey agak lama sebelum menyambung,
“aku rasa aku dah tau apa tujuan hidup aku ni.”
Antara mimpi dan igauan hidup, cikgu Rina telah dihantar untuk menjadi realiti yang tak disengajakan dalam hidup Andrey. Seakan ada satu kuasa ajaib telah merancang sesuatu dengan begitu teratur, kepercayaan terbina sejajar dengan waktu.
Biarpun sibuk dengan tugas mendidik dan menjaga sahabatnya Sophia, tak pernah cikgu Rina gagal memberi ruang untuk Andrey, walau sekadar di telefon. Dia sentiasa mencipta masa. Di setiap kesempatan yang ada, dia akan membawa Andrey ke masa lalunya, bercerita tentang kisah-kisah sewaktu dia kecil atau semasa dia menuntut di sekolah dan di universiti. Dengan cara yang sama, dia memperkenalkan keluarganya tanpa disuruh-suruh. Namun begitu, Rina tahu, dia perlu menjaga sempadan dalam menyemai benih kasih di batas hati Andrey.
“Jom kita cakap pasal sekolah sikit, boleh?” Pinta cikgu Rina selepas mereka menamatkan sesi lumba lari pada satu petang Ahad.
Semenjak hubungan mereka semakin pulih dan bertambah mesra, cikgu Rina sering mengajak Andrey beriadah di taman setiap petang, jika masa mengizinkan. Setiap pagi Sabtu pula, mereka sama-sama meluangkan masa di AC Club. Melakukan aktiviti-aktivi seni bersama. Andrey seronok. Rina bahagia. Hidup rasa terisi, terinspirasi. Ahad pula, kalau masing-masing tak sibuk, mereka akan berlumba lari, kadang-kadang main badminton. Bukan nak menang atau nak kalah. Meluang waktu berkualiti bersama adalah intipatinya. Apa saja cadangan dan rancangan yang cikgu Rina atur atau usulkan untuk mereka, Andrey terima tanpa sebarang bantahan.
Ternyata apa yang dipupuk cikgu Rina membawa kesan sangat positif kepada dirinya. Semenjak berjinak-jinak dengan aktiviti fizikal seperti ini, dia lebih mudah tidur, tidak lagi berjaga malam. Selera makan makin bertambah dan dia merasa lebih sihat, cergas, lebih segar. Otak pun semakin cerdas.
“Awak ambil 5 subjek, betul?”
“Betul.”
“Saya nak awak buat keputusan, kalau boleh biarlah secepat mungkin. Awak betul-betul benci ekonomi atau semuanya semata-mata sebab saya?”
“Tak cikgu, bukan cikgu. Ekonomi pun tak. I am the problem.”
“Masa tak tunggu kita, awak faham tu, kan?”
“Saya tau saya dah banyak buang masa. Setahun melayan perasaan dekat rumah, rugi pula rasa tak layan perasaan kat sekolah. Kalau tak, lama dah kita kenal.” Sengaja dia hantar respon yang boleh meleretkan senyum di bibir cikgu Rina.
“Tak elok bebankan diri dengan benda yang tak pasti. Fikir elok-elok. Kalau masalah berpunca dari diri sendiri, cuba cari jalan keluar. Saya selalu ada kalau awak nak pandangan.”
“Saya tau cikgu ambil berat pasal saya. Terima kasih.”
“Apa rancangan lepas habis semua ni?”
“Entahlah cikgu… Untung sabut, timbul. Untung batu tenggelam. To be honest, saya nak melibat diri dalam seni dan muzik.”
“Rina.” Sempadan dan batasan memang susah nak dijaga lagi bila benih dah tumbuh subur meliar. Dia menurunkan lengannya di bahu Andrey. Itu bukan kali pertama dia mengajar anak muridnya itu belajar menyebut namanya tanpa panggilan cikgu. Walaubagaimanapun, Andrey masih selalu tersasul.
“Saya sebenarnya tak ada apa-apa rancangan.”
“Tapi ni penting. Mesti awak ada impian, cita-cita dan matlamat dalam hidup, kan? Kalau tak ada, masanya dah tiba untuk awak adakan semua tu.”
Satu keluhan terhela dari ruang dada yang sarat dengan kata-kata tak terucap. Apa saja yang dah dia cakap atau cuba diluahkan, rasanya masih ada lagi yang tertinggal menjadi beban menyesak dada.
“Abah kata satu-satunya cara kita menghargai perjalanan adalah dengan menebas hutan atau berjalan atas duri, bukan berjalan di padang luas terbentang indah tanpa sebatang pokok kayu. Kat situla saya tengah jalan sekarang. Hutan tebal, jalan berduri.”
Kata-kata nasihat yang pernah abah berikan satu waktu dulu dia potretkan ke mata cikgu Rina. Di bawah pancaran matahari petang, garis rambutnya memperlihatkan manik-manik peluh yang perlahan-lahan menuruni dahi. Andrey memanjangkan tangan untuk mengesat peluh di dahi gurunya itu dengan jari.
“Abah awak betul. Sekarang ni awak tak begitu kisah pasal hidup sebab mak abah awak bagi awak semua kelengkapan. Elaun, kehidupan yang selesa. Mewah. Bertuah awak. Bukan semua orang dapat nikmat macam tu.”
“Pinjaman.”
“Pinjaman diberi bagi mereka yang layak.”
“Saya nak pastikan ada pulangan dan imbuhan nanti.”
“Pinjaman tu satu ujian. Semua ada tempoh. Fikirkan empat, lima tahun akan datang dan tahun-tahun lepas tu.”
Bukan tak risau semua tu, tapi setiap kali memikirkan tentang masa depan, setiap itu jugalah dia akan berakhir dalam kebimbangan, dalam kegelapan. Andrey tak suka bila perasaan seperti itu mengganggu. Dia takut.
“Tell me…” Tangan kiri Andrey cikgu Rina ambil untuk direhatkan dalam genggaman jari-jarinya.
“Saya tak tau... Saya cuba buat keputusan secepat mungkin.” Itu saja kepastian yang dapat dia beri. Cikgu Rina menghela nafas.
“Tak apa. Ambil masa awak. Saya selalu ada.” Pipinya dicium. Dia ingin Andrey percaya, bahawa dia benar-benar sayang.
Perasaan yang jujur tak pernah tak betul. Rina berpegang pada prinsip itu. Etika sebagai seorang guru dia ketepikan. Andrey pun bukan budak bawah umur lagi.
Aku pun bukan tua sangat.
“Bayangkan lepas ni awak masuk universiti, atau awak berjaya diterima lagi ke Akademi Seni.”
Pandangan dilontarkan ke dada tasik, mula melakar gambaran dengan warna pilihan cikgu Rina.
“Kemudian awak mulakan kerjaya. Tak kiralah, komposer atau pelukis, di jalanan atau di pentas, arkitek atau biologist, atau businessman. Mungkin jugak philosopher, psychologist, penulis… Nampak tak awak ada banyak kelebihan?”
Cikgu Rina membuka matanya untuk melihat apa yang selama ini dia dah terlepas pandang. Semua benda tu sebenarnya terbentang depan mata.
“Saya pilih tu semua atas dasar minat saya, cikgu…”
“It’s Rina.”
“Rina…”
Bercahaya wajah Rina bila perkataan cikgu dipadam. Muka saling menatap. Renungan dari redup mata cikgu Rina nampak begitu tulus. Dan cikgu Rina nampak kejujuran di mata Andrey.
Setiap kali berbalas renungan begitu, hati dan perasaan, akal dan kewarasan sering cuba mencari makna. Adakalanya mereka rasa begitu hampir dengan makna yang dicari-cari. Ada ketika-ketikanya pula, makna itu bagaikan terlalu jauh sehingga tak mampu dicapai dan di waktu-waktu yang lain terasa bagai ada sesuatu yang menghalang perjalanan dalam pencarian itu.
“Awak ada rumah sendiri, kereta, apa jelah yang awak nak, hasil titik peluh awak. Apa je dalam hidup, semua yang awak suka. Awak kawal, jajah dunia awak, hidup awak sendiri. Tak ada siapa boleh kacau privasi tu. Bebas macam burung.”
Jari telunjuknya menghala ke langit, ke arah sekumpulan burung yang terbang riang kemudian terus menyambung, “waktu tu awak akan tengok hidup ni dengan pandangan yang berbeza. Mungkin awak nak sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Siapa tahu, awak jumpa seseorang yang istimewa, jadi semangat, bagi inspirasi untuk awak mencapai tahap lebih hebat daripada yang pernah awak bayangkan.”
Dia berhenti seketika. Badannya dipusingkan sedikit supaya untuk mereka duduk tepat muka ke muka. Andrey lihat ada senyuman di mata cikgu ekonominya itu.
“Andrey…” Kedua tangannya menyentuh lembut pipi Andrey.
“Hidup ni hebat, indah dan akan menjadi lebih indah, lebih hebat bila dapat dikongsi bersama seseorang yang menyayangi kita.” Cikgu Rina menarik nafas sebelum menghembus kata-kata yang akan melekat dalam ingtan Andrey sampai bila-bila.
“Harap-harap, awak dan saya, kita masih akan duduk bersama macam ni. Saya nak jadi orang tu.”
Ucapan cikgu Rina bermain di benaknya hingga ke malam. Dia bawa semua bait-bait kata yang dilagukan sampai mata terlelap. Terjaga pada pukul 3 pagi, dia diganggu notifikasi telefon bimbit.
“I missed you.”
Entah siapalah psikopath ni pukul tiga pagi tak tidur-tidur lagi. Siapa pun dia, dia pengecut. Dia tak menghiraukan mesej yang mengganggu tidur kerana igauan yang diberi cikgu Rina telah menggesa jari-jarinya untuk menitipkannya sebaris ayat.
“Lunch hari ni, tempat biasa, pukul satu.”
“Rosy tu dari dulu selalu bercakap hal awak,” kata Lisa pada suatu petang selepas mereka mengulang kaji bersama di perpustakaan.
“Betul ke awak ada hati kat cikgu Sophia?”
Pertanyaannya membuat Andrey terkejut. Siapa punya mulutlah…
Jacques la ni kot. Si Rosy tu awek dia mesti dia cerita hal aku kat Rosy.
Terus Andrey mesej Jacques.
“Kau mulut jangan macam makcik-makcik sangat, boleh?”
“Makcik mana pulak? Apahal tiba-tiba nak marah, period ke apa?”
“Aku taulah Rosy tu awek kau. Tapi tak payahla kau bagitau dia hal aku.”
“Hal apa?”
“Pasal aku suka Sophia.”
“Woi, mana ada… Aku tak pernah cakap pasal hal peribadi kau kat sesiapa. Kat Rosy tu lagilah, kau bukan tak tau mulut dia. Macam puaka. Fitnah semua ni.”
“OK, nanti jumpa kita cerita.”
Andrey percayakan Jacques. Walaupun mulut tak reti diam, tapi hal peribadi orang dia tak pernah cerita. Itu memang Andrey maklum sangat. Hal dia dengan Rosy pun jarang dia cerita.
“Rosy ke buat cerita?”
“Siapa lagi.”
“Memandai je dia… Apalagi dia cakap pasal saya?”
“Dulu awak nak ngorat dia tapi dia tak layan.”
Andrey ketawa berdekah-dekah sampai rasa nak tersembur ayam goreng yang tengah dia kunyah.
“Bila masalah saya nak mengorat si bibir merah berdarah tu? Pelik-pelik betul la perangai perempuan.”
Cerita yang diberi Lisa buat Andrey terfikir, jangan-jangan si Rosy yang kirim mesej-mesej misteri tu selama ni. Boleh jadi.
“Saya tau dia suka awak. Sebab tu ada je cerita pasal awak keluar dari mulut dia.”
“Saya tak pernah ngorat sesiapa. Rosy? Tengok bibir pun seram.”
“Bibir cikgu Sophia tak seram ke tengok?”
“Tak.”
Lisa tergelak kecil.
“Geram, macam mana nak seram, kan?”
“Ha ah. Geram.”
“Yelah… Cikgu lawa, cantik. Pandai pulak tu… Untunglah…”
“Apa yang untung?”
“Jadi anak emas dia.”
Dia tak mengiya atau menafikan pernyataan yang diberi Lisa. Dia malu kalaulah betul ada orang tau, dia syok kat cikgu Sophia sedangkan dia tengok cikgu Sophia tu sibuk layan cikgu Fizi je. Tapi tulah, mulut orang, lagi lebar daripada mulut perigi.
“Well, kawan awak tu, kan dia couple dengan Jacques?”
“Dah give-up la tu, awak tak layan. Dia tu bukannya serius pun dengan si Jacques.”
“Tak sesuai pun. Tapi Jacques suka, apa boleh buat.”
“Kejap je tu. Biasalah Rosy, mana pernah ada yang serius. Nasib dia tak dapat awak,
kalau tak awak pun jadi mangsa.”
“Padanlah akhir-akhir ni Jacques macam ada masalah je dengan bloody lips tu.”
“Hmm… We’ll see. Tapi betul ke awak suka cikgu Sophia?”
“Kalau betul kenapa?”
“Tak rasa dia terlalu dewasa?”
“Tua, maksud awak?” Setakat 7, 8 tahun beza umur, tak keterlaluan pada Andrey. Pendapat Lisa dia gelengkan.
“Siapalah punya mulut ni?”
“Gossip biasalah… Bukan Rosy and The Chickes je bercerita. Semua orang pun nampak cikgu Sophia layan awak camne. Lain.”
“Apa yang lain?”
“Anak emas dia. Mestilah dia sayang.”
Sayang… Sayang ke cikgu Sophia kat aku ni? Depan aku pun selamba dia layan cikgu Fizi. Sayang ke macam tu? Tak tau ke dia, hati aku terguris? Kenapa orang tak nampak sebenarnya cikgu Rina yang sayang sangat kat aku, siap cium mulut lagi? Hishhh…
“Saya faham kalau awak suka dia. Semua cukup. Pandai bergaya, ada rupa, ada pelajaran. Suka senyum. Seksi. Baik. Perfect, kan?”
Andrey biarkan Lisa terus dengan kata-kata. Biasanya dia diam. Selalunya cerita pasal tenagalah, cahayalah, blackhole la, kucing dalam kotak la… Hari ni nampaknya teruja betul dia nak cakap hal cikgu Sophia.
Hai Lisa, kalaulah engkau tau aku ni sebenarnya tengah cuba nak ngorat engkau dalam usaha nak lupakan cikgu tu…
Tiba-tiba terasa hati mendenyutkan rindu. Jiwa jadi gelisah.
“Saya seronok berbual dengan awak. Rasa aman. Kat sekolah kadang-kadang saya rasa serabut. You know, those girls… Tak macam awak… Awak pendengar yang baik.”
Lisa tersenyum. Botol warna biru berisi air mineral itu diteguknya. Habis. Kering tekak dia agaknya cakap pasal cikgu Sophia.
“Belikan air lagi boleh?” Dia menggoyang-goyangkan botol mineral kosong di tangan.
“Teh, kopi? Mineral?”
“ABC.”
OK… ABC. Ikutlah sayang.
Lalu dia ke ke kaunter memesan dua mangkuk ABC untuk mereka dan kembali ke meja bersama dua botol air mineral.
“You know what, last night while I was observing the sky, I saw meteor shower. Was thinking to call you. Ingat nak ajak tengok sama. Tapi dah pukul tiga pagi, tak nak lah saya kejut. Awak mesti tengah sedap tidur.”
“Mesti cantik, kan? Lain kali kalau awak bagitau awal, boleh kita tunggu sama-sama. Awak tau kan, rumah kita ada jalan rahsia, jadi awak boleh menyelinap kat situ kalau nak naik balkoni bilik saya.”
“Awak nak suruh saya panjat ke?”
“Ha la… Kenapa?”
“Nak tengok bintang lagi elok kawasan luas. Jauh dari pencemaran cahaya. Balkoni bilik buat apa. Trick la tu nak ajak orang masuk bilik.”
Andrey ketawa. Sebenarnya dia tak berniat macam tu pun tapi nampaknya Lisa pandai mengembangkan imaginasi.
“Belajar dari Jacques la tu.”
“Tak. Belajar dari National Pornographic.” Sengaja dia mengusik, nak tengok reaksi si gadis. Tak ada niat lain selain bergurau.
“Awak ni… Tak elok tau. Hmm, anyway Andrey, awak tau tak macam mana meteor shower terbentuk?”
“Entah. Agaknya bila partikel kecil berlanggar dengan atmosfera bumi, terbakar, jadilah jalur cahaya merentas langit. Itu je saya tau pasal meteor. I make a wish when I see one.”
“Betul. Hujan meteor yang terkenal termasuk Perseids, boleh nampak pada bulan Ogos dan Geminid, bulan Disember.”
“Oooh macam tu.”
“What about Jacques? Awak rasa dia suka tak semua ni?”
“Saya tak tau kalau dia berminat pasal kuantum fizik. Tapi saya pasti dia suka melepak malam-malam tengok bintang sambil minum kopi. Kalau saya ajak dia sama nanti, awak OK tak?”
“No problem. He's your friend and I think he’s cute.”