Suara ~ Bab 15 : Keliru

Ray FL
0


D(caps)ah dua hari Sophia demam. Batuk-batuk, selesema dan selama dua hari itu jugalah Rina meneman dia di rumah. Mujurlah cuti sekolah. Kalau tidak, dah tentu dia akan diberi cuti sakit. Seboleh-bolehnya dia tak mahu ambil cuti sakit, tak mahu pelajar-pelajarnya tertinggal sukatan.
Jam 7 pagi, dia terjaga. Rina tak ada di sisi. Dia sedia maklum, pagi-pagi lagi Rina akan bangun untuk sediakan sarapan. Badannya masih terasa lemah namun dia gagahkan diri untuk bangun— nak ke dapur. Nak teman Rina memasak. Perlahan-lahan dia turun dari katil.

Berhenti di pintu dapur, dia menampung diri di bingkainya. 

“Hey, kenapa tak panggil? Bangun sendiri, jatuh ke apa nanti kan susah?” Bebel Rina sambil menarikkan kerusi dan menuntun Sophia duduk sebelum dia menuangkan air masak ke dalam gelas dan dihulurkan kepada kawannya itu.“Sarapan siap dah. Aku baru nak bawak ke dalam.”

“Kita makan kat sini je. Dah kebah sikit rasanya ni.” Pinta Sophia. Koyok yang melekat di dahi dia tanggalkan.

“Sure?”
Sophia mengangguk, lemah. Terharu sungguh dia atas layanan Rina yang begitu mengambil berat. “Aku teringin nak minum teh O.”
“Minum barley ni sikit dulu. Nanti aku buatkan teh O.” Secawan barley suam dihulurkan bersama semangkuk nasi bubur dan sup campur. Selepas menyediakan teh O seperti yang diminta, Rina duduk berdepan dengan dia, menikmati sarapan yang sama.

“Cuti ada seminggu lagi. Aku ingat, hari ni kita balik rumah aku. Lepaklah sana dua tiga malam. Nanti aku teman kau kat sini balik.”
“Macam manalah aku kalau tak de kau, Rina…”
“Itulah ajak tinggal sama, kau degil.”
“Ye cikgu. Aku ikut kau balik hari ni.”
Bukan tak mahu tinggal bersama Rina, tapi dia terlalu sayangkan rumah tempat dia menetap selama hampir 4 tahun. Terlalu banyak kenangan. Terlalu banyak kisah dan cerita. Rumah itu adalah dengup jantungnya. Nadinya. Hatinya. Cintanya.

“Bila lagi appointment kau?”
“Cukup bulan.”
“Aku happy, kau teruskan.”
“Kalau tak pergi pun tak apa. Kau pun boleh bagi aku terapi. Kau lagi faham.”
“Betul, tapi aku bukan profesional. Kadang-kadang, diri sendiri pun aku tak boleh handle.”
“Rina, kau tau, kan… lepas dari rehab aritu, aku memang tak de semangat langsung nak kerja dah.”
“Tapi aku tengok ada progres.”

Memang benar apa yang dikatakan Rina— ada progress. Dia semakin pulih. Semangatnya semakin pulih, semakin baik semenjak dia menggantikan tempat cikgu Lee.

Dan pertemuan pada petang hujan lebat itu. dia seperti di tiupkan semangat baru. 
Ketika pandangan matanya jatuh ke wajah seorang pelajar yang duduk bersendirian di satu sudut, segera ingatannya melayang pada hari Rina menceritakannya tentang seseorang—budak itu. Budak yang bernama Andrey.

Lima minggu dia diberi cuti sakit dan selama lima minggu itu jugalah dia berada di pusat rehab. Semangat untuk hidup memang dah mati apalagi untuk mengajar. Dia tak mempedulikan apa-apa. Kehilangan tragik insan tercinta telah mematikan jiwanya. Dia hilang arah. Hilang segala-galanya. Namun, hidup terpaksa diteruskan. Sementara menunggu mati, mahu tak mahu, hidup harus dijalani.
“Kita balik rumah aku dulu, ye. Aku rasa elok kau tinggal dengan aku buat sementara waktu.” Kata Rina yang setia menunggu dan menjemput pada hari terakhir di pusat rehab. Sophia bersetuju. Dia perlukan Rina. Dia perlukan seseorang di sampingnya. Bila bersendirian dia sunyi dan kejamnya sunyi, sebengis kematian.

“Malam ni kita celebrate kepulangan kau kat tempat biasa. Aku belanja.”

Dan pada malam itulah, di restoran kegemarannya, Rina buka cerita. Tentang sekolah. Tentang kelasnya yang baru dan tentang budak itu. “Budak tu membuta je kerjanya dalam kelas. Assignment tak payah cerita. Cincai boncai. Langsung tak tunjuk minat. Aku pun tak faham kenapa dia ambil subjek aku kalau tak minat.”
“Abis apa tindakan kau?”
“Kadang-kadang aku halau je dari kelas. Mengganggu.”
“Tak baik kau, Rina.”
“Dah tu pemalas sangat. Tapikan…” Rina mendekatkan sedikit mukanya ke muka Sophia. “Dia handsome.” Bisiknya sambil ketawa kecil.
“Lelaki?”
Rina menggeleng. Sophia nampak matanya bersinar.
“Hai… nampaknya marah marah sayang la ni, kan?”
Senyumnya bertukar tawa. “Isyhk… taklah… Sebenarnya, ada benda yang buat aku kagum dengan budak tu.”
“Apa dia?”
“Isnin nanti, aku bawak kau pergi Kelab Seni. Nanti kau tau kenapa.”

#

Petang berhiaskan hujan itu telah membuktikan sebuah kebenaran. Bagai ditiup nyawa baru, Sophia rasa seperti dilahirkan semula. Menggantikan tempat cikgu Lee telah membawa dia kembali ke zaman persekolahan.

“Ini untuk cikgu. Ini untuk saya.” Andrey menghidangkan secawan latte dan sepotong sandwich tuna kepadanya.

“Saya suka Americano and roasted beef sandwich.”
“Terima kasih. Andrey, kan?” Sekali lagi dia meminta kepastian, takut tersalah orang. 
“Ye, saya Andrey.”
“Pandai awak pilih.” Terusik hati cikgu Sophia dengan layanan yang diberi.Ingatannya terbawa ke Tanjung Bayu yang dah lama dia tinggalkan. 

Deru hujan semakin lebat. Mereka lebih banyak diam melihat hujan dari bercakap. Sesekali mulut dibuka bertanya dan menjawab tentang kelas yang pernah diterajui cikgu Lee. Andrey memberi penerangan serba ringkas, tak menunjukkan minat. Sophia juga tak berminat untuk bercakap tentang itu kerana hujan dah menghanyutkan dia begitu jauh. Dan kehadiran Andrey di depan mata semakin menguatkan lagi kerinduannya pada masa lalu.

Hingga akhirnya hujan beransur reda. Dengan berat hati, masing-masing terpaksa akur atas tuntutan waktu. Andrey menghantar dia hingga ke kereta sebelum mendapatkan motorsikalnya dan membawa hati yang telah diusik cikgu Sophia ke tasik.


#

“Rina, malam ni tak nak makan bubur lagi. Aku teringin nak makan mi goreng.” Sesampai di rumah Rina pada petang itu, Sophia membuat satu permintaan.

“OK. Tapi barang tak ada. Kena pergi kedai belil.” Kereta yang baru memasuki perkarangan rumah di undurkan semula untuk ke kedai mendapatkan bahan-bahan bagi menyediakan mi goreng untuk Sophia.

Selepas makan malam, mereka bersantai sambil menonton TV di ruang tamu. Mereka berbual itu dan ini. Tentang sekolah. Tentang sejarah hidup. Dan Sophia yang selalu ingin tahu mengenai perkembangan perasaan kawannya terhadap budak itu mula bertanya.

“Aku tak boleh ikutkan hati ni. Apa aku buat tak betul. Bersalah sangat aku rasa…” Rina memperdengarkan keluhan hatinya.

“Sampaikan waktu mengajar pun aku nervous bila pandang dia. Tak pernah macam ni, Phia. Pelik sangat rasanya.”

Pelik. Memang pelik. Sophia juga merasa pelik. Bukan saja pelik tapi keliru. Cinta tiga segikah ini? Cintakah aku pada Andrey atau aku terbawa emosi lantaran masih terbelenggu dalam kisah lalu?
Sering dia tertanya-tanya sendiri bila kemesraan dan layanan penuh hormat sering tersulam di setiap patah perkataan, tatapan mata dan segaris senyuman. Semua itu membuktikan, lebih dari seorang guru, Andrey menghormati dia sebagai seorang wanita. Wanita yang dianggap istimewa.

“Aku tak nak mislead dia sedangkan perasaan sendiri pun aku tak pasti. Suka, betul aku suka. Tapi dia tu budak lagi. Aku ni tua sangat.”
“Budak? Dah nak masuk 20. Kan 8 tahun je beza?”
“Tua dah kita.”
“Aku tak rasa tua pun.” Sophia ketawa kecil namun seperti Rina, dia juga keliru. “Dia menghidupkan Hans semula dalam hidup aku.” Terlontar kata-kata itu, antara sedar dengan tidak. “Mungkin sebab tu aku rasa muda.”

Rina angkat muka. Dia tak rasa hairan sebab sejak dari mula dia melihat wajah Andrey, memang dia juga teringatkan Hans. Dan Rina mengerti apa yang dirasai kawannya itu. Dah lama dia mengerti. “Aku tau. Itulah peniup semangat kau.”

“Hans baru je pergi, Rina. Seribu tahun sekalipun tak kan boleh aku gantikan dia dengan sesiapa. Betul, Andrey tu macam jelmaan semula tapi nyatanya dia bukan Hans. Dia sekadar…” Kata-katanya terhenti. Nafas ditarik. Dilepas. Namun satu perkataan yang tepat tak juga ditemukan.

I don’t know…Budak tu bukan déjàvu tapi penjelmaan semula.”
Rina diam memerhatikan perasaan Sophia juga perasaannya sendiri.

“Kita ni cikgu. Dia pelajar. Bodoh betul aku. Kenapalah aku pergi cium dia?”
“Betul kita ni cikgu. Dan perasaan kau tu pun tak salah. Cuma aku fikir lebih baik kita biarkan masa yang menentukan.”
“Macam mana nanti, kalau masa memaksa dia memilih satu antara kita?”
“Kita paksa la dia pilih dua-dua, abis cerita. Bermadu OK apa… kalau dengan engkau.”
“Susah-susah sangat kita aje lah yang bercinta, Phia.”
Kedua guru muda itu tertawa akhirnya.

#

Di tingkat dua bangunan, di mana terletaknya bilik guru, Rina berdiri di sisi sebuah tingkap casement bercermin gelap. Dari sudut itu, tempat letak kereta dan motor dapat dilihat dengan jelas. Riuh pelajar setelah tamat sesi persekolahan semakin reda. Tapi Andrey masih di situ.

Dan dia tak berseorangan. Ada seseorang meneman. Seorang gadis. Gadis muda. Nampak sebaya, cukup bergaya. Tak pernah dia nampak gadis itu sebelum ini. Pelajar barukah? Kalau betul sangkaannya bahawa gadis itu warga batu TBC, apa kaitannya dengan Andrey? Setahu dia, tak ada kemasukan pelajar baru pun dan mustahil semudah itu Andrey mesra dengan pelajar baru.

“Jauh menung cikgu Rina? Ingat laki ke?” Suara seorang lelaki mematikan fikiran-fikirannya. Rina membalas senyum yang di lontar tapi masih belum mahu berganjak dari tingkap.

“Bila masa pulak saya kahwin?”
Cikgu Izlan ketawa kuat. “Amboi… Kemain garang bunyi.”
“Ada kemasukan baru ke hari ni?”
“Kemasukan baru hapenya ujung-ujung tahun ni cikgu Rina oii… Kenapa awak tanya?”
“Saja.”
 “Apa yang beriya sangat ditenung tu?”
 “Pokok.”

Cikgu Izlan yang tak berpuas hati dengan jawapan yang diterima segera berdiri di sebelahnya, dekat dengan tingkap. “Awak risau pokok tu toreh kereta awak lagi?” Tanya cikgu Izlan bila melihat Andrey yang duduk di atas motosikal sedang berbual dengan seorang gadis.

“Risau jugak. Budak-budak zaman sekarang, bukan boleh percaya sangat.”
Cikgu Izlan ketawa. “Budak hape nya si Andrey tu, cikgu Rina oii… Masuk 20 dah. Kalau jantan dah lama jadi bapak orang. Student saya dulu tu. 2 tahun jugalah saya mengajar dia.” 

Tanpa diminta cikgu Izlan menyampaikan sesuatu yang telah membangkitkan keterujaan dalam diri Rina. Mereka kembali ke meja masing-masing yang saling bertentangan.

“Tapi apa Arni buat kat sini?” Tiba-tiba cikgu Izlan bertanya kepada diri sendiri. Segera dia bangun, berjalan semula ke tingkap dan menjenguk sebentar. “Hmm, betul la tu si Arni.” Ngomelnya sendirian. Walaupun perlahan, tapi dapat didengar dengan jelas.

“Arni siapa pulak?” Tanya Rina ingin tahu.
“Tu yang tengah berbual dengan si Andrey tu namanya Arni. Ex-student sekolah ni dulu. Budak kelas saya juga. Diorang rapat—budak berdua tu.” Cikgu Izlan kembali duduk, meneruskan kerja. 
“Ooo… kawan lama la. Padan tak pernah nampak.”
“Anak bekas pengetua TBC dulu. Cikgu Umar. Cikgu Rina tak sempat kenal kot. Dia pencen masa budak-budak tu form 4 lagi.”

“Ada saya baca dalam majalah sekolah dan dekat galeri di perpustakaan pasal cikgu Umar.” Rina tak berminat untuk mengkaji tentang cikgu Umar. Dia hanya teruja ingin tahu tentang Andrey. Andrey 4 tahun yang lepas.

“Saja datang melawat kot, sekolah lama. Jumpa kawan lama.” Sambil menanda buku, cikguIzlanringan mulut untuk terus berbual.
BFF la tu.” Rina melontar umpan. Cikgu Izlan memandangnya.

“Memang rapat sangat. Tapi tak taulah BFF ke apa. Arni tu satu-satunya kawan si Andrey sejak dia masuk sekolah ni 4 tahun dulu. Tapi yang saya dengar lain.”
“Lain?”
“Desas desus cakap diorang tu couple. Ke hulu ke hilir berkepit macam belangkas.”

Rina teringatkan puisi dalam majalah sekolah yang selalu dibeleknya. Mungkin gadis itulah yang telah mengilhamkan puisi-puisi tersebut. Didorong rasa ingin tahu dan sedikit cemburu, Rina bangun. Tingkap dihampiri lagi untuk meninjau. Dia lihat Andrey mengekori gadis tersebut ke tempat letak kereta. Pintu dibuka dan Andrey masuk kemudian kereta yang dipandu gadis tersebut berlalu meninggalkan sekolah.

“Couple?” Adegan yang disaksi memanaskan lagi hati cikgu Rina yang dah sedia panas bila mendengar cerita cikgu Izlan. “Biasalah tu, cikgu Rina. Ramai budak-budak macam tu sekarang ni.”

Bukan itu yang Rina hairankan. Tapi dia tak menyangka dalam diam-diam rupanya Andrey dah ada kekasih. Cemburu mula bertunas, kecewa sedekit demi sedikit menyerang hati.

“Saya dengar itulah puncanya si Andrey tu kecewa sangat sebab tak dapat ikut Arni masuk universiti sama-sama. Dengarnya, lepas O’Level Arni study dekat Unitech, ambil Architecture.”
“Memang betul ke diaorang ada hubungan cinta?” Hati yang cemburu meminta kepastian.

“Saya tak pasti. Tapi kalau tengok dari mata kasar, camtulah, tambah lagi dengan cerita-cerita mulut orang kat TBC ni. Entahlah, cikgu Rina. Macam-macam hal budak zaman sekarang.”

Perbualan antara cikgu Rina dan cikgu Izlan terhenti bila cikgu Fizi menghampiri meja cikgu Izlan dari belakang. Rina nampak bahu cikgu Izlan disentuh lembut.
“Iz, apa you buat lama-lama kat sini?”

“Lah, buat apa lagi? Ni bersusun depan mata, tak nampak? You ingat I mengayat si Rina ni ke?” Jawab cikgu Izlan sambil menepuk-nepuk timbunan buku di atas mejanya. Cikgu Rina ketawa kecil. 

I tunggu lama kat kafe. You lupa ke… kata nak…” Tak sempat cikgu Fizi menghabiskan ayat, cepat-cepat cikgu Izlan memotong. “Slow lah sikit…Sorry, bukan lupa tapi tak ingat.”

Rina dapat menangkap kata-kata yang disampaikan secara berbisik. Tak sedar dia ketawa lagi. Jawapan yang diberi cikgu Izlan menggelikan hatinya.

“Kerja menimbun.” Cikgu Izlan menjawab lembut tapi kali ini sengaja suaranya dikuatkan sedikit.
“Sabar sekejap, yang. Bagi I settle sikit lagi…” Dia berbisik. 

Sempat cikgu Rina mengerling sekilas. Dia nampak cikgu Izlan mengusap-ngusap lengan cikgu Fizi yang sasa itu. 

Dia cuba tahan ketawa dalam hati. Tak payahlah korang nak cover-cover sangat…

#

Rina memandu ke kedai kopi kegemaran Andrey sesudah selesai menyiapkan kerja-kerjanya. Entah kenapa dia begitu pasti, pasangan itu akan bersantai di sana. 

Kereta biru yang dipandu Arni ada di tempat parkir. Dia yang memang tak berniat untuk turun hanya memerhati dari jauh. Kemesraan jelas terpancar dari senyum ketawa dan bahasa tubuh kedua mereka. 
Fikiran Rina sangat terganggu. Kacau. Cemburu. Sedih. Kecewa. Kereta lantas di pecut laju. 
Apa dah jadi kat aku? Jatuh cinta atau cinta dah buat aku jatuh?

Dia menghempaskan badan di sofa, merenung kipas siling yang berputar lemah, selemah hatinya yang sedang dikecewakan seseorang yang bukan miliknya. Terimbas kenangan malam itu. Perbualan. Kata-kata. Pandangan mata. Tarian. Pelukan dan sudah pasti ciuman kedua.
Kenapalah aku biarkan?

“Kalau boleh saya tak nak balik.” Suara Andrey seakan merayu dia untuk menghentikan waktu.

Berehat di sebuah bukit selepas makan malam, masa berlalu seperti butiran pasir di celahan jari. Sejam terasa seperti seminit, minit seperti saat. Detik-detik yang pendek mengalirkan kemesraan, dipanjangkan oleh tawa yang dikongsi, rahsia yang dibisikkan, dan kedamaian yang menyerap jauh dalam hati.

“Kita simpan untuk malam-malam akan datang.” Balas Rina sewaktu kereta diberhentikan di hadapan pagar rumah Andrey. Ikutkan hati, dia juga tak mahu malam itu berakhir. Dia mahu mereka terus duduk menatap langit dan bintang-bintang di atas bukit sementara menanti matahari terbit.

“How do you know there'll be nights to follow?”
“I don’t know but I want.” Balas Rina. Dia ingin Andrey mengerti bahawa masa bukan sesuatu untuk diukur tapi untuk diciptakan.

“Terima kasih, cikgu.”
“Thanks to you too. I feel wonderful.”

Mata bertantang mata. Entah bagaimana tangan mula saling bertaut. Perlahan tautan menjadi genggaman. Pipi mula menyentuh pipi dan akhirnya bibir saling mendakap. Tak seperti yang terjadi pertama kali, malam itu hangat. Malam itu mendebarkan. Dan malam itu, dia akui, dia dah jatuh cinta.

“Andrey…” Tak sedar nama itu meniti bibirnya.
“Antara kau dan dia, ada batas. Jangan lupa tu, Rina. Kalau memang telah dijanjikan, yang di atas akan turun. Yang tenggelam akan timbul. Tunggu dia habiskan A’Level.” Akal memujuk hati.

Susah dia melawan perasaan sendiri. Makin dipandang, makin sayang. Makin lama mendengar suara, makin dia hanyut.

Kenapa dengan aku? Kenapa hati mesti memilih dia? Rina menyoal diri sendiri.

Dia tahu itu salah. Sejalur garis merintang terang namun hati tetap mahu melangkah garisan itu. Andrey, lapan tahun lebih muda, namun ada sesuatu tentang pelajarnya itu— fikiran yang tajam, cara dia melihat dunia dengan rasa ingin tahu yang mendalam telah menarik dia seperti besi berani— satu fenomena yang tak pernah dia alami selama ini dengan sesiapa pun.

Pada mulanya, dia cuba menolak dan menganggap gurauan perasaan itu tak lain dari kegilaan sesaat— sesuatu yang akan berlalu. Namun perasaan menjalar bersama waktu. 

Hari berganti hari. Minggu bertukar bulan, perasaan itu semakin mendalam dan kini tak dapat lagi dia abaikan. Kuasa tarikan itu amat kuat sehingga dia terpaksa bergelut dengan pergolakan hati nuraninya, menyedari kekuatan pangggilan itu sudah tentu diiring kemungkinan akibat dan kesan. Terselit di tengah-tengah adalah perasaan yang semakin subur membajakan sebuah hubungan unik antara seorang guru dengan seorang murid.

Aku ni tak sesuai. Mustahil dia boleh terima aku. Tua. Bukan setahun dua. Lapan tahun. Ramai lagi perempuan, gadis-gadis sebaya… Muda. Tak mungkin…

“Perasaan yang jujur tak pernah tak betul, Rina. Benih perlukan masa untuk bercambah. Mana pun kau campak, kalau tanahnya subur, benih yang baik pasti akan jadi pokok.”

Tersepit antara menunggu dan melepaskan, akhirnya Rina memutuskan bahawa masa adalah penentu terbaik. Dielak atau diabai, perasaan itu akan terus hidup walaubagaimanapun. Mungkin membiarkan ia berkembang dan mencari jalan sendiri adalah langkah terbaik. 

Rina mahu bertemu minda dengan Andrey, setaraf, bukan sebagai guru yang berkuasa tetapi sebagai dua jiwa yang saling melengkap. Dia percaya, jika hubungan itu tulen, masa akan membawa mereka kembali bersama apabila dunia sudah bersedia untuk memahami.

Tapi bagaimana pula dengan Sophia?
Wajah kedua insan yang dia sayangi silih berganti bermain di mata. Dalam pergelutan jiwa, dia tak mahu kecewakan Sophia. Dia sanggup mengalah.

Kalau Andrey boleh menghidupkan semula semangat Sophia, aku pasrah. Kalau Andrey lebih sukakan Sophia, mahukan Sophia, aku ikhlaskan hati untuk mengorbankan perasaan sendiri. 

Sophia.
Dia teringatkan Sophia. Selepas sama-sama makan di sekolah tadi, dia tak nampak langsung bayang Sophia. Di bilik guru pun tak ada. Biasanya Sophia akan menyudahkan laporan sebelum balik. Kalau tak berjumpa di bilik guru, pasti dia akan tinggalkan pesanan atas meja. Tak ada. Tiada pesanan yang ditinggalkan di atas meja. Tak ada panggilan telefon atau pesanan ringkas.
Baru Rina tersedar, betapa lekanya dia memikirkan hal Andrey sampai terlupa terus kepada sahabatnya itu.

Bingkas dia bangun dari sofa, mencapai beg tangan lalu menggalinya. Telefon bimbit dibawa keluar. Tiada pesanan, tiada panggilan yang terlepas. Lantas nombor telefon Sophia didail. Berdering, tapi tak ada jawapan. Dia mencuba lagi— hampa.

Rina merasa bimbang. Tanpa berlengah, dia memandu terus ke kediaman Sophia.

“Tolonglah, jangan buat yang bukan-bukan, Phia…” Tak henti Rina berdoa di sepanjang perjalanan, menyesali diri yang dilalaikan perasaan.

Trafik berjalan lancar. Tak sampai lima belas minit, dia sudah pun meletakkan kereta di sebelah kereta Sophia— menandakan sahabatnya itu ada di rumah.

Sebaik turun dari kereta, Rina berlari ke pintu lif. Hatinya berdebar-debar. Beberapa orang turun di tingkat 3 dan 4. Perjalanan ke tingkat 7 terasa begitu lama dan akhirnya lif terbuka. Rina berlari ke apartmen 711. Pintu grill tidak berkunci. Dia yang memang menyimpan kunci pendua terus membuka pintu apartmen.

“Phia…” Dia memanggil. Pintu ditutup. Ruang tamu kosong. Terus dia ke bilik tidur.

Terkaku di ambang pintu, nafasnya tersekat-sekat apabila melihat Sophia terbaring di lantai memeluk gambar Hans di dada. Tangannya menggeletar, menggenggam sebiji botol. Bilik itu terasa berat, seperti udara turut menebal dengan kesedihan. Mata Sophia kelihatan kosong, merah. Wajahnya pucat seakan-akan kesedihan telah menghirup darahnya. 

Rina tahu, beban yang dipikul Sophia terlalu berat. Penderitaan itu ibarat sebilah pisau yang tertancap di tangkai jantung— tajam menghiris perlahan dan melapah jiwanya dengan kejam. 
“Aku tak nak hidup lagi...” Sophia berbisik, suaranya hampir tidak kedengaran, seolah-olah bercakap lebih kuat akan mendalamkan lagi kesakitan. Dia telah kehilangan sauh dan kini dia hanyut, tersesat dalam kesunyian yang tidak tertanggung.

Rina melangkah ke hadapan, tangisan membakar matanya sendiri sementara jantung berdebar ketakutan. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Tidak tahu bagaimana untuk menarik Sophia dari jurang keputusasaan. Apa yang dia tahu, dia tidak boleh kehilangan Sophia— bukan sekarang, tidak sekali-kali.

Rina duduk bersila di sisi Sophia, perlahan-lahan meletakkan tangan di atas tangan, satu-satunya perkara yang dia boleh tawarkan— kehadirannya, kasih sayangnya, rayuan senyapnya agar Sophia bertahan sedikit lagi.

“Oh my God…” Rina mengangkat tubuh Sophia yang longlai. Pipinya dibasahi airmata yang masih panas. Dia meletakkan kepala Sophia diribaan. Dahi Sophia diusap. Airmata diseka.
“Jangan tinggal aku—.” Bisik Sophia, lemah. Mata separuh terbuka.
“I won't…”

Seketika, bilik itu ditelan kesunyian, tebal dan menindas, seolah-olah dinding pun menahan nafas. Sophia tidak bergerak, pandangannya terkunci pada botol pil. Dia merenungnya seolah-olah botol itu dapat menawarkan tempat perlindungan untuk menamatkan kesakitan yang merobek.

Renungannya kelihatan begitu jauh hilang dalam kesedihan. Tetapi kehangatan sentuhan tangan Rina membangkitkan satu kerlipan— peringatan bahawa dia tidak sepenuhnya keseorangan. Air mata membasahi pipi, tetapi kali ini bersama hembusan nafas yang terketar-ketar dan berat.
Rina dapat merasakan kepedihan itu— betapa Sophia telah cuba menahannya selama berjam-jam, berhari-hari. Berbulan-bulan dan kini menjadi tahun.

“Aku tak tau—” Sophia tersedak, suaranya pecah, menahan perit. Rina meramas tangannya lebih erat, menahan air mata sendiri, terdesak untuk mencari kata-kata yang tepat.

“You are not alone,” bisiknya. Suaranya lembut tetapi tegas. “Kau ada aku. Aku kat sini, tak akan pergi. Kita hadap semua ni sama-sama.”

Sophia mendongak, menatap mata seorang teman setia. Bersama apa yang Rina rasakan, ada sesuatu dalam pandangan Sophia yang bukan hanya kekosongan. Retak. Sebuah rekahan, pergeseran dalam badai keputusasaan. Sophia melepaskan botol di tangan. Gemetar seluruh tubuh, menyaksikan botol itu berguling jatuh ke lantai sebagaimana dia jatuh ke dalam pelukan yang tulus, bersama esak tangis yang tak dapat dikawal lagi.

Tubuh Sophia didakap erat, tak mungkin dia akan membiarkan Sophia hancur sendirian. Dia turut menangis, tak tahu apa yang harus dia lakukan untuk membawa Sophia kembali ke dunia nyata, menerima hakikat bahawa Hans sudah tiada.

“Aku sakit, Rina… Aku sakit sangat.”
“Shhh… Shhh…” Tiada kata yang mampu diucap bagi memenangkan hati kawannya itu. Rina mencapai botol yang kaku di lantai. Kosong.

“Kau ambil semua?”
Sophia menggeleng lemah. “Dah habis…”
“Kau habiskan semua?”
Mata Sophia terpejam. Airmatanya menitis di jari Rina.

#

Puan Asha termenung memikirkan anaknya, Andrey. Juga suaminya, Arman. Dia yakin, apa yang dialami Andrey bukan sesuatu yang dibuat-buat, sebaliknya datang dari dalam. Dah banyak kali dia cuba membincangkan hal ini dengan Arman, namun suaminya itu seolah-olah tersepit antara fakta dan hakikat.

“Hakikat apa, sayang? Biologically, she is a she. Tell me how can we deny the fact?
“Right. It's a biological and physical truth but how does it play out in terms of spirituality, psychology, and mental health?”

Arman memberi ruang kepada isterinya untuk bersuara. Perkara seperti ini seharusnya dibincangkan dengan kewarasan, dia akui itu benar. Perlukan pertimbangan, itu juga tak dapat disangkal. Namun soal orientasi seksual, itu satu isu sensitif. Tentang pakaian, dia masih boleh terima tapi bagaimana kalau Andrey lebih dari itu?

Sifat kelakian anaknya yang satu itu semakin ketara, bukan dia tak nampak. Perubahan jelas ketara dari segi rutin dan fizikal. Rajin bersukan, berlari, gym… Daripada kurus kering sekarang badan cantik berotot. Dengan raut wajah dicetak dari dirinya sendiri, Arman akui, dia tak hairan kalau ramai gadis yang tergilakan anak perempuannya itu. 

“Do you remember what he went through back in Pekan Mutiara? And now you want to act like that Ustad?”
“No, darling. You know how I value the principles of human rights. But I'm worried if Andrey will go overboard…”
“I'm open to whatever comes my way—mentally, spiritually, and psychologically. I hope you're on the same page.”

“Kalau dia memilih perempuan nanti, macam mana? Kecenderungan dia dah jelas sangat.”

“Arman, my dear, if that woman has the power to reveal Andrey's true self—the genuine person he is, not a facade— and can bring him the same profound happiness you have brought to our family and me, I will embrace it wholeheartedly and with unconditional love, just as a mother would.”
“We have allowed our children to make their own choices. I have encouraged them to stand firm when it aligns with what is best and right for them. I don’t know, sayang… I’m worried if she…”

Belum sempat menghabiskan kata-kata, Asha merangkul leher suaminya. Sekuntum senyuman menghiasi bibir, cuba memujuk dan meyakinkan suami tercinta.

“Whoever she or he is, Andrey is Andrey. Andrey Arman Shariff. Let’s see the unseen. Hear the unheard. Isn’t this the most enriching experience for all of us?”

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!