Suara ~ Bab 4 : Hukuman

Ray FL
0



P(caps)uan Asha membaca surat yang baru sekejap tadi diterima— surat dari Sekolah Menengah Pekan Mutiara, yang ditandatangani oleh Tuan Pengetua, Haji Idris Mahmud.

“Amanda, mana Andrey?” Tanya Puan Asha, mematikan tumpuan anak gadisnya daripada sebuah buku di tangan.

“Surat apa tu, mak?”
“Panggil dia.”

Amanda patuh. Dia terus ke bilik Andrey di tingkat atas rumah. Pintu terbuka luas. Andrey sedang tidur nyenyak macam ular sawa baru lepas telan ayam. Begitulah dia tiap tengah hari selepas makan. 

“Andrey… Andrey…” Amanda menggoncang bahunya perlahan.
“Andrey…”
“Apahal kacau aku tidur. Mengantuklah…” Rungut Andrey. Matanya digosok-gosokkan dengan tapak tangan.
“Mak panggil.”

Dengan malas, dia bangun lalu menyandarkan badannya di kepala katil.

“Apa pulak halnya ni?”
“Entahlah. Tapi aku nampak ada surat.”
“Surat?” Berkerut dahi Andrey kehairanan. 

Surat apa pulak?

Tak pernah dia dapat surat selama ini. Tanpa berlengah kedua beradik itu turun ke ruang tamu, mendapatkan ibu yang sedang menunggu.

“Apa kamu dah buat kat sekolah?
“Belajarlah mak, buat apa lagi? Kenapa? Saya tak ada buat hal.”
“Kalau tak buat hal kenapa pengetua nak jumpa abah dan mak?”

Andrey mengambil surat yang terbaring di atas meja lalu membacanya.

“Saya tak buat apa salah pun mak. Ni tak de lain lah ni, mesti sebab uniform…”

Perkara yang sebolehnya dia sembunyikan, kini bukan lagi rahsia. Gangguan yang menghantui di sekolah nampaknya semakin parah sampai melibatkan orang tua. Hati Andrey berdebar. Ada benci. Ada geram. Ada marah.

“Betul, mak. Saya pun selalu kena.” Amanda menguatkan lagi pernyataan. Dia menyinggung perlahan kakinya ke kaki Andrey, menghantar isyarat supaya kakaknya itu buka cerita. 

“This is not right.”

Andrey dan Amanda saling berpandangan. Mujurlah mereka mempunyai orang tua yang cukup memahami dalam soal seperti ini. Dan topik tersebut menjadi perbincangan di meja makan malam itu.

(nextPage)

“Dah orang jemput, tak elok kalau kita tak pergi.” Abah membuat konklusi dengan tenang.

“Inilah masalah bila agama dibudayakan.” Sambut emak yang memang tak bersetuju sama sekali atas ketidakadilan yang menekan kedua anak mereka, terutamanya Andrey.

“Kat sekolah, orang panggil saya murtad.” 

Alang-alang dah jadi isu, Andrey tak ragu-ragu lagi untuk mendedahkan permasalahan yang ditimbulkan oleh pengetua baru Sekolah Menengah Pekan Mutiara.

“See… so uncultured. Siapa bagi dia hak mempersoalkan kepercayaan kita? Kenapa dari awal tak ceritakan masalah ni pada mak dan abah?”
“Saya ingat ni soal uniform je, mak, but… they said I’m a sinner, an apostate.”
“Oh my God. As if they’re free from sin? Untouched by sin? Bidas Puan Asha yang tak menyangka sama sekali anak-anaknya berhadapan dengan masalah seperti itu di sekolah. 

Honestly, it’s pretty disheartening. I can’t really find the words to describe my beliefs. It feels like I’ve been tagged with a label that I didn’t choose...” 

Andrey menzahirkan pergolakan yang dialami. Semenjak dua ini, memang hatinya dipanggil-panggil untuk merungkai misteri kewujudan dan permasalahan yang timbul di sekolah menguatkan lagi gema panggilan itu. Dia mahu menyahutnya. Dia tau, dia perlu menyahut panggilan itu. 

Armanwe must not let them. This is too much.”
“ OK, sayang. We'll face him.”

Abah pandang mereka semua satu persatu— isteri dan ketiga-tiga anaknya.

“It’s love that unites us, not a religious view.” 

Tangan isterinya dipegang kemudian dia meneruskan kata-kata, “Look… As you all know, abah dan mak bagi kebebasan penuh kepada kamu semua untuk memilih jalan mana yang kamu nak, agama apa kamu nak anut asalkan tak memudaratkan kamu dari segi mental, spiritual dan moral. Kalau kamu semua berminat pada sesuatu, belajar dulu sampai faham. Kaji dan teliti sebelum buat keputusan. Dalam soal memilih kepercayaan, mak dan abah bagi kebebasan penuh. This is a personal choice.”
Just don’t follow blindly. Itu paling penting.” Tambah Puan Asha, menyokong pendirian suaminya.

(nextPage)

Andrey menemui Amanda yang duduk di bawah pokok menunggu sesi petang persekolahan bermula. Hari itu Jumaat. Amanda mengenakan baju kurung, tanpa tudung. Hanya pada hari Jumaat manakala hari-hari lain, seperti Andrey, dia lebih selesa mengenakan skirt atau pinafore.

“Abah dengan mak dah masuk tu. Apalagi agaknya lepas ni…”
“Entahla. Aku dah bosan dengan sekolah ni. Bilalah boleh blah dari sini…”
“Tengok je nanti.”
“Aku balik dululah, bosan aku. Jumpa nanti dekat rumah.”

Andrey meninggalkan adiknya yang mula dihampiri rakan-rakan. Terlihat kereta abah ada di tempat parkir, terus dia singgah sebentar untuk menyapa Uncle Black yang menunggu dalam kereta.

Uncle, lama dah ke mak dan abah masuk?”
“Dalam sepuluh, lima belas minit. Nak balik dah ke?”

Andrey mengangguk. 

Jangan risau sangat. Balik tido. Taulah abah mak nak deal macam mana dengan pak lebai tu.”

Bilalah boleh pindah dari sini... 
“Soon.

Selepas berbual kecil dengan pemandu keluarga, Andrey mendapatkan basikalnya dan pulang terus ke rumah.

IC Tuan, jelas menunjukkan Islam. Macam tu jugak dengan kedua anak Tuan. Tapi IC Puan, masih beragama Buddha. Ini tak betul ni.” Tuan Haji Idris Mahmud memulakan perbincangan.

“Itu ke masalah yang nak dibincangkan?”
“Mungkin perkahwinan campur yang dah buat Tuan berpaling arah.” Haji Idris Mahmud mengabaikan pertanyaan yang diajukan.

Mendidih darah Puan Asha bila kata-kata itu dilemparkan tanpa rasa bersalah. Macam tak ada akal, tak ada otak. 

Macam manalah boleh jadi pengetua sekolah?

Ingin saja dia berdiri, menentang penghakiman itu. Namun rasional menghalang. Lalu dia biarkan suaminya menyelesaikan masalah sebagaimana yang telah mereka bincangkan.

“Kenapa kaitkan soal peribadi dengan masalah ni? Dua tahun lepas, tak jadi masalah pun anak saya pakai skirt atau pinafore. Kenapa sekarang pulak jadi hal?”

Tuan Arman tahu, kalau terus dilayan, perbincangan itu akan menyasar daripada tujuan sebenar. Tapi nampaknya perkara itu dah menjadi isu utama tuan pengetua. Sepertinya dia menjemput hanya untuk memberi khutbah agama. 

“Sebagai Melayu kita ni Islam. Betapa bertuahnya kita dilahirkan terus sebagai Islam. Kita mesti patuh pada ajaran Nabi. Berdosa anak Tuan berpakaian seperti orang kafir. Akidah dah terpesong. Dengan menggayakan imej lelaki, Nabi tak mengaku umat. Isteri Tuan pun tak menutup aurat. Dosa mereka, siapa yang akan tanggung?” Pengetua berserban itu tak mengendahkan pertanyaan Tuan Arman.

“Tak ada sesiapa yang akan menanggung dosa sesiapa.”
“Tuan salah. Sebagai ketua keluarga, Tuanlah yang bertanggung jawab atas dosa-dosa mereka. Isteri Tuan, sebagai saudara baru, harus dibimbing bukan biarkan dia membimbing Tuan. Tapi nampaknya, Puan pun belum tukar agama dalam IC.”

Berdesing telinga Tuan Arman mendengar dakwah yang diberi. Dia memandang isterinya. Walaupun tak bersetuju dan rasa dihina, namun Tuan Arman tetap bersikap profesional dalam mengendalikan situasi. 

Kata-kata yang dilontar lebih baik diberi layanan bisu. Ini bukan kali pertama Tuan Arman berhadapan dengan persoalan sebegini— tentang agama dan kepercayaan. Walaupun dia ada sebab dan alasan, tapi hak dan kebebasan untuk memilih disekat. Apa yang tertera atas kertas tak lain hanyalah tulisan manusia, bukan perjanjian antara dia dan Pencipta.

Sinar di mata Asha mengembalikan nostalgia sewaktu dia melamar ibu kepada anak-anaknya. Sinar itu jugalah pembakar semangat dalam mempertahankan peribadi dan prinsip hidup.

“I am drawn to you for who you truly are. This is the foundation upon which I build my beliefs and decide what to embrace.”
“How about your family?
They will understand.
“Do I have to convert?”
“You don’t need to. Not for anyone. Your beliefs are yours to hold. All I ask for is your genuine love, unwavering and true, until the end of our days... Till death do us part.”

Perkahwinan Arman dan Asha didaftarkan sewaktu masih belajar di Ireland. Sekembali ke tanah air, mereka adakan majlis sekali lagi, atas permintaan keluarga. Kali ini cara Melayu. Sah sebagai suami isteri, Asha tetap mengekalkan nama asal. Tiada apa yang diubah dalam dokumen pengenalan diri. Mulanya ditangguhkan. Lama kelamaan dibiarkan begitu saja. Untuk mengenal seseorang, bukan dengan membaca kertas tapi hati. 

Kerana hatilah Tanah Suci tempat Dia tinggal, sebuah tanah yang telah dijanjikan untuk mereka yang benar-benar merasakan kewujudanNya. 

“Dua tahun anak saya, Andrey, sekolah kat sini. Dua tahun bawah naungan pengetua Ikhwan. Sekali pun isu ni tak pernah timbul. Kenapa bila cikgu ambil alih, hal ni jadi masalah?”
“Sebab cikgu Ikhwan tak ikut ajaran agama Islam yang betul. Rata-rata cikgu di sekolah ni, saya tengok, sekular. Liberal. Itu semua menyesatkan. Saya diberi tanggungjawab ini oleh Tuhan untuk membetulkan apa yang tak betul. Untuk menyedarkan masyarakat tentang akidah.”

Tuan Arman tarik nafas panjang. Dia tahu tak ada gunanya bertekak dengan seseorang yang tahu tentang segala-galanya. Seseorang yang telah ditentukan tempat dalam syurga hingga layak melempar orang lain ke dalam neraka.

Wajah isterinya dipandang. Tatapan mata yang lembut itu bagai memberitahu bahawa masa lebih berharga.

“Kita boleh bawa hal ni ke PPD kemudian ke Kementerian. Kalau nak ke Mahkamah Syariah pun, silakan. Saya tunggu.” Dengan tenang Tuan Arman memberi kata putus. 

Untuk beberapa ketika, Tuan Haji Idris Mahmud mendiamkan diri, sebelum bersuara, “kalau boleh diselesaikan cara baik, kita buat cara baik. Tak perlulah meleret-leret sampai ke atas. Saya cuma nak selamatkan Tuan dan keluarga Tuan. Bawa ke jalan yang lurus. Ke jalan Tuhan sebagaimana yang Nabi junjungan kita ajarkan.”

Tuan Arman bangun dari kerusi. Tangan dibawa menyentuh lengan si isteri. Sambil menggenggamnya erat, Tuan Arman berkata, 
“kalau nak selesaikan hal ni dekat sini, tolong jangan tekan anak-anak saya. Biar mereka fikir sendiri dan buat dengan ikhlas rela hati. Atau kita boleh jumpa di mahkamah.”

(nextPage)

Masa, tak mungkin terkejarkan. Semalam engkau di sana. Sedar tak sedar, hari ini engkau dah ke esok. Bergerak bersama waktu yang begitu cepat berlalu, kata nasihat dan buah fikiran orang tuanya telah membentuk jati diri dan menjadi panduan dalam meniti kehidupan dan gurauan hidup.

Dan begitu jugalah dua minggu berakhir. 

‘Percutian’ selama dua minggu yang sepatutnya dinikmati dengan aman terganggu akibat tindakan cikgu Rina yang telah memisahkan dia dengan Aprilia. Semua yang direncanakan hilang macam mimpi. Tanpa motor, dia patah kaki. Nak ke tasik, menapak, memang jauh. Tak nak menapak, terpaksalah naik basikal, berkayuh turun naik bukit. Malas mengayuh, boleh naik bas atau teksi. Tapi, disebabkan mood dah hilang dirampas cikgu Rina, dia lagi rela bergulung atas katil. Berehat-rehat di rumah. Hari itu dia tekad, apa pun jadi, sampai sekolah nanti dia mesti berdepan dengan cikgu Rina.

Menggunakan pengangkutan awam semenjak Aprilia dikebas cikgu Rina tak sepatutnya menjadi rutin, namun hakikat— buat masa ini— terpaksa juga ditelan. Walaupun orang tuanya ada sediakan pemandu, tapi Andrey lebih selesa memilih alternatif ini. Bukan tak bersyukur, tapi dia malu bila dihantar dan dijemput macam menteri. Biarlah adik-adiknya saja menikmati keselesaan yang disediakan. Bagi dia, begini lebih sesuai.

Keluhan kecil dihembus keluar, bersatu dan menghilang bersama angin pagi. Ada sedikit kekesalan dengan hasil dendam. Inilah akibatnya tunduk pada hasutan hati. Amarah akhirnya memakan diri sendiri. Puas melampiaskan dendam bukannya abadi, semuanya sama seperti memuaskan nafsu-nafsu lain— nikmat sementara. Esok lusa bila hati disakiti lagi, entah apa pula akan jadi mangsa toreh. Jangan tangan sendiri, sudah.

(nextPage)

Tiba-tiba Andrey rasa tindakannya itu sia-sia. Dia sendiri keliru dengan perasaannya yang berubah-rubah. Sekejap marah. Sekejap menyesal. Dendam. Dah berbayar ke dendam? Berbaloi ke? Bertubi-tubi dia dihenyak ketidakpastian.

Cikgu Rina selalu toreh hati aku sampai mendarahkan dendam.

“Tak payah nak play victim sangatlah. Kau kira hati kau je kena toreh? Cam mana pulak dengan kereta dia yang dah kau toreh? Perasaan dia?” Akal yang memang suka mempersoalkan apa juga tindakan berasaskan desakan hati mula bersuara. Dia minta Andrey untuk berfikir secara matang, itu Andrey cukup maklum.

Namun hati licik menghasut. Katanya, “tak patut kau dera mental dan emosi sendiri. Tak kan nak biarkan perkara ni berlanjutan? Nak biarkan cikgu tu terus menjatuhkan airmuka engkau depan orang ramai?” Logik suara hati dipersetujui, menyisihkan suara akal. 

Ekonomi bererti perang anxiety. Panik dengan mudah ambil kesempatan untuk menyerang. Darah naik dan turun serentak. Andrey tak boleh biarkan cikgu Rina terus menerus melemahkan jantungnya sehingga mati motivasi diri untuk masuk kelas. Dia nak lari, tapi ke mana? Adakah dengan melarikan diri, cikgu Rina akan berhenti mengejar? 

“Kalaupun cikgu Rina tak mengejar, tapi perangkap dah dia pasang, merata-rata. Belok kanan, kau tergolek. Belok kiri, kau juga yang tersadung.” Akal bersuara lagi.

Muncul dan menghilang dari fikiran, berselang-seli dengan wajah Aprilia, tak dapat Andrey lupakan riak gembira di muka cikgu Rina ketika motosikalnya dirampas. Dua tahun berkepit, dua minggu tanpa Aprilia adalah dua dekad penyiksaan.

Sepuluh minit berlalu, tiada satu bas pun muncul, malah sebuah teksi pun tak melintas. Andrey berseorangan di situ menunggu bas yang dah terlepas akibat kelewatan sendiri. Pukul lapan, maksudnya dua puluh minit lagi, dia perlu berada di bilik kaunseling, seperti mana yang tertera dalam surat yang dihantar cikgu Remy melalui pos.

“Bosan betul la...” Hatinya merintih. Wajah cikgu Rina muncul lagi, bersama senyum riang menunggang Aprilia. Lantas sebatang rokok dinyalakan dengan harapan asap itu dapat mengusir bayang-bayang cikgu Rina yang semakin menghantui hidup.

Be cool, Andrey...” Akal memujuk hati.
Ya... cool sangat dah, sampai kena jumpa pengetua lepas soal jawab dengan cikgu Remy dan singa tu jap lagi.

(nextPage)

Sisa-sisa rokok yang terselit antara celahan bibir diberi sedutan terakhir. Puntungnya di tonyoh ke tong sampah aluminium yang tersedia di situ. Ketika itulah, di seberang jalan, sebuah kereta hitam berkilat perlahan-lahan berhenti. Tanpa calar, tanpa coretan dendam di pintu. Cantik berkilat macam baru keluar kilang. 

Tingkap diturunkan. Hon dibunyikan. Dari jalan sebelah sana, seorang gadis melontar senyum. Kali ini nyata, bukan ilusi mahupun bayang.

Kedengaran satu suara memanggil, “sini.”

“Mata kau tak rabun. Tak pandai dia menipu. Telinga kau pun tak berbohong, Andrey.” 

Seperti dipukau, dia bangun, patuh pada arahan, macam dalam kelas. Jalan raya dilintas, mendapatkan si singa gunung yang pagi itu tak bercermin mata. Hati tak henti berdoa semoga hari ini upacara penyerahan motosikal akan dijalankan. Selama dua minggu Lia tak disentuh, rindu yang bersarang bukan kepalang. Tapi sekarang dia terpaksa merayu cikgu Rina, secara tidak langsung membunuh ego sendiri.

“Morning! Care for a ride?” Seolah-olah tak ada apa yang berlaku, cikgu Rina menyapa dengan mesra.

“Cikgu, duit dah cukup. Kita boleh settle.” Cuba mengekalkan budi bahasa, hormat dan bersikap sopan agar tak digelar biadab dan dipanggil kurang ajar, Andrey suarakan berita gembira buat cikgunya itu. Rayuannya bagaimanapun disambut cikgu Rina dengan memaling muka. Bukan ke muka dia, tapi guru itu memandang ke depan, ke muka jalan yang kosong.

Ada senyuman di pinggir bibirnya. Senyuman yang seakan berkata, “you wish.”
“Cikgu, saya perlu motor tu. Susah saya nak gerak pergi mana-mana. Nak pergi sekolah pun susah.”
“Teruskan merayu. Suka saya dengar.” Provokasi dihantar sambil mengerling.
Andrey menyeranah dalam hati.

“Cikgu memang sengaja nak menyusahkan saya, kan?”
“Awak yang sengaja carik susah, jangan nak salahkan orang lain pulak. Hei, sebelum awak lambat jumpa cikgu Remy dan sebelum awak buat saya lambat, lebih baik awak masuk. Awak tunggu apa? Mana ada bas.” Dia mengerling jam di tangan kanannya. “Sejam lagi baru ada.” Tawaran itu berbunyi lebih kepada satu arahan sebenarnya.

“Tak pe. Terima kasih je la. Saya lagi rela jalan kaki.”
“As you wish.” Jawapan mudah dilemparkan sebelum tingkap kereta dinaikkan lalu pedal minyak ditekan, meninggalkan Andrey berdiri di sana sendirian, makan asap.

“Shit!!!”

(nextPage)

Tiba di sekolah dengan menaiki teksi, Andrey lewat lima minit. Terkejar-kejar dia menaiki tangga ke bilik kaunseling. Di sana cikgu Remy dah menunggu.

“Jadi Adriana... Awak OK ke? Sihat, lepas kena gantung? Seronok?” Cikgu Remy memulakan perbualan.

“Memang seronok sangat. Lainlah kalau kena gantung sampai mati, tak adalah saya kat sini sekarang.” Tanpa menghiraukan bahasa dia menjawab. Cikgu Remy ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
“Kopi?”
“Terima kasih. Saya dah minum.”

Bilik kaunseling sunyi. Andrey memerhati sekeliling bilik yang tak pernah dia jejak selama ini. Baru dia sedar, banyak rupanya aktiviti-aktiviti dan program yang ditawarkan kelab kaunseling. Dia lantas mencapai salah satu brochure di atas meja cikgu Remy, membacanya sepintas lalu.

“Boleh saya simpan?”
Cikgu Remy mengangguk. Lalu dicapai lagi beberapa brochure dan dimasukkan ke dalam beg.

“Saya tak nak perkara camni berulang. Rekod awak bersih. Tak pernah buat hal. Prestasi pun boleh tahan. Awak best student dalam seni dulu, kan?” Pertanyaan cikgu Remy dianggukkan saja.

“Kenapa tak teruskan?”
“Entahlah cikgu.”
“Kalau berminat nak sertai kelab kaunseling, pintu ni sentiasa terbuka.”
“Terima kasih.”
“Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan dengan baik. Awak bukan menengah rendah lagi.” Cikgu Remy yang bermisai nipis, senipis badannya, tenang memberi nasihat.

“Saya harap awak amik iktibar atas apa yang dah jadi.”
Anggukan kepala masih menjadi jawapan. Dalam hati, Andrey tak sabar nak perkara itu selesai hari ini. Apa pun keputusan, dia dah mengikhlaskan hati untuk terima. Hanya ada dua hal dalam fikirannya sekarang.

Kelas biologi— rugi kalau lewat. Cikgu Sophia mesti ternanti-nanti kehadiran pelajar kegemarannya.
Motor— dia nak cikgu Rina pulangkan hak miliknya.

“Awak boleh tukar subjek kalau ekonomi bukan minat awak. Jangan sia-siakan masa dengan sesuatu yang bercanggah dengan jiwa awak.”
“Akan saya fikirkan, cikgu.”
“Kenapa ambil ekonomi dulu?”
“Entahlah cikgu. Sebab nak belajar lah kot.”
“Awak minat atau ada desakan?”
“Sejujurnya, saya pilih sebab nak lengkapkan lima subjek.”
“Awak rasa cikgu Rina tu ke punca pemberontakan awak?”
“Kalau dia tak mengada sangat, takkanlah saya jadi macam ni.”
Cikgu Remy ketawa. Kopi dihirupnya. “Mengada? Itu je masalahnya, sebab dia mengada?” Panjang ketawa cikgu Remy.

Andrey diam. Otaknya jadi kosong, tak ada jawapan. Dia mengerling jam ditangan.

(nextPage)


“Macam saya cakap tadi, tak wujud masalah kalau tak dipasangkan dengan penyelesaian. Jalan tak pernah mati.”
“Betul, cikgu.” Jawabnya sekadar melengkapkan dialog.

“Saya rasa awak faham, masalah ni serius. Merosakkan, mencalarkan, apa lagi menulis perkataan yang tak sopan di kereta guru, boleh dikenakan tindakan. Kalau cikgu Rina nak, dia ada hak libatkan polis.”

Sebuah fail dikeluarkan dari laci meja. Cikgu Remy menyelak fail tersebut. Dia mengetuk-ngetuk perlahan pen ke muka meja sambil membaca apa yang tertera dalam fail tersebut. Andrey masih tetap dengan dua nama dalam fikiran. Aprilia dan Sophia.

“Saya ada berita baik. Awak tak payah jumpa pengetua.” Fail ditutup. “Cikgu Rina minta perkara ni diselesaikan kat sini je. Maksudnya, antara awak dengan dia— secara peribadi. Andrey, awak patut berterima kasih kepada cikgu Rina, atas toleransi yang dia tawarkan.”

Tersentak Andrey sampai terasa jantung bergetar. 

Singa gunung nak settle camtu je? Boleh percaya ke?

“Seriously?”
Cikgu Remy mengangguk. “Dia ada hak nak bawak hal ni ke atas, ke tepi atau mana saja dia suka.”

(nextPage)

Berita baik itu sebenarnya telah memusnahkan harapan Andrey. Dia sebenarnya berharap sangat perkara akan menyebabkan dia dikenakan tindakan tatatertib, supaya dapat berpindah ke sekolah lain atau berhenti sekolah terus. Kalau boleh, dia nak kerja. Melukis atau main muzik tepi jalan, kerja kilang, bawak teksi, bawak lori, jual nasik lemak, jaga lembu atau apa saja. Hidup macam ni, membosankan.

Dalam hati dia terkenangkan Akademi Seni.

“Sabarlah Andrey.” Akal memujuk, sedangkan Andrey diserang rasa malu yang beradun dengan seribu tanda tanya. 

Fikirannya terlayang ke kedai kopi. Peristiwa itu menebalkan lagi perasaan kebingungan. 

Cikgu Remy bagaimanapun tak berminat untuk menghuraikan apakah sebabnya cikgu Rina mengambil keputusan seperti itu. Barangkali dia tak ada jawapan. Mungkin dia juga hairan.

Pintu bilik kaunseling diketuk. Selepas mengucapkan selamat pagi, cikgu Rina terus mengambil tempat dan duduk di kerusi sebelah, memantulkan aura antagonis. Aroma minyak wanginya menusuk deria bau, sampai Andrey jadi pening, rasa nak muntah. Gementar dan marah kembali bergusti, memadamkan rasa syukur atas toleransi yang diberi.

“Setelah apa yang kita bincangkan dan seperti yang tercatat dalam fail kes kamu ni, Andrey, hari ni saya umumkan, cikgu Rina mahu perkara ini selesai di sini.”
“Maksudnya?” Masih berada antara percaya dengan tidak, Andrey nak dengar dari mulut si singa gunung sendiri. 

“Cikgu Rina, saya dah terangkan kepada Andrey tentang keputusan awak. Jadi, Andrey, saya rasa awak tau apa awak kena buat sekarang,” ujar cikgu Remy. Cikgu Rina tak membuka mulutnya. Dia membiarkan cikgu Remy menjadi perantara.

“Minta maaf dan berterima kasihlah.” Terang cikgu Remy dengan suara tenang, membawa dia kembali ke realiti waktu.

“Ya, dah tentu… Dah tentu maaf, jabat tangan, bersyukur...” Hati mengeluh. Satu perkara yang sememangnya tak nak dibuat. Tapi dia terpaksa, bukannya nak.

Biar aku ulang kuat-kuat... Aku terpaksa!

Hidup ini sememangnya satu paksaan. Dipaksa melakukan perkara yang tak direlakan hati. Dan dalam keterpaksaan itu jugalah dia berdiri, membongkokkan sedikit badannya.

“Saya minta maaf sebab toreh kereta cikgu. Dan terima kasih atas tolak ansur cikgu dalam hal ni.” Begitulah satu ucapan yang berbunyi dalam nada berbelah bahagi— tanpa keikhlasan. Pada waktu itu Andrey benar-benar rasakan egonya jatuh di hujung tumit cikgu Rina. Mengizinkan cikgu Rina mengecapi kemenangan bererti mencemar maruah sendiri.

“Apapun yang kau nak kata untuk membela diri, kesalahan tetap dipihak engkau.” Akal menyokong nasihat cikgu Remy.

Senyuman puas hati yang terukir di wajah cikgu Rina menaikkan seri keangkuhannya sewaktu tangan Andrey disambut. Sengaja genggaman dikuatkan. Dia dapat rasa tapak tangan Andrey berpeluh. Suka hati cikgu Rina melihat Andrey kegugupan begitu.

“Apology accepted.”
“Baguslah kalau macam tu. Sekarang saya harap kamu belajarlah dari kesilapan, Andrey. Jernihkanlah apa yang keruh.” Pesan cikgu Remy sambil mengukir senyum.

“Ye.” Andrey menjawab sepatah. Kepalanya ditolehkan seketika ke muka cikgu Rina. Mata bertemu mata. Cikgu Rina menghulur senyuman sambil bangun, sedia untuk meninggalkan bilik kaunseling.

“Terima kasih, cikgu Remy. Macam yang dah saya tandatangani, fail tu boleh cikgu lupuskan.” Dengan jelas arahan yang diberi cikgu Rina berkumandang di telinga Andrey seolah-olah mahu memberitahu bahawa dialah yang menguasai permainan ini.

“Boleh saya pergi sekarang?” Cepat-cepat Andrey meminta izin sebaik saja cikgu Rina melangkah keluar. Tanpa menunggu kebenaran, dia meluru ke pintu, mengejar cikgu Rina yang berjalan tenang, seakan-akan memang menanti untuk dikejar.

“Cikgu, tunggu!” Laungan yang agak kuat itu berjaya mematahkan langkah cikgu Rina. Dia berhenti tapi tak menoleh sikit pun, seperti mengisyaratkan Andrey untuk melutut di kakinya. Tak mungkin itu terjadi tapi Andrey berdiri betul-betul depan muka dia.

Kau kena pulangkan balik maruah aku dengan cara paling terhormat.

“Macam mana dengan motor saya?”
Cikgu Rina diam.
“Berapa cikgu?”
Dia terus diam.
“Duit dah ada. Saya bagi sekarang.”
Tetap mendiamkan diri.
“Dah dua minggu. Cikgu pun dah tutup kes. Saya hormat, saya sanjung budi baik cikgu. Terima kasih banyak. Tapi tolonglah, cikgu. Bagi balik motor saya. Kalau tidak, apa saya nak jawab dengan mak abah saya nanti? Please…” 

Akhirnya Andrey merayu, didesak kebimbangan. Namun cikgu Rina masih berkeras mahu terus didodoi rayuan.  

“Cikgu...”

Tiada jawapan. Sebaliknya, dengan senyuman meleret cikgu Rina berlalu meninggalkan dia berdiri tercegat kat situ macam orang bingai.

Aku suka dengar kau merengek, merayu macam ni, sayang.

Andrey hanya mampu menghantar dengan pandangan geram sampai bayang-bayang cikgu Rina hilang dalam perut bilik guru. Nak saja rasanya dia ikut masuk buat kecoh dalam bilik tu bagi cikgu Rina malu.

“Tak payahlah kau bersusah payah nak memalukan diri sendiri. Karang lain hal pulak jadinya.” Akal memberi nasihat lagi.

Sia-sia. Betul-betul sia-sia.
Maka, dengan rasa dipersia-siakan itu Andrey melangkah menuju makmal biologi, tempat dia memujuk hati. Tempat di mana jiwanya selalu dibelai.

(nextPage)

Cikgu Sophia sedang menulis di papan hitam semasa Andrey masuk ke dalam makmal biologi. Hari itu dia memilih blouse maroon dengan skirt hitam. Rambut ikalnya yang panjang kemas berikat. Di mata Andrey, cikgu Sophia adalah ciptaan Tuhan paling indah yang menepati semua ciri-ciri gadis idamannya. Kecil molek, rambut panjang, suka senyum. Ciri-ciri yang hanya dia sedar selepas pertemuan pertama di satu petang.

Dia multivitamin aku.

Andrey tau, cikgu Sophia tak sedar apa yang dah dia lakukan hanya dengan sekilas tatapan. Setiap lontaran senyuman dari bibir dan mata cikgu Sophia yang bundar itu dapat memberi Andrey kebebasan yang boleh dipercaya. Sesaat berada di dalam makmal, rasa macam seribu tahun di syurga. Tak pernah Andrey rasa lesu apalagi mengantuk. Cikgu Sophia buat dia terasa lebih hidup.

Bayangkan bagaimana rasanya selepas berlari di bawah terik matahari, tiba-tiba terjumpa sungai, siapa ada air oren berendam dalam airbatu. Macam tulah dia buat aku rasa. Nyaman, sejuk dan tenang seperti dikelilingi hutan hujan dan air terjun.

Sebuah journal menjadi saksi. Betul, kerana cikgu Sophialah dia jadi rajin. Kerana wanita itu jugalah TBC menjadi tempat paling indah selain rumah dan Tasik Biru itu sendiri. Cikgu Sophia pembakar semangat, pencetus inspirasi untuk dia kekal cemerlang.

“Morning... Sorry, I'm late.” Andrey menyapa mesra. Cikgu Sophia menoleh, memandang dengan mata bersinar. Senyuman bertukar.

Cair. Aku cair lagi.

Sejak hari pertama memandang mata cikgu Sophia, hati dia telah terjerat. Sepasang mata milik cikgu berkulit kuning langsat itu telah mencairkan hatinya yang beku.

“Pagi, Andrey. Dua minggu, lama tu... Macam mana?” 

Serentak kaki mereka melangkah untuk merapatkan diri. Andrey memberi penjelasan ringkas atas kelewatan yang tak disengajakan. Mereka berdiri saling bertatapan seperti sepasang kekasih yang ingin melepaskan rindu setelah lama terpisah. 

Dalam imaginasi, Andrey dah pun membuka ikatan rambut Cikgu Sophia yang lebih cantik bila jatuh mengurai dibahu. Dengan lembut dia membelai sambil menghadiahkan ciuman rindu di dahi guru biologi itu.

Ini sering terjadi. Banyak kali, dalam angan-angan. Dalam mimpi-mimpi. Realitinya, dia cuba membersihkan luka di hati setelah dicederakan singa gunung sebentar tadi.

Dua minggu kita terpisah, Sophia. Aku rindu. Semuanya pasal kawan kau, si singa gunung tu.

“Andrey, awak OK?”
“OK, cikgu. OK. Saya seronok. Siapa yang tak enjoy cuti.” Jawapan itu membuat cikgu Sophia tertawa.

Matanya menjadi kecil menandakan hatinya turut ketawa. Andrey merasa lapang bila tengok cikgu Sophia begitu mesra setiap kali mereka berbual.

“Tapi dua minggu ni dah banyak awak missed.” Ujar cikgu Sophia agak perlahan sambil menyelak beberapa fail kertas.

“And the one I missed the most is you.” Bisik Andrey ke mata cikgu Sophia. Dalam hati.

“Lepas kelas nanti boleh saya ambil bahan dari cikgu?”
“No problem.”
“Terima kasih, cikgu.”
“Andrey...” Cikgu Sophia menghentikan langkahnya yang dah bersedia untuk mengambil tempat duduk. Segara dia merapati. Tak mungkin akan dia lepaskan setiap peluang untuk menatap penuh seraut wajah yang selalu dirindu.

“Saya…”
“Kalau awak nak, kita boleh bercakap pasal kes dua minggu tu nanti.” Cikgu Sophia berbisik.

Menipukah telinga, atau akukah yang sedang bermimpi?
Kalau memang aku sedang bermimpi, tolong jangan kejutkan aku.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!