D(caps)ua jiwa terbang merentasi kehidupan, melihat kewujudan dari penjuru-penjuru hidup yang belum dijejaki. Lebih kukuh daripada pertemuan fizikal atau pengalaman yang nyata, jalinan itu lahir dari jiwa— sepasang jiwa yang sepertinya saling mengenali dari masa atau tempat yang melampaui realiti waktu kini— mungkin dari kehidupan lampau, tenaga yang dikongsi, atau takdir yang belum terungkap.Hubungan itu wujud dan berkembang ke tahap yang tidak dapat dipastikan oleh kata-kata. Mungkin ia resonansi emosi, prinsip, atau frekuensi dalaman— bertindak sebagai cermin esensi dua jiwa yang dihubungkan oleh satu kekuatan ghaib.Mengapa atau bagaimana, yang nyata ikatan itu kekal berterusan menyambungkan titik-titik logika, terbentuk oleh pengaruh di luar minda sedar— takdir, percantuman nilai-nilai spiritual, atau orkestrasi alam semesta.
Bersama sebuah niat yang menyatu dengan debaran, dia bangun dari katil, menatap mukanya di cermin. “Are you sure?” Refleksinya bertanya. Dia menggeleng lalu ke bilik air untuk menyegarkan diri dan bersiap-siap.
Melukakan hati cikgu Rina adalah perkara terakhir di dunia yang akan dia buat, itupun kalau terpaksa. Dan itu jugalah menjadi sebab mengapa dia tak mau pengkhianatannya menjadi rahsia lagi.
Membiarkan cikgu Rina dalam cinta yang tak pasti adalah satu kezaliman. Dosa yang tak akan mendapat keampunan dari diri sendiri. Namun, bila meramal reaksi yang bakal dia terima serta akibat yang perlu dia hadap, hatinya menjadi kecut.
Dia tak mau kehilangan.
Bukankah idup ini soal masa dan pilihan? Tapi, sudahkah cikgu Sophia memilih? Belum. Dia tak pernah cakap apa-apa selain kecewa derita hatinya. Dia hanya melagukan kepiluan.
Jadi apa sebenarnya yang kau harapkan, Andrey? Entahlah…
“Cikgu, ada benda saya nak kasi tau.” Kekuatan digandakan bagi mengelak kecederaan dalam peperangan emosi. Namun, segala keberanian menjadi sia-sia apabila ketulusan hati cikgu Rina terus menyuluh cahaya di jalannya yang gelap.
“Ada apa, sayang? Kalau ada masalah, kita boleh bincang sama-sama.”
“Tak. Tak ada masalah. Cuma...”
Tuhan, bantulah aku. Haruskah aku menyebut nama Sophia? Haruskah aku berterus terang?
“C’mon. Don’t hesitate.” Mendengar keraguan yang bergetar di kotak suara, cikgu Rina melonggarkan ketegangan dengan merehatkan tapak tangannya di atas tangan Andrey.
Bermacam-macam fikiran dan gambaran bermain di benak Andrey. Niat untuk berterus terang tentang apa yang dah terjadi antara dia dengan cikgu Sophia sepertinya dah gagal sebelum mencuba, diusir ghairah cinta dari mata cikgu Rina yang terus menggoda. Ekspresi tulus di wajahnya membuat Andrey rasa sangat berdosa— berdosa kerana telah mengotorkan kepercayaan yang diberi.
“Sebenarnya, saya ada bercakap dengan mak…”
“Cakap dengan mak? Tentang?” Anak mata cikgu Rina membesar, membuktikan betapa dia ambil berat.
Rina, kau dah belai jiwa aku. Engkaulah orang pertama yang menjelajah setiap bahagian kecil diri aku, tempat-tempat yang tak pernah sesiapa pun terokai.
“Sayang…” Sentuhan jari-jarinya di pipi membisukan hati dan akal yang tak henti berbicara. Masing-masing tak tau penat dalam menegakkan pendirian.
“Saya dah buat keputusan. Sekarang saya sedang jalani psikoterapi.”
“Untuk?”
“Untuk rawat Gender Dysphoria. Saya rasa cikgu pun faham, kan?”
“Ohh pasal tu…Interesting. Of course saya faham dan saya rasa tindakan awak tu jujur dan berani.”
“Saya nak badan ni sejajar dengan jiwa.” Tak tau macam mana nak mula, dia cuba ringkaskan penjelasan.
Cikgu Rina tak menunjukkan sebarang reaksi terkejut. Dari mata Andrey dia nampak satu keinginan yang dalam.
“It’s a great decision to address such critical topics with your mother.”
“Dah tak sanggup rasanya nak hidup dalam badan ni…”
Cikgu Rina mengangguk. Dah lama dia memerhati, dah lama dia mengerti. “You are simply perfect in your imperfection.”
“Don’t get me wrong. Saya sayang diri saya. Apa yang dianugerahkan kepada saya memang satu nikmat. Saya cuma nak buang apa yang membebankan dan menambah apa yang kurang.”
“Asalkan awak tetap awak. My Andrey. My Zephyr.”
“Thanks, cikgu.” Andrey membalas senyuman cikgu Rina.“Jasad, bukan jiwa. Lepas final nanti, saya akan mulakan suntikan testosteron, to develop secondary male characteristic.”
“You’re doing the right thing. Tak ada sebab untuk awak pakai topeng.”
“Tak, saya tak akan pakai.”
“Dah lama saya observe semua ni. Dalam pada marah-marah, baling kapur semua tu, saya sebenarnya cuba faham awak dan saya tak akan berhenti memahami.”
“Saya tau cikgu sayangkan saya. Bercakap dengan cikgu pun satu terapi jugak.”
“Anytime, sayang.”
“Hal ni dah lama saya fikirkan. Saya pun bukan budak bawah umur lagi.”
“Mak abah macam mana?”
“Mak ikut sama tiap sesi. Tak pernah miss. Dia pun nak dengar, nak faham. Andy dah saya kasi tau. Selain tu, Doktor Emir, psychiatrist saya, Jacques dan orang tuanya. Lisa, of course. Sekarang saya dah sedia untuk berkongsi dengan cikgu. Abah... Saya harapkan mak untuk buat dia faham. Saya takut...”
“Kenapa nak takut jadi diri sendiri?”
“Susah nak cakap atau bincang hal ni dengan abah...Entahlah cikgu...Selama ni, pengetahuan saya terbatas. Masyarakat buat saya percaya bahawa saya ni homoseksual. Cikgu pun tau saya benci panggilan tu. Lesbian, saya benci digelar cam tu. Ada lelaki yang terperangkap dalam ni...” Tangan diletakkan di dada. Cikgu Rina menumpukan perhatian, tidak menyekat lontaran kata-katanya.
“Abah mungkin dah tau saya ni gay, tapi soal transgender dan surgical, hormonal transition ni, saya tak pasti apa reaksi dia nanti.”
“Sepatutnya dia ikut sekali sesi tu supaya dia pun faham.”
“Sepatutnya...”
“Mungkin abah awak perlu masa.”
“Cikgu tak kisah ke saya buat semua ni?”
Dia menggeleng. “Semua orang ada hak untuk bahagia. Saya nak awak bahagia.”
“Terima kasih, cikgu.”
“Gender dan seks biologi, dua definisi yang berbeza. Itu yang saya tau setakat pengetahuan saya yang limited. Tapi saya pasti penjelasannya luas. I believe what you're going through comes naturally not nurtured.”
“You know the whole story.”
“I understand how challenging it is to navigate a gender identity that doesn’t match physical body.”
“It's very frustrating. Kenapalah saya lahir dengan kecacatan ni? Nasib baik saya boleh kawal perasaan, boleh elak kemurungan. Kalau tak, entahlah apa akan jadi.”
“Saya tau awak kuat. Awak ada pendirian.”
“Doktor Emir cakap, diskriminasi dan prejudis boleh jadi punca orang macam saya ambil jalan mudah. Depresi jadi masalah psikologi, gangguan mental sampai terdorong untuk bunuh diri.”
Tak berkedip mata cikgu Rina pandang muka Andrey. Barangkali dia sedang memikirkan sesuatu untuk diperkatakan.
“Bagi saya, kenapa perlu ambil nyawa sendiri sedangkan sakit boleh dirawat?”
“Betul, Andrey. Tiap masalah mesti ada penyelesaian. Awak sabar, jangan buat yang bukan-bukan. Saya risau.”
“Tak, cikgu. Jangan risau. Saya sayang diri saya. Saya sayang semua orang yang sayangkan saya.”
“Janji?”
“Janji.”
“That’s my boy.”
“Tapi macam mana nak saya terangkan supaya semua orang faham?”
“Sayang, awak tak perlu terangkan dan tak perlu buat orang faham. Yang terbuka mata hati, akan faham. Yang memilih untuk tak nak faham, tak akan faham. Buatlah apa pun, dorang takkan faham sebab itu yang dorang pilih— untuk tak faham. Cukup sekadar awak faham, awak tau, awak rasa. Everything else will come with time and truth will prevail.”
Mengartikulasi fikiran dan perasaan kepada cikgu Rina, jalan yang gelap semakin terang. Denai yang sempit bertambah luas. Andrey teringat kata-kata abah— satu-satunya cara kita menghargai perjalanan adalah dengan menebas hutan, atau berjalan atas duri bukan berjalan di padang indah terbentang tanpa sebatang pokok kayu.
“I can relate to how frustrating this situation must be. Jadi, apa kata mak?”
“Saya bertuah. Mak faham dan selalu menyokong, macam cikgu. Dia hanya nak saya gembira.”
Di situlah dia sedang berjalan sekarang. Hutan tebal, jalan berduri. Dipimpin cikgu Rina, dia tebas belukar untuk dijadikan denai. Denai yang pada mulanya sempit kini semakin terang dan luas. Namun begitu, masih banyak lagi yang perlu ditebas.
Sedikit demi sedikit, pesanan dan permintaan abah menghuraikan rahsia-rahsia dalam hidup. Andrey mula memahami hikmah yang tersembunyi di balik setiap kerahsiaan itu dengan pemikiran yang lebih matang.
Terima kasih, abah.
Tuhan hantarkan engkau untuk aku, Ireena.
“I’m touched. This level of respect and appreciation is something I’ve never experienced before aside from my family.”“Saya akan selalu ada. Well, awak ingat tak saya pernah cerita pasal Kim?” Malam itu Rina bersedia untuk bercerita tentang sesuatu yang tak pernah ditanya Andrey.
“Ex cikgu.”
“Ex ke? Hmm, macam tak tepat je sebab baru kenal, tak sempat couple dah kantoi. Eksperimentasi je kot.”
“Tak taulah saya, cikgu. Cikgu tak pernah cerita habis pun pasal tu. Apa sebab cikgu suka Kim?”
“Dia baik, mungkin sebab dia pandai, saya tertarik. Dia pandai ambil hati, mula-mula tu adalah dia mengorat, mengayat macam nak gila. Saya pun kasi peluang. Tapi sebenarnya kami lagi mesra sebagai kawan, bukannya couple macam orang lain.”
“Maksudnya?”
“Masih dalam fasa mengenal, dia dah kantoi. Jadi nak kata dia tu yang pertama, macam kurang tepat pulak.”
“Kiranya, belum pass lagilah nak jadi calon?”
“Baru nak kenal hati budi dah buat hal, macam mana? Lagi satu yang buat saya hilang minat, dia tak kenal siapa diri dia. Perempuan, lelaki? Lesbian, butch? Transgender? Dia confused, tak tau apa dia nak. Dia memilih jadi biseksual dalam mencari identiti. Itu tak apa, saya faham tapi dia menggunakan label untuk bercinta dengan siapa saja ikut suka dia, itu sakit namanya. Saya tak jumpa kualiti yang saya cari sepanjang saya kenal dia.”
“Saya ingat dia macam saya.”
“Dia selalu keliru pasal tu. A butch wanna be. Entahlah… Tak penting bagi saya sebab bila saya suka, saya tak kisah siapa. Yang penting, tau diri, apa yang dicari, ikhlas dan tegas dalam semua kata dan perbuatan. Setia, itu yang paling penting. Dia tak pernah pasti tentang apa-apa pun. Cinta, semua orang boleh cakap, tapi tak semua orang ada sentuhan. Mungkin itu sebab dia pilih apa yang dia pilih. Saya tak suka orang yang tak ada attitude of mind.”
“I see.”
“It’s OK to be a bisexual but that doesn't mean she has a ticket to be a slut. Saya tak boleh bertolak ansur dengan obsesi dia. Kalau awak, awak suka ke awek awak cenderung kepada kedua-dua arah? Tak ada pendirian? Dia bercakap tentang kesetiaan, sebaliknya, dia lebih setia kepada kehendak dan nafsu. Saya tak suka jadi pilihan dan saya bukan boneka.”
Penjelasan yang diberi meluaskan pandangan Andrey terhadap apa yang ada dalam fikiran cikgu Rina.
“Saya pun tak nak ada awek yang tak ada pendirian, samar-samar dalam melihat diri. Tak pasti. Teragak-agak. Ragu. Bagi saya, orang macam kita kena betul-betul faham, kena bersedia secara mental untuk melawan sebarang komplikasi dan konflik yang timbul. Sebab tu pendirian penting.” Adakah ucapan itu tercetus kerana Sophia? Mungkin…
“That’s true. Apa pun yang kita nak buat, pendirian teguh tu penting. Macam akar pokok. Ia membentuk karakter dan karakteristik.” Tangan yang semakin erat menggenggam, diperketatkan lagi. Mahu terus menyentuh dan disentuh begitu.
“Tapi cikgu suka perempuan je ke atau macam mana?” Pertanyaan yang selalu ingin diajukan akhirnya terpancul juga.
“Bunyinya macam ada ragu.”
“Semua ni terlalu baru bagi saya dan cikgu yang pertama…”
Walau sering Andrey tegaskan bahawa cikgu Sophia adalah perempuan pertama yang mencuri hatinya, namun hakikat bahawa Cikgu Rina juga yang pertama, mana mungkin dapat dinafikan. Malah lebih dari itu, cikgu Rinalah insan pertama yang meneroka jiwanya, membelai hatinya dan membawa dia lebih jauh. Cikgu Rinalah gadis pertama yang menjelajah setiap bahagian kecil dirinya— tempat-tempat yang tak pernah sesiapa pun terokai.
Dia menggeleng. “Saya bukan biseksual. Terus terang, saya tak ada perasaan pada lelaki kecuali lelaki macam awak. Saya suka apa yang saya suka. Saya suka awak.” Penjelasan diberikan sekali lagi untuk kesekian kalinya tanpa gagal memenangkan hati Andrey bersama senyuman keyakinan tersulam di bibir.
“Cikgu ada pengalaman pahit?”
“Kecewa, kena cabul, kena rogol, maksud awak?”
“Apa punca?”
“Tak, sayang... Macam awak, semuanya semulajadi. Mungkin sebab dalam keluarga, saya seorang anak perempuan. Mungkin jugak sebab saya bersekolah di convent dari form one sampai form five. Jadi saya exposed dengan hal ni dari awal. Awak taulah asrama perempuan macam mana…”
“Saya tak tau. Mesti seronok.”
Cikgu Rina ketawa dan berkata, “memang seronok sangat. Tengok orang bercinta, bergaduh. Berebut awek. Nak jadi hero, nak jadi heroin. Tapi semua tu external influences. The essence originates from within.”
“Cikgu ada someone special masa kat convent dulu?”
“I was so much like you. Aloof. Supercilious. Introverted.”
“More observing than participating?”
“Exactly. That’s what I like to do. Observing.”
“Sombong, berlagak, terlalu bangga dengan sesuatu, seolah-olah orang lain tak layak berkawan dengan awak?” Andrey ulang satu persatu patah perkataan yang pernah cikgu Rina hamburkan ke mukanya dulu. Tawanya membuktikan bahawa episod itu tak pernah luput dari ingatan.
Begitulah dengan mudahnya cikgu Rina buat Andrey terlupa tentang perasaannya terhadap cikgu Sophia. Setiap kali mencipta masa bersama, semuanya sempurna. Tiada rasa bersalah, tiada keraguan. Andrey rasa bebas.
Mereka menyusur sungai yang merentang di tengah bandar, tempat yang selalu dituju untuk menghirup angin malam. Deretan beberapa warung kopi di sepanjang sungai menjadi persinggahan setelah penat berjalan. Di situ mereka duduk menghilangkan dahaga sambil menikmati pemandangan yang tenang sebelum mengucapkan selamat malam.
Cikgu Rina tegas dalam pengurusan waktu. Dia telah mendisplinkan Andrey yang tak berdisiplin. Kecuali waktu cuti atau hujung minggu, dia akan pastikan buah hatinya itu sampai rumah sebelum pukul sembilan. Tidur sebelum pukul dua belas. Begitu juga setiap pagi, kecuali hujung minggu dan cuti sekolah, tepat jam tujuh telefon bimbit pasti akan dideringkan. Bagi orang lain, mungkin diatur begini gayanya macam dikawal tapi lain halnya dengan Andrey. Dia suka dikawal cikgu Rina. Dia selesa pada aturan-aturan yang digariskan. Sebab dia tahu dia perlukan ini— disiplin.
“Ini ke yang orang panggil twin-flame atau soulmate?”
“I don’t know precisely but there is one thing I know for sure.”
“Sing it to me.”
“Apa yang bergema akan bergema. Kosongkan saja hati, dengarkan saja gema suara itu. Tak perlu cuba jadi apa-apa pun sebab kita sebenarnya dah jadi. Kat sini.” Cikgu Rina merehatkan tangannya ke dada Andrey.
Katakan pada aku bagaimana dapat aku menolak cinta setulus ini?
Pertemuan itu kerap berulang, bergema di titian masa. Seperti bisikan yang dibawa angin, setiap saat adalah dedaun yang gugur ke sungai dan dibawa arus. Mereka menyinggahi tempat-tempat yang pernah diselusuri, namun lebih indah dari yang pernah mereka lewati. Landskap terbentang di depan mata seperti halaman buku yang memancarkan kilauan permata dari sudut rahsia yang tidak pernah disentuh oleh peredaran waktu.
Setiap degupan jantung adalah janji— satu pendorong bahawa detik-detik ini adalah harta yang perlu dijaga, dihargai. Mereka membina kehidupan dalam keheningan itu. Membinanya daripada setiap pandangan dan hembus nafas, di mana keindahan dunia tidak layak untuk dibandingkan dengan kedalaman cinta mereka.
“I'm here.” Hans tersenyum. Wajahnya bersinar semasa tangan dihulurkan. Sebaik jari-jari mereka bersentuhan, Sophia jatuh dalam pelukannya. “I missed you...” Dan berpautlah satu ciuman yang panjang. Penuh kerinduan yang tak akan ada penghujung.
“Kita akan selalu macam ni, aku janji.”
“Aku akan selalu datang.”
“Kau tau, aku sentiasa tunggu.”
“Aku nak kau bahagia, sayang.”
“Kaulah kebahagian aku.”
Berpimpin tangan, mereka berjalan menaiki tangga-tangga. Pohon buah-buahan dan bunga-bungaan menghiasi kiri dan kanan setiap anak tangga yang mereka langkah, menuju sebuah bukit. Di atas bukit itu terbina sebuah taman— sunyi tapi berjaga rapi. Kemas dan bersih. Segar dan wangi.
Hans berhenti. Dia menghampiri sepohon mawar putih. Subur bunganya. Kelopak terbuka kembang menakung manik-manik embun pagi yang hening. Dia mencium salah satu dari kuntuman mawar putih itu.
“Aku tau kau suka bunga ni. Tapi aku tak nak petik. Aku nak dia kekal ditangkai mewangikan alam sebagaimana kau mengharumkan hidup aku.” “Aku tau kau suka bunga ni. Tapi aku tak nak petik. Aku nak dia kekal ditangkai mewangikan alam sebagaimana kau mengharumkan hidup aku.” Hans kembali menghampiri Sophia, menjalinkan semula jari jemari mereka. Sebuah kucupan dilekapkan ke dahi wanita yang dia cintai, yang terlalu dia rindukan.
Mereka teruskan langkah hingga ke anak tangga yang terakhir. Platform itu dibumbungi kanopi pepohon. Udara nyaman, segar dan wangi. Segalanya disempurnakan dengan warna warni alam.
Duduk di tebing bukit menghadap lembah, mereka menyaksikan matahari terbit. Sunyi, namun dalam keheningan itu, jiwa menggemakan getar emosi yang tidak dapat dihurai sepenuhnya oleh kata-kata. Pada saat-saat tenang inilah mereka benar-benar merasai kewujudan. Hati berbicara dalam bahasa yang melampaui keperluan untuk bertutur. Dunia di sekeliling seakan tersenyum, membiarkan mereka berdua dalam pelukan abadi sebuah cinta suci.
Ketika matahari terbenam di bawah ufuk waktu, terpancarlah cahaya keemasan di atas kaki langit. Saat itu dia mengidamkan sesuatu yang luar biasa. Dia ingin menangkap waktu itu, membotolkannya dan membawanya ke mana sahaja dia pergi. Tapi dia tahu, dia terpaksa menyerah kepada waktu, membenarkan diri tenggelam sepenuhnya dalam kenangan dan pengalaman, mengetahui bahawa pertemuan itu walaupun sekejap, akan bergema merentasi masa, kekal walau selepas ia berlalu.
“Hans…” Dia mahu menjerit, memanggil nama itu namun dia hanya mampu membisik.“Kenapa tinggalkan aku?” Matanya tertancap di siling. Hitam. Kelam, sekelam dadanya yang kosong.
“Tuhan, aku dah tak sanggup lagi.”
Memori menerpa satu persatu seperti paparan gambar di layar perak. Gelak tawa, senda gurau, tangis airmata mereka dipertontonkan. Sophia melekapkan bantal ke muka, cuba membunuh satu penyiksaan yang memerah nyawa.
“Ambil lah aku… Bawak aku pergi…”
“Kau yang pertama. Kau selamanya.” Bisik suara Hans semakin jelas kedengaran di telinga.
“Kita dah lalu begitu banyak. Tak mungkin aku sia-siakan semua pengorbanan kau.”
“Pengorbanan kau lebih berat, sayang. Waktu yang orang rampas dari kita, akan aku gantikan semula.”
Dia membalikkan badan, menekapkan pula muka ke tilam.
“Tunggu aku. Jangan hilang.”
“Aku nak datang, Hans.”
“Tunggu aku, sayang. Jangan hilang…”
Sophia menggagahkan tubuhnya yang lemah. Dengan tangan terketar-ketar, dia memaksa diri duduk di birai katil. Setiap pergerakan terasa begitu perlahan seolah-olah masa sengaja melambatkan jarum waktu untuk mengimbangi kelesuan di jiwanya.
Tangan yang terketar mencapai laci kayu. Ia berdecit bila di buka. Di dalamnya menanti sebiji botol— teman setia semenjak Hans pergi. Dia memegangnya seketika, memandang dengan pandangan sayu, seakan meminta simpati. Penutup botol itu akhirnya dibuka dengan ibu jari. Fikiran yang kebas membebaskan tangan menuang air ke dalam gelas. Bunyi percikan air yang melimpah kedengaran seperti deruan air terjun yang jatuh menghempap batu-batu sungai.Pil-pil berserakan di telapak tangan. Dia menyumbatnya ke mulut— menelannya, bukan satu. Bukan dua. Bukan tiga.
“I’m coming, love.”
Beberapa saat berlalu dalam keheningan, Sophia mendapati dirinya berbaring di atas katil. Kepalanya tenggelam ke bantal yang menariknya lebih jauh, lebih dalam dari kekosongan yang tidak terlihat. Pandangan memudar. Dia merenung siling yang tiba-tiba kelihatan begitu jauh. Nafas kini menjadi cetek bagai kelemasan.
Dia memerhatikan bagaimana jiwanya terungkai, terlepas dari tubuh. Terurai dan terangkat perlahan-lahan seperti sehelai bulu ditiup angin. Tubuhnya semakin jauh, memudar di bawah, sementara dia melayang lebih tinggi— lebih ringan dan lebih bebas tanpa sekatan waktu. Kesakitan dan beban hidup, semuanya hilang, melebur di udara.
Dia terawang semakin tinggi ke awan, ke langit luas. Terapung menjulang ke atas, hingga tak ada apa yang tersisa selain ingatan yang samar-samar.
Dia terbang tinggi. Semakin tinggi dan akhirnya hilang.