“Saya lewat atau awak yang cepat?” Tangan dihulur. Pipi dicium. Tiga perkataan dibisikkan sewaktu Andrey dibawa dalam pelukan. “I missed you.” Rina tak ragu-ragu dengan apa yang disampaikan dari hati.
“Dua-dua. Rasa macam dah lama benar tak jumpa.”
“Susah sangat ke nak cakap awak rindu saya?” Tanya cikgu Rina dalam nada gurauan tapi mengharapkan secebis jawapan yang mampu mendamaikan jiwanya. Andrey tersipu. Hilang idea nak jawab apa lalu kerusi ditarik, menjemput si gadis duduk.
“Saya lambat sikit sebab terpaksa ambil teksi. Hantar kereta service dulu tadi.”
“La… Kenapa tak cakap? Boleh saya jemput kat bengkel.”
“Last minute baru teringat dah buat appointment. Lupa betul saya. Kalau saya ingat memang saya dah suruh awak jemput.”
Satu idea sepantas kilat bernyala di kepala. Idea yang pastinya akan buat cikgu Rina gembira, dia yakin sekali.
“Maafkan saya, cikgu. Saya datang balik jap lagi. Kejap je.”
“Nak ke mana?” Cikgu Rina terpinga kehairanan.
“Tandas.” Andrey menepuk-nepuk perut. “Tolong order kan saya jus mangga dan black pepper beef.”
Sempat dia mengenyit mata sebelum berlalu. Kaki dihayun laju menuju ke sebuah kedai aksesori motosikal. Ya, untuk membeli helmet. Nak merealisasikan sesuatu yang pernah diusul cikgu Rina dulu.
Aku nak kau jadi yang pertama naik motor aku. Hari ni, kita ronda-ronda makan angin.
Mindanya mengulang tayang peristiwa di kedai kopi. Dia tersengih sendirian bila membayangkan bagaimana cikgu Rina menyarung helmet dengan penuh gaya sewaktu motosikalnya dirampas. Kenangan itu akan membuat dia tersenyum sampai bila-bila.
Namun masa memang penuh dengan kejutan. Semasa keluar dari kedai, matanya menangkap kelibat seseorang. Seorang wanita yang dia kenal benar. Seseorang yang dah menakluk hati. Seorang wanita yang dirindu. Cikgu Sophia. Kelihatan guru itu keluar dari sebuah butik berhampiran. Dengan gembira, Andrey mengekori langkahnya yang menuju ke pintu keluar kompleks membeli belah tersebut.
“Hello, cikgu.”
“Hey, Andrey, apa khabar? Awak buat apa kat sini?” Spontan tangan cikgu Sophia menyentuh bahunya bersama senyuman lebar terukir di bibir.
Rindu kot kat… Macam seronok je muka dia jumpa aku. Ke aku yang perasan?
“Hidup lagi cikgu. Ni tengah carik kucing saya hilang.”
“Awak ni… Ada je...”
“Actually, saya baru nak lunch. Apa kata cikgu join?” Merebut peluang yang ada, tanpa fikir panjang, dia menjemput.
“Awak sorang?”
“Tak. Dengan cikgu Rina.”
“Rina?” Jujur dia mengangguk. Tak ada apa yang nak disembunyikan.
“Nampaknya makin baik sekarang?”
“Positif. Jomla… Hari ni saya belanja.”
Tanpa perlu pujuk rayu, cikgu Sophia menyerah kepada permintaannya. Andrey merasakan betapa bertuahnya dia. Pertemuan secara tak sengaja itu telah menyelamatkan dia dari rindu. Kalaulah dia berkulit tebal, mesti dia dah pegang tangan cikgu Sophia. Mengerti bahawa menjaga tatasusila, sopan santun dan hormat adalah penting, jadi dia hanya pegang bayang-bayang.
Jadilah, jangan tak ada.
Cikgu Rina kelihatan agak terperanjat bila melihat Andrey kembali ke restoran membawa seorang perempuan lain. Kawan baik dia.
Diorang dah berjanji ke?
Timbul pertanyaan di kepala.
Mesti cikgu Rina ingat alasan aku ke tandas tadi hanyalah alasan semata-mata— padahal aku nak menjemput cikgu Sophia.
Melihat ada tanda tanya di wajah cikgu Rina, terus Andrey terangkan secara ringkas tentang pertemuan spontan itu. Helmet sengaja disimpan dulu di kedai untuk buat kejutan lepas makan nanti.
“Dating a student… That’s how cool you are.” Tanpa berkias-kias, cikgu Sophia memberi komen sambil mengambil tempat duduk di sebelah cikgu Rina, memudahkan Andrey untuk menatap wajah kedua wanita hebat di depan matanya.
“Yes, I am.” Mengenali cikgu Rina, kedua mereka dah dapat agak jawapan apa yang akan keluar dari mulutnya.
“Sebenarnya saya tengah tunggu abang saya. Dia on the way.” Jelas Andrey, bimbang jika cikgu Sophia fikir yang dia dan cikgu Rina memang keluar berdating.
“Kalau ye pun dia nak fikir camtu, apa masalahnya?” Akal mempersoalkan kejujuran hati. Hati terdiam. .
“Awak ada kembar, kan?” Satu kejutan timbul dari pertanyaan cikgu Sophia.
“Betul. Mana cikgu tau?”
“Awak ada dua adik perempuan. Ayah pegawai tentera, mak businesswoman, betul?”
“Wah, cekapnya cikgu. Macam detektif Conan.”
“Mestilah.”Jawabnya. Lengan cikgu Rina dia singgung dengan siku. Dia ketawa dan sempat Andrey mengintai ekspresi cikgu Rina. Ada senyum tapi nipis.
“So, it’s my lucky day to meet the twin. I find having a twin, especially a fraternal one, cool.”
“Adrian pun mesti gembira dapat kenal cikgu-cikgu favourite saya.”
“Macam mana cuti setakat ni?”
“Cam biasa, saya hargai waktu jauh dari sekolah. Saya boleh membuta, tak siapa nak baling kapur.” Betapa rindunya dia nak tengok cikgu Sophia ketawa, jadi dia cuba buat lawak. Perkataan membuta dan baling kapur sengaja ditekan untuk mengusik cikgu Rina.
“Obviously.” Kata cikgu Rina sepatah. Entah apa difikirannya tidaklah Andrey ambil peduli kerana kehadiran cikgu Sophia telah membawa dia menjelajah sisi lain kewarasan sendiri.
“Tak sangka jumpa cikgu kat sini hari ni.”
“Saya ambil tempahan baju tadi. Surprise jugak, tiba-tiba awak muncul.”
“Saya happy sangat dapat lunch dengan cikgu hari ni.”
“Cikgu Rina tak cukup ye?”
Berdebar hati Andrey diusik begitu. Dia menolehkan kepalanya memandang cikgu Rina yang ketawa kecil mendengar usikan rakan sejawatnya.
“Cukup. Serba serbi cukup… Cikgu berdua memang favourite saya.”
“Ada mimpi apa ajak lunch sebenarnya?”
“Saja. Nak makan-makan. Kalau ada contact number cikgu, mesti saya dah jemput sekali. Itulah, kebetulan kita jumpa kat sini, elok sangatlah.” Sengaja dia tekankan lagi perkataan kebetulan itu. Bimbang kalau cikgu Rina tersinggung.
Adrian tiba bersama Suzie tepat seperti yang dijanji. Itulah kali pertama dia dapat bertemu teman wanita abangnya. Seorang gadis tinggi lampai, juga bercermin mata.
“Finally, dapat juga jumpa awak, Suzie. Andy selalu cerita pasal awak.” Tangan dihulur.
“Boleh tahan, bro.”
“Meet the teachers, Sophia and this is Rina.”
“Andy selalu cerita pasal you… So, ini ke cikgu yang dah cat pink motor you tu?”
“Ye, kereta sayalah yang dia toreh.”
“Gorgeous.” Komen Suzie. Matanya menjeling pada Andy yang mengangguk, mempersetujui penilaian yang dibuat kekasih hati. Mendengar pujian itu, perasaan bangga mengembang di dada Andrey seluas angkasa.
“Nak makan apa, sayang?” Tanya Andy kepada Suzie. Rambut gadis itu dibelai mesra.
“I’ll take beef lasagna.”
Melihat Adrian begitu sopan melayan kekasih hati, mulalah otak Andrey mempersoalkan tentang perasaan.
“Kau tak fikir ke apa perasaan Rina? Kau ajak dia keluar lepas tu tanpa rasa bersalah, dengan senang hati kau bawa perempuan lain. Tak tau apa nak panggil… Kau ni kejam atau bodoh atau pentingkan diri sendiri.”
Dia cuba mengabaikan kata-kata yang bergema di kepala.
Sementara hati Rina walau terselit sedikit cemburu, dia tahu Andrey tak menipu.
Antara aku dan dia, tak ada sebarang ikatan. Tak salah kalau dia nak meluaskan pergaulan. Sophia pun cikgu dia jugak. Kawan aku. Yang penting kedua-dua yang aku sayang, gembira.
“Andy cakap dia sebenarnya tak faham apa punca semua tu. Itu yang saya excited sangat nak dengar dari mulut tuan punya cerita. Tak sangka hari ni dapat jumpa dua-dua sekali.”
Suzie menunjukkan minatnya nak tau cerita perang antara Andrey dan cikgu Rina. Topik itu menjadi pilihan lagi.
“Dah boleh tulis novel lepas ni.” Usik cikgu Sophia.
“Can be a nice one but I don’t write. I don’t have that gift.”
“She’s into biology. Cikgu Sophia ajar biologi, kan?”
“Betul.”
“Cikgu biologinya pun hot.” Puji Suzie.
Perbualan yang rancak terhenti apabila telefon bimbit cikgu Sophia berbunyi. Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon itu dari beg tangan.
Nampaknya dia dah beli telefon bimbit baru. Mana pergi telefon bimbit antik hadiah orang istimewa yang penuh dengan sentimental value tu?
Cemburu meletus. Laharnya mengalir deras ke hati Andrey.
“God, I've almost forgotten. I’ll be there right away. Give me fifteen minutes.” Dia memberi jawapan pantas kepada orang yang menelefon, entah siapa. Hati cemburu mau bertanya, tapi rasional berkata jangan. Suka atau tak, dia terpaksa melepaskan cikgu Sophia pergi.
“Guys, seronok berbual dengan y’all, but too bad, I’ve got to go.”
“It’s rather early...” Gumam Andrey.
“Saya minta maaf. Ada hal penting. Thanks for the treat, Andrey. Adrian, Suzie, nice to meet you. Andrey, Rina, see you guys at school. Have a nice day.”
Cikgu Sophia pergi tanpa berjabat tangan, tanpa pelukan, apatah lagi ciuman mesra, seperti yang selalu cikgu Rina praktikkan. Hanya retak di hati yang ditinggalkannya.
Mood hilang bila cikgu Sophia tak ada lagi di meja itu. Pergi dengan seseorang. Mungkin teman lelaki, atau jika dia juga seperti cikgu Rina, maka teman wanitanyalah yang memanggil. Dan dia? Masih mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.
Selepas hidangan pencuci mulut, Andy dan Suzie pula minta diri.
“Nak pergi cari buku lepas tu malam ni aku dinner kat rumah Suzie. Parents dia jemput.”
“Feel free to join us. Both of you.” Jemput Suzie.
“Eh tak apalah... Saya ada plan malam ni.”
“Who’s that lucky girl?” Agaknya sengaja Suzie bertanya. Andy tersengih macam kerang busuk. Kemudian mereka sama-sama ketawa. Andrey faham dan pasti, Suzie sebenarnya tau semua yang dah berlaku antara dia dengan wanita yang duduk di hadapannya.
Mesti pasal binocular tu pun Andy cerita kat awek dia.
“Dome?”
Cikgu Rina setuju tanpa banyak kerenah.
“Something’s happening deep inside, and I think I know what it is.” Terpana dengan kalimah yang terpacul secara tiba-tiba, Andrey hanya mampu menggeleng kepala. Sekuat hati, dia berusaha mengusir perasaan yang cuba Rina cetuskan.
“Cara awak bercakap, awak pandang… Saya open je Andrey, kalau ada yang awak nak cakap pasal dia.”
“Dia? Siapa?” Andrey pura-pura tak faham. Baginya cikgu Rina seakan dikurniakan sejenis kuasa ajaib. Boleh nampak dan memahami segala-galanya dari emosi hingga ke pangkal fikiran lebih baik dari apa yang mampu dilakukan dirinya sendiri. Soalan yang diajukan cikgu Rina dibiarkan tak berjawab.
“Memang awak dah berjanji dengan dia jugak ke untuk lunch hari ni?” Kejujuran sengaja diuji lagi. Sebenarnya Sophia sudah pun menitipkan mesej kepadanya selepas meninggalkan restoran tadi.
“Aku lupa betul ada appointment. Rina, budak tu tak tipu. Memang terserempak tadi. Perasaan yang jujur tak pernah tak betul. Enjoy, sayang!”
Begitulah yang tertera di skrin telefon bimbit.
“Cikgu Sophia? Taklah… Kan saya dah cakap tadi, terserempak. Kenapa tak percaya?”
“Bukan tak caya, nak kepastian… Janganlah marah.”
“Saya tak tipu. Memang kebetulan sangat hari ni terserempak dengan dia masa ke toilet tadi. Waktu lalu kat butik tu saya nampak dia. Terus saya approached. Cikgu tak suka ke saya jemput dia lunch sekali? Marah?”
“Taklah… Saya OK je. Eloklah awak baik dengan cikgu Sophia. Luaskan circle. Apa salahnya. Kawan saya, cikgu awak. Kenapa nak marah? Cuma, saya rasa awak suka dia. Betul?”
“Merepek… Cikgu ni banyak sangat fantasi. Saya sebenarnya tengah fikir, apa kita nak buat lepas ni. Bila kereta cikgu siap?” Riak wajah segera diubah. Apa lagi yang boleh dia kata bagi menyangkal kebenaran yang cikgu Rina lemparkan terus ke mukanya tadi?
“Petang kot. Mungkin esok. Nanti diorang call bila dah siap. Kenapa?”
“Tak sedap nak biarkan cikgu balik naik teksi. So, apa kita nak buat sekarang?”
“Apa je yang awak nak. I’m all yours.” Tanpa teragak-agak cikgu Rina memimpin tangan Andrey keluar dari kedai kopi.
“I just want you to be happy and I want to share my happiness with you. So let’s be happy together.” Cikgu Rina merangkul lengannya ke lengan Andrey.
“How about a movie?” Usulan diberi.
“Boring.” Kepala digeleng.
“Games?” Satu lagi cadangan.
“Rather dreary.” Sekali lagi ditolak.
“A dance?” Keghairahan diekspresi.
“Still early.” Hati agak teruja.
“Hmm, how about a kiss?” Mata dikenyit.
“We will see.” Usulan terakhir berjaya memerahkan muka.
Mereka berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah. Dari kedai ke kedai, hanya memerhati, melihat orang. Tak ada apa yang menarik. Jarang dia buang masa menepek di shopping complex. Dalam hati, dia dah tak sabar nak bawak cikgu Rina jalan-jalan naik motor.
“Cikgu nak balik sekarang?”
“Awal lagi ni.”
“Tak bosan ke?”
“Bosan? Bosan tu apa ye?”
“Hmm bosan tu maknanya saya rasa saya nak balik.” Tahu cikgu Rina pandai menjawab, sengaja dia mengusik. Suka Andrey nak tengok respon cikgunya itu.
“Oh, that’s really sweet of you. Anyway, thanks for lunch. See you at school.” Cikgu Rina membalas sambil tangan kanannya dihulurkan. Memahami Andrey dengan baik, dia tau buah hatinya itu sekadar nak bergurau.
“Jom…” Tangan yang dihulur segera tarik lalu dipimpin ke kedai aksesori motosikal.
Masuk ke kedai, mereka disambut seorang juru jual lelaki. Senyuman mesra diberikan dan dengan ramah dia bertanya, “nak ambil helmet, cik?”
Sambil mengangguk, senyuman dibalas. Ada rasa bangga kerana dikepit seorang wanita jelita.
“Ini resit.” Kertas putih itu bertukar tangan. Dia pandang cikgu Rina dengan kening diangkat.
“Ini cikgu punya. Let’s take a ride.”
“Awak bayar mahal-mahal, just for a ride?”
“Ni bukan helmet pakai buang. Tengok.” Helmet berwarna hitam itu dia ketuk kuat-kuat.
Cikgu Rina rasa terhibur. Gembira hatinya yang teruja mendorong dia untuk menyilangkan semula lengannya di lengan Andrey. Suka betul cikgu Rina jalan berkepit macam tu.
“So, it was not the loo, am I right?”
“Wasn’t Sophia, either. You are indeed bright.”
Laju Andrey keluarkan telefon bimbit dan selaju itu juga telefon itu dirampas cikgu Rina. Andrey memerhatikan saja tindak tanduk cikgunya dan selepas beberapa saat, telefon itu kembali semula ketuannya.
“Beli helmet untuk bawa Rina naik motor, nak merasa dipeluk perempuan dari belakang.”
Sengaja dia baca kuat-kuat.
“Camne cikgu boleh tau semua dalam otak saya? Saya ni buku atau cikgu ahli nujum?”
“Ahli nujum, hmmm, tak. Tapi awak rasa diri awak tu buku ke?” Menanyakan itu, dia pun mengecilkan mata, merenung si kekasih sepi dari kepala hingga ke kaki sambil tangan kirinya menguis dagu.
“Hmm, awak nampak macam buku teks ekonomi.”
“Buku teks je?”
“Saya ni selalu ada semangat membaca.” Lembut suara cikgu Rina meneruskan kata-kata. Cara dia mempotretkan falsafah boleh buat orang gila jadi siuman.
Macam aku. Gila ke aku? Orang siuman pun boleh jadi gila dibuatnya. Rina… Rina… Gila ke siuman, kau dah letak aku kat tahap optimal. Terima kasih, cikgu.
Akal menyengihkan dia yang dah macam orang angau. Tadi sedih bila cikgu Sophia kena pergi, sekarang lupa terus bila kena goda dengan cikgu Rina.
“Betul tak ada pendirian.” Sambil menyengih akal mengejek.
“Dan saya membaca awak dari setiap sudut yang awak takkan boleh faham. Belum lagi.” Ayatnya dilengkapkan dengan satu kesimpulan berbaur harapan sambil jarinya mencuit hidung Andrey.
“Cikgu, saya nak bawa cikgu pergi.”
“Mana?”
“Jauh-jauh.”
“Macam seronok bunyinya…”
“Mesti cikgu suka.”
“Asal bukan neraka.”
Tersentuh dengan ketulusan yang dia lagukan, tangan Andrey dengan spontan mengusap pipi cikgunya yang bersih.
“Terima kasih.” Jari-jari yang tadi membelai pipi, kini menyisir rambut kemudian dahi pula disentuh dengan bibir sebelum helmet disarungkan.
“Be careful.” Andrey berpesan ketika cikgu memanjat motosikal.
Terasa cengkaman tangan dibahu. Hati yang hijau itu mula berdegup kencang sebaik sahaja cikgu Rina menjadikan ribanya tempat untuk merehatkan kedua belah tapak tangan.
Beluncas yang berkepompong selama ini dah bertukar menjadi rama-rama dan terasa rama-rama itu semakin banyak. Mereka menari beramai-ramai, berpesta dalam perut apabila cikgu Rina menyandarkan dada di belakang badannya.
Selaju degupan jantung, motorsikal dipacu membelah jalan raya. Terasa pelukan bertambah erat.
#
“So, kat sinilah awak menyorok, tinggalkan realiti?” Cikgu Rina bertanya sebaik sahaja mereka turun dari motor.
“Saya suka tempat ini. Tenang. Jom...” Andrey memimpin tangannya merentasi sedikit denai menuju satu tapak yang lebih privacy, di mana dia sering menghabiskan waktu. Tempat itu lebih dekat dengan tasik, redup di kelilingi pokok-pokok, sedikit jauh dari laluan utama.
“Cikgu OK ke pergi tempat cam ni?”
“Saya bukan spoilt brat macam awak.”
“Ramai orang datang sini hujung minggu. Itulah sebabnya saya pilih lokasi ni. It’s my private play ground. Sebelah sana tu, taman rekreasi tempat kita lumba lari.” Dia mengarahkan jari telunjuk ke sebelah kiri.
“Sana tu, Tasik Biru Seafood Centre. Kalau naik kenderaan, kita kena pusing ikut bandar. Kalau berenang, dekat sikit kot.”
“Berenang ye?” Cikgu Rina ketawa kecil. “Terusan Tasik Biru ni tempat saya lahir. Tapi tak pernah tau ada tempat tersembunyi kat sini. Hmm… Anyway, I like this place. Inspiring.”
“Cikgu membesar, sekolah semua kat sini jugak ke?”
“Sampai habis sekolah rendah. Lepas tu saya masuk boarding school sampailah habis universiti, baru balik sini lagi.”
“Oh, macam Andy.”
“Awak tak masuk asrama?”
“Tak… Saya mana ada disiplin.”
Pengakuan jujur itu disambut ketawa cikgu Rina.
“Mengaku pun.”
“Kenyataan.”
Jawapan itu disertai pandang mata tepat muka ke muka, melihat kenyataan yang berdiri di sisi. Senyaman tiupan bayu petang, begitulah yang dia rasakan apabila mata cikgu Rina tidak lagi menusukkan pedang, sebaliknya memancarkan kasih sayang.
“Kenapa pandang saya macam tu?”
“Your eyes… The window to your soul. They are beautiful.”
Pujian itu dah selalu disuarakan. Dah banyak kali disebut ulang, berlatih untuk melafazkannya dalam diam. Setiap menjelang malam, di atas katil sambil memeluk bantal, wajah cikgu Sophia kian memudar, digantikan wajah cikgu Rina. Memainkan semula semua pertemuan-temuan sambil mengharapkan pertemuan-pertemuan seterusnya akan membuka peluang untuk kata-kata itu dilbisikkan ke matanya. Impian kini jadi kenyataan bersama gementar yang menerbitkan peluh di seluruh tubuh.
“Kadang-kadang saya lepak kat sungai. Jauh sikit ke utara bandar, kira-kira lima belas minit memandu.”
“Of course. That’s one of my favourite spots. Saya dengan Sophia selalu pergi situ, berkelah. Tapi dengan awak, belum lagi. Awak nak bawa saya pergi sana nanti?”
“Kalau tak nak kenapa?”
“Kalau tak nak, saya paksalah. Macam tak biasa.” Dia mencetus tawa lagi. Seketika kemudian, dia mengucapkan terima kasih selepas Andrey berjanji akan membawanya ke sungai, suatu hari nanti. Permintaan yang dengan senang hati ingin dilaksanakan.
Permukaan tasik bersinar di pancar matahari petang. Indah. Sekali lagi dia rasakan sepertinya saat-saat ini pernah dia alami. Berada di tepi tasik, di kelilingi alam, bersama seseorang yang mengelilingi hati dan seluruh hidupnya.
Déjà -vu. Kerap benar ini terjadi setiap kali bersama cikgu Rina. Mengapa?
Patut ke aku bertanya kepada dia? Manalah tau dia ada idea tentang déjà -vu?
“I can imagine that… The good old days… Mesti awak rasa lebih jauh dengan dia sekarang, kan?”
Komen cikgu Rina bila Andrey bercerita tentang kerinduannya untuk berkhemah di situ lagi.
Andrey mengangguk. Sepotong ranting kecil dia ambil dan mula mengguris tanah. Lakaran seekor burung. Niat untuk bertanya tentang déjà -vu ditangguhkan dulu. Nantilah…
“Dia dah ada Suzie. Bukan saya cemburu atau tak happy untuk dia. Ini fasa kehidupan. Saya faham. Semuanya berubah. Cuma saya berharap akan ada saat-saat macam tu lagi. Tak apalah… Sekarang Jacques rajin ikut saya memancing. Sejak saya ajar, dia dah tukar hobi.”
“Jacques… Dia kawan awak yang paling rapat setakat ni. Eloklah dia dekatkan diri dengan aktiviti macam ni daripada asyik berlumba kereta.” Cikgu Rina mengambil ranting di tangannya, lalu menulis nama Andrey di sebelah burung yang dilakarkan tadi.
“Selain cikgu, kak Zu, Linda, mak dan Andy, dia sajalah yang faham saya.”
“Cikgu Sophia?”
“Eh, kenapa pulak dengan dia?”
“Dia tak faham awak?”
“Tak pernah cakap hal personal dengan dia pun.”
“Tapi mata sejuk memandang dia, kan?”
“Sejuk ke mata cikgu pandang dia? Berkenan?”
“Hahaha… Awak ni ke situ pulak. Nonsense.”
“Dah tu asik tanya je… Kalau nak boleh saya rekomen.”
Dia tak selesa sebenarnya bila cikgu Rina asyik bertanya pasal tu. Cikgu Sophia tak pernah bagi masa selepas waktu sekolah. Tadi tu pun betul-betul kebetulan. Makan malam yang dia janjikan dulu nampaknya tak akan wujud. Agaknya dia sendiri dah lupa pasal tu.
“Selain Jacques dengan Linda, awak tak ada kawan lain?” Masih ada cemburu, cikgu Rina cuba mencari kepastian. Menduga keikhlasan.
“Masa form 4, mula-mula pindah sini saya rapat dengan Arni.”
“Arni?”
“Anak bekas pengetua. Arni pindah ikut keluarga lepas O’Level.”
“Masih contact?”
“Kadang-kadang.”
“Dia faham awak macam mana?”
“Mula-mula masuk TBC, dia je kawan saya, cikgu. Dia cukup baik. Saya selesa dengan dia. Pendengar yang baik. Hati yang tulus. Macam cikgu.”
“Kalau ada yang nak diluahkan, saya sedia dengar.”
“Kami memang rapat sangat. Terlalu rapat sampai orang ingat kami ni kekasih. Ke mana pergi berdua.”
“Apa awak rasa?”
“Saya happy dengan Arni. Saya tak peduli apa orang nak kata. Dia pun sama.”
“Jadi, dia kekasih awak?” Terus cikgu Rina menyoal. Malas dia tunggu lama-lama.
Andrey menggeleng. “Kawan baik. Macam Linda. Mungkin sebab fizikal Linda macam tu, jadi tak la orang suka bergosip.”
“So, nampaknya Arni tu lawa lah kan?”
Andrey mengangguk. Mukanya diangkat untuk melihat wajah cikgu yang suka bertanya macam pegawai penyiasat polis.
Senyuman dilempar sambil berkata, “tak seindah cikgu Rina.”
Berbunga hati sang guru mendengar pujian yang diberi.
Romantik budak ni… Tak sangka aku.
“Saya tak pernah cakap dengan mana-mana perempuan cam ni.”
“Ya, saya ingat awak ada cakap pasal tu. Tapi sekarang awak dah belajar...”
“Dengan cikgu…” Dia melengkapkan kata-kata. Memang itulah yang ingin hatinya sampaikan. Dia berharap semoga cikgu mengerti soalannya tadi dah pun dijawab.
Hati yang mekar dengan bunga-bunga mengajak cikgu Rina merapati Andrey lebih dekat. Ranting dilepaskan, menggantikan kayu kecil itu dengan tangan.
“Sayang…” Suara lembut cikgu Rina berbisik di telinga. Dah lama dia ingin memanggil Andrey dengan panggilan itu. Tanpa teragak-agak, dia menyandarkan kepalanya di bahu kiri Andrey.
Masing-masing terdiam. Hanya sentuhan tangan yang bersuara mengiramakan detak jantung yang berdegup kencang. Hati berdebar. Lagi laju dari motor yang ditunggang tadi. Walaupun sudah kerap keluar berdua, petang itu tak sama dengan hari-hari sebelumnya.
Benih kasih mula bercambah. Rina mahu menjaga benih itu dengan setulus kasih sayang agar tak layu dicuba waktu. Tiada lagi cemburu. Tiada lagi keraguan. Cinta boleh terjadi di mana jua, kepada sesiapa pun. Cinta tak mengenal sempadan dan adakalanya cinta memang tak beretika.
Betul, aku cikgu dia. Tapi aku juga manusia.
Ikan di air, burung di awan. Di kelilingi alam bersama-sama telah mendiamkan otak yang selalu membantah kata hati.
“Kita akan terus bergaduh dalam kelas ekonomi.” Lama mereka berbicara dengan hati, Andrey membisikkan hasrat dan keputusan yang dah dia buat, tepat di telinga cikgu Rina. Barangkali terkejut, segera kepalanya dialihkan dari bahu. Muka dipandang dengan pelbagai ekspresi.
“Awak pasti?” Matanya yang seredup Tasik Biru itu dikecilkan namun jelas kelihatan anak mata yang melebar.
“Kenapa? Cikgu tak yakin dengan saya?”
Cikgu Rina melepaskan nafas lega, seolah-olah apa yang disampaikan kepadanya adalah sebuah wahyu dari Tuhan.
“Dah saya fikir elok-elok, rugi kalau saya tak ambil kesempatan daripada seorang cikgu yang hebat.”
“Bila dia sanggup bagi, rugilah kalau awak tolak.” Dalam jawapan yang cikgu Rina bagi. Memang betul, rugi kalau dia sia-siakan kewujudan cikgu Rina.
“Dan tak, Andrey… Saya tak ragui kemampuan awak.”
“Hopefully, there’ll be no other chalk to waste.”
“I can’t promise you that unless you learn to catch.” Cikgu Rina sentiasa berjaya mengiramakan kata-kata dan Andrey akui, dia benar-benar terpikat dengan cara cikgu Rina mempotretkan interpretasi.
“Apa yang cikgu cakap masa kita kat taman lepas jogging haritu, selalu saya fikir. Cikgu dah bawa saya keluar dari kegelapan. Sekarang saya makin jelas pada apa yang saya nak. Lima, enam tahun akan datang dan tahun-tahun seterusnya…”
“Saya bangga dengan awak.”
“Pinjaman… Saya tak nak berhutang.”
“Pinjaman diberi kepada sesiapa yang layak, mengikut kemampuan masing-masing supaya pinjaman tak jadi beban.”
“Kelayakan tu, apa yang menentukan?”
“Karma? Who knows.”
Karma. Déjà vu. Terdetik kembali soalan itu.
“Cikgu percaya tak kalau apa yang berlaku sekarang ini pernah kita alami dulu? Di kehidupan sebelum ini?”
“Boleh jadi. Kenapa?”
“Déjà vu.”
“Kadang-kadang saya pun ada alami benda tu.”
“Saya terfikir, saya ni tengah bayar hutang atau tengah kutip hasil?”
Perkara ini melonjakkan rasa ingin tahu dalam diri Andrey. Mungkin cikgu Rina ada pengetahuan tentang itu dan boleh bagi penjelasan.
“Karma is real, sayang. I have no doubts. Cuma lambat cepat je. Kutip hasil atau bayar hutang, apa yang penting kita bebaskan diri dari membuat hutang.”
“Menarik. Cuma saya masih tak berapa faham.”
“What we give we get back.”
“Sooner or later.”
Cikgu Rina mengangguk. “Dalam susah dan senang, saya akan sentiasa ada.”
“Terima kasih, cikgu.”
“Well, what a great, news!. How do I express my thankfulness? May I hug you?”
Nampaknya perkara tentang karma dan Déjà vu boleh ditangguhkan dulu perbincangannya kerana cikgu Rina macam ada plan lagi bagus dari itu.
“Cikgu pernah cium saya di khalayak ramai, takde tanya-tanya. Now it’s just the two of us and you are being so decent asking for permission. You can be weird sometimes.”
“Two weirdos make an excellent couple.”
Senyuman cikgu Rina tenggelam dalam hati Andrey. Ruang pandangnya jelas memancarkan kebahagiaan dan keikhlasan. Tanpa menunggu jawapan, dengan lancar Andrey membawa cikgu Rina berada dekat dengan hatinya. Dalam kemas dakapan, tak mampu lagi dia berbohong tentang rindu.
“Thanks for the inspiration. Your existence is a bless. ” Sebaris penghargaan dihulurkan saat mereka melonggarkan pelukan.
“You are beautiful. Jangan rosakkan semua yang awak ada. Yakinlah dengan diri. Doa saya akan sentiasa mengiringi awak.”
“Terima kasih, cikgu.” Wajah cikgu Rina dibelai lagi, tapi cikgu Rina lebih suka jika tangan Andrey merangkul bahunya.
“It’s Rina, sayang.”
“Rina…”
“I’ve never thought you were so damn romantic.”
Dengan aman, cikgu Rina menyandarkan belakang badan di dada Andrey.
“I’m learning… From you… Rina.”
Membiarkan diri dipukau oleh haruman, sempat dia tinggalkan ciuman kecil di pipi cikgu Rina. Bersih. Licin. Lembut. Nampaknya dia dah terbiasa dengan wangian itu.
Ya, teruskan, mengejek. Aku tau aku pernah cakap, perfume dia buat aku jadi pening, rasa nak muntah. Itu dulu, masa aku bodoh, jahil. Sekarang hijab dah terbuka. Anger makes us an idiot. Period.
“Tempat ni akan jadi taman permainan kita, kalau awak benarkan.”
Dia memusingkan badan. Muka Andrey ditatap lagi ketika menyampaikan hasrat hati.
“Indeed, I’m in need.”
“If that’s a yes, apa kata nanti kita camping kat sini?”
Cadangan itu membuat hati Andrey melompat-lompat kegembiraan hingga mencecah bulan. Dah agak lama sejak kali terakhir dia berkhemah di sini dengan Adrian. Tak sabar dia nak berkhemah lagi.
“Kalau cikgu Rina nak, bila-bila masa pun saya sanggup. Tiap minggu pun boleh. Nak hiking, camping, cakap je, mesti saya tak tolak.”
Begitulah kegembiraan diekspresi. Bersungguh-sungguh, kerana itulah yang selalu membuat dia tenang. Jauh dari manusia dan drama mereka. Jauh dari bising jalan raya, dari sesak kota. Dapat bertukar udara dengan pohon-pohon dan tumbuhan sambil menyejukkan mata dan hati.
“Saya memang selalu nak bawa awak bersama menghayati indahnya hijau bumi dan damainya biru langit sambil mendengar dendangan lagu alam.”
Indah sungguh bicara cikgu Rina. Jiwanya terpegun dengan keanggunan luar dan dalam. Dia tak mahu cikgu Rina berhenti.
“Serius?” Walaupun dah cukup jelas, masih dia menuntut jaminan.
Cikgu Rina mengangguk.
“Banyak perkara yang boleh kita pelajari tentang kita.”
“Tentang cikgu… I mean, tentang Rina dan saya?”
“Betul. Andrey dan Rina. Kita.”
“Apa dia, Rina?” Dia cuba belajar menyebut nama dan setiap kali dia mencuba, pasti cikgu Rina akan tersenyum menyerlahkan lesung pipi di kedua belah pipi.
Nampaknya aku semakin suka dengan apa yang aku lihat.
“Alam, muzik, seni… Apa kata kita biarkan semua tu tumbuh bersama waktu sementara kita baja semuanya dengan keserasian?”
“Maksud cikgu… emm… maksud… Rina… kita ni serasi… hmm… Rina pun suka… Aduh… maaf, saya janggal sebut nama cikgu… Rina… maaf…” Andrey gugup sampai gagap. Kegagapannya itu diketawakan.
“Tak apa. Slowly, sayang.”
“So, kita akan berkhemah macam pengakap?”
“Doesn’t that sound great?”
“Sepanjang malam?”
“Sampai pagi.”
“Unggun api, kopi, teh, biskut?”
“Roti. Maggi.”
“Gitar.”
“Kita boleh menyanyi dan menari.”
“Baring atas tanah, tengok bintang?”
“Sampai bulan hilang.”
“Bila matahari terbit?”
“Kita ulang lagi.”
Andrey cuba membaca fikiran cikgu Rina. Cuba menebak hatinya. Cuba menyelami perasaannya. Semakin lama matanya direnung, semakin jauh dia dibawa meneroka masa. Lima, enam, tujuh tahun lagi…
Adakah dia akan terus menemani aku seperti ini?
“Cikgu tak takut?”
“Takut apa?”
“Gelap.”
“Every darkness has its light.”
“Like the stars?”
“Dunkelheit und Licht untrennbar miteinander verbunden sind.”
“Ha???”
Cikgu Rina ketawa senang hati melihat reaksinya bila dia bertutur dalam bahasa yang tak pernah dia pelajari.
Nak tunjuk skill nampaknya. Mentang-mentanglah cikgu. Mulalah tu nak riak.
“Saya ambil German masa kat U dulu.”
“Yeah.. right…”
Dia bangun. Tangan dihulur, mengajak Andrey bangun sama. Berdiri muka ke muka, kesempatan itu diambil untuk melingkarkan lengan kirinya di leher Andrey sementara yang kanan membawa tangan memeluk pinggang.
“Darkness and light are inseparable.” Bisik cikgu Rina tepat di telinga kirinya.
Masanya dah tiba apabila matahari bersedia untuk mengucapkan selamat malam dan senja perlahan-lahan mengambil giliran. Tiada siapa yang memiliki kuasa mengarahkan masa untuk menunggu. Masa juga bukan untuk dikejar. Masa untuk diciptakan.
Rina gembira kerana hari ini dia berjaya membina masa bersama-sama Andrey sambil menjenguk-jebguk hari esok. Ya, esok… Tak ada siapa dapat menjangkakan kejutan yang akan dibawa esok dan tiada siapa juga yang dapat melarang manusia untuk merancang pada hari ini.
Di tenang senja itu, dua hati berikrar untuk terus melakar. Siapa tahu, mungkin esok, mungkin hari-hari mendatang, mereka akan mula mewarna? Di mana pun jejak mereka susuri, mereka sedar bahawa hidup ini bukan sekadar hijau dan biru.