“Di negara kita, tak banyak kes transman. Mungkin mereka lebih suka stay low profile. Kes transwoman, memang banyak. Ada yang buat kedua hormonal dan surgical transition ada juga yang tidak. Ada yang ambil salah satu saja dan ramai juga yang tak buat langsung. Semuanya terpulang pada individu. Walau macam manapun, keduanya ada hak yang sama. Prosedur yang sama.” Terang Doktor Alias.
“Doktor Adam ada terangkan kepada saya tentang prosedurnya.”
“Great to hear! As I mentioned earlier, you need to start with psychotherapy to figure out if you're dealing with gender dysphoria or something else. This step is vital to help you clarify your feelings and choices. It also plays a key role in avoiding any possible complications in the future.”
“Berapa lama, doktor?”
“As a rule of thumb, 18 months. Tempoh boleh dipendekkan jika analisis mengukuhkan fakta. Kita pernah berdepan dengan masalah seperti detransition, means, individuals who have gone through a hormonal or surgical transition might sometimes feel uneasy and wish to return to their previous state. We aim to address this concern, as it often indicates a mental health issue rather than a matter of gender dysphoria.”
“I’ve been contemplating this matter for quite some time. The moment has finally arrived. I am of legal age, being over 18 years old and am certain of what I want.”
Doktor Alias mengangguk. “Understood. Gender Dysphoria is not a psychological issue as commonly perceived. This choice is a lifelong commitment to ensure comfort and well-being in your everyday life.”
“Saya benar-benar dah sedia.”
“Good. Hari ini kita mulakan dengan mengambil sample darah. Kita tengok hormone level. Minggu depan kita mulakan terapi. Pembantu saya akan email jadualnya.”
Andrey bersetuju dengan prosedur yang ditetapkan. Oleh kerana dia sudah melebih 19 tahun, jadi dia tak perlukan persetujuan dari ibu bapa untuk menandatangai surat tersebut.
Sesi psikoterapi akan dijalankan setiap bulan selama beberapa bulan sebelum dia layak untuk meneruskan langkah kedua, iaitu terapi hormon. Cuma ada satu perkara sangat-sangat merisaukan dia. Soal biaya…
#
“Sebab tu saya nak kerja, mak. Saya tak nak buang masa dua tahun buat A’Level.” Akhirnya rahsia aku bocorkan kepada mak setelah puas memikirkan jalan untuk membiayai kos transfromasi yang tinggi. Tanpa bantuan mak abah, memang aku tak kan mampu buat semua tu.
“Think carefully and consider all aspects before concluding. An important issue like this deserves your full attention, as it will directly impact your future.”
“Saya dah tandatangan surat tu.” Sampul putih berisi surat pengesahan dari doktor diserahkan. Puan Asha membacanya dengan teliti.
“Kenapa tak beritau mak awal-awal?”
“Saya takut. Saya takut mak tak terima, takut abah… Malu dengan adik-adik, dengan Andy…”
“Jadi siapa je yang tau hal ni?”
“Selain doktor Alias dan ayah Jacques, mak orang pertama.”
Dia cuba melihat jauh ke dalam fikiran mak, mengharapkan pengertian. Itu adalah saat di mana dia benar-benar pasti dalam membuat keputusan. Pernyataan besar itu diisytiharkan setelah gagal mencapai persetujuan dengan molekul ketidakamanan yang memagar kewarasannya.
Seperti yang telah dijadualkan, psikoterapi bermula dan setelah mendapat persetujuan dari Doktor Alias, Puan Asha dibenarkan menyertai. Selayaknya dia mendengar sama segala konflik yang dihadapi anaknya itu. Sibuk dalam urusan hidup, dia sedar, amat jarang Arman dan dirinya duduk bersama anak-anak, mendengar keluhan hati mereka. Dan sebagai seseorang yang telah menyaksikan pertumbuhan Andrey sejak dari kecil, hanya dia yang layak memberi kata putus. Hanya dia yang berhak membuat validasi. Baik dari segi kewangan mahupun emosi, dia tahu, sokongannya amat Andrey perlukan. Puan Asha akur tanpa menghakimi, tanpa mempertikaikan. Dia hanya mahu anaknya itu benar-benar pasti. Itu saja.
“The blood test outcome indicates normalcy, suggesting that everything is in good order. Madam, we will proceed with documenting Andrey's biography. As I have previously informed him, validation and diagnosis from two experts are compulsory. The absence of these confirmation documents will hinder the progress to the subsequent stage, which involves the surgery and the exchange of necessary documents.”Kata Doktor Alias sebelum memulakan sesi.
“I’m willing to agree, provided that there is professional oversight. I’ve always been aware that my son is unique.”
“That’s the best. Doctor Adam and I will take care of everything. We are here to help in any way we can. Society often ignores situations like this.”
“Personally, this matter must be considered from a clinical and medical perspective, not a religious one.” “And not everyone holds the same belief.” Andrey menyambung buah fikiran ibunya.
“That’s right. Pendedahan dan penjelasan tu ada sebenarnya cuma pendekatan dan penerimaan amat menyedihkan. Well, Andrey, now, have you ever experience depression?”
“Dalam hal ni, rasa kecewa tu ada tapi tak lah sampai depressed. Kena kutuk selalu. Tapi rasa ingin tau tu lagi tinggi.”
“Good. Prioritising critical thinking is crucial in life, as depression can have detrimental effects on mental well-being and may even result in suicidal thoughts. It’s important for individuals experiencing these emotions to seek help from a mental health professional or a support group, as this can assist in managing emotions and developing effective coping strategies.”
“Kenapa perlu bunuh kalau boleh diubat? Despite feeling uneasy in this physical form, I truly love myself.”
Doktor Alias mengangguk sambil membuat catatan.
“Saya tak suka dengan perubahan-berubahan ketara selepas puberty. Saya tak selesa. Rasa malu tak payah cakap. Semua tu buat saya hilang keyakinan.”
“Apa yang paling awak tak suka, yang paling buat awak tak selesa tu?”
“Period. Breast. My biggest dysphoria and of course, people’s judgement. ”
“Awak pernah ada hubungan romantik, dengan lelaki atau perempuan?”
“Lelaki, tak pernah dan tak mungkin. Saya suka perempuan, sejak zaman kanak-kanak lagi dan bila meningkat usia 12-13 tahun, perasaan tu semakin kuat.”
“Baiklah. Saya rasa Puan Shariff nak kongsi cerita tentang perkembangan dan pertumbuhan Andrey sejak kecil.”
“He was three when I first noticed his tendency. Ever since he declined to wear attire meant for girls, I began to pay closer attention. I do not impose or promote, but rather grant him the autonomy to develop organically. As a mother, I stand by my son's choice. He deserves the liberty and the privilege to embrace his true self.”
Puan Asha menghadiahkan anaknya sebuah pemberian paling bermakna. Hadiah dari hati seorang ibu. Kasih sayang tanpa syarat dari seorang wanita hebat yang dia panggil mak. Terasa diri dilahirkan semula dan mak turut menyaksikan kelahirannya yang kedua. Terbayang wajah abah, dia berdoa semoga suatu hari nanti abah terpanggil untuk menukar kanta mata seterusnya mengalih sudut pandangan.
#
“Rosy is a fucking slut from hell!!!” Jacques, dengan muka muram menumbuk dinding. Seluruh kelas terkejut melihat tindak tanduknya yang tak berceria seperti selalu. Buku dihempas atas meja.
“Korang tengok apa?!! Mind your own business!!!” Menjerit kepada rakan sekelas yang sedang menonton dramanya, Jacques tarik kerusi dan duduk.
“Ko apasal mengamuk pagi-pagi ni? Jom pergi belakang. Sini ramai. Malulah orang tengok.”
Andrey menyalakan rokok untuk mereka berdua. Biar ringan kepala kawannya yang sedang marah.
“Malam tadi slut tu call, ajak minum, dia kata dia ada benda nak bincang. Macam orang bodoh aku ikot. Jemput dia, bawak keluar.”
“Pastu?”
“Dia cakap, dia sayang aku. Gary bukan sape-sape. Kau taukan, aku pernah bagi dia kata dua?”
“Ha, aku ingat. Dah tu?”
“Kau tau, lepas setengah jam, Gary boleh datang. Selamba dorang bercium depan aku, pastu Rosy sial blah ikot barua tu macam tu je. Macam tu je, kau tau?”
“Kau ni betul-betul serius ke dengan Rosy tu?”
“Pergi mampos. Aku benci dia.”
“Kalau camtu apsal kau terkesan sangat? Lupakan dia. Lisa lagi elok serba serbi.”
“Semuanya pasal seks je. Sial betul.”
“Sape tau, Lisa boleh bagi lebih dari tu? Diam-diam ubi berisi, kata orang.”
“Ahhh, dia ulat buku.”
Andrey sebenarnya dah cuba mengorat Lisa, tapi tak jalan. Kegagalan tu berpunca tak lain dari diri sendiri. Dia tak ada perasaan pada Lisa—tak pebih dari kawan dan antara mereka tak ada tarikan langsung selain bercerita tentang kuantum fizik yang sangat memeningkan bahagian kiri otak Andrey. Dan bila bercakap pasal muzik, Lisa akan kaitkan benda tu dengan getaran, frekuensi dan sewaktu. Andrey tau, apa yang cuba Lisa sampaikan itu betul, tapi yelah… Dalam berkarya Andreey nak chill chill saja… Adoiii…
Dan dia pula tak ada masa nak mendalami ilmu kuantum fizik demi menambat hati si Lisa. Jadi, dia memutuskan untuk menjadi dia sepertimana yang bebas dia lakukan bersama cikgu Rina. Tak payah belajar apa-apa, semuanya cantik selari. Tak pening kepala. Kena bebel pun rasa macam kena siram dengan air bunga.
“Even worms, they fuck.” Andrey cuba buat Jacques ketawa, tapi gagal... Malah tak cukup lucu untuk buat kawannya itu tersenyum sekalipun. Jadi dia bertanya, “abih kau nak buat apa sekarang?”
“Gary sial tu, ikot hati aku, nak aje aku terajang tetek dia malam tadi.”
“Kau jangan tunjukkan kau tu lemah. Buat tak tau je.”
“Baru tadi aku jumpa dia kat tempat letak kereta. Dia minta maaf, nak terus dengan aku. Tapi kejap tu bila Gary sampai, macam pelacur, dia berlari pergi kat sial tu, tinggalkan aku.”
“Kalau cam tu, tak payahlah. Jangan jadi bodoh. Banyak lagi perempuan yang elok kat luar sana tu.” Pujuk Andrey. Jacques membatu, menjilat luka di hati.
“Dah, tak payah frust sangat. Banyak kali dah aku cakap Rosy tak sesuai dijadikan awek. Lisa pun ada cakap perempuan tu nak main-mainkan kau je. Dahlah, petang ni ikut aku pergi kedai motor. Aku nak carik barang sikit.”
Mendengar itu, Jacques angkat muka, matanya teruja.
“Eh, kau rasa motor mana sesuai untuk aku?” Seolah-olah kekecewaan yang dia tunjukkan beberapa minit tadi tak pernah dialami sama sekali, Jacques menunjukkan minat bila Andrey sebut pasal kedai motor lalu bahunya ditepuk-tepuk.
“Macam ni la semangat. Petang karang kita usha sama-sama.”
Selang beberapa hari, Jacques tidak lagi datang ke sekolah memandu Z4 merah sebaliknya dengan penuh gaya dia menunggang Ducati merah. Mereka sama-sama sampai di sekolah dan dengan bangga Jacques mendahului dalam acara lumba pagi. Dia memang racer.
“WooooWeeee…” Jacques menjerit gembira menjadi juara perlumbaan pagi itu. Dia ketawa senang hati sambil bahu Andrey ditepuk-tepuk, tanda terima kasih.
“Tak sangka seronok betul layan lap motor dari layan pussy si Rosy. Hahahah…”
“Baru kau tau.”
“Motor ni, aku haramkan bohsia naik. Hanya dia yang terindah je layak aku angkut.” Ujar Jacques kuat-kuat sewaktu Rosy and The Chicks melintasi mereka di tempat letak motorsikal.
“That’s what I want to hear, brother. Jom aku belanja kau makan nasik lemak dengan kopi O keras.”
Semenjak Rosy tak lagi wujud dalam hidup Jacques, banyak masa mereka luang bersama selepas sekolah. Perubahan demi perubahan dapat dilihat dengan ketara. Dia mula menumpukan perhatian pada pelajaran dan gigih memperbaiki kelemahan-kelemahan. Dia juga dah mula rajin menyertai Andrey dan Lisa malam-malam. Selalu mereka menyelinap ke taman Lisa untuk mencerap bintang di langit.
“Tak sangka aku ni dah tua bangka sekarang tapi perangai macam belum akil baligh.” Jacques buat pengakuan dan menyambung, “aku tak nak bazirkan duit mak bapak aku.”
“Aku pun sama. Aku kena buktikan kat abah aku yang aku tak la seteruk mana. Aku boleh berjaya macam Andy.”
“Semalam aku pergi klinik bapak aku.”
“Sakit apa?”
“Tak sakit. Dia yang suruh pergi tolong ambilkan fail yang tertinggal lepas dia balik kerja.”
“Pastu?”
“Rey, kau pasti ke dengan apa kau nak buat?”
Rahsia yang disimpan, bukan lagi rahsia. Memang dia berniat nak buka rahsia. Nak Jacques tau yang dia betul-betul serius nak tukar jantina. Tak ada keraguan dalam keputusan yang dah dia buat. Jadi, bila dia bertanya, sikit pun tiada rasa terkejut malah dengan penuh bersemangat, dia berterus terang.
Persetujuan dari mak, kos pembiayaan, psikoterapi, masa, semuanya telah lengkap diatur. Malah, sepanjang enam sesi terapi jugalah mak tak pernah tidak menemaninya. Semua yang terpendam, segala perasaan, konflik, termasuk pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui sepanjang dia merantau bersama keluarga terutamanya apa yang terjadi di Pekan Mutiara, telah rasmi direkodkan dan secara rasmi juga mak menjadi saksi kelahiran Andrey yang baru.
“Tak sabar aku nak start ambik testosteron.”
“Dah lama aku fikir nak buat semua ni sebenarnya. Tapi bapak aku cakap, lepas final baru ambil T. Mak aku tak de hal.” Terang Jacques.
“Yela, betul jugak. Kalau ambil sekarang, leceh. Nanti jadi isu pulak bila orang nampak perubahan-perubahan kita lepas ambil T.”
“Betul. Kita pun dah nak abis tak lama lagi. Sebenarnya aku pun dah start psikoterapi.”
“Kau tak bagitau pun...”
“Bulan depan last. Aku tunggu masa yang sesuai. Aku tak nak racun atau baja fikiran kau. Biar kau buat semua tu sebab kau tau apa kau nak, bukan pengaruh aku atau sesiapa pun.”
Senang hati Andrey bila keputusan ini dapat dikongsi dengan seorang lagi antara orang penting dalam hidup. Ada empat orang lagi yang harus dia hadap. Andy, cikgu Rina, cikgu Sophia dan abah.
“Bapak aku ada cerita pasal bottom surgery. Apa pendapat kau?”
“Bagi aku, paling penting mastectomy dan T. Bottom surgery tu, kena fikir elok-elok. Too risky.”
“Aku tau kau tak pernah ada pengalaman seks… Jadi aku nasihatkan, jangan buat.”
Betul, tentang seks, pengalaman dia tak sehebat Jacques. Apa yang dia tau setakat ni hanyalah ciuman yang diberi cikgu Rina dan dia sedar ciuman yang kecil boleh memuncakan hal-hal yang besar.
Pengalaman dalam khemah malam tu, dah mengajar dia mengeksplorasi seksualiti. Kesan ciuman cikgu Rina selalu dibawa ke katil hingga tertidur. Kadang-kadang nafsunya begitu mudah berkocak setiap kali memandang cikgu Rina di sekolah, atau setiap kali mereka bertemu—baik di taman, baik di gelanggang badminton, baik di meja makan hinggakan perasaan ini dah menjadi seperti satu desakan. Walaupun tak lebih dari satu ciuman, namun perkhemahan itu telah memimpin dia ke satu alam baru. Alam yang tak pernah dia teroka dan alam itu telalu indah untuk dinafikan.
Oleh kerana itu jugalah, sebolehnya dia nak elakkan diri dari berdua-duaan dengan cikgu Rina. Takut nanti perasaan tak dapat dikawal hingga boleh menyebabkan keterlanjuran. Dia mahu mengelakkan itu kerana dia masih belum pasti di manakah kedudukan cikgu di hatinya dan di manakah kedudukan dia di hati cikgu Sophia.
Namun begitu, hakikat bahawa adakalanya dia rindukan cikgu Rina, tak dapat disangkal. Kalau tak ada masa nak jogging petang-petang, pasti dia akan menelefon sekadar nak dengar suara. Di sekolah, dia selalu ajak cikgu Rina teman makan. Tapi selalunya cikgu Rina menolak. Katanya, tak boleh selalu. Andrey faham. Etika sebagai seorang guru harus dijaga. Namun itu tak menghalang mereka dari terus mencipta waktu. Setiap hari Sabtu, tak pernah dia ponteng melepak di AC Club. Dan yang paling best, lepas Club mesti mereka akan pergi makan sama-sama.
Dia rindukan cikgu Rina.
“Apa pendapat kau pasal tu?” Buah fikiran Jacques diminta.
“Macam kau cakap tadi, too risky. Too complicated. Manusia waras tak kan nak abih kan hidup keluar masuk hospital semata-mata nak dapatkan sesuatu yang belum tentu bagi kepuasan.”
“That’s right. Bottom surgery boleh melumpuhkan kenikmatan seks, Doktor Alias ada bagitau. Bukan satu dua surgery, malah ada kes sampai sepuluh kali pun tak sudah-sudah.”
“Memang tak berbaloi. Sebab tu awal-awal lagi aku dah bagitau bapak aku, aku nak ambil hormon dan mastectomy je.”
“Samalah macam yang dah aku bincangkan dengan mak aku. Bagi aku itu yang paling penting. Siapa pun yang nak tengok apa ada dalam seluar kita.”
Jacques mengangguk dan berkata, “percayalah aku, Andrey. Apa yang kita ada ni pun cukup baik untuk buat kita puas dengan orang yang kita sayang. Bottom surgery tu mengarut.”
“Personally, seks tu jiwa. Kalaulah ada yang nak kat aku, biarlah perempuan tu terima diri aku kat dalam ni, bukan fizikal semata-mata. Aku nak dia kahwin dengan jiwa aku.”
“Siapa? Sophia?” Jacques menyiku lengannya.
“Kalau memang jodoh aku.”
“Rina?”
“Amin…” Kata mereka serentak sambil menggosokkan tapak tangan ke muka.
“Anyway, siapa yang nak masuk hospital dalam keadaan sihat segar, keluar sakit sana, sakit sini, kan? Kalau buat bottom surgery pun, bukan boleh buat anak. Cis pun bukan semua boleh bagi anak.”
“Aku lebih dari bersyukur bila dah tak ada ni,” kata Andrey sambil menundingkan jari ke dada, “tak ada period, dan orang tak misgendered aku lagi.”
“Eh, kau bind ke?”
“Tak pernah pun. Aku pakai sport bra je. Nasib kecik… Hahaha…”
“Tulah kalau selonggok macam tembikai, payah jugak…”
“Hahahahaha….”
“Bukan elok binding ni. Boleh rosakkan rusuk, pernafasan. Haritu ada Doktor Alias terangkan pasal bahaya binding. Dia tunjuk gambar. Seram gila aku tengok efek dia.”
“Ha ah memang betul. Bapak aku dari awal lagi tak kasi aku binding. Dia cakap sabar, nanti bila dah betul-betul pasti boleh buang terus.”
“Cool la ayah kau.”
“Hal macam ni, bagi akulah, tak perlu nak berlebih-lebih. Kita jadi kita sudah. Bawak apa yang kat dalam. Bukan menunjuk-nunjuk benda luar yang tak ada.”
Dia setuju dengan Jacques. Mereka berjabat tangan.
“Brothers.” Serentak itu terpancul dari mulut mereka.
#
Bila buka mulut tentang hormon terapi dan pembedahan dalam masalah Gender Dysphoria, tentu semua orang akan hairan, kebingungan, membantah. Tak kurang akan ada yang cakap golongan transgender ni, gila. Sedap mulut manusia berkata-kata tanpa usul periksa dan mengalami. Itulah hakikat. Tong kosong memang kuat bunyinya. Tak rasa, tak hadap, senanglah cakap. Cuba sendiri kena, baru kau cari doktor. Baru kau cakap diri kau dihina la apa. Barulah mengadu kat Tuhan.
Untuk itu, Andrey siapkan diri dengan jawapan. Manalah tau kalau esok-esok ada tanda tanya yang perlu dia hadap.
Sewaktu berita itu disampaikan, Adrian langsung tak terkejut. Persetujuan dan penglibatan mak sepanjang sesi psikoterapi mengesahkan bahawa adiknya itu berhak menjadi dirinya yang sebenar. Andrey bersyukur atas penerimaan itu. Sokongan dari mereka amat diperlukan, terutama untuk menghadap abah nanti.
“Kalau mak sendiri dah bagi kata putus, dah setuju, tak ada apa yang dapat aku sangkal. Mak lagi faham anak-anak dia. Dia dah saksikan kita membesar. Hanya dia yang nampak apa yang orang lain tak nampak.”
“Kau tak ada bantahan?”
“Kalau aku cakap jangan, itu bermakna aku bantah fitrah engkau. Kau pun tau, aku tak pernah anggap engkau adik perempuan aku macam Amanda dan Anis. Kau Andrey, adik lelaki aku. The one and only.”
“Thanks. Itu je aku nak dengar dari engkau.”
“It’s been 20 years... We are brothers, thru’ thick and thin.”
“Harap abah dapat terima.”
“Let’s not stop praying.”
Pencerahan yang diperolehi di sepanjang proses psikoterapi beberapa bulan ini banyak membantu. Diri semakin difahami. Mana yang boleh dikaji, dia kaji. Ada je bahan bacaan, mesti dia baca. Dulu, sewaktu kanak-kanak dan awal remaja, dia hanya melihat keberadaannya sebagai seorang homoseksual. Tak pernah dia kenal perkataan transgender atau sewaktu. Apa yang dia tau hanyalah perkataan mak nyah, pondan. Tomboy, pengkid, lesbian—label yang pernah dicop kepadanya.
Masih melekat di ingatan, sewaktu berusia 12 tahun pernah dia terbaca dalam sebuah majalah tentang operasi tukar jantina. Kebanyakannya dari golongan maknyah atau transwoman. Namun pada waktu itu, dia tak pernah terpanggil untuk memahami perkara tersebut secara mendalam. Masih terlalu mentah.
Selepas mengkaji tentang perbezaan antara homoseksual, transgender serta terma-terma lain, dia kini lebih mengerti. Bila dah semakin jelas, dia semakin yakin bahawa keputusannya tak salah. Sekarang, setelah mendapat gambaran bersama renungan yang panjang dalam refleksi yang beragam, dia semakin arif dalam mengeksplorasi diri secara terperinci.
Perbualan dengan mak melintas di minda. Apakah ini satu dosa atau aturan?
Kita lahir murni ibarat kain putih, tanpa noda, tanpa dosa, dan kitalah yang bertanggung jawab untuk mencorak dan mewarnanya. Pengetahuan dan pemahaman manusia memang terbatas. Oleh kerana itu, kita tak sepatutnya membataskan keupayaan untuk mengkaji. Hikmah dan rahsia-rahsia alam sebenarnya bukan rahsia. Semua jawapan ada depan mata kalau diamati betul-betul.
“The essence lies in what manifests within our soul and spirit.”
“Mak percaya saya memang dilahirkan transgender?”
“I believe, you are. Sesetengah orang dilahirkan sebagai transgender. Kuasa Tuhan, siapa boleh nafikan? Bahkan otak seorang transwoman atau transman seperti kamu pun berlawanan. Seks dan gender tak sama. Malah, dalam beberapa kepercayaan, roh memiliki gender sendiri atau genderless.” Terang mak lagi.
Soal kepercayaan dan spiritual sememangnya dah lama mendapat perhatiannya. Dia amat berminat tapi pengetahuannya masih terlalu sedikit sedangkan perkara-perkara tersebut terlalu besar. Tambahan pula, dia masih belum bertemu dengan seseorang yang boleh membantu dia untuk mempelajari dan mendalami ilmu tersebut kecuali mak dan abah. Meskipun waktu selalu membataskan ruang, dia bersyukur kerana mak dan abah ada untuk membimbing.
Pengamatan dan pemahaman yang dalam diperlukan untuk mengkajinya. Hal-hal spiritual memerlukan kesediaan dan keterbukaan. Perlukan waktu untuk kontemplasi dan diskusi. Kurniaan pengalaman hidup selama bernafas di atas muka bumi ini telah membantu dia menyiapkan diri dengan kesediaan itu. Pastinya ada hikmah yang tersembunyi di balik kejadian.
“So, it's understandable that I'm only attracted to women since I'm a heterosexual and who’s born in the wrong body.”
“The diagnosis has been confirmed. You are entitled to live in alignment with your passions and core values. It’s unjust to allow your mental well-being to be affected by such matters.”
Betapa bertuahnya Andrey memiliki seorang ibu yang selalu mengajar untuk berfikir secara kritikal. Bukan setakat memahami tapi turut memberi sokongan emosi dan mental. Menyuap ilmu untuk memantapkan nilai-nilai moral dan spiritual. Memudahkan hidup ini dengan keselesaan material. Andrey bangga dilahirkan dari perut seorang perempuan bernama Asha Shariff. Lahir hasil cintanya dengan seorang lelaki hebat, Arman Shariff.
Setiap kita dilahirkan dengan tubuh dan jiwa. Jasad dan roh. Fizikal boleh disentuh, boleh diubah, boleh dibedah. Tapi dapatkah kita mengubah atau bedah emosi, roh dan jiwa, agar sesuai dengan tubuh? Tidak. Tak ada pawang, bomoh, dukun, ahli agama mahupun doktor yang mampu buat semua tu. Kaunseling, psikoterapi, ubat-ubatan, atau rawatan psikologi apa pun tak akan mampu mengubah jiwa kerana itu adalah teras keberadaan seseorang. Pastilah tak adil sama sekali untuk membandingkan kondisi fizikal dengan jiwa atau roh—entiti yang tak boleh disentuh.
Hanya jiwa yang boleh menyentuh jiwa.
Benar, manusia diberi pengetahuan dalam ilmu perubatan, untuk rawatan dan pembedahan, di mana fizikal adalah objek yang boleh diubah. Manusia suka nak buat hidung jadi mancung, buah dada kecil nak dibesarkan, kulit gelap minta dicerahkan, kedut-kedutan muka nak dihilangkan. Yang tua nak dimudakan. Begitu jugalah manusia berupaya mengkaji jantung, mempelajari paru-paru, aliran darah, ginjal, semua organ, bahkan otak, tapi tak ada manusia yang dapat mencapai jiwa. Tak ada yang dapat melihat jauh ke dalam roh yang membuat kita bergerak, berfikir, dan bertindak. Jiwa adalah kitab yang jarang dibaca manusia. Kitab yang dibiarkan berhabuk di celahan buku-buku biasa. Barangkali kerana rak yang terlalu tinggi, maka itu, ia sukar nak dicapai.
“Suara yang bergema dari dalam, itulah suara sebenar yang berhak untuk didengarkan.” Puan Asha membuat rumusan dengan apa yang diperjelaskan tadi.
“Kenapa mak tak bagitau lebih awal supaya saya faham tentang semua ni?”
“Time, Andrey. Today was meant to be the moment.”
“Abah tau semua ni?”
“I’ll do my best to explain, but not just yet. Kenyataan — sejauh manapun kita lari dia tetap akan ikut. Like shadows, you know. Abah tak boleh mengelak dari membincangkan isu ini. Argument pasti timbul. Tapi jangan risau, lambat laun, abah akan nampak realiti. Waktu tu dia tak akan ada pilihan selain mengakui kebenaran. Mak tau jauh di lubuk hati abah, dia faham tapi egonya menyangkal. Dalam hal macam ni, biasanya perempuan lebih terbuka.”
“Terima kasih, mak…”
“Don’t worry. I’m your woman.”
Andrey iringkan setiap patah kata mak dengan doa dan harapan yang tak putus agar hati abah lembut untuk menerima dia seadanya.
“Mak, berdosa ke saya?”
Garis di bibir mak menghantar keyakinan sewaktu tangannya disentuh. Dengan lembut dia menerangkan, “Might seem contradictory when viewed through a religious lens. However, it's important to recognize that we are made up of minds, brains, sensitive nerves, a heart that feels, eyes, senses, and various body parts that help us reflect. When we face confusion and challenges, there's often a strong desire to understand the mysteries of life. Don't let unfounded remarks shake your beliefs. Keep your faith as your guiding light. Always cherish your faith, because if you let it slip away, you might find yourself lost in the process.”
“Susah saya nak percaya sesuatu sebelum betul-betul memahaminya.”
“It supposed to be that way. Bila nak buat sesuatu biar ikhlas. Biar faham betul-betul dulu. Bukan kerana terikut-ikut. Bukan kerana desakan, rasa takut apalagi kejarkan reward.”
“Reward?”
Puan Asha tertawa kecil. Garis-garis halus muncul dihujung matanya.
“Nilai akan hilang jika sesuatu yang dibuat semata-mata kejarkan ganjaran.”
“Sebab itu mematikan keikhlasan?”
“Betul. Buat sesuatu, biar dari hati barulah jiwa happy.”
Ucapan itu benar-benar menyentuh jiwa. Apa saja yang kita lakukan, harus datang dari jiwa dan jiwa hanya boleh disentuh dengan jiwa. Ia tak dapat disentuh tangan atau dilihat mata dan tak sekali-kali dapat diubah oleh sesiapa pun. Kita percaya bahawa kita menghirup dan menghembus udara untuk terus hidup, tapi, pernahkah kita melihatnya selain dari dedaunan yang bergoyang atau awan yang bergerak?
Dia teringat ketika berusia 12 tahun, bertanya kepada mak. Lalu mak menjelaskan tentang semua yang ada di langit dan di bumi— betapa segenap penjuru alam semesta ini adalah bukti kekuasaan Pencipta, bukti kewujudan satu tenaga. Semua makhluk tak pernah terlepas dari menikmati semua nikmat-nikmatnya. Udara yang kita hirup dan kita lepaskan—sesiapa pun tak boleh nampak, tapi boleh rasa. Boleh ke disentuh? Tak. Tak ada siapa yang boleh, tapi semua orang menikmatinya, setiap detik, tanpa henti. Kita tidak dapat dengar, tapi kita alami. Begitu juga hubungan kita dengan Tuhan atau tenaga itu. Kita tak tau di mana Dia, tapi kita tau Dia ada. Sebab Dia wujud di mana-mana saja. Bukan hanya di satu tempat yang istimewa atau di sebuah tanah yang telah dijanjikan. Bukan juga di atas langit atau di celah awan. Tidak juga di bawah telapak kaki atau di perut bumi.
“Why Andrey?”
Dia memerlukan beberapa ketika untuk mencari jawapan namun terkunci sampailah mak menyerahkan anak kunci kepadanya.
“The strongest muscle lies underneath your chest.”
“Within the heart. Towards the heart. For the heart.”
Mak tersenyum dan berkata, “definitely, and you have a big one, my child.”