Terasa punggungnya ditepuk-tepuk.
“Kita ada dinner dengan abah malam ni. Kau tak tau ke? Bangunlah.” Dengan malas Andrey buka mata. Amanda, adiknya yang berusia 16 tahun duduk di bucu katil, tersengih memandang. Gembira dia dapat mengganggu lena kakak atau lebih layak dipanggil abang itu.
“Dinner apa lagi? Tak abis-abis dinner. Kat mana pulak?”
“Dinner macam biasalah, kat sini je. Tak payah pakai dress.”
“Hei, orang tua tu bising ke aku blah malam tadi?” Dia duduk, meregangkan badan.
“Not sure. Tapi tengok dia happy je. Kau tanyalah Andy. Dia lagi tahu.”
“Kau tak dengar abah bebel apa-apa?”
“Tak. Hei, tapi kau nak tau tak?”
“Hah, apa?” Andrey dah berdebar. Muka yang cuak itu ditertawakan adiknya.
“Kau memang lagi sesuai pakai tux dari dress, abang.” Amanda menepuk pipi abangnya. Sebagai balasan, Andrey tarik hingga adiknya itu sampai jatuh ke katil. Rambut Amanda yang panjang dia kusutkan.
“Mak ada kata apa-apa?”
“Tak pun… Kau pun tau mak tu relaks je selalu. Abah, biasalah kecoh lebih. Macam kau tak kenal dia. Cerewet.”
“Trouble la...”
Amanda tersengih mengejek.
“Ingat tough sangat.”
“Ana, ada kau letak supply cam biasa?”
“Pernah ke aku lupa?”
“Thanks, sis.”
“Susahkan, jadi Andrey?” Usik Amanda. Kuat dia ketawa. Badan abangnya ditolak sampai jatuh ke katil sebelum berlalu.
Andrey mencapai bantal lalu dibawa dalam pelukan. Dia terkenangkan malam tadi. Dia terkenangkan cikgu Rina…
Mereka berempat sudah berada di meja, menunggu bos-bos mengetuai makan malam. Hati Andrey berdebar, perut kejap kecut kejap kembang bila membayangkan muka abah. Beragam-ragam hipotesis muncul menambahkan lagi darjah kegelisahan.
“Berani buat, berani tanggung.” Kata otak kepada hati. Masa majlis abah semalam, puas dia memujuk hati supaya bertindak cool dan layan je majlis abah tu. Buat tak tau je, lantaklah apa orang nak cakap. Kenapa nak emo sangat? Tapi tak… Hati lagi berkuasa. Pandai dia memotivasikan diri si empunya badan untuk mempertahankan ego.
Sekarang, sendiri yang berpeluh jadi mangsa.
“Andy, abah marah ke?” Soalan yang sama terpacul sekali lagi.
“Jangan risau sangat. Dia menyalak tapi tak gigit.”
Jawapan Adrian tak berjaya meredakan gelisah dan bimbang. Berhadapan dengan abah sering mencemaskan dia.
“Selamat petang semua.”
Abah masuk ke ruang makan disertai isterinya yang cantik. Mereka semua bangun, tunduk hormat, memberi salam.
“Eloklah kamu ada dengan kami malam ini, Adriana.”
“Here I am, Sir.”
“Mana hilang semalam?” Di situ Jeneral memulakan acara makan malam.
“Keluar pergi tuisyen. Maafkan saya.”
“Tuisyen? Menghilang tiba-tiba dari majlis, kau cakap tuisyen?”
Andrey tunduk. Akalnya mati, tak jumpa alasan.
“Bukan abah dah kata, tuisyen bila-bila kamu boleh pergi, tapi bukan waktu majlis penting abah?”
“Saya tak nampak apa perlunya saya kat situ.” Dia akhirnya berterus-terang.
“Bila nak berubah? Kamu dah makin besar, sepatutnya makin matang. Sampai bila nak kekalkan imej macam ni?”
“I am what I am, Sir.”
“Dengar sini baik-baik, Adriana. Rumah ni hanya ada dua orang lelaki dan empat perempuan. Kamu faham tak?”
“Faham. Tapi tolong faham, saya tak selesa pakai baju perempuan. Salah ke jadi diri sendiri?”
“Lima tahun dulu, abah boleh diamkan. Tapi sekarang kamu dah makin dewasa. Kamu nak abah bertolak ansur dengan orientasi seksual kamu? Hari ini pakaian, esok lusa apa pulak? Girlfriend?”
Nada abah agak keras. Andrey malu. Semua yang berada di dalam bilik itu terus senyap sedangkan dia tercari-cari kekuatan di wajah mak, di wajah Adrian, Amanda dan Anis, tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang memandang dia. Mereka semua memandang permukaan meja.
“Dulu lainlah, budak lagi. Tapi nampaknya kamu suka sangat nak kekalkan identiti ni. Seorang perempuan sepatutnya perempuan. Abah tak nak masalah, faham?!”
“Baik. Tapi tolong faham perasaan saya.” Andrey cuba mempertahankan prinsip.
“Abah dah cukup bertolak ansur selama ni. Lain kali, abah tak nak tengok kamu datang majlis abah macam tu lagi.”
“Baiklah abah. Saya pun memang tak minat langsung majlis macam tu sebenarnya. Jadi saya anggap kita ada persetujuan kat sini.”
Mata abah yang dalam merenung tajam matanya.
“Macam mana kamu boleh jadi kurang ajar dan degil? Abah tak pernah ajar kamu jadi kurang ajar.” Abah menoleh ke arah mak. Andrey tak suka abah menyalahkan mak dalam hal ni.
“Awaklah ni yang selalu galakkan dia pakai pakaian lelaki sejak kecik.”
“Are you blaming me now, Arman?" Mak membantah setelah berdiam sekian lama.
“Sayang, itulah permulaan bagi segala-galanya. Tak nampak ke awak?”
Mak menghela nafas sambil meletakkan sudu dan garfu di atas meja.
“She’s growing up. Let her choose what’s best for her. There’s nothing wrong with being herself.”
“She is a she. Isn’t it obvious?”
“We shouldn’t block his freedom of thought. Arman, his looks, his style, never bothered me. Imagine if we have a disabled child, blind, or whatever. Handicapped. Will you still reject the truth and insult? Be thankful we have none. Our children, each of them is perfect.”
Andrey terharu bila mak menggunakan he sebagai kata ganti nama. Justifikasi mak meredakan kegelisahannya. Difahamkan dengan baik bahawa mak selalu ada mentera sendiri untuk menutup mulut abah.
“Was hoping for a nice family dinner,” kata Andrey, sedikit merungut. Namun dia gunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan apa yang perlu dia teruskan.
“Suka atau tak, saya tetap darah daging abah. Saya mau diterima seadanya, macam yang lain. Maaf kalau saya tak seperti yang abah harap. Tapi abah, tolonglah faham, bagilah saya ruang untuk jadi diri saya sendiri. Macam saya cakap tadi, kalau saya ni teruk sangat, memalukan abah, saya tak akan muncul lagi dalam mana-mana majlis rasmi abah. Maafkan saya kalau buat abah, mak, malu.”
“Arman, give him a break. Kita dah bincang tentang ni.” Merendahkan suaranya dengan nada yang halus, mak berjaya memastikan suami tercintanya tidak meragam. Andrey lihat mak meletakkan tangannya di lengan abah.
“Him… Very well…” Abah terpaksa bersetuju dengan mak. Muka anaknya yang satu itu di tenung ketat. Sepertimana yang dah dia praktikkan dengan cikgu Rina, menggunakan cara yang sama itu jugalah dia pindahkan semula renungan itu terus ke mata abah.
“Listen, Andrey. A’Level is very serious to me. You know what I mean?” Isu lain keluar seperti yang dah dia ramal. Ada saja tak puas hati. Sama macam cikgu Rina. Tapi dia gembira bila abah panggil dia Andrey, bukan Adriana.
“How can I neglect the background music of my life? Saya tak pandai macam Andy but I’m improving. Saya tak ada bakat dan kecerdasannya but I’m sure I have more than a wing.”
Bilik makan terang benderang tapi dia merasakan ruang itu suram. Berpura-pura menikmati makan malam, dia sorok rasa kecewa apabila melihat ke dalam diri melalui mata abah. Perasaan rendah diri melenyapkan dia dari gambar keluarga. Bagaimanalah nanti bila abah tau yang dia bukan saja homoseksual, malah sebenarnya seorang transgender? Lambat laun isu ini akan timbul juga dan Andrey tak fikir ini boleh diubah-ubah. Seketika, dia teringat apa yang cikgu Rina cakap—bukan mudah jadi orang seperti kita, tapi itu bukan selama-lamanya.
“Saya akan kekalkan semua subjek. Saya juga nak kembali aktif dalam seni. That’s my passion.”
Kenyataan yang dibuat dengan rela hati telah mengesahkan kepada diri sendiri tentang apa yang dia nak dan apa yang akan dia buat. Tanpa menoleh ke belakang. Tak akan ada patah balik. Seperti wahyu yang diturunkan sewaktu mencari-cari dalam gelap, sesuatu telah meniupkan semangat untuk dia terus menyusur landasan ini.
“Tell us your plan.” Pandangan matanya dialihkan ke wajah lembut mak. Mesra senyuman yang dihulur seakan ubat yang melegakan perit hati akibat terluka dicalar kata-kata abah.
“Cemerlang atau tak dalam A’Level, selesai semua ni nanti saya akan cuba dapatkan tempat di Akademi Seni sekali lagi.”
“That’s great. You are gifted. Saya sokong keputusan dia, abah.” Adrian menghulurkan sokongan. Tangannya dilingkarkan ke bahu adiknya itu.
“Cita-cita saya nak jadi komposer atau main muzik dalam orkestra. Kalau betul saya berbakat, saya nak jadi pemimpin orkestra. It’s my passion.”
“Give me a proof then freedom is yours.”
“Terima kasih, abah. Your courtesy is very much appreciated.”
“Aku dah cakap, jangan risau sangat. Bukan kau tak tau abah macam mana. Kau yang suka belit diri sendiri. Sensitif sangat. Itulah pasal kau selalu kurang yakin, tau? Overthinking is not healthy, bro.” Adrian membuka mulut sebaik sahaja mak dan abah keluar dari ruang makan. Kemudian dia mengajak Andrey duduk di taman, membiarkan kedua adik perempuan mereka dengan aktiviti masing-masing.
“Mana cikgu Rina ajar ekonomi malam tadi?”
“Avenue Hotel.”
“Hotel… My goodness!!!”
“Dinner la, kau ingat apa?”
Adrian merapatkan kerusi untuk duduk lebih dekat. Dia kemudian berbisik, “aku nampak apa jadi dalam kereta tepat pukul 1.46 minit pagi tadi, masa dia hantar kau balik.” Saudara kembarnya mengeluarkan binocular lalu meneropong ke langit.
Padanlah dari tadi dia leka dengan binocular tu. Rupanya dia sengaja bawak sebab nak kenakan aku.
Cuak campur malu, Andrey memilih untuk berterus terang. Peluang duduk bersama, meluangkan masa, berbual hati ke hati, berkongsi cerita tentang hidup seperti ini rugi jika disia-siakan.
“Dia cakap dia suka aku…” Andrey mengambil binocular ditangan abangnya. “Clear ke?”
“Infra-red tu.” Tambah Adrian sambil tersenyum mengejek.
“She was only attempting to be nice, nothing else. That’s what girls always do, don’t they?”
“C’mon la… Perempuan takkan cium lelaki kalau tak de perasaan tau.”
“Hmm…”
“Awal-awal lagi dia dah bagi hint. Kau ingat kenapa dia cium kau kat kedai kopi aritu?”
“Cuti ni apa plan?” Malas nak terus panjangkan topik cikgu Rina, Andre ubah arah perbualan, walaupun ciuman yang dia terima malam tadi, indahnya seperti sentuhan malaikat di bahu.
“Jom camping, macam dulu.” Cadangan dibuka dan Adrian bersetuju.
“OK jugak. Ajakla cikgu Rina… Mesti dia happy kalau kau ajak. Confirm tak tolak. Best, kan? Berkelah, berkhemah tepi tasik, what say you?”
“Rina lagi…”
“Awek kau, kan?”
Andrey tersenyum, malu dan bangga. Bila mengenangkan ciuman kedua, ciuman dalam kereta sebelum cikgu Rina melepaskan dia pulang malam tadi, hatinya diusik rindu.
“Dia proposed aku.”
Adrian gelak besar.
“Proposed? Maksud kau melutut, letak cincin dalam kek, atau pecah belon keluar arnab bawak cincin, macam tu?”
Terkekeh mereka ketawa bila kata-kata itu digayakan Andy.
“Tak la, belum tahap tu lagi. Tapi dia kata aku special dan dia nak aku jadi dia punya someone special.”
Akhirnya terbongkarlah semua rahsia antara dia dan cikgu Rina selepas peristiwa merah jambu.
Pintu bilik bacaan diketuk sebelum Puan Asha masuk menghidangkan secawan teh buat suaminya yang sedang membaca akhbar.
“Thanks, darling.”
“Sayang, you janganlah tekan sangat Andrey tu. Allow him to develop in his own way.”
“I risau dia jadi apa nanti.”
“Saya lagi suka anak saya ada pendirian yang teguh daripada jadi macam lalang.”
“Itu saya setuju tapi you tak risau ke kalau dia jadi lesbian?”
“Jadi apa pun, dia tetap Andrey kita, kan? I tak nak nanti hal ni buat dia depressed lagi macam dulu. You suruh dia ambil A’Level. You want to see him excel, don’t you?”
“Of course, I do. But why do you keep addressing her as him?”
“Sayang, I’m the mom here. Andrey is our child, both a daughter and a son. Andrey is simply who Andrey is, not because of any external factors. It all unfolded naturally.”
“Can you be honest with me? Do you see Andrey as a boy or a girl?”
“A boy, you know that. And you know that long ago.”
“Biologically…”
“It’s spiritually, my darling. The significance of spiritual value outweighs everything else.”
Lisa begitu tekun duduk membaca di tepi tingkap perpustakaan yang tak selalu diriuhi pengunjung itu. Dia bersendirian ditemani buku-buku atas meja. Andrey yang baru tiba di perpustakaan tergerak untuk mendekati. Tapi nak tegur, tak berani. Tak ada idea nak cakap apa. Dia ke situ hanya untuk memulangkan buku dan meminjam buku baru. Kalau ada mood barulah dia akan duduk membaca atau buat kerja.
Tapi bila terkenangkan kemesraan antara cikgu Sophia dan cikgu Fizi pagi tadi, dia terpanggil untuk mencuba—cuba cari pengganti bagi mengisi kekosongan hati yang tak pernah terisi. Mungkin Lisa sesuai dengan dia, siapa tau? Lalu dia mengarahkan kaki untuk mendekati.
“Tapi dia tu macam Rosy and the Chicks jugak ke?” Ada bunyi keraguan keluar dari suara di kepalanya.
“Tak payah fikir pasal tu dulu. Pergi tegur, ajak minum. Tak kenal macam mana nak jatuh cinta?” Hati menjawab.Dia patuh. Akal pun tak cakap banyak, seakan turut bersetuju bahawa melupakan cikgu Sophia adalah satu tindakan yang wajar demi menjaga kesihatan hati dan perasaan dan kewarasan.
“Kau muda lagi, banyak lagi perempuan menunggu kat luar sana.” Mereka mengukuhkan hujah. Kini dia dah pun berdiri di belakang Lisa.
“Go for it. Be confident.”
“Tekun betul,” separuh berbisik, dia menyapanya dari belakang.
Lisa yang khusyuk mentelaah mengurut dada. “Andrey…”
Dia ketawa kecil melihat riak wajah terkejut Lisa. “Kusss semangat…” Katanya, mengusik.
“Sorry… Boleh saya teman, kalau awak tak ada teman?”
“Sure… Rosy dan yang lain jarang datang sini.”
“Yelah, sini mana boleh buat bising.”
Lisa senyum. Tanpa banyak kata, dia meneruskan kerjanya.
“Busy sangat nampak…”
“Almost done. Jap erk…”
“Kita pergi minum, nak?”
“Minum? Hmm… Saya kena inform mama dulu.”
Alahai… Mama lah pulak… Kalau dengan cikgu Rina tak ada mama mama, papa papa ke apa… Ada Rina - Andrey je. Senang cerita. Adoiii… Mama pun mamalah…
Dan selepas mamanya bagi lampu hijau, Andrey pun angkut gadis itu ke sebuah restoran makanan segera berdekatan. Mulanya Andrey mempelawa dia nak naik motor. Tapi Lisa tak nak. Takut.
“Kalau jadi apa-apa bising mama nanti,” katanya.
Ha, yelah… Cakap kat mama, abang Andrey tak ada helmet extra pun.
Jalan kaki, itu lebih selamat. Restoran pun tak jauh dari perpustakaan awam tersebut.
Itulah kali pertama dia ajak budak perempuan keluar minum. Cikgu Rina lain cerita. Cikgu Rina bukan bukan-budak. Dia kakak-kakak. Hari ni peluang terbuka untuk Andrey test power. Nak tengok kalau dia ni ada bakat mengorat. Sedikit sebanyak pasal mengayat dah Jacques ajarkan. Sekarang masanya dah tiba untuk dia mempraktikkan segala ilmu menggoda perempuan yang dah diturunkan Jacques kepadanya.
“Awak tinggal area mana?”
“Tak jauh dari rumah awak.”
“Ha?”
Lisa ketawa tengok muka terkejut Andrey yang bingung campur hairan.
Tau pulak dia mana aku tinggal. Jiran?
“Besar rumah awak.”
“Rumah abah mak, bukan saya punya. Saya menumpang je.”
“Right. Samalah… Saya pun menumpang… Dekat rumah lorong sebelah rumah awak. Tapi tak lah sebesar rumah tumpangan awak.”
Main teka teki pulak awek ni.
Andrey mencongak-congak rumah mana satu yang Lisa maksudkan. Setau dia kat area tu semua rumah besar-besar. Yang kecik pondok pengawal atau pondok telefon saja.
“Kalau dari belah kiri rumah saya ada pokok. Banyak. Besar-besar semua. Pokok mana satu awak tinggal? Kalau belah kanan mengadap lembah… Mana ada rumah.”
Jawapan berbaur gurauan itu disambut ketawa kecil Lisa.
“Ingat saya monyet?”
“Beruk…”
Gadis itu ketawa lagi.
“Kiri, kanan. How about depan dan belakang pulak?”
Andrey geleng kepala. Tak pernah dia ukur tanah kat situ.
“Ada… Salah satu mesti ada. Awak tak perasan kot tapi saya selalu je nampak awak duduk kat balkoni petang-petang atau kat rooftop terrace.”
“Awak skodeng saya, ye?” Perkataan skodeng mencetuskan satu idea. Otaknya mula buat andaian kalau-kalau inilah gadis misteri sang pengirim mesej.
“Saya suka teropong bintang.”
“OK… So, maksudnya hobi awak termasuklah teropong saya?”
“Awak bintang ke?”
“Saya matahari.”
“Patutlah panas.”
Boleh tahan Lisa. Pandai dia main kata-kata. Nampaknya Andrey kena belajar lagi banyak dari Jacques. Telefon bimbit dia keluarkan sewaktu Lisa minta diri untuk ke tandas.
“Apa nama penuh si Lisa?”
“Alicia Key. Hehehe…”
“Cakaplah betul-betul…”
“Tak pastilah. Kejap aku tanya Rosy.”
Tak lama lepas tu mesej dari Jacques masuk.
“Melissa Nilsson. Pesal tanya?”
Telefon bimbit disimpan. Sengaja nak buat Jacques panas bontot. Esok mesti kecoh kawanya itu. Biarkan…
Nilsson. Aku kena cari rumah si Nilsson.
“Habis A’Level nanti apa plan awak?”
“Ambil A’Level kan untuk siapkan diri masuk universiti. That’s my dream.”
“Bidang apa?”
“Astronomy, quantum physics. We’ll see.”
“Wow… That’s high.”
“Awak?”
“Not as high as yours. Art.”
“Great. I saw your artwork. It's terrific.”
“Terima kasih.”
“You know, quantum study is spooky.”
“Really?”
“Well, yes. For example, objects can be in two places simultaneously and the sun wouldn't shine without it.”
“Define.”
“For instance, an electron can be both 'here' and 'there' simultaneously, but it settles down only after a test to determine its location. Ever heard about the famous Schrödinger’s cat thought experiment?”
Andrey hanya mampu tercengang mendengar penjelasan panjang lebar yang diberi Lisa dengan sepenuh hati. Sebenarnya dia langsung tak menjangkakan yang mereka akan berbual hal tu—hal yang tak pernah terlintas untuk dikaji.
“I know Jacques loves cats. I love animals.”
“Well, great. Now, the fate of a cat locked in a sealed box is connected to a quantum device, which remains in both states until a measurement is made.”
“Kenapa tak selamatkan je kucing tu terus? Kalau selamatkan dah tentu kucing tu hidup. At least kalau cedera ke apa, boleh bawak pergi vets.”
Lisa meneruskan penghuraian tanpa menghiraukan langsung niat Andrey nak buat lawak.
Tak apalah, aku pun tak tau nak komen apa. Dengar je lah. Nampaknya kenalah aku belajar pasal Quantum Physics kalau nak mengorat dia.
“Quantum Physics ni Andrey, kebarangkalian. Cara terbaik untuk menentukan keadaan objek adalah dengan melihatnya.”
“OK… But, isn’t it obvious? Everyday’s life, I mean. Memang itu yang manusia buat, kan? Bukan manusia je, semua kehidupan pun?”
“Quantum phenomena are everywhere and work at every scale, while most quantum experiments focus on tiny objects like electrons or photons.”
“Oohh… OK…”
“Bukan senang nak detect dalam objek yang besar. It can lead to the mistaken assumption that quantum phenomena are weird and extraterrestrial. To give us a complete picture of our everyday lives, quantum science closes the gap between our knowledge of physics.”
“Lisa…”
“Yes?”
“I have a headache.”
Tuan Arman sekeluarga duduk berbual-bual kecil di ruang tamu. Jarang dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Tak seperti sewaktu kecil-kecil dulu. Untungnya Andrey malam itu, abahnya tak bising pasal pakaian. Sikit pun dia tak sentuh soal imej dan penampilan sebaliknya dia lebih menerapkan soal pendidikan dan disiplin dalam perbualan mereka.
Ketiga-tiga adik beradiknya yang lain begitu gembira bila abah mengumumkan percutian keluarga. Bagi Andrey, biasa je. Ada ke tak ada, dia rasa dia dah terlalu dewasa untuk itu. Perkhemahan di tasik lebih merangsang dan dia sebenarnya mula mempertimbangkan usulan Andy untuk menjemput Rina bersama.
Perbualan berkisar tentang percutian usulan abah dan mak hinggalah mata mengajak ke katil.
Dia berbaring merenung siling, menikmati samar cahaya lilin yang menerangi ruang kamar. Semua orang dalam rumah pun tau, dia suka lilin, lebih-lebih lagi mak. Selalu mak tinggalkan bungkusan lilin dalam laci meja tidurnya. Mak memang cukup memahami dan dia juga tau Andrey lebih menghargai lilin daripada kek atau coklat.
Walaupun lampu meja lebih praktikal, membaca atau menulis di bawah cahaya lilin mampu memunculkan inspirasi tulus dari jiwa ke egonya. Ciptaan sendiri, galaksi peribadi. Kehangatan daripada cahaya lilin dan kesediaannya menerangi, menjadi teman setia mendedikasikan waktu, menyaksikan keindahan malam-malamnya yang sepi.
Asyik melayan fikiran, mata yang mula terbuai dikejutkan dengan bunyi telefon. Sms. Nombor yang disimpan di bawah nama Gadis Misteri itu lagi. Ini bukan satu kejutan. Kerap si Gadis Misteri mengutus sms pada waktu-waktu begitu.
“Masanya akan tiba. Saya akan terus menunggu.”
“Kau siapa?”
Macam biasa tak ada jawapan.
Begitulah selalunya pesanan ringkas tersebut mengganggu. Mata yang dah mula mengantuk kembali segar. Pengirim nampaknya meminta dia menyelesaikan teka-teki dengan mengekalkan diri tanpa nama. Andrey hairan dan bingung, mengapa si MM tak berani bercakap terus dengan dia? Mengapa hanya berani hantar sms? Dan mengapa nak terus kekal jadi misteri? Bukankah lebih mudah berdepan? Kalau suka, datanglah jumpa, cakap terus terang, apalah susah sangat?
Malas Andrey nak main permainan si Misteri, apatah lagi menyukainya. Kalau nak sesuatu, kita kena berani dapatkan. Kenapa mesti ada ragu dan takut untuk dapatkan apa yang kita nak?
“Someone who intends to know you better.”
Aneh. Setelah sekian lama, baru malam itu pengirim berani membalas. Selama ni semua mesej yang dia hantar tak pernah satu pun mendapat balasan. Lalu dia cuba untuk membuat panggilan, manalah tau kalau-kalau si Misteri tergerak nak angkat. Sampai bila nak main-main macam ni. Malangnya, panggilan ditolak. Jawapan ringkas yang diterima walaubagaimanapun seakan menjawab pertanyaan yang berlegar di minda—kenapa mesti ada ragu dan takut untuk dapatkan apa yang kita nak?
“Why don’t you pick up?”
Tak ada jawapan.
“Don’t you have a name?”
“Call me anything you want.”
“Stop being so cryptic. Let's meet if you have a pure intention and are honest. Just tell me where and when.”
“Aku tak makan orang.”
Mesej itu berakhir macam tu saja.
Tak faham aku mengapa ada jugak orang yang suka main-main macam ni.
Lama dia memandang skrin telefon bimbit, mengamati jawapan si pengirim, menunggu respon seterusnya. Dan dia cuba menjawab soalan yang lahir di fikiran — apa yang aku nak?
Telefon bimbit dibeleknya lagi. Senarai nama dibuka dan pencariannya terhenti di huruf R. Tanpa berfikir panjang, butang hijau pun ditekan.