Perlahan Tapi Pasti

Sophia Izzaty
0

Dalam engkau aku temukan
Sebahagian aku yang hilang
Sebahagian diri
yang belum kujumpa.

Dalam keliru aku mencari 
terheretlah diri ke tempat-tempat
yang tak kuperlu.
Jatuh dan terluka, aku mencari lagi
hingga hati menjadi letih dan lesu
lantas kumatikan langkahku. 

Dalam kedamaian merenung kaki langit
kehidupan kuamati satu persatu.
Waras pun menyapa rasa,
memujuk jiwa yang merajuk
untuk menerima hakikat
bahawa sepi itu indah. 

Lalu aku bersahabat dengan sunyi, meneliti diri, 
aku temu bahagia dalam kesendirian ini.

Dalam samar horizon, 
bayangan masa depan terpantul
bersama hadir satu wajah.
Kubiar ia tanpa nama,
yain bahawa waktu akan menamakannya.

Kini aku berhenti mencari, 
aku tau ia tetap datang. 
Perlahantapi pasti.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!