Pagi tu agak mendung, bekas hujan
malam tadi masih terasa. Jalan pun masih lembab. Awan berarak lesu tapi ada
matahari memancar dalam dada aku. Walaupun tangisannya membuat hati dan fikiran aku jadi tak menentu, tapi untuk
menghadirkan diri di sisi dia dalam apa cara dan waktu sekali pun adalah satu rahmat bagi aku.
Membelokkan motosikal ke
perkarangan rumahnya, aku nampak dia dah berdiri menunggu depan pagar dengan Mama. Selepas meletakkan motorsikal di garaj, terus mereka berdua aku hampiri.
“Kenapa?” Wajah Mama dan wajahnya
aku pandang silih berganti.
“Ginger… dia dah tak de lagi.”
“What happened?” Terkejut aku
dengar berita tu. Terbayang muka comel kucing berwarna oren yang dah dua tahun kami
bela. Kucing tu kami sama-sama jumpa dekat semak berdekatan longkang berhampiran tasik tempat kami selalu dating. Waktu tu kami bertengkar kecil sebab berebut nakkan kucing tu. Aku nak bawak kucing tu balik rumah tapi dia pun nak jugak. Last-last aku
mengalah.
“Yela, kau amik la kucing tu. Aku
nanti carik kucing lain kat pasar.” Dengan muka bahagia dia peluk aku, ucap
terima kasih sebab dengar cakap dia. Aku tau Farah selalu rasa gembira bila berjaya
mendominasi aku. Perkara yang sama dia lakukan lagi. Tapi pagi itu bukan untuk mendominasi, sebaliknya minta dimanja untuk membalut kepiluan hati. Sambil menangis
aku dipeluk. Terasa hangat airmatanya membasahi bahu aku.
“Aku cari dia pagi tadi nak bagi
makan. Jumpa dia bawah pokok tu. Kena langgar.” Pelukan dia lepaskan. Mama yang
berdiri sama tadi dah pun berlalu meninggalkan kami berdua melayan emosi. Dia serahkan
tanggungjawab tu kat aku untuk redakan tangisan dan kesedihan anak daranya
yang lawa. Awek aku. Kawan baik aku. Gadis yang akan menjadi isteri aku tak lama lagi.
Airmatanya aku kesat lalu kupimpin
tangannya menuju ke taman di belakang rumah. Di sana ada Mama, Abah, Pakcik
Karim, pemandu keluarga dan seorang tukang kebun berdiri bersama bangkai Ginger yang
terlantar di atas sehelai kain hijau. Pak Cik Mat bersama sebatang cangkul
sedang menyiapkan lubang untuk bangkai Ginger kami semadikan.
Farah menangis lagi. Aku peluk dia.
Aku turut nangis sama. Sedih. Tapi aku tau Farah lebih merasakan kesedihan tu
sebab dia yang dah jaga Ginger selama lebih dua tahun.
“Sabarla… nanti kita carik kucing
lain, OK.”
“Yes, that can be done but I want the person who did this to take the responsibility. It's so unfair. She was healthy and good and because of this inhuman person, I lost my Ginger..”
“Hmm, yea, sayang… Tapi kita tak
dapat jejak siapa yang buat tu. Sabar la… Aku janji nanti kita cari pengganti
Ginger, OK.”
“Takkan sama. She’s so special.
Kita yang sama-sama selamatkan dia.”
“Betul… tapi kita kena relakan
dia pergi jugak. Bukan dia nak, bukan kita nak jadi camni.” Tangan aku dia
genggam kuat. Aku selak rambut dia. Dahinya kucium lagi.
“Kau sakit, aku pun sakit, Farah.”
Bisik aku ke telinga gadis yang aku kagumi.
Orang lain diam je dalam suasana
mendung pagi tu.
“Dah siap, Tuan… nak proceed sekarang ke?” Tanya Pak Mat
kepada Abah.
“Farah…” Abah datang menghampiri
kami berdua.
“It’s time.” Bakal bapak mertua
aku menyambung lagi sambil Mama menggosok-gosok bahu anak daranya.
Aku mengekori Farah yang akhirnya
berlutut di sisi jasad Ginger yang kaku. Tangan kami sama-sama mengusap lembut kucing
itu.
“You gave her a good life.”
“We rescued her. We did the best
for her.”
“Yes, we did. “
Hujung minggu itu aku luangkan masa
bersama gadisku dengan membawa dia berehat di Bukit Fraser. Sewaktu berjalan-jalan mengambil
angin malam, dia berkata,
“aku tau setiap yang hidup akan mati. Dan aku tau yang ditinggalkan akan lebih merasa sakit dari yang meninggalkan.”
“aku tau setiap yang hidup akan mati. Dan aku tau yang ditinggalkan akan lebih merasa sakit dari yang meninggalkan.”
Langkah aku terhenti mendengar ucapan itu. Kutatap
wajahnya yang masih sayu atas kehilangan Ginger.
“Aku takkan buat dua-dua tu kat
engkau.” Mata aku dia renung dalam. Bersinar. Bercahaya. Berkaca.
“Neither will I.” Dia berhenti
seketika sebelum menyambung, “tapi kita kena tau yang mati tu pasti. Dan salah
satu antara kita akan pergi dan ditinggalkan.”
“Jasad sayang, bukan jiwa.”
“Tak. Tak ada siapa boleh pisahkan
jiwa kau dan aku.”
"Tak kan ada cinta yang baru. Ni, yang first, second, third and the last."
"Betul. So let's value and appreciate every moment given. I want only you."
"There'll never be another you."
"Aku tak sabar nak kita tinggal sama-sama."
"Aku tak sabar nak carikan kau kucing baru."
Dia tersenyum lawa menyerlahkan lesung pipit di kiri dan kanan pipinya.
"What about a dog, hon?"
"Dog.... hmmm well... I would love to but not here. Kita blah dari Malaysia nanti kita bela anjing. Sini payah. Budaya dah jadi agama."
"That's right."
"Yang penting, kita kawin dulu."
"Kawin?"
"Hmm, kawin." Pinggangnya kupeluk.
"Jom..."
Kami pon meneruskan langkah menuju ke rumah yang akan kami huni pada hujung minggu itu.
"Tak kan ada cinta yang baru. Ni, yang first, second, third and the last."
"Betul. So let's value and appreciate every moment given. I want only you."
"There'll never be another you."
"Aku tak sabar nak kita tinggal sama-sama."
"Aku tak sabar nak carikan kau kucing baru."
Dia tersenyum lawa menyerlahkan lesung pipit di kiri dan kanan pipinya.
"What about a dog, hon?"
"Dog.... hmmm well... I would love to but not here. Kita blah dari Malaysia nanti kita bela anjing. Sini payah. Budaya dah jadi agama."
"That's right."
"Yang penting, kita kawin dulu."
"Kawin?"
"Hmm, kawin." Pinggangnya kupeluk.
"Jom..."
Kami pon meneruskan langkah menuju ke rumah yang akan kami huni pada hujung minggu itu.