Untuk Hari Lahirmu

Ray FL

Andai waktu dapat diputar

Ingin aku kembali ke masa lalu
Hanya untuk menyaksikan
Kenakalan, kedegilan dan kemanjaanmu...
Di zaman kanak-kanak.

Bagaimana petah mulutmu
Bertanya itu dan ini 
seperti yang selalu dicerita ibu
Cerita yang buat aku ketawa bahagia 
Kerana memiliki seorang gadis 
yang cukup sempurna.

Namun takdir dah tersurat 
bukan kuasa aku memutarkan masa
Dan masa telah menetapkan
pertemuan kita di alam remaja.

Kusyukuri takdir indah itu,
Menjadi saksi gelodak jiwa 
seorang gadis ketika dia jatuh cinta.
Dengan rela memikul tanggungjawab untuk
cemburu dan rajuknya kupujuk.

Tanpa sangsi kita membiarkan benih kasih menyubur
mengerti bahawa bicara jiwa ke jiwa
tak memerlukan patah kata.
Kerana bahasa jiwa adalah bahasa paling indah.

Hari ini, seperti tahun-tahun sudah,
kusediakan bunga api dan tarian kecil 
Di bawah kerdipan bintang,
dalam dakapan erat, kucupan hangat
kubisikkan lagi di telingamu,
seperti setiap malam, pagi, petang... 
betapa berertinya dirimu dalam kewujudanku.

Selamat hari lahir, cahayaku... 
Andai matahari enggan bersinar lagi
Duniaku tak kan pernah kegelapan 
Kerana cinta yang menerangi hidup kita
Lebih hangat dan terang.

Bersinar dan menyinar
Menyuluh perjalanan hidup
Kesetiaan yang kita jaga
Dulu, kini dan hari-hari mendatang...
Tiada bernoktah.

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!