Merajuk

Ray FL


Lepas balik dari kem, Farah makin menjauhkan diri dari aku. Puas aku cuba memujuknya, tapi hampa. Kejadian malam tu buat dia semakin benci dan marah pada aku. Selepas menyergah aku dan Shazlin, dia terus ke bilik, aku berlari mengejarnya, cuba ajak dia berbincang, tapi tanpa pedulikan aku, dia terus membenamkan mukanya dibantal. Aku kehilangan kata-kata. Lagipon dah malam, tak kan nak kacau orang lain tido dengan masalah kami pulak. Nak tak nak, aku suruh hati aku bersabar, tunggu siang. Tunggu esok. Nak balik dah pon. Shazlin? Aku tinggalkan dia camtu je malam tu, tapi sempat la kami bersalam dan ucap selamat tinggal sebelum meninggalkan kem pada keesokan hari. Aku tak kisah hal Shazlin. Farah lebih penting bagi aku.

Dalam bas, walaupun mengambil tempat duduk di sebelah aku, tetap Farah tak bercakap walau sepatah kata. Matanya ditutup, tapi aku tau dia bukan tido pon. Aku cuba jugak untuk mulakan perbualan, sikit dia tak layan. Sedih aku... Bila sampai kat sekolah, dia terus pegi call Umi. Tak lama pastu driver dia pon sampai. Tak macam selalu, dia biasanya akan minta drivernya anta aku balik, kali ni dia blah camtu je. Aku cuma mampu memandang... tak de bye, see you, take care, apa lagi cium kat pipi cam selalu dia buat. Bila kereta mewah hitam tu hilang dari pandangan, aku pon berjalan sedih ke bus stop, ambik bas mini, balik rumah. Dalam hati, aku niat untuk tetap berusaha memujuk dia.

Sesampai di rumah, setelah membersihkan diri aku bersantai dengan mak dan abah di ruang tamu. Sekadar berbual-bual kosong, menceritakan pengalaman aku di kem. Berkongsi cerita dengan mereka tentang perjalanan selama empat hari itu, buat hati aku semakin kuat mengingati Farah. Lepas makan malam, aku mintak diri, masuk ke bilik dan mengira saki baki syiling yang ada. Ada tiga ringgit duit syiling. Aku minta izin mak abah untuk keluar ambil angin. Sebenarnya aku carik public phone untuk call Farah. Tak selesa aku guna telefon rumah, nanti ada yang pasang telinga.

Bergerak ke taman permainan berdekatan, nasibku baik, telefon awam itu kosong. Hati aku tak sabar nak dail nombor Farah. Beberapa deringan panggilan dijawab. Bibi, pembantu rumah yang jawab, macam selalu.

"Sebentar, Ray," kata Bibi. Gembira aku. Aku harapkan Farah mahu bercakap dengan aku dalam telefon. Mungkin cara itu lebih selesa bagi dia dari memandang muka aku.Tapi sayang... Umi yang jawab.
"Farah dah tidur. Ray apa khabar, sihat?"
"Sihat, Umi... Alhamdulillah. Awalnya Farah tido?"
"Lepas makan malam tadi, terus dia naik bilik. Penat katanya. Umi tengok macam tak happy. Ada apa-apa jadi ke, masa kat kem?"
"Setau saya, tak ada Umi... mungkin la penat sebab banyak aktiviti... Hmm, kalau camtu tak pe la, esok je la saya jumpa dia kat sekolah."
"OK... Ada apa-apa nak pesan kat Farah?"
"Hmmm.... tak ada apa. Biarlah dia rehat."
"OK la kalau camtu, Ray jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa, bagi tau Umi."
"I will. Asssalamualaikum, Umi."
"Waalaikumsalam."

Meninggalkan telefon awam itu dengan perasaan pilu, aku tak terus balik ke rumah, sebaliknya aku mengayuh basikalku ke arah rumah Farah. Berbasikal ke sana mengambil masa dua puluh minit hingga setengah jam. Jauh jugak... tapi penat tak terasa sebab hati yang resah memacu semangat untuk bertemu dia. Tak dapat jumpa dia, nampak rumah pon jadilah. Camtu gelisahnya aku dibuat si Farah.

Bila sampai, aku lihat banglo tiga tingkat tu masih terang-benderang. Sayup-sayup kedengaran bunyi piano dipetik. Lagu kegemaran Farah, aku tau sangat dia suka main lagu tu. Ini bermakna dia belum tido, aku yakin Farah belum tido. Baru jam 9.15 malam pon, awal sangat lagi. Selama mengenali Farah, aku tau dia jenis musang cam aku jugak, suka berjaga malam.
Hati aku berbelah bahagi sama ada mahu menekan loceng atau mencari telefon awam berhampiran untuk meminta izin Umi bertemu Farah... tapi apa pulak nanti Umi cakap... baru je kejap tadi aku call, Umi cakap Farah dah tido... kenapa urgent sangat nak jumpa.... ahhhh macam-macam la dalam fikiran aku time tu. Bersama kekusutan tu, aku terpaku kat luar rumah dia, hanya mampu mendengar petikan pianonya yang indah.

Dah biasa aku ke rumah Farah, semenjak kami berkawan. Kadang-kadang berbual dengan Umi dan abah dan selalunya kami mentelaah bersama, banyak masa kami mentedarah bersama-sama dan memang Farah gemar main piano untuk aku. Melodi yang menembusi telingaku, menusuk jauh ke hati, mengembalikan memori indah bersama Farah selama tiga tahun dia aku kenali. Tak pernah Farah buat camni kat aku selama tiga tahun tu. Nila first time, dah tentula lain benar rasanya.
Entah berapa lama aku termangu kat depan pagar rumah Farah, sedar-sedar driver dia datang menyapa aku.

"Ray, apa buat sini malam-malam. Kenapa tak masuk?"
"Ohh, Pak Cik Karim...  malas la nak kacau, dah malam. Lagipon saya saja pusing-pusing amik angin... terdengar Farah main piano, tu saya berenti jap."
"Nak Pakcik panggilkan Farah ke?"
"Eh, takpe, tak yah la Pakcik. Saya pon nak balik dah ni. Esok sekolah."
"Ha, yelah. Elok-elok bawak basikal tu."

Mengayuh basikal ke rumah, terngiang-ngiang di telingaku petikan piano Farah yang bersilih ganti dengan wajah ayunya... wajah marahnya sewaktu di kem... gelak ketawa dia... sifat manjanya... semua datang bersilih ganti di ruang fikirku. Hati aku rindu bercampur pilu.
"Maafkanla aku Farah, kalau besar sangat dosa aku, kau cakaplah... aku tak akan ulang lagi. Maafkan aku... jangan la seksa aku camni..."

Tak lena tido aku malam tu, tak sabar tunggu pagi, tak sabar nak ke sekolah. Nak jemput dia depan pagar sekolah macam tiap hari.
Menjelang pagi, aku pegi sekolah awal dari biasa. Aku tau Farah selalunya sampai sekolah 15 minit awal, jadi aku mau sampai dulu sebelum dia. Lepas simpan beg, aku pon duduk dekat bangku berhampiran pintu ke dua, di mana driver dia selalu turunkan dia. Tak ramai palajar masuk ikut pintu ke dua, biasanya memang yang ada driver je turun kat situ.
Penantian aku berakhir bila kereta Farah berhenti. Cepat-cepat aku bangun mendapatkan dia.

"Morning," sapaku.
"Morning..." Gembira, akhirnya dia menjawab walaupon tanpa memandang muka aku. Malangnya, tak lebih dari itu, dia terus berlalu ke kelasnya meninggalkan aku tanpa ada tanda-tanda yang dia mahu melanjutkan perbualan dengan aku. Dan waktu rehat, aku tunggu dia di kantin, tapi dia tak turun. Begitulah selama seminggu... hati aku terguris.

Masuk minggu kedua, masih tetap sama. Kesabaran aku seakan dicabar. Mau rasanya aku give up dan tak mengendahkan dia. Dia buat aku macam tak de perasaan. Kalau dia boleh buat, kenapa aku tak? Biar dia rasa apa aku rasa.Tapi untuk apa? Untuk menegangkan keadaan? Mengeruhkan lagi suasana? Untuk memutuskan persahabatan yang dah lama dibina bersama? Tak. Tak mungkin semudah itu aku mengabaikan Farah Hanna.

Situasi ini berlanjutan ke minggu ke tiga. Minggu ketiga hati aku mula merintih. Tiga minggu memang tak lama, tapi bagi aku itulah tiga minggu paling menyiksa dalam hidup aku. Panggilan telefon aku dia tak pernah nak jawab. Biasanya hanya Umi yang bercakap dengan aku. Aku tau mesti dia yang suruh. Di sekolah pulak, dia mengelak dari jumpa aku. Bila terserempak, dia cepat-cepat alihkan pandangan dan pegi arah lain. Aku letih dengan permainan ni. Letih dan sedih. Dah tak ada lagi gurau senda, tak ada lagi kelas tarian, piano, gitar atau jogging kat tasik... seakan semuanya berakhir macam tu je. Macam tak pernah wujud. Kusut fikiran aku. Mati akal... tak tau camne nak pujuk dia.

Pada suatu petang, selepas kelas tambahan, aku bertemu Shazlin. Memang dah kami rancang untuk bertemu pada hari tersebut. Itulah kali pertama aku bertemu Shazlin selepas pulang dari kem. Selalu jugak berbual di telefon dan Shazlin rajin mengutus surat buatku. Sesekali aku balas, tapi selalunya aku malas. Tambah lagi hal Farah buat aku jadi tak selera untuk buat benda lain selain memujuk dia.

Berseri muka Shazlin hari tu. Dia menghulurkan sebungkus hadiah buat aku.
"Rindu..." katanya sambil merangkul lenganku. Kami duduk di tepi tasik.
"Macam mana sekolah?" Aku bertanya.
"Biasa je. Busy sikit la nak SPM ni. Awak cam ne? Apa khabar Farah?"
"Saya camni la... Farah... Hmmm dia OK je. Alhamdulillah sihat." Tak nak aku bercerita lebih-lebih tentang apa yang terjadi antara aku dan Farah sejak kejadian malam tu.
"Seronok dapat jumpa awak."

Tak ada yang istimewa tentang pertemuan aku dengan Shazlin petang tu, cuma dia mengatakan kalau boleh dia nak jumpa aku selalu. Aku jawab Insha Allah. Aku tak de perasaan apa pon kat Shazlin walaupon jelas dia menunjukkan perasaannya terhadap aku. Sebab tu aku malas nak layan lebih-lebih, tak nak nanti dia sakit bila perasaan tu makin kuat. Elokla camni je... kawan je. Lambat laun fahamla dia nanti. Sesekali, ada juga aku selitkan nama Farah dalam perbualan kami. Dia pulak rajin bertanya, jadi aku ceritakanlah sedikit sebanyak tentang aku dan Farah, bagaimana kami bertemu, apa yang aku suka tentang Farah, apa yang Farah suka tentang aku... kecuali apa yang Farah tengah buat kat aku sejak kem tu.

"Dia lesbian ke?"
"Saya tak tau... yang saya tau dia tak pernah ada boyfriend dan dia pon tak pernah layan sesape."
"Mungkin dia suka awak lebih dari kawan."
"Entahla Shaz... kami tak penah cakap hal ni pon."
"Untung awak, Ray..."
"Kenapa?"
"Farah tu sempurna..."

Kami tamatkan perbualan ditelefon pada suatu malam, beberapa hari selepas berjumpa di tasik. Rasanya Shazlin dah mula faham tentang perasaan aku terhadap dia tak lebih dari kawan. Selepas ucapan selamat malam, aku baring termenung atas katil, mencari-cari idea dan kata-kata indah untuk hati Farah aku sejukkan. Kad dah aku utus, bunga dah aku hantar... puisi dah aku titip... kemaafan? Dah beratus kali aku pohon... tanpa berbalas.

Hari itu hari Rabu. Biarpon semua usaha aku tak berhasil selama tiga minggu tu, namun tak pernah sehari aku gagal untuk menjemput dan menghantar dia pulang di pagar sekolah. Dan pagi itu, dengan senyuman aku menyapa dia selamat pagi. Dia cuma mengangguk perlahan.
"Farah..." Namanya aku panggil, selepas beberapa tapak dia melangkah mendahului aku. Dia berhenti dan berpaling.
"Kita makan sama-sama hari ni, ye. Aku tunggu."
Dia tak mengangguk atau menggeleng, sebaliknya dia terus berlalu begitu saja.... Hatiku terguris lagi. Rasa nak nangis pon ada tapi kesakitan itu terubat bila tiba waktu rehat aku nampak dia duduk sendirian di bawah pokok, tempat kami selalu duduk berdua. Dia tunggu aku!!! Yes!!! Dengan rasa gembira aku menghampiri dia.
"Thanks, kau datang." Kataku, mengambil tempat di sampingnya.
"Nah sirap. Lapar tak?"
Dia tak ambil pon sirap tu dan tak jawab soalan aku. Diam je... punya lama dia diam sejak kem tu..... huishhhhhhh.
"Farah, aku ada masakkan maggi goreng untuk kau. Pagi-pagi tadi aku bangun masak ni. Rasalah... favourite kau ni, kan?" Tupperware hijau aku serahkan padanya. Dia memandang kosong muka aku tapi tupperware hijau tu dia ambil. Aku tersenyum senang hati. Lega rasanya bila tengok dia berselera makan maggi goreng yang aku masak khas buat dia. Dan lebih menggembirakan lagi, habis maggi goreng tu dia makan, dua paket aku masak... sikit dia tak pelawa aku. Tak pela, biarla perut ni lapar asalkan Farah Hanna bahagia dan sudi jumpa aku... lagipon, sebenarnya aku tak  de rasa lapar... tengok muka dia pon dah buat aku kenyang.
Selepas mengosongkan tupperware tu, dia mengambil sirap di tanganku dan menghirupnya. Farah memang suka minum sirap. Pekat, sejuk dan manis.
"Sedap tak maggi goreng aku?"
"Bolehla..." Jawabnya, kemudian bangun meninggalkan aku.

Empat minggu berlalu... masih macam tu. Hati aku tak tahan lagi dah. Dah sebulan dah... aku tak tau camne dia boleh tahan. Mungkin sebab dia tak rasa apa aku rasa. Minggu ke empat hati aku mula menangis. Empat minggu paling sengsara dalam sejarah hidup aku.

Suatu hari, hari yang ke 31 kalau ikut kiraan yang betul, seperti yang aku pangkah tiap hari kat kalendar, aku cuba lagi call dia. Memang tak pernah sehari aku tak call dia, baik sebelum atau selepas kejadian kat kem tu. Kami memang selalu bergayut kalau tak jumpa kat luar. Seperti hari-hari kelmarin, aku ke public phone tu lagi, mengharapkan sesuatu yang dapat melegakan hati ini. Tapi, seperti yang dah aku agak, sekali lagi Umi yang jawab.

"Ray, Umi tau ada yang tak kena dengan Ray dan Farah."
"Farah ada cakap apa-apa ke, Umi? Besar sangat ke salah saya ni?"
"Camni la... apa kata Ray datang petang nanti dan slow talk dengan dia?"
"Saya dah cuba Umi, kat sekolah saya tegur, ajak berbincang, dia tak pedulik saya. Hari-hari saya call, Umi sendiri tau, tapi sikit dia tak kisah nak cakap dengan saya."
Aku dengar Umi ketawa kecil.
"Gadis remaja Ray... awak kena faham. Umi tunggu Ray datang petang ni, OK. Percaya cakap Umi, sebab Umi percaya Ray tau apa patut Ray buat."
"Entahla Umi..."
"Sejak kem tu kan jadi camni?"
"Yes..."
"Kalau macam tu, bila dah tau punca, dah alami kesan dia, tiba masa kita cure dia, tapi bukan selesaikan dengan cara pemikiran yang sama waktu masalah tu terjadi, OK."

Kata-kata Umi buat aku berfikir. Dalam dan panjang. Begitu bermakna kata-kata Umi, satu persatu aku huraikan bersama setiap kenangan antara aku dengan Farah. Ternyatalah Umi tau apa yang dah berlaku. Mesti Farah cerita semua kat Umi. Malu aku....
Berbekalkan keyakinan yang disuntik Umi, aku pon mengambil bas mini ke rumahnya selepas memberitahu Umi tentang kehadiranku. Umi menyambutku mesra.

"Farah tau saya datang?"
"Tak, Umi tak cakap apa pun kat dia."
"Dia ada ke?"
"Ada kat atas tu... pegila... dia tunggu Ray tu, Umi tau."
"Umi tau? Dia bagitau Umi ke dia tunggu saya?"
"Tak... dia tak cakap, tapi Umi faham."

Aku ikutkan je nasihat Umi. Anak dara dia, mestila dia lagi faham. Sampai ke atas, aku tengok pintu bilik tak tertutup, lalu aku mengintai. Dia tengah leka melukis. Lalu pintu aku ketuk. Kelihatan agak terkejut, dia berpaling. Kulemparkan senyuman semanis mungkin.
"Boleh aku masuk?"
Takde jawapan kecuali bangun dari kerusi dan berjalan  ke balkoni. Aku tak tunggu kebenaran teros mengekori dia.
"Sampai bila kita nak macam ni, Farah?"
Dia membiarkan sunyi menjawab pertanyaanku, membuat aku mengeluh panjang lalu aku masuk ke dalam bilik, melabuhkan punggungku ke atas katil. Terdengar pintu di ketuk.

"Maaf ya, ni Bibi bawakkan air... Farah mari teman Ray minum. Tetamu ni... perlu dilayan."
Farah mengucapkan terima kasih kepada Bibi, serentak dengan aku. Bibi keluar dan menutup pintu bilik rapat-rapat.

"Hmm minum oren ni sedap sambil makan Twisties," kataku sambil mengeluarkan dua bungkus Twisties perisa keju dari beg.
"Tak nak teman aku minum takpe... biar aku minum dan habiskan Twisties ni sorang-sorang."
Farah datang berdiri di hadapanku. Twisties yang aku pegang diambilnya dan dia kembali ke meja meneruskan kerja-kerjanya. Lama... tak ada kata-kata. Lepas minum, aku baring sambil baca buku yang aku bawa. Tak sedar, akhirnya aku terlelap... dan bila jaga aku lihat dia tido di sisiku, sambil memeluk beruang hijau dengan tubuhnya menghadap aku.
Cantik... rindunya aku dengan wajah itu. Aku tengok jam dah dekat pukul 7 malam.
Kuusap lengannya yang lembut dan halus.

"Aku balik dulu. Rehatla... bila kau rasa OK nanti, kau tau mana nak carik aku. Aku tak kan ke mana-mana. Aku akan selalu tunggu kau."
Waktu aku menyarung beg sandang ke bahu, aku dengar namaku dipanggil.
"Ray... jangan balik..."
Farah dah pon membuka matanya, masih lagi baring. Aku kembali duduk di atas katil.
"Aku datang nak mintak maaf..." Tanpa menunggu lebih lama, aku beranikan diri mengambil tangannya lalu aku cium. Dia bangun dan duduk berhadapan denganku.
"Kau sebutla setiap salah aku, semuanya akan aku betulkan. Aku menyesal buat kau rasa cam ni. Maafkan aku..."

Tanpa berkata apa-apa, terus tubuhku didakap, erat.
"Jangan pernah tinggal aku lagi... aku rindu." Bisiknya ke telingaku.
"No, never. Kan kat kem aku dah janji. Aku takkan lupa janji aku. Tapi kau pulak yang jeles tak tentu pasal. Kau yang tinggalkan aku."

Airmatanya yang hangat membasahai bahuku, aku kesat dan terasa jari-jari halusnya dipipiku, menyapu tiap titis airmataku. Dia akhirnya tersenyum, memandang mataku dalam-dalam. Dapat aku dengar kerinduan yang dia bisikkan ke mataku. Dimasa yang sama aku turut melakukan perkara yang serupa. Aku mahu dia tahu betapa ikhlasnya aku dalam persahabatan kami.

"Kau tak dating dengan Sofea Jane celup tu?"
Kami sama-sama ketawa. Teringat aku kat Shazlin. Surat yang aku terima dari Shazlin semalam sama-sama kami baca.


"Ray, saya mintak maaf. Apa yang jadi antara Farah dengan awak, semua sebab saya, salah saya. Saya faham apa Farah rasa. Jangan salahkan dia, sebab saya yang ajak dia jumpa. Awak bertuah, Ray. Farah sempurna. Sebagai perempuan, saya tau Farah sangat menyayangi awak dan begitu memahami awak. Awak bagi saya istimewa, tak ada kata-kata boleh saya gambarkan tentang perasaan saya pada awak, tapi awak bukan untuk saya. Maafkan saya sekali lagi. Saya akan tetap kenangkan awak dan saya doakan kebahagian korang berdua."

 

"Sofea Jane?" Aku ketawa.
"Tak. Aku lagi suka Catherine-Zeta-Jones."
Sambil tersenyum, aku dia peluk. 






Tags

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!