Pertemuan ~ Adi Badiozaman Tuah

Ray FL


Bila kita bertemu

jangan kau rebahkan diri
di atas ranjang kenangan
kerana untuk merenangi semula
tasik ingatan itu
akan melukakan lagi hati
yang mula sembuh
dari luka maha pedih
bila dipaksa menerima erti perpisahan.


Bila kita bertemu 
biarlah kita berdepan
bagai sepasang kekasih
mencari kekuatan tapak masa kini
dalam merangka kewujudan masa depan
tanpa menoleh kembali
pada gubuk-gubuk pertemuan itu
yang telah lama kita tinggalkan
di persimpangan jalan.


#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!