P(caps)aku Tekan merasa sesak nafas berada dalam himpunan umat manusia yang excited nak menyaksikan pertandingan merebut katak air pada hari dan masa yang telah ditetapkan.
“Memang jakun tak pernah tengok katak air la tu.” Paku Tekan mengutuk spesis manusia dalam hati.
Seramai enam puluh empat peserta mengambil tempat, tetapi hanya dua puluh yang layak. Selebihnya kantoi sewaktu pembentangan Prinsip Keabadian Momentum. Ada tu lagi teruk, failed menjawab rukun Negara.
Bagi Paku Tekan tu semua tak de hal, dia memang selalu buat revision dan perancangan untuk mengadap benda-benda remeh seperti itu. Strategy and planning tu penting bagi dia. Berbaloi segala penat lelah, nampaknya raja amat berpuas hati dengan kertas kerja PKM yang Paku Tekan bentangkan. Baginda kelihatan amat teruja dan impressed dengan semua penghuraian detail, almost perfect katanya… Adatlah, raja-raja, mana sanggup nak up orang kebanyakan, apa lagi antu paku, walaupun dia tau antara orang kebanyakan tu memang ada idea yang excellent. Ego dalam darah diraja mengalir, mesti ada je yang tak lengkap, mesti aje je tak kena, dia je la yang perfect, yang genius walaupun kadang-kadang jelas tindakan mereka membabi buta.
Anyway, sewaktu pembentangan tu, mata nakal Paku Tekan sempat bermain-main dengan mata Puteri Sanggul Terbalik.
“Cun la plak,” bisik hati kecil Paku Tekan lagi.
“Tapi pe leh buat, nak jadi bini orang dah pompuan tu. Hai hati, jangan la ko jatuh cinta hendaknya. But what a waste... Sikit punya lawa bercahaya cam ni, si Slash hamlau tu plak yang dapat. Rugi tol... Hmm, tak pe la. Kita tengokkan je pe nak jadi nanti. Awek ni, kalau mengikut apa yang aku nampak dan dengar kat jeti itu ari, bukan rela nak kawin dengan mamat tu. Mamat tu pulak kemain blagak, riak lagi. Tak sesuai, tak sesuai... Takpe, just wait and see, bak pepatah omputeh, ‘One man's folly is another man's wife.’ Aku setuju sangat tu.” Begitulah advancenya fikiran Paku Tekan sewaktu menyaksikan wajah Puteri yang bercahaya bila disuluh spotlight.
“Ini dia katak air tu. Siapa dapat tangkap dia juara. Katak air ni beta import khas dari Kazakhstan utara.” Paku Tekan mendengar dengan penuh terliti. Dia tersenyum sinis bila melihat muka si katak air yang tak berdosa. Matanya bulat terkedip-kedip dengan bibir yang seakan-akan tersenyum. Kulitnya kelihatan bersinar kehijauan bagai lumut disinari cahaya bulan.
“Macam la negara kita kekurangan katak air yang bagus-bagus. Kazakhstan gak yang kau nak import. Ni mesti banyak bazir duit rakyat beli katak bodoh tu. Confirm.”
“Engkau cakap aritu katak air ada banyak, ni satu je yang kena rebut. Ko bagi information tak betul la. Ko sama bingai dengan ko punya raja. Komplen Paku Tekan kepada pegawai pendaftar sebelum acara dimulakan. Si balaci raja hanya menyengih cam sambil menggaruk-garuk kepala botaknya.
Dipendekkan cerita, pertandingan pun dirasmikan raja. Katak air dilambung ke dalam tasik. Menyedari masa yang ada amat terhad, Paku Tekan sedaya upaya merebut katak air tersebut setangkas mungkin. Si katak Kazakhstan memang licin, licik, susah nak dipegang asyik terlepas je. Kakinya panjang pulak tu sekali lombat seratus dua puluh lima meter dia boleh pergi. Macam mana pun itu bukan satu masalah bagi Paku Tekan yang dah biasa dengan dunia akuatik. Kecik punya hal.
“Oi, katak air,” Paku Tekan menggunakan kelebihannya bertutur dengan makhkluk asing.
“Eh, ko boleh bercakap dengan aku?” Katak air membalas mesra, dengan senyuman ikhlas yang teruja.
“Boleh. Aku memang ada ambik kursus belajar bahasa alam. Ni, aku ada deal baik nak offer ko. Kalau ko rela bersekongkol dengan aku, aku akan bebaskan kau dari cengkaman raja bingai tu. Aku nanti anta kau balik Kazakhstan jumpa anak bini ko, nak tak?“
“Bagus bunyinya tu bang, tapi aku mana ada anak bini. Bini aku dah lari ikut tokey babi.”
“Oooo tokey babi. Kesiannya, sorry la, apa boleh buat. Kebanyakan perempuan memang cintakan kebendaan, ko sabar la. Kat sini pun ramai katak air yang hot nanti aku kenalkan kat ko.”
Akhirnya dalam masa limablas minit, katak air berjaya ditawan secara sukarela. Persetujuan dimeterai tanpa hitam putih, hanya berbekalkan kepercayaan dan jati diri. Tersenyum gembira katak air Kazakhstan tu bila dia merelakan dirinya ditangkap, melambangkan kesanggupan dan keihkslasan hati.
Katak air pun dipersembahkan kepada raja.
“Mana 2000 pound sterling aku? Cash. Aku tak boleh lama-lama kat sini. Jap lagi nak ambik anak balik sekolah. Pastu nak anta bini g spital, dia pening dari semalam, muntah-muntah, tak tau la kenapa, hamil lagi kot. Ni duit hadiah nak menyambut kehadiran orang baru la ni.” Seikhlas hati Paku Tekan berterus terang dengan alasan yang direka mindanya. Dia kena cepat. Masa hampir tamat. Tapi raja mentertawakan permintaannya itu.
“Sabar boleh tak tuan hamba. Marilah yamseng dengan beta dulu, beramah mesra sampai mabuk-mabuk. Beta nak jugak tahu tentang kehandalan tuan hamba, bukan senang nak tangkap katak air ni. Kazakhstan kaki panjang-panjang, lumayan. Ahhaha.”
Huh, apala sangat katak air, tu pun dorang nak heran. Bodoh, bodoh… Kutuk si Tekan dalam hati.
“Eh, tak pe la raja. Tak yah susah-susah la. Aku banyak keje kena buat kat rumah. Tak kan nak harap bini aku handle semua tu. Kesian dia. Dia wanita lemah. Kalau raja nak yamseng-yamseng dengan aku, lain kali buat la appointment dulu.”
Akhirnya raja membiarkan Paku tekan pergi. Tapi dia diminta kembali ke istana, menyertai makan malam dalam majlis tari menari yang akan diadakan pada malam minggu yang akan diumumkan nanti.
Hati Paku tekan merasa amat senang. 2000 pound sterling, cash, disimpannya baik-baik dalam tengkolok. Bila dia bertukar menjadi antu paku semula, terus dia ke klinik pergigigan antuantu, tak sabar nak buat gigi. Tak sabar nak jadi lawa. Tak sabar nak bercouple lagi. Kalau ada jodoh, memang dia teringin sangat nak mengakhiri zaman bujang. Hati dia begitu gembira, terasa perjalanan hidupnya bagai baru bermula.
#
(ads)
“Ko hilang dari pagi sampai ke petang, masak tidak apa tidak… mana ko pegi?” Tengking Paku Payung sebaik saja Paku Tekan sampai di rumah selepas mengatur temujanji dengan doktor gigi bernama Zubaidah. Doktor Zubaidah baik dan peramah antunya. Dia dari kalangan spesis balan-balan, tapi dia ada hati yang mulia, tak seperti kebanyakan balan-balan yang lain. Dia ni ada visi dan cita-cita. Cuma dia masih belum bertemu jodoh yang sesuai. Memang susah nak carik jodoh di kalangan antu spesis tu sebab kebanyakan mereka jenis pentingkan diri sendiri dan memandang remeh tentang cinta. Bercakap soal cinta dan kasih sayang sesama antu, mereka akan cakap, “Cinta? Huh, jijik aku mendengarnya.”
“Aku buat keje part time, carik duit, bukan cam kau tu ngangkang siang malam.”
Malas Paku tekan melayan si adik yang suka carik hal.
“Huh, part time kat hotel bajet ke? Hik hik, hik hik…”
Perli si Paku Payung yang jerawatnya makin subur dimuka sampai ke leher.
“Aku tau halal haram, tak payah la ko nak carik point gaduh dengan aku. Baik ko pergi carik keje la, dari ko melahu duk rumah tak mendatangkan hasil, mengabihkan pucuk paku je.”
“Ko tak yah nak bajet baik sgt la, sial. Cam bagus je kan… Nak suruh aku keje la apa. Daddy and mummy pun tak cakap apa ko lak lebih-lebih.”
Dia menengking lalu menghentak kepala Paku Tekan dengan jam loceng. Maka pergaduhan kecil pun terjadi. Telinga digigit lagi, putus, tumbuh, putus, tumbuh balik. Rambut ditarik-tarik, leher dicekik-cekik, perut dipijak-pijak, tapi tak jugak mati-mati. Sampailah mak dia datang meleraikan persengketaan sesama saudara.
“Adik beradik pun nak bergaduh hari-hari, pe-dap aku la. Kalau camni aku lari batu blah batu telungkup baru korang ada akai.“
“Memang keluarga kita tak pernah bahagia. Mummy and daddy asik menangkan si Tekan sial ni. Dia la yang hebat, yang baik, yang smart, rajin, aku ni hodoh, malas, bodoh. Semua yang buruk aku, semua yang best-best dia. Memang korang semua berat sebelah, tak adil!!! Aku ingat kerajaan je tak adil, rupanya dalam institusi kekeluargaan pun sama je…”
Dalam tangisan, Paku Payong meluahkan rasa tak puas hati.
“Bagusla kalau ko sedar semua tu, Payung, so apa lagi? Tak reti-reti nak perbaiki kelemahanmu itu?”
Tiba-tiba si daddy mencelah sambil menyalakan Habanos Cuban Hand Rolled, Long Filler Cigar, diimport khas dari Cuba. Paku Tekan tersenyum lebar menyerlahkan sinaran gigi jongangnnya sambil menunjukkan ibu jari ke atas kepada si adik.
#
(ads)
Sewaktu membasuh kain selepas pergaduhan singkat itu, tiba-tiba Paku Tekan terdengar satu suara memanggilnya dari dalam air.
“Krek, krek, krek… Feww wittt oi antu, aku ni, Kazhi.”
Muncul katak air Kazakhstan dan melompat ke atas batu berhampiran. Wajahnya tetap friendly.
“It’s so fucking great to see you again. Ko ni yang tadi muka cam Kurt Kobaik tu kan yang janji nak anta aku balik Kazakhstan?"
“Ha ah, aku la tu. Ko datang ni nak tuntut janji ye? Nanti la aku Gogol tiket balik ke tanah air ko. Aku harap cukup la duit aku nak anta ko ke sana.”
Penjelasan Paku Tekan disambut ketawa sumbang dari si Kazhi.
“Jangan ko risau hal tu. Aku tak kisah duk negara mana pun, tapi bukan dalam istana, bukan dengan raja tu, boring siul. Pening aku tengok dia melayan gundek siang malam. Nak terkeluar tali perut aku ni ha. Kalau la aku ada kamera, memang kaya aku jadi tokey filem blue.”
Mereka ketawa, senang hati. Terasa lapang dan bebas.
“So, apa aku boleh buat untuk balas jasa baik ko tu… Kazhi?”
“Ah, tak payah susah-susahla. Jadi kawan pun aku dah syukur. Ko nama apa?“
“Tekan.”
“Hmm antu paku, kan?” Paku Tekan mengangguk jujur, memandang wajah si katak air yang selalu suka tersenyum.
“Memang aku dah agak masa mula-mula tengok ko sebab aku nampak muka ko yang sebenar. Especially gigi ko tu memang obvious sangat la. Tapi manusia tak nampak tu sebab dorang ni suka lihat apa yang dinampak, tak tengok disebalik. Ko paham tak maksudku ini? Aku ni memang suka kesusasteraan Mesir, ko pepandaila pahamkan ye.“
“Aku paham. Aku pun suka falsafah dan psikologi. Pe ko cakap tu betul.”
“Puteri tu tak bahagia, ko tau?”
“Aku tak kenal pun dorang ni sebenarnya. Tetiba port sini, aku nampak iklan tu, aku nak menang sebab nak buat gigi je. Aku ni miskin, tak de keje. Sebab tu aku masuk bertanding. Nak harap kompol duit jual paku pakis dan kangkung sungai berapa sen sangat la…”
Sayu suara Paku Tekan menceritakan hal sebenar. Wajah Kazhi pun turut muram bila mendengar kisah pilu itu.
“Tapi berbaloi la, usaha ko dah berjaya. Nanti dah lawa jangan lupa aku ye.”
“Takkan aku lupa, ko yang tolong aku. Kita sahabat mulai saat ini.”
Tangan pun dihulur, ikhlas tanpa mengira pangkat dan darjat. Hati yang suci tetap bersatu, tak kira bangsa atau kepercayaan.
“Ha, ni berbalik cite Puteri Sanggol Terbalik tu. Baginda sebenarnya tak bahagia dengan perkahwinan yang diatur oleh raja-raja. Aku penah nampak baginda cuba bunuh diri guna pisau cukur dalam bilik air, tapi tak jadi, pisau tu tak cukup tajam. Ada lagi, baginda pernah telan pil kuda banyak-banyak. Panjang umurnya, tak jalan gak. Jadi rupa kuda lagi ada aku tengok. Memang belum ajal dia. Muda sangat lagi pun nak mati. Aku sebenarnya teringin benar nak cakap dengan baginda, bagi khidmat nasihat. Malangnya baginda bukan paham bahasa alam… Tapi aku kesian kat awek tu.”
“Ohhh bahaya tu sampai nak menamatkan riwayat diri… cinta mana boleh dipaksa-paksa. Inikan pulak perkahwinan. Kenapala masih ada lagi golongan yang berfikiran camtu?”
“Bapak dia, sebenarnya banyak utang, utang negara dah cecah trilion, sebab tu la dia nak kawinkan sangat si Puteri tu dengan Putera Songkok Beracun. Ni kira macam jual anak la. Deal dorang kalau anak dah kawin, tanah air akan disatukan. Pasukan tentera laut, darat dan udara pun akan jadi kuat, bla, bla, bla... Sebenarnya tak logik pun sebab-sebab tu, dorang main petik je, tak ikut fakta, tangkap muat. Padahal tujuan sebenar, masing-masing nak rebutkan harta negara. Masing-masing nak ambik kesempatan. Lu paham maksud gua kan?”
“Sangat faham. Aku pernah mengalaminya dalam kisah hidup sebenar. Nantila aku ceritakan bila persahabatan ini dah semakin kukuh. Hmmm…Camni la Kazhi, aku boleh tuliskan surat nasihat untuk baginda. Apa kata ko jadi posmen? Mana tau cara ni kita dapat selamatkan beliau, sambil-sambil kita buat bakti dan pahala. Sia-sia jadi lawa kalau hati tak gembira.”
“Bijak dan mulia usulan ko tu Tekan. Marilah sama-sama kita usahakan.”
“Wanita harus dihargai dengan kasih sayang, dibelai dengan rasa hormat. Bukan disiakan-siakan.”
“Ye, aku setuju dengan kau, Tekan.”
Maka bertungkus-lumuslah dua orang sahabat baru itu mencari ilham untuk mengarang surat nasihat kepada beliau yang tak gembira, Puteri Sanggol Terbalik.
Dipaksa berkahwin memang sesuatu yang cukup kolot, memang idea lama. Tak leh dipakai lagi. Memang tak masuk diakal, bila soal perasaan diperkotak katikkan. Sayangnya, teori ni masih dipraktikkan sesetengah golongan yang tamak haloba. Contoh terdekat, ex boyfriend Paku Tekan yang dah join venture dengan spesis antu kopek demi kesinambungan warisan harta kekayaan turun temurun. Biarpun ada jiwa dan hati yang menderita terkorban, itu bagi mereka semuanya bullshit, kerana visi mereka berbeza. Kemewahan dan material adalah segala-galanya. Segala yang menentukan kebahagiaan, kegemilangan. Mereka berpegang pada prinsip ini — Kasih sayang hanya untuk orang tak ada wawasan.
“Ni kita nak tulis dalam bentuk essei ke syair? Aku tak biasa tulis-tulis surat ni sebenarnya. Last aku tulis masa nak apply keje D.O aritu, tapi tu pun rejected. Memang aku tak de rezeki keje kerajaan kot.”
“Takpe, nanti adala tu rezeki ko dalam sektor swasta… Ha, ni sekarang ko reka je pantun empat kerat, tuan puteri suka tu. Waktu lapang beliau, beliau suka berpantun sendirian, hobi kot.”
“Assalamulaikum, hamba mulakan
What are you up to, si cantik menawan?
Izinkan diri ini hamba perkenalkan
Nama hamba si Paku Tekan.
Tuanku tak berapa hamba kenali
Pernah la kulihat sebanyak dua kali
Cerita kudengar dari si Khazi
Katanya tuanku tak gembira di hati.
Si katak air ada bercerita
Tuanku akan dikawinkan secara paksa
Sedih hamba bila mengetahui
Tuanku pernah cuba membunuh diri.
Tak cool tuanku, tindakanmu itu
Hamba percaya masih ada waktu
Untuk tuanku melepaskan diri
Dari cengkaman kuasa dan duniawi.
Maaf kiranya hamba ni busy body
Sharing is caring, dont you agree?
Kalau rasa best sila la balas,
Niat hamba tulus dan ikhlas.”Yang prihatin,~ Paku Tekan, Orang Kebanyakan
“Amacam, OK tak ni?”
“OK la tu buat permulaan. Kita tengok dulu respon dia camne. Kalau positif, kita mulakan langkah seterusnya.”