HHP 2 : Pertandingan Merebut Katak Air

Ray FL
0



D(caps)ah dua hari sejak kapal di raja tu terkangkang kat tepi pantai dan selama dua hari itulah orang-orang kampung ni sibuk bersuka ria. Sukanekalah apa. Mereka lalai dan leka dengan pesta keramaian. Begitulah mengikut pengamatan Paku Tekan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Filosofi (dengan kepujian) dari Universiti Kebanggaan Antuantu.


Tiap petang, lepas basuh kain, seperti biasa dia akan lepak main seruling kat tepi jeti. Kadang-kadang terlintas di fikiran Paku Tekan untuk mengembala kambing ada gak pekdah dari tiup seruling membuang tenaga tak mendatangkan hasil. Zaman sekarang memang ramai graduate yang menganggur. Dia tak terkecuali.


Seketika fikirannya terbawa kepada si Cheesy, antu yang pernah menjadi belaian kalbunya suatu ketika dulu. Cheesy, memang anak load. Kaya raya, hartawan mak ayah dia ada kilang susu. Semua jenis susu dari segala sumber. Keluarga dorang dah menguasai semua bidang berkaitan susu sejak zaman berzaman.


Tapi Cheesy tak ada kelulusan macam dia. Antu tu setakat berkelulusan PMR, itu pun teruk benar keputusan dia, tak ada A langsung, seingat Paku Tekan. Pemalas, lembik dan dia merasakan harta kekayaan mak abah dia cukup untuk dia menjalanani masa depan yang penuh gilang gemilang. Pelajaran tak penting katanya.


Pernah Paku Tekan berdebat dengan Cheesy tentang hal ini, tapi tiap kali Paku Tekan menasihatkan untuk dia belajar sekurang-kurangnya SPM, tiap kali tu jugaklah, Cheesy akan merajuk berbulan-bulan lamanya. Anak antu tu memang bencikan sekolah. Dia lagi rela bermain-main di ladang lembu tenusu milik keluarganya. Sebab tulah dia busuk. Mengeluh. Paku Tekan mengeluh lagi bila dia mengenangkan bekas pakwenya yang manja itu.


(ads)


Sewaktu melangkah pulang ke rumah, Paku Tekan melintasi Kedai Kopi Kapur Barus. Telinga hantu pakunya yang memang ultra sensitive menangkap perbualan orang-orang sekeliling dengan jelas, di luar kehendaknya, tanpa dipaksa-paksa. Kedengaran salah satu antara mereka yang melahu buang masa minum kopi tu berkata, “korang tau tak, mulai esok macam-macam pertandingan akan diadakan kat kampung kita ni. Hadiah hebat-hebat lagi. Semua raja sponsor, pakai duit rakyat.”


Kata-kata itu telah menarik minat Paku Tekan untuk mendapatkan informasi yang lebih detail. Lalu dia bergegas ke papan kenyataan yang terletak di dewan orang ramai, beberapa langkah dari kedai kopi tersebut. Dia membaca dengan teliti setiap iklaneka yang tertampal di situ.


“Pertandingan Merebut Katak Air. Hadiah dua ribu pound sterling berserta makan malam bersama raja dan koncu-koncunya dalam majlis tari menari.”

“Woo, ni banyak bagus,“ bisik Paku Tekan dalam hati.

“Kalau aku menang, bolehlah aku repair gigi jongang aku ni, mesti cantik nanti. Jangan kata Cheesy, Orlando Bloom pun boleh tergoda tengok aku. Aku kan memang lawa, tinggal gigi ni je buat hal ha…”


Dia tersenyum sendirian. Pertandingan itu akan bermula tiga hari lagi. Pendaftaran akan dibuka mulai esok. Semalaman Tekan tak boleh tidur memikirkan hal tu.


“Aku antu paku. Tu semua pesta untuk manusia… Camne aku nak masuk bertanding? Aku tau aku boleh menang, takat katak air ape sangat la. Ntahapepentah la manusia, macam tak de tema lain nak entertain raja. Katak air pun jadi…. Huh… apa punya mentaliti la…. Arggghh lantak la, biarkan manusia dengan kejahilan mereka. Yang aku tahu sekarang, aku kena carik jalan camne nak masuk bertanding.”

#

(ads)


Esoknya, pagi-pagi selepas menyediakan sarapan, Tekan berdiri mengadap cermin, dalam keadaan separuh bogel. Dia membelai-belai kulitnya yang halus dan rambutnya yang bergelombang macam air laut, mengagumi kecantikan diri sendiri. Tapi kegembiraannya itu terhenti bila dia memandang mukanya.


“Aku tak boleh blah dengan gigi ni…. Bloodyhell……….”


Lantas dia meninggalkan cermin lalu duduk di meja makan menunggu daddy dan mummy serta adiknya Paku Payung untuk bersarapan bersama. Paku payung memang selalu bangun lambat, sebab dialah sarapan bertukar menjadi brunch.


Daddy… I have a question.” Dia memulakan mukadimah.


“Ha, apa dia? Macam-macam hal la kau ni. Pagi-pagi dah banyak tanya. Terantuk kepala ke apa tadi malam?”

“Dulu arwah nenek penah bagi tau, kita ni spesis antu paku boleh berubah jadi manusia kan?”

“Ha la, kenapa? Tu pun nak heran? Ko nak ubah jadi anjing laut pun boleh, apa ada hal.”


Jawab si ayah, acuh tak acuh tapi cukup untuk buat hati Paku Tekan berbunga liar.


“Ingat nak try, tu la aku tanya.”

“Tapi kan darling, kalau kita ubah jadi manusia tu seratus doploh minit je leh tahan, kan? Pastu tepat minit ke seratus doploh automatik bertukar jadi antu balik, kan? Kan darling, kan? Pastu kena pantang takleh makan paku pakis dan kangkung sungai, kan darling, kan?” Celah si ibu yang gemok. Pipinya masih berbaki bedak sejuk. Rambutnya kusut masai, entah apa dibuatnya malam tadi dengan laki dia, hanya mereka yang tahu.


“Ye, mi amor. Minit ke seratus doploh… Takleh makan benda-benda tu dua jam sebelum beraksi… hehehe… Amacam aksi kucing I malam tadi, manja tak, hebat tak? Comel la you ni… Geram I. Jom masuk bilik… Sayang I tak?”

“Sayang sangat…. Darling best… strong. Malam karang kita main lagi, erk…Macam malam tadi, awesome.”


Hampir terpelanting keluar labu air yang dijamah Paku Tekan bila menyaksikan babak romantis berbau erotis itu. Dia lantas memejamkan mata dan cuba membawa diri ke alam lain tapi hakikatnya dia masih lagi di situ.


“Ko apahal, nak tido masuk biliklah, dah la labu air ni sejuk, kopi manis medu. Kau memang nak bunuh aku, kan?” Secara tiba-tiba Paku Payung menemplak kakaknya yang tak bersalah.

“Aku bermeditasi sekejap, apa kau susah hati? Syukurlah ada sarapan, harapkan kau, memang mentaho la kita.”

“Huh, cakap lawa konon. Bajet bagus. Ko memang jenis antu hotel bajet.”

“Sekurang-kurangnya aku ada Ijazah. Tak macam kau tu, SPM tiga kali ulang, tiga kali la ko ke laut. Bongok. Dahla aku malas nak layan adik bangang cam kau ni. Jangan kau ganggu hidup aku lagi. Aku nak gi jogging."


Tekan pun berlalu. Dia ke sungai, tempat dia selalu membasuh kain. Dua jam. Dia berkira-kira, kali terakhir dia makan pucuk paku adalah dua hari lepas. Maknanya memang tak de masalah la kalau dia nak test power sekarang ni, fikirnya.


“Aku mesti cuba.”

Lalu dia pun  memejamkan mata dan melafaz niat dalam hati, membayangkan wajah manusia yang dia nak jadi. 


Pinggggggggg!!!  Serta merta bertukar. Lantas dengan segera dia set masa berdurasi seratusdoploh minit pada jam tangan jenama Casio Pathfinder Triple Sensor, hadiah dari arwah neneknya dulu. Dengan perasaan excited dan yakin diri yang tinggi, dia melihat ke dalam air.


“Aik, pesal lain je muka ni. Ada misai goatee bagai, apahal? Aku wish muka ni ke tadi? Tapi hensem lak mamat dalam air ni.”

Dia tertawa kecil bila melihat muka yang terpantul dicermin kali adalah seorang lelaki gagah, berkulit cerah, berambut panjang ala ala Kurt Kobain.

“Arg… biaq pi la, janji aku dapat masuk bertanding. Dua ribu pound sterling. Buat gigi baru patrat pound. Ada lagi sibunam, aku nak beli mp4, laptop. Tu baru dalam tigarat pound. Ada lagi sibutiga... Lepas je kalau nak buat breast implant, kalahkan Creamer si antu kopek tu. Arghh, nak buat pe. Banjaran gagah aku dah tentu-tentu cantik terbentuk sempurna, nak buat apa rosakkan dengan benda-benda sintetik macam tu? Ada baiknya aku melabur dalam amanah saham antuantu. Tiap tahun beranak duit tu. Rancangan jangka masa panjang yang baik. Hmm, akan aku usahakan dengan yakin dan percaya.”

#

(ads)


“IC.”

Minta pegawai bertugas. Kurang ramah. Matanya memandang atas bawah muka toya si Paku Tekan. Dia rasa tak selesa. Tak biasa dipandang-pandang begitu.

“IC!!! Pekak badak ke apa?!” Balaci raja meninggikan suara.

“IC… Tak de, takde …. Aritu ilang, buat baru pejabat pendaftaran cakap sebulan lagi siap. Nanti dah siap aku bagilah.”

“Ko orang baru sini ke? Tak penah nampak pun.“

“Tak ah, ni kan memang kampung aku. Lama dah aku duk sini. Bukan ko ke yang baru datang sini? Ko balaci raja kan?”

Apa bodoh sangat manusia? Ada tanda tanya dalam hati kecil Paku Tekan.

“Ha ah, erk… Ye tak ye. Hmmm nama kau apa?”

“Nama… Tekan Bin Paku.“

“Ha ha hah haaha…. Muka hensem nama Paku Tekan. Huh… Abah kau tak de idea nak letak nama ke?”


Pegawai pendaftar yang bernama Togol, menurut name tag yang dipakai, mempersendakan nama anak si hantu paku. Tapi Paku Tekan tetap maintain cool dan menjawab penuh humble, “apa ada pada nama…”


“Ntahpepepe… Lantak kau la, umur berapa, bila tarikh lahir.”

“Umur 25, lahir bulan lapan 57, hari mulia, hari yang merdeka. 31 Ogos, incik.”


“Masa pertandingan tu nanti, ko kena ikut semua syarat-syarat. Takleh pakai mask, takleh pakai snorkel. Fins pun tak dibenarkan. Kena natural. Katak yang terbanyak dianggap pemenang. Sapa paling cekap dan tangkas dia juara. Lagi, sebelum bertanding, raja akan test korang. Korang kena hafal Rukun Negara. Bukan tu je, baginda jugak akan memintak korang definisikan Prinsip Keabadian Momentum secara mendalam siap dengan contoh-contoh sekali. Siapa tak dapat jawab, tak leh masuk bertanding. Kira kalah sebelum bertanding la. Dua ribu pound sterling tu, brother. Siap makan malam, tari menari di raja lagi. Aku pun tak pernah. Hey… Kalau ko menang, ko kim salam kat Puteri Sanggul Terbalik tu tau. Cakap kat dia secret admirer kirim salam. Aku lama dah usha beliau, tapi tu la…. Malaun tu senang-senang je dapat. Cuba ko tengok muka aku betul-betul… Dia ke aku lagi hensem?”


Panjang penerangan yang diberi si Togol sambil menonjolkan jarinya ke muka  sendiri.


“Sebenanya, aku lagi hensem,” jawab Paku Tekan dan dia pun berlalu. Ada beberapa minit sebelum dia akan kembali ke bentuk asal. Waktu itu digunakannya dengan bersiar-siar di sekeliling pekan, menjenguk pasar minggu. Tak pernah dia ke situ dalam jasad seorang manusia.


Paku Tekan agak kehairanan mengapa semua mata tertumpu pada dia. Tak kira yang muda atau yang tua, yang berjalan bawak payung atau yang tengah sarat mengandung, mahupun yang sedang khayal isap candu. Untuk tidak kelihatan poyo, Paku Tekan sedekahkan mereka dengan senyuman dan senyuman itu dibalas dengan senyum simpul, senyum sinis, senyum senget, senyum manja, senyum mesra, senyum menggoda, senyum kambing, malah ada yang tersenyum dalam tangisan. Jauh di sudut hati, Paku Tekan tertawa melihat gelagat manusia yang pelik.


“Ich kann überhaupt nicht verstehen, wieso diese Leute verdammt bescheuert sind.”


Hati kecilnya berbisik dalam bahasa Jerman sambil wajahnya tetap menyimpul senyum sementara kepalanya digeleng-gelengkan. Terasa haus, Paku Tekan berhenti di sebuah stall jual air tebu.


“Cik, bungkus air tebu satu,” pinta Paku Tekan dengan penuh lembut, sopan santun berbudi bahasa tinggi. Si gadis penjual air tebu berpaling. Dia tergamam lalu jatuh pengsan. Bapanya panik, orang sekeliling jugak panik.


“Apa kau buat kat anak aku???!!! Bedebah!!!“ Si bapa meluru lalu mencekak leher baju Paku Tekan yang tak bersalah.


“Tak, bang…abah...er pakcik… Saya tak buat pepe pun, saya haus nak beli air tebu je… Tetiba dia jatuh, dia ada darah rendah kot...”

“Huh.” Si bapak menolak kasar Paku Tekan hingga jatuh.

“Aku nak air tebu…”


Tapi kesian Paku Tekan. Tak sapa melayan lalu dengan perasaan hampa, Paku Tekan kembali ke tepi sungai. Manusia memang tak adil. Benci aku. Katanya dalam hati.


Beep, beep… Pingggggggg!!! Time’s up. Kini dia bertukar kembali menjadi antu paku tanpa dapat merasa air tebu.



Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!