HHP 6 : Buat Gigi

Ray FL
0





P(caps)aku Tekan singgah di klinik gigi Doktor Zubaidah selepas beberapa jam menghabiskan waktunya dengan Khazi di sungai. Banyak yang mereka bualkan. Dari topik ke topik, dari isu negara hingga ke isu global, dari kisah sedih membawak ke rasa senang hati bila mengumpat raja. Katak air bernama Khazi itu nampaknya seekor amfibia yang peramah dan mempunyai sikap setiakawan yang tinggi. Paku Tekan merasa amat gembira dan bersyukur atas pertemuan yang telah ditakdirkan untuk mereka. Semenjak berkawan dengan Khazi, aktiviti meniup seruling di jeti dengan serta merta diabaikan. Malah cita-cita dia untuk mengembala kambing pun lesap begitu saja sejak bertemu si katak air yang telah membuka visinya memandang hidup dari sudut yang lebih luas lagi.


Khazi lebih selesa duduk berdaulat di tebing sungai, ditemani flora dan fauna yang indah dan permai. Apa barang melepak kat jeti yang penuh sesak dengan manusia dengan 1001 problema dan ragam. Hantu paku lainla, tak siapa boleh nampak spesis ni kecuali menggunakan mata hati dan kuasa intuisi yang tinggi. Cuba dia yang melepakkan diri kat jetty, memang jadi bahan pameran la jawabnya. Manusia memang pelik, tengok benda pelik sikit mula la dorang jadi pelik. Dengan itu, katak air memilih untuk menjauhkan diri dari dikerumun manusia.


“Minggu depan settle la gigi you ni Tekan. Tak banyak lagi nak dipimp up, kicik punya hal,” kata Doktor Zubaidah sambil membancuh vodka dan orange juice untuk mereka berdua nikmati sesudah sesi rawatan.


Thanks, Doc. You memang hebat, saya memang puas hati dengan kerja you. Agak-agak berapa kos bersih rawatan gigi saya ni?”

“Sebelum diskaun dalam 500 pound. Sebab you selalu cuci gigi kat sini, I bagi special price la nanti. Eh, you tau tak, semalam bini Cheesy datang, sakit gigi katanya. Huh, you tau, bila I check, mak datuk, gigi dia, macam tombstones, and she has breath from hell. Seriously.” Doktor Zubaidah memulakan sesi mengumpat. Paku Tekan mendengar acuh tak acuh, malas dia nak ambik port sangat hal antu kopek bajet hot tu.


“Dia bunting ada dengar cerita tak? Tak sangka I dia bunting, dengan exes dia dulu, mana sempat mengandung, semua kena cerai. Dengan Cheesy ni melekat pulak.” 


Tergelak besar Paku Tekan mendengar berita tersebut. Creamer mengandung? Alah, dengan ex-ex dia dulu bukan tak pernah mengandung, tapi memang sengaja dia buang, tak nak komitmen katanya. Hal ni Cheesy sendiri pernah cerita masa belum kawin dulu, masa keluarga si Cheesy sibuk nak meminang si Creamer. Pernah Cheesy mengadu kat dia sampai meleleh-leleh air hidung, konon tak sanggup nak berbinikan antu kopek yang bersifat dominan tu. Menurut Cheesy, dah ada beberapa kali si Creamer pregnant tapi dia gugurkan sebab tu dia tak sure nak kawin dengan si kopek. Katanya kalau boleh dia nak kawin dengan antu yang masih dara lagi, macam si Paku Tekan. Kawin dengan janda? Enam kali menjanda lak tu… adohaiiii…. Mengeluh si anak hartawan bila menceritakan kisah sedihnya kepada si awek.


Waktu Cheesy berkongsi gundah gulananya, memang hancur luluh perasaan Paku Tekan Mendengar berita menyayat kalbu tersebut. Namun dia tetap tabahkan hati untuk memberi sepatah dua kata nasihat dan semangat untuk sang kekasih meneruskan hidup tanpa dirinya supaya dapat melupakan cinta selama lapan tahun yang tak berapa membanggakan.


Amor, ni semua ketentuan Tuhan. Mungkin Creamer akan buat kau bahagia, terimala dia seadanya. Keluarga kau tak akan dapat terima aku.”

“Tapi aku sangat mencintaimu, Tekan. Kaulah antu pertama yang mengajar aku erti kasih sayang. Kau pandai jaga diri, kau suci. Kau tak pernah bercampo gaul dengan antu yang tak bukan-bukan. Kau bijak, pandai. Mengapalah kejamnya keluarga aku… Baby, aku tak tau camne nak teroskan hidup tanpamu… Tak akan ada antu lain yang dapat menggantikan cintamu, sayang.” 


Menitis airmata Cheesy satu persatu berserta air hidungnya.


Relax la, kau pun… Lama-lama nanti kau biasalah tanpa aku. Creamer pun lawa antunya, gigi dia tak jongang cam aku. Barang dia power, janda lagi. Aku dengar janda hebat di ranjang. Mesti kau puas. Nanti bila kau dah leka dengan layanan dia, kau mesti akan lupakan aku. Aku tak dapat bagi kau seks, tanpa nikah ijab kabul. Kau kawin je la dia tu, lagipun aku tak bercadang nak kawin kau dalam masa terdekat ni. Aku nak merantau. Nak sambung study, nak buat Phd. Kau PMR pun tak lepas. Memang kita tak setaraf. Kau anak load, aku anak ketua kongsi gelap. Aku rasa memang patut kau kawin Creamer. Dia setaraf dengan kau, pendidikan pun lebih kurang. Bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Kau lupakan aku, ye?” 


Begitulah nasihat yang diberikan Paku Tekan kepada Cheesy, yang hanya membawa kepiluan di hati sang kekasih. Biarpun kata-kata Paku Tekan bunyinya selamba dan sadis, tapi sebenarnya jauh dalam hati, dia merasa pilu kerana terpaksa merelakan perpisahan itu. Tapi sebenarnya dalam pada itu jugak, dia merasa senang hati sebab dia dah mula bosan dengan perangai si Cheesy. Pemalas. Sekolah malas, kerja lagi malas. Harapkan harta benda mak bapak je. Sebab tu Paku Tekan tak rasa terkesan pun dengan keputusan pihak keluarga Cheesy untuk menjodohkan dia dengan Creamer. Kira 20-80 la. Ada OK, tak de, tak pe, tak de hal. Tak menjejaskan pound sterling pun.


Selepas pertemuan di sungai hari itu, Paku tekan akhirnya meninggalkan Cheesy menangis sendirian. Malas dia nak layan blues, memanjang-manjangkan kisah. Dah nak kawin, kawin la, apa lagi nak slow talk? Banyak lagi hal lain nak fikir, nak buat, dari memikirkan si pakwe yang tak ada anjakan paradigma. Dan sekarang, di bilik Doktor Zubaidah, Paku Tekan tergelak gembira, merasa lawak dengan berita yang baru didengarnya. Hahahah, tak dapat dibayangkan camne rupa antu kopek tu bila berbadan enam. Setau Paku Tekan, spesis antu susu dan hantu kopek kalau mengandung mesti kembar lima sekali gus. Dia ketawa lagi bila mengenangkan muka bekas pakwe dia mendokong anak, memang lawak la. Entah apa rupa la budak-budak tu nanti.


I ingat you akan jeles bila I cerita ni, ketawa pulak dia,” kata Doktor Zubaidah sambil menambahkan vodka ke dalam screwdriver mereka. Doktor Zubaidah memang gemarkan vodka. Masa dia study kat Rusia dulu, memang itula minuman ruji dia untuk memanaskan badan. Maklumla, Rusia tu sejuk. Vodka memang telah banyak membantu beliau memanaskan badan sehingga mencapai keputusan yang cemerlang dalam pengajian beliau selama tujuh tahun di sana.


“Saya tak kisah. Bagusla kalau dorang nak membesarkan keluarga, biar si Cheesy tu belajar erti tanggungjawab. Yang si kopek tu pulak biar dia tau belajar jadi mak mak pulak, dari asik menceraikan laki je kerjanya. Lagipun Dok, saya ada cita-cita nak direalisasikan.” 


Maka berceritalah Paku Tekan serba sedikit tentang hasratnya untuk merantau mencari pengalaman sambil menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Doktor gigi menyokong dan memberi semangat kepada Paku Tekan. Katanya, ilmu memang penting dalam hidup ni. Tanpa ilmu, hidup umpama dalam kegelapan. Biarpun tak de degree, Master, Phd, yang penting ilmu penuh kat dada. Hidup ini adalah universiti terbaik, pengalamanla Phd nya.  Ingat senang nak timba pengalaman? Kalau tak de berani, tak de kekuatan mental yang tinggi, jangan mimpi la, brother. Paku Tekan bersetuju dengan khidmat nasihat yang Doktor Zubaidah berikan.


#


“Eh, apa kata aku pinjam duit kau sikit?” 


Setiba di rumah selepas buat gigi, Paku Tekan dijemput Paku Payung masuk ke dalam bilik tidurnya yang lintang pukang, busuk, penuh berposter Dio, Skid Row, Strypers, Led Zepplin, Kiss, dan ntah apa lagi kumpulan rock kapak omputeh yang macam setan… eh… poster Inul Daratakda dengan Broery Marantika pun ada? Paku Tekan berkata dalam hati. 


“Lari genre pulak, memang pedoman tak tetap dia ni.” 


Bau bilik tu dah tak serupa bau bilik tidur dah. Botol wiski, toddy, vodka, beer, ketom, bergelimpangan  di sana sini. Ashtray penuh dengan abu rokok, abu ganja, semua abu ada. Memang bilik tu penoh abuk, nampak benar tak pernah berkemas. Terok betul, memang tak serupa bilik perempuan. Paku Tekan duduk di atas katil adiknya yang berselerak macam tempat kucing beranak, tak pernah berkemas. Cadar tu ntah berapa bulan tak berganti agaknya. Busuk sungguh. Dia memerhatikan sekeliling bilik yang gelap, yang hanya berlampukan pelita katak. 


“Apa nak jadila adik aku ni, bilik dah macam bilik mat pet…" Kutuknya lagi dalam senyum simpolnya, bila terpandang gambar bogel Brigitte Bardot yang terframe kemas di sisi katil.


“Berapa kau nak? Kau nak buat pe? Beli dadah?" 

Lalu Paku Tekan bertanya akan tujuan si adik yang terdesak memerlukan dinero.


“Aku nak pakai dalam 150 pound, nak bayar utang. Aritu aku main judi, kalah… Aku pun pinjam duit kawan aku. Janji malam minggu ni bayar. Tapi daddy tak kasi. Mommy marah aku bila mintak duit. Petang tadi puas aku kena bebel. Last-last aku blah, try main judi lagi, ingat ada ong, tapi hampeh. Duit aku yang ngam-ngam ada 200 pound habis aku laburkan. Memang sial la, asik kalah je. Tula aku harapkan sangat bantuan ehsan kau. Kau je aku harapkan ni. Please, sis. Kalau bukan kau siapa lagi kakak aku?"


Begitulah lembutnya lidah si Paku Payong bila merayu. Baru mengaku kakak la, adik la, kalau tidak si Paku tekan tu la tempat dia mencarik bahan nak bergaduh, bahan dia mengeji, menghina, bahan untuk dia perkotak-katikkan. Paku Tekan tidak bersuara buat beberapa ketika, memberi peluang kepada si adik mengadu dilema dan permasalahan dalam hidup yang sengaja dicariknya sendiri.


“Dia ugut nak rogol aku kalau aku tak bayar. Orang cakap kena rogol sakit… aku tak sanggop kena rogol. Tolongla aku, kak." Katanya lagi dalam nada merayu. Pandai Paku Payung buat intonasi melankolik. Mendengar itu, hati si kakak menjadi risau dan simpati menerjah ketulusan hatinya yang murni. Walaupun mereka berdua tak berapa ngam, tapi pertalian darah tak mungkin dapat diputuskan. Buruk baik, hodoh lawa, kaya papa, bengap, sengal si Paku Payung tu, dia tetap adik aku. Begitulah bersihnya hati dan pemikiran Paku Tekan. Sikit pun dia tak mengungkit onar yang pernah si adik lakukan terhadap dirinya. Let by gones be by gones. Itulah prinsip Paku Tekan yang baik hati.


“Sape nak rogol kau? Dengan sapa kau berutang ni sebenarnya?“

“Anak antu galah, Jimmy… aku risau kak, tolongla aku. Aku tak suka si Jimmy. Kalau anak antu raya tu aku minat la, dia hensem, caring. Selalu belanja aku pokies dengan wiski. Dia tak rogol aku pun aku sanggup rogol dia.”

“Huh, gatal. Kau ni dara lagi ke tak sebenarnya?“

“Eh, of course la aku dara lagi. Aku tak pernah gedik dengan sesape. Kau ingat aku bohsia ke apa? Kau tu, dengan Cheesy lapan tau, mesti korang selalu cretttt kan?”

“Huh, jangan serkap jarang, aku ni ada pendirian yang teguh. Kalau kau yang liar tu pun pandai jaga dara, tak kan la aku yang innocent ni nak buat perkara tak senonoh camtu. Aku simpan untuk dia yang terbaik je.”

“Tapi kak, sebenarnya aku ada tengkorak dalam lemari…”

“Tengkorak apa? Tengkorak biawak ke tengkorak tapir laut?”

“Tengkorak kuda belang… kalau aku cerita, kau jangan bagitau sesape tau. Janji?“

“Hmm macam-macam hal, tengkorak la, kuda belang la. Ha, crite la apa lagi, tak yah nak suruh aku berjanji-janji.”

“Kak, aku memang virgin lagi tapi sebenarnya aku penah tido dengan Cleopatra, anak Siamang Ghost. Ko kenalkan, awek bajet Paris Hilton tu… yang selalu berjalan bawak biawak iguana ke hulu ke hilir?”

“What??? Kau cat dinding dengan dengan anak Siamang Ghost?!!! Itu maksudmu? Oh My Lord... this is unbelievable.” 


Si adik menggangguk, antara pasti dan tidak. Muka kakaknya yang berlesung pipit tatkala tersenyum mahupun menangis direnung dalam-dalam. Lawa jugak akak aku ni... hatinya ikhlas memuji tanpa dia sedari. Baru dia perasan perubahan pada gigi kakaknya yang kelihatan agak kemas dari selalu. Tapi dek kerana ego, dia simpankan je pujian tu untuk diri dia sorang, namun nak up akak sendiri, memang tidak la. Lalu dia menumpukan topik kepada persoalan hidupnya.


“Aku tak tau la kak, tapi dia hot malam tu, dia ajak aku try. Aku tengah high, aku layankan je la. Best pulak rasanya.”

“Kira one night stand la ni?” Paku Payung menggeleng lagi, bersedia untuk membuka pekung di dada.

“Sejak malam tu, banyak kali dah aku terlanjur dengan Cleo. Petang tadi dia cakap dia cinta aku, ajak aku couple, aku confused la… time aku layan dia tu aku tengah high bukan bermakna aku nak cinta, aku nak suka-suka je. Sekarang dia feeling kat aku.” 

Tanpa ragu-ragu si adik menceritakan secara terperinci sambil menyalakan rokok gulong bertembakaukan ganja segar dari Kolombia.


“Huh, dengan jerawat merata, selera si Cleopatra tu berasmaradana dengan kau, sampai nak kau couple dengan dia? Buta ke apa si Cleo tu? Dia tu boleh tahan rupa, body sedap. Kau yang dia gilakan huh, memang tak de taste antu tu… memang padan benarla dengan keturunan Siamang Ghost dia.  Dah tu apa kau nak buat sekarang? Kau nak ke jadi kekasih lesbian dia?”

“Aku cakap dengan dia, aku nak open relationship. Tak nak komitmen, kalau rasa horny, aku leh tolong, tapi kalau cinta-cinta ni, aku malas la… aku suka bebas. Bebas. Bebas. Ada awek susah, apa nak buat semua kena report. Kena control. Kena pantau.  Nak-nak si Cleo tu, dia tu dominan.” 


Paku Tekan mendengar dengan teliti pengakuan si adik. Dia pernah belajar tentang orientasi seksual remaja dalam transisi ke alam dewasa. Ini bukan satu fenomena baru baginya. Nak- nak bila melibatkan si adik yang memang tak pernah pasti tentang diri sendiri.


“Hmm…Pandai-pandai la kau buat keputusan, anu kau, pepandaila kau jaga. Kau dah besar, tak kan bongok lagi. Kira kau ni bisexual la ye?”

“Aku tak tau la dalam kategori apa aku ni tergolong sebenarnya… aku tak pernah crett dengan antu jantan. Tak sure la apa perasaan aku kat antu jantan sebenarnya, mungkin lebih kepada kawan-kawan je, kau tau. Huha, huha sesame. Dengan Cleo cam rasa lain pulak... beliau tu antu wanita pertama aku bermain di ranjang… hebat dia… jadi awek pun OK, tapi cam aku cakapla, aku tak ready lagi nak pikul tanggungjawab. Ko tengokla aku ni ha, tengok bilik aku ni ha pun cukopla… camni nak ada awek, nak ada boyfriend? Aku ni tak de sikap tanggungjawab, macam mana nak jadi partner yang co-operative? Esok kalau si Siamang Ghost tu teringin nak makan belut letrik ke, ayam gajah ke, cam ne aku nak belikan, tak kan nak mintak mak abah? Memang terok la aku kena hina nanti. Tu belom dengan keluarga dia lagi. Kau tau la, camne Cleo tu punya family, high class.”


Paku Payong menjelaskan perkara sebenar dan akhirnya mengakui kekurangan diri sendiri tanpa segan silu dan berdolak dalih. 


“Huh, high class konon... dah kalau dia yang gile kan kau, dia mesti sanggup terima risiko tu semua. Takat belut letrik, ayam gajah apa la sangat... Tapikan... tak sangka pulak aku si Cleo tu lesbo…”

“Aku memang dah agak dah dari cara dia pegang-pegang aku, dari gaya dia mengesel-gesel... tapi tak la aku terpikir dia sampai nak couple, aku ingat nak buat stock geli-geli je.”

“Huh, gatal betol kau rupanya, ye. Suka hati kau la, Payung. Hidup kau pepandai la kau uruskan. Ko nak jadi lesbo ke, bi ke, nak jadi nun ke, apa aku kisah. Janji utang aku kau bayar. Kalau tak aku yang suruh Jimmy rogol kau nanti.”


Setelah bersetuju dengan menandatangai kontrak bernilai 150 pound sterling tu, Paku Tekan kembali ke bilik tidurnya yang wangi. Kemas, teratur, udara bersih dan nyaman. Bilik pun terang, tingkap selalu dibuka bagi mengizinkan udara bersih berventilasi dengan baik. Dia melihat wajahnya di cermin, macam biasa, memang dia suka membelai tubuhnya di depan cermin besar itu dalam keadaan separuh bogel, mengagumi kecantikan semulajadi diri. Kali ini dia tersenyum bila giginya semakin elok, semenjak menjalani rawatan dengan Doktor Zubaidah.


Settle hal gigi ni, aku akan blah dari sini. Aku nak berkelana. Yes, that’s what I‘ll do, I promise you, myself,” katanya kepada diri sendiri sebelum dia melangkah ke dapur untuk menyediakan makan malam.

(getButton) #text=(7 : Debaran Pertemuan Pertama) #icon=(link)

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!