HHP 5 : Merancang Temujanji Pertama

Ray FL
0



S(caps)ewaktu makan tengah hari sebelum Paku Tekan pergi membasuh kain, daddy mula membuka mulut tentang masa depan dia dan adiknya, si Paku Payong. Jarang sekali daddy mereka membincangkan hal-hal berkaitan masa depan, apalagi sewaktu di meja makan. Tetapi pada hari tersebut, kelihatannya seperti dia benar-benar bersemangat. Sambil melingkarkan tangan kiri di bahu isterinya yang gemok, dia memulakan mukadimah.


Girls, you both have grown up, twenty-five and twenty-two years of life, what have you both been doing? Something that I and your mom can be proud of, something that you, yourself can be happy with,” begitulah bunyinya bila si daddy dalam mode serious.


“Saya nak sambung study lagi, pak.” Jawab Paku Tekan dengna yakin dan tenang.


Bapanya mengangguk-anggukkan kepala sambil menoleh ke arah bini gemoknya yang tak berapa ambik port tentang perbualan mereka, hanya leka menguyah ulam-ulam di atas meja. Sementara Paku Payong hanya menunduk bisu, tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dua puluh dua tahun hidupnya, dia banyak habiskan dengan berpoya-poya, ponteng sekolah. Isap gam, makan candu, ganja semua jenis dadah semulajadi ditelannya. SPM kantoi. Diusulkan masuk kolej swasta dia tak nak. Dia lebih gembira membuang masa berpokies, menghabiskan duit elaun mingguan yang disumbangkan oleh bapanya yang tak berapa kaya. Tiap malam minggu, dia akan menghabiskan waktu flirting di kelab-kelab malam sambil yamseng-yamseng dengan kawan-kawan sekapal yang tak ada masa depan. Balik rumah pukul empat lima pagi, dia mana penah hirau nak bangun siapkan sarapan ke apa, ni kan pulak nak membantu urusan rumah. Jangankan basuh kain, kemas katil sendiri pun dia malas. Bilik dia penuh berbau rokok, bercampur baur dengan bau ganja, candu, tuak segala. Selalu ditegur mak bapak, tapi dia buat ego dia je. Mana makan saman.


“Ha, kau apa pulak?” Sergah si daddy, membangkitkan Paku Payung dari fikiran-fikirannya tadi.


“Samalah, nak sambung belajar. Aku nak jadi ahli arkeologi, daddy…” Katanya tak sampai separuh pun dari hati. Sebenarnya dia tak tau apa jawapan yang sepatunya dia berikan. Dia ingat jawapan dia tu boleh impress mak ayah dia. Siapa yang tak kenal dengan sikap endah tak endah dia tu? Semua orang tau. Dari ketua kampung sampai tukang sembelih lembu, dari makcik sedara sampai moyang sedara memang kenal benar la dengan perangai dia ni, memang tak serupa antu paku punya perangai. Dibandingkan dengan Paku Tekan, memang ketara perbezaan antara mereka berdua. Jawapan Paku Payong bagaimana pun hanya menjadi bahan gelak ketawa mereka di meja makan.


(ads)


“Kau SPM pun berapa kali kantoi, nak sambung study? What a joke,” si ibu mula mencelah, annoyed, actually, atas sikap malas dan manja tak betempat beliau.

“Ye, kalau aku semuanya salah, kalau si Tekan semua betul, semua elok… Memang sial la… Kenapa tak bunuh je aku masa kecik dulu, kan senang!!! Pijak-pijak perut aku ni biar terburai segala pancreas, tali perut, usus semua!!!” Seperti biasa, begitula reaksi Paku Payong yang memang kepala hangin orangnya setiap kali hal dia diperlekehkan. Sentap tak tentu pasal, tak boleh terima kritikan langsung.


“Ko jangan emo boleh? Daddy and mummy nak kita bincang elok-elok hal masa depan, kalau asik merentus cam ni, hangin tak pasal-pasal camne nak settle masalah? Cuba bawak bersabar sikit.”

Paku Tekan cuba menenangkan adiknya yang memang kekurangan sifat sabar. Dia sememangnya faham benar akan sikap si adik, sebab tu tiap kali bergaduh, dia akan mengalah biarpun pergaduhan itu melibatkan penderaan fizikal yang agak kronik.


“Kalau ikutkan hati, memang aku kawinkan je korang berdua ni. Tapi tengokla, sekor jerawat sana sini, sekor jongang, kalau aku pun aku tak hingin,“ dengan selamba si daddy menghina tanpa berkias-kias.


Dad, sebenarnya I sedang dalam proses rawatan gigi dengan doctor Zubaidah, soal ongkosnya jangan la kau risaukan, it has all been taken care of. Hasil penat lelah saya ambil upah basuh kain, jual kangkung, paku-pakis, anta susu, suratkabar, adalah sikit simpanan. Campo elaun kau bagi lagi, memang mewah saya ni, tak cam hamjad ni ha..." Dengan bangga Pakun Tekan up diri sendiri sambil meluku kepala Paku Payong.


Kemudian dia menyambung untuk pencerahan lebih jelas tanpa memberi kesempatan kepada adiknya untuk membalas lukuannya tadi, "tak lama lagi saya akan berubah rupa, saya dah tengok gambaran yang doktor Zubaidah bagi, memang lawa la saya nanti, ada iras-iras Marion Cotillard, confirm.” 


Begitulah keterangan yang dibentang Paku Tekan tanpa membuka rahsia sebenarnya tentang punca wang yang dia perolehi hasil dari merebut katak air.


“Hmm, bagos, bagos. Saya suka dengar ni, lagi senanglah aku nak kawinkan kau nanti kalau dah lawa camtu.”

“Tapi I don’t agree la kalau you nak tetapkan jodoh I pulak bila I dah lawa nanti, daddy. Itu masa depan I, biarlah I yang tentukan. Lagipun I nak rasa ada kerjaya dulu, nak merantau bila dah cukup modal, tengok tempat orang, nak belajar tentang hidup. I rasa dah masanya I merantau cari pengalaman. Sia-sia je ilmu pengetahuan yang I ada kalau I tak gunakan, lagipun kawin bukan penentu masa depan. Silap-silap dapat laki malaun, tak ke sia-sia kehidupan yang indah ni?”


“Hmm, OK la kalau you dah fikir macam tu, daddy ikut je asalkan tak memudaratkan dirimu. I understand it very well about the failure and the frustration you encountered with Cheesy, jadikan la itu satu kekuatan, anakku.”


Right daddy, I will make sure the same stupidity won’t be repeated ever again. Kalau ada rezeki aku nak sambung buat master pastu Phd,” jawab Paku Tekan penuh yakin dengan cita-cita yang tersulam dalam dadanya.


Y’all tau kan, tak lama lagi akan ada majlis besar-besaran kat kampung kita ni, majlis kawin anak raja, Puteri Sanggol terbalik dengan Putera Songkok Beracun.”

“Yes, we know, daddy,” jawab kedua mereka serentak.

“Negara kita dalam bahaya sebenarnya. Bapak Putera Songkok Beracun tu ada agenda nak merampas negara ni, kerana hasil bumi dan kekayaan semulajadi yang tak ternilai sedangkan bapak Puteri Sanggol Terbalik memangla bodoh piang, kaki jolly. Jalan mudah nak kasi settle utang negara, dia setuju nak kawinkan puteri dia yang punya lawa cam tu dengan si Songkok Beracun putera bodoh rupa motobot pecah tu. Memang aku pun jeles sebenarnya,” terang si daddy tanpa berselindung.


“Amboi, gatalnya you, tak sedar ke supermodel sebelah you ni hidup lagi? Ada hati nak jeles-jeles pulak, huh! Biarla betine tu nak kena paksa kawin dengan sapepun yang kau sibuk nak jeles apahal? Sedar sikit diri tu!” Si ibu menampar pipi si daddy lalu menarik telinganya.


You supermodel? Berat badan dekat nak sama dengan berat kapal selam, tu bukannya supermodel darling, tu Miss Jumbo namanya…hahaha,” si daddy tak menghiraukan penampar bininya malah dia menguatkan lagi fakta bahawa bininya itu bersaiz extra ordinary.


So, what is your point, daddy?”


Paku Tekan yang sudah sedia maklum dengan permasalahan yang dihadapi Tuan Puteri cuba menggali lebih dalam fikiran si ayah. Dia mahu mengumpul semua maklumat tenang Puteri Sanggul Terbalik yang memang beaufitul, sexy, marvellous tu.


“Aku nak huru-harakan majlis tersebut,” keras suara si bapa menegaskan niat jahatnya. Paku Tekan agak tersentap dengan pengakuan si bapa, dia tak rela Puteri Sanggul Terbalik diapa-apakan. Rasa risau mula menyelubungi hati Paku Tekan yang prihatin terhadap dilemma yang dihadapi si Puteri lawa.


“Abah nak buat apa?”

Oh excuse me, please,” si bapa tidak menjawab sebaliknya meninggalkan ruang makan bila telefon bimbitnya berbunyi, menghentikan topik tersebut setakat itu saja.


#

(ads)


Ada tiga baldi kain baju yang harus dicuci pada hari itu, jadi selesai makan tengah hari, Paku Tekan pun menjalankan tanggung jawabnya dengan senang hati. Memang dah lama dia buat kerja ni, demi melawakan giginya. Rezeki yang diperolehi hasil merebut katak air, adalah imbuhan untuk sifat sabar dan ketekunannya. Biarpun duit hadiah mampu menampung kos rawatan gigi, namun tak sesekali terlintas difikirannya untuk berhenti mengambil upah mencuci kain baju, selain menjual paku pakis dan kangkung sungai. Sementara di waktu pagi, dia membuat kerja-kerja sambilan menghantar susu dari rumah ke rumah sambil-sambil menghantar surat khabar.


Terbukti, Paku Tekan seekor antu paku yang cukup teliti dalam setiap hal yang dia lakukan. Semua perkara dia ambil kira tanpa memperlekehkan soal remeh temeh. Hal kecik boleh menjadi besar, jadi sebelum masalah kecik menjadi beban, lebih baik diselesaikan sementara ianya ringan. Begitulah prinsip yang dia pegang. Dia mahu benar-benar bersedia dari segi financial sebelum langkahnya dimajukan untuk merantau dan melanjutkan pelajarannya nanti.


Terfikir-fikir tentang niat jahat si bapa untuk menghuru-harakan majlis perkahwinan diraja, hati Paku Tekan mula digigit risau, menjadi keliru dan kurang senang. Dia sikit pun tak peduli tentang putera sasau. Apa yang dia concern hanyala pasal Tuanku Puteri. Menjenguk jam tangannya, tiga minit lagi akan muncul la si katak air membawa berita. Dia tak sabar untuk mendengar berita yang bakal disampaikan oleh katak air, tambah pula dengan pernyataan bapanya sewaktu makan tengah hari tadi membuat dia main tak sabar untuk bertemu dan berbicara dengan si puteri in person.


Sorry, sorry, aku lambat lagi… Ni puteri tu adahal tadi, tu yang aku lambat.”

Akhirnya timbul jugak si katak air setelah lewat satu jam lima belas minit, better than yesterday.

“Hmm tak pe la…asalkan kau datang, jangan tidak.”

“Aik kenapa muka lain je, bunyik pun lain macam je, ada problem ke?“

“Takla, mana ada problem, aku rasa mual-mual je," jawab Paku Tekan, dalam usaha menyembunyikan kebimbangannya terhadap agenda si bapa yang masih lagi rahsia. Bukan dia tak tau bapak dia tu… ahli kongsi gelap. Apapun dia sanggup buat… hati Paku Tekan mengeluh…


“Bunting ke?”

“Aku mandul…”

“Oh, kalau macam tu OK la, tak la risau sangat pasal risiko… Well, you know, semalam… Bila dapat surat kau tu, kemain excited lagi si tuan puteri. Banyak kali dia baca pantun kau. Kadang-kadang dia baca dalam hati, kadang-kadang dia baca kuat-kuat, sengaja nak bagi aku dengar. Dia pun mulalah berkata-kata dengan aku macam biasa, tapi aku buat bodoh je la… dah dia bodoh tak nak ambik kursus bahasa alam sape suruh, padahal duit banyak… hmm anyway, aku paham dia, dia je tak paham aku.“

“Apa katanya?”

“Dia cakap dia tak sabar nak tengok muka si penulis pantun. Nama kau pun pelik, katanya. Tapi dia terhibur. Aku rasa puteri tu macam tak ada kawan, aku tengok dalam facehook dia ada patbelas je kawan dia.”

“Apa facehook dia erk, leh gak aku add, lagi senang leh chat, video call bagai tak payah harapkan kau anta surat, kesian kat kau mesti penat.”
“Ah small matter la, bro… Kita kan sahabat. Aku tak pastila apa nama dia kat facehook tu… tak silap aku 'Mambang Di Awan' ke apa ntah, lebih kurang camtula. Cuba ko stalk.” Surat bersampul merah hati bertukar tangan.

“Hehehe, dia memang suka berpantun…” Kata Paku Tekan, lalu berdiri di atas satu batu, mula mendeklamasikan pantun Puteri Sanggol Terbalik dengan penuh perasaan dan penghayatan dari hati yang ikhlas.

 

Salam Sejahtera, Paku Tekan
Warkahmu memang beta nanti-nantikan
Sungguh gembira beta membacanya
Gembira kerana kita ada minat yang sama.

Beta dah layan lagu Bon Jovi tu
Memang bagus, beta pun suka
Nanti kalau ada kesempatan I nak ajak you
tengok konsert, jangan risau, bukan konsert diraja.

Memang beta rasa ada baiknya beta lari jugak,
Beta tak risau, harta beta, duit beta memang banyak
Cuma memang complicated kalau nak tukar IC
Sebab semua orang kenal siapa beta ni.

Kehidupan beta makin hari makin boring
Mengenang masa depan beta yang kabur
Melihat muka putera sasau tu lagi la beta jadi pening
Sebab tu beta kerap telan ubat tidur.

Beta tau tindakan beta tu tak healthy
Tapi itu jela satu cara untuk hati ni beta tenangkan
Nasib baik beta tak terlibat dengan dadah sintetik
Kalau tak dah lama beta masuk pusat pemulihan.

Anyway, terima kasih kerana agreed
Untuk kita bertemu berkongsi pendapat
I am all set and ready
Termasuklah masa dan tempat.

Tepat doblas malam waktu tempatan
Beta akan ke sana malam ini
Di sungai tuan hamba punya tempat kegemaran
Beta rasa tempat tu memang strategik.

Takkan ada mata yang memerhati
Selain engkau, aku dan Khazi
Kalau ada apa-apa pindaan
sila la maklumkan sebelum kejadian.

Tak sabar beta nak sneak out malam ni
Adrenalin beta dah lama tak berfungsi
Dah lama beta rindukan adventure
Dengan tuan hamba perasaan ni datang semula.

Till then my dear, please take good care,
In a few hours, we'll be meeting there
One thing I request, don’t be too formal
Just treat me like the other ordinary girl.

😊Yang Agak Gembira,
 Puteri Sanggol Terbalik
 <<<Smell Like Teen Spirit>>> 
(Jom layan sama-sama)

 

(ads)



Mereka saling berpandangan. Katak air dan hantu paku.

“Malam ni?!!!” Kata mereka serentak.

“Aku nervous… kacau, kacau… camne ni Khazi… aku tak penah dating dengan anak raja.”

“Cepat betul tuan puteri tu buat keputusan,” komen katak air, tetap dalam nada relaks.

“Ye la, masalah ni kena settle sebelum majlis kawin… tu la beliau nak kalau boleh hal ni cepat-cepat selesai. Adohaiii…” Jawab Paku Tekan lalu terjun ke dalam air untuk mencarik ilham. Si katak air mengekori, sama-sama mencarik inspirasi di dasar sungai.


Lama mereka menyelam sambil makan lumut dan anak-anak ikan. Bila dah penat dan kekenyangan, mereka kembali ke daratan, mengambil tempat di atas batu kegemaran masing-masing.


“Adohaiii… nak kena balas pantun lagi…”

“Alah, bukan susah. Lagipun dia suka… happy dia kau tau? Aku kenal sangat dengan tuan puteri tu, lama dah aku hidup dalam istana, sejak dia gadis sunti lagi… jadi aku memang tau minat dan perangai baginda.”

“Ohhh, itu macam ka? So, dia suka bunga apa? Sebagai Kurt Cobain malam ni aku kenala bersifat gentleman, kena romantic sikit."


“Baginda paling suka bunga Carnation selain bunga rose, tapi bunga rose dia paling suka yang kale putih. Minuman kegemaran baginda, teh bunga selain air mata kucing. Lauk kegemaran — ikan tamban goreng cili padi dengan bawang selain tenderloin steak. Buku favouriteDetective Conan. Sukan kegemaran — tennis dan lumba kuda. Beliau tak pernah bekerja, hidup beliau setakat ni asik belajar je. Beliau ada master dalam kesusteraan Inggeris, lepas tu ada master dalam falsafah dan sains sosial cam hang la. Hang ada degree filosofi dan psikologi, kan? Ni dengar dia nak amik Phd… dah tak tau nak buat apa. Tapi malam tadi aku dengar dia bermonolog dengan diri dia… dia cakap kalau dia kawin dengan si sasau tu, mesti semua impian dan cita-cita beliau terlerai. Sedih aku dengar… walau aku sendiri tak tau apa impian dan cita-cita beliau sebenarnya. Baginda menangis dan menangis sampai berdengkur.”


Panjang lebar si katak air menerangkan, hingga ternganga mulut Paku Tekan mendengarnya, menyerlahkan lagi kilauan gigi  jongangnya yang panjang dan tajam.


“Macam-macam kehidupan ni…anak raja, kaya raya, banyak duit tapi hati tak gembira. Baik jadi antu paku, keje basuh kain pun hati senang.“

“Betul tu, Paku Tekan. Aku setuju sebab aku dah saksikan semua suka duka dan kepayahan yang pernah beliau hadapi selama ni.”

Paku tekan mengangguk lalu berkata, “kalau camtu biarlah aku karangkan pantun untuk menghiburkan hati baginda. Sementara nak tunggu malam ni. Biar baginda lebih bersemangat untuk menempuh apa jugak rintangan.”


Salam buatmu, Your Highness Princess
Glad to know you enjoy reading my letter
For our first date tonight, I will do my best
Hamba tak sabar nak jumpa tuanku kat sana.

Elok-elok la nanti waktu nak sneak out
Jangan sampai terkoyak baju tuanku
Kalau ada anjing kejar, keep your mouth shut
Pertemuan kita tak patut siapa tau.

Lately, I’ve been thinking about you, Princess
to help you out of this trouble and mess
You are so special, you deserve the best
To let you go with such a person is a total waste.

Hamba pandai berbahasa alam
Katak air teman hamba berbual bicara
Teman ketawa dan jugak menyelam
Menjadi posmen kita yang setia.

Tuanku please jangan ambil pil tidur lagi
Kalau pening bawak-bawak je relax dan baring
Never take things too hard, just take it easy
Life is not all about hurt and pain.

Sure it is full of ups and downs
Laughter and tears make a perfect couple
The tone always makes the sound
After all, life is for us to enjoy.

See you tonight, puteriku yang cantic
Gunakan adrenalin tuanku sebaik mungkin
Adventure memang perkara yang unik
Untuk kita pelajari banyak hal yang lain.

Yang Kisah Tentang Dirimu,
Paku Tekan

 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!