Helai-helai daun yang luruh
di manakah di garis peta ini
tiba perjalanan dan berdiri kita
Benar, kita tidak harus terlalu nostalgik di sini
atau juga terlalu idealistik
kerana hakikat lebih nyata
dari kesamaran sejuta angan.
Kita harus lebih berani
bangun dan menghitung
Pada usia ini segalanya meminta fikir
atau pemburu tak terlepas dari sasar
sambil tunduk dan akur
pada setiap ketentuan itu