Siapalah aku untuk menilaimu?
Siapalah aku untuk berkata dengan pasti
bahawa esok akan lebih baik dari hari ini?
Kadang-kadang, semalam
adalah lebih baik dari sekarang,
Tak akan aku minta sesuatu
Dan tak mahu aku janjikan
Tak akan pula aku lukiskan satu garisan
sebab dan alasan cuma meletihkan
biar kutukar kepada percaya dan pasti.
tetap mencuba mudahkan dengan kejujuran