Tak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana rasa ini abadi. Kerana ia dah kita bina dengan waktu. Sepertimana waktu membina kita, begitulah jugalah kita memberi pengertian kepada waktu. Jangan risau, jangan pernah terganggu dengan waktu. Biarkaniaberlari, biarkaniapergi. Memang itulah tugasnya. Tak perlu kita kejar, tak perlu dicari. Hanya nikmatilah waktu ini. Tak usah khuatir. Marilah kita ciptakan waktusepertimana ia mencipta kau dan aku. Waktu tak pernah menunggu. Dengan itu kita berjalan, kita terus berlari. Bergandingan tangan seiring waktu, penat bukan alasan untuk berhenti kerana cinta kita tak ada perhentian.