Join The Journey

Setiap saat bersamamu adalah perjalanan ke dunia inspirasi tanpa batas. Kewujudanmu menghidupkan hari-hariku. Hati ini kau hangatkan dengan rindu sepanas matahari.
Hidup yang kau harung dengan kesederhanaan telah menyalakan semangatku untuk menjadi versi terbaik.

Kau kata kau lemah, tapi aku nampak kekuatan dalam kelemahan-kelemahanmu. Kesempurnaan dalam ketidaksempurnaanmu.

Kau percaya dengan apa yang kau percaya dan keyakinanmu dalam apa yang kau yakini telah memperteguh keangkuhanku untuk mencintaimu dengan penuh kepercayaan.

Kau bukan sekadar insan yang kucintai; kau adalah mimpi yang menjelma, cahaya yang membimbing langkahku, dan sumber inspirasi yang tak pernah kering. Imajinasi terindah yang hadir dalam setiap hela nafasku.

Terima kasih untuk semua rasa dan perasaan luar biasa yang kau hadiahkan. Terima kasih kerana menghias hidup ini dengan kesederhanaan.
Join The Journey
Comments

Comments [0]