Kau kata kau lemah, tapi sebenarnya aku nampak kekuatan dalam kelemahan-kelemahanmu. Kesempurnaan dalam ketidaksempurnaanmu.
Kau percaya dengan apa yang kau percaya dan keyakinanmu dalam apa yang kau yakini telah memperteguh keangkuhanku untuk mencintaimu dengan penuh kepercayaan.
Kau bukan sekadar seorang insan yang kucinta; kau adalah igauanku, cahaya panduanku, sumber insiprasi dan imajinasi terindah dalam hidupku.
Terima kasih untuk semua rasa dan perasaan luar biasa yang kau hadiahkan. Terima kasih kerana menghias hidup ini dengan kesederhanaan.