Adakalanya manusia dicuba dengan sengsara,
kesakitan dan bermacam-macam kesulitan.
Tapi bila dia menghadapinya
dengan penuh sabar, ikhlas, syukur dan tawakal,
maka akan terbukalah pintu-pintu
di kiri dan kanannya tanpa diminta-minta.
Banyak juga manusia yang dicuba
dengan sedikit kesenangan dan kemewahan
tanpa menyedari bahawa Tuhan sedang menduga dia.
Lantas dia mula lupa diri,
hatinya begitu mudah dikuasai angkuh dan riak.
Tak cukup satu, dia mau tiga.
Dah dapat tiga, dia nak semua.
Dia menjadi bakhil, haloba dan tamak.
Tanpa sedar, perlahan-lahan
tertutuplah untuknya semua pintu-pintu
yang dulunya terbuka.