Teringat segala kata-kata
indah yang kau bisikan ke telingaku.
indah yang kau bisikan ke telingaku.
Kuharap ia kekal bersemi
seperti hari pertama, setiap hari.
seperti hari pertama, setiap hari.
Senyuman yang kau beri tak kan ada sesiapa
yang bisa menggantikan semua.
Waktu-waktu unggul yang kita lukiskan
kenangan takkan terlupus walau sejuta masa.
Ku tak ingin satu dunia hanya engkau ku mau.
Berikanlah ku segala-galanya...
Takkan kutukar dengan kehadiranmu
kerana kaulah permata berharga.
Tak jemu-jemu aku menyanyikan lagu cinta
bagai waktu dulu pertama kau kukenal.
Kau beri ku inspirasi indah di dalam diri
kekuatan yang kuperlu ada bersamamu.
Begini yang ku mau setiap hari dicinta,
dibelai dengan sejuta rasa.
Jangan izinkan sesiapa ke dalam hatiku
kerana tempat ini ku sedia untukmu.