Demi Esok

Ray FL


Biar aku lelah asal engkau tak rebah
Demi kejamnya dunia
Demi lajunya masa,
Demi kemunafikan manusia yang suka mencalit noda
Tak kering akal bila dengki merasuk hati.

Demi esok yang tak siapa tau apa ceritanya
kita bina hari ini
Garis binaan kita terap bila waktunya tiba

Kita tak sempurna tapi gabungan ini 
telah melengkap sesama
kesempurnaan; dibina, bukan dicari.

Memusnah tak sesukar membina
Jadi kuingin kau mengerti
Tiap nafas yang kita hela
Adalah sapaan jiwa untuk terus saling melengkapi.

Kesempurnaan itu terlalu sempurna untuk ditafsirkan
Kita gantikan dengan kesederhanaan
Kerana di situ kita kenal beza hitam dan putih

Tags

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!